
syukur-anak bujang kecikku-Hakimi dah kembali sihat seperti sediakala.4 hari yang menyakitkan dia dan merisaukan aku juga? masuk hari ke 5 baru boleh tidur dengan lena,kurang meragam,boleh main sendiri dan tidaklah melekap sahaja di bahuku ini!
demam dan baik,sakit dalam mulut pun sudah beransur.tidak lagi meleleh air liur atau pun merengek bila disuakan makanan.apa tidaknya,kalau sebelum ni-tunjuk makanan aje,dah nak.tapi bila sakit, tambah-tambah sakit dalam mulut...alahai semua rasa tak sedap! bad mood aje dia.tapi sekarang al hamdulillah dah nak makan seperti biasa.legalah aku...ya Allah, DIA sahaja yang tahu bila anak sakit ni...mama pun sakit.bila anak sihat,mama baru rasa SIHAT!!!
sekarang yang tinggal hanya kesan-kesan merah tu dah menjadi kering. adalah tanda-tanda sikit...tak apalah.kulit baby ni bukan ke akan berubah...jadi tak perlulah nak risau tentang itu.
sebut pasal menu berbuka bila anak sakit ni?emm...buat yang simple tapi cukup zat kesemuanya, sudah kira memadai.memang badan tak larat dibuatnya bila anak sakit...
semalam memenuhi jemputan berbuka di rumah Kak Ngahku di Bangi.baru ni nak keluar bawak Hakimi.sebab hari tu doktor dah pesan supaya tidak keluar berjalan.takut berjangkit pulak pada yang lain khususnya baby.
menu berbuka?...mee rebus dan nasi pun ada jugak-berlaukkan ayam,ikan haruan gulai lemak cili padi bersama belimbing...alah gambarnya tak diambil pulak!hihihi...bila lauk depan mata,lupa semua! alahai...
apa-apa pun,
terima kasih daun keladi kepada orang Bangi.
kalau ada boleh jemput kami lagi...
ALAHAI...
memang mencabar kalau anak kecik demam..byk kerenah kan..
ReplyDeletebestnya dapat berbuka beramai-ramai cam ni kan..seronok..
betul kak, dia kecikkan,ckp pun tak blh lagi.so kita ni tak tahu mna sakit dia.dia tahu menangis + merengek je...al hamdulililah ok dah.
ReplyDeletemmg seronok...mkn jd byk sbb mulut byk story...tgn pun sama laju menyuap!