selepas 1 hari makan ubat yang diberikan doktor,barulah semua tanda kemerahan itu keluar dengan jelas pada tangan,kaki dan mulut.kalau sebelumnya hanya nampak macam merah-merah sedikit,tapi yang ini dah nampak ia seakan melepuh jadinya.
aku kasi dia makan bubur nasi lembik.syukur,dia nak jugak makan,minum dan menyusu terutamanya dan masih tetap buang air besar.bila aku study kes di internet ni,al hamdulillah-anakku masih nak makan seperti biasa walupun dalam kuantiti yang sedikit.dalam internet ni,macam-macam kes mengenai virus macam ni...mintak dijauhkan Allah dari segala yang tak baik!
Ya Allah-aku dan pakweku dah 7 tahun relax tak dengar nangis baby, yelah Sakinah dah masuk 7 tahun baru aku dapat Hakimi. kali ni bila Hakimi sakit-satu rumah jadi sakit.kata pakweku-untuk berbuka,tak payah masak pun tak apa,boleh beli kat luar,tapi aku ni tak sukalah nak beli kat bazar ramadan ni.dulu dah pernah kena sekali cirit birit-taubat aku nak beli-beli sangat! masak juga tapi ringkas sahaja. cukup ada lauk utamanya,sayur dan sedikit sup.dah cukup bagi kami.masa-masa ni,tak fikir nak makan sedap...alahai...
aku rasa dah 2 malam jugak jiran-jiran sebelah ni mendengar tangisan Hakimi betul-betul pada masa orang syok tidur...yelah-dia selalu sedar dalam pukul 1-2 macam tu...lepas tu nangis tak henti.tunjuklah apa pun,dia tak layan dah.kasi apa pun tak nak.dukung ajelah jawabnya...nak dukung pulak tu? emmm....aku aje yang dia nak.walaupun papa dia nak dukung pun,dia tak nak jugak!
Ya Allah,kembalikan kesihatan,kegembiraan,kelegaan pada anak kami Hakimi...amin.
ALAHAI...
No comments:
Post a Comment