
dah nak dijadikan rezeki aku agaknya,Allah nak gembirakan aku-yelah minggu lepas diujiNYA aku atas apa yang jadi pada Hakimi. hari ni pulak DIA buat hatiku gembira!aku buat panggilan pada rancangan tersebut untuk memberi pendapat macam biasalah atas tajuk-Siapa lebih cemburu? isteri atau suami...tak sangka pulak ada hadiah untuk aku sebagai pemanggil bertuah. Ya Allah bertuah betul...
jadinya,aku pun katalah yang isteri ni(akulah) cepat aje rasa cemburu kalau dirinya dibanding-bandingkan dengan orang lain,suami cakap tentang orang lain dan bla..bla...macam aku,bila habis konvo dulu-aku susah nak dapat kerja tetap.semua kerja sementara.pakweku pulak-habis konvo dia terus dapat kerja tetap macam sekarang.tu dah buat aku cemburu kat dia.sampaikan kalau jumpa je mesti ada isu nak didebatkan yang akhirnya akan jadi gaduh! (ni flashback masa cintan-cintun dulu)
lepas tu,bila suami sebut sikit pasal staf dia yang perempuan-alahai...dah mulalah rasa semacam je hati ni..pendek kata cepatlah cemburukan! tapi itu semua masa mula-mula nak belajar hidup bersama dengan dia. sekarang bila usia dah bertambah-akal harus mendepani nafsu supaya akal mengawal nafsu...hihii...
semalam aku pergi ke Sri Pentas TV3 untuk mendapatkan hadiah yang dimaksudkan itu...apa hadiahnya? hadiah yang ditaja oleh BABA'S yang berupa 6 paket rempah kari serta bekas rempah kedap udara.syukur,rezeki jangan ditolakkan...
ALAHAI...
wah bestnya dapat hadiah..sakan lah masak memasak nanti..hehe..
ReplyDeleteSalam, semasa Chempaka buat call tu akak tertanya jg ntah2 ni Chempaka yg kat blog tu...Tahniah..jika ada rezeki kat mana pun ada....
ReplyDeletena; tu lah kakak aku kata,-menu kari raya thn ni,aku kene sponsor!hihii...
ReplyDeletekak yan:betul lah kan...kecik ke besar -rezeki gak tu!mmg saya ni suka menelefon kt tv ...kalau anak bujang sya tu sportinglah!