Hari ni,satu hari lagi-hari tak lekat di rumah.pakweku masih tak balik dari kembara kailnya.kakakku (kak cik) tidur di rumahku malam tadi . hari ni pulak Sakinah tak ada kelas menarinya,jadi memang freelah satu hari.
Bangun tidur pagi tadi,aku dah beritahu awal-awal dengan Sakinah suruh siap semua kerja sekolah.kalau kerja tak siap,jangan harap nak keluar happy-happy.tak ada alasan nak buat malam nanti-ala, bila dah penat-penat nangti,aku juga yang stress nak suruh dia buat kerja.jalan yang terbaik,buat sebelum keluar rumah.
Pagi ni,sarapan ditaja oleh kak langku- roti canai.plannya tengahari nanti aku nak belanja makan di Salero Negori. Pulak dengan anak buahku sekali.
Sementara Sakinah buat kerja sekolah dia,aku ‘lari’ sekejap ke klinik gigi sebab dah buat appoitment scalling gigi.aku tinggalkan sekejap Hakimi dengan kak cikku. Alahai....harap-harap dia tak serik dengan aku....hihihi terpaksa kadang-kadang melayan anak aku ni. Mujur tak lama lagipun klinik dekat dengan rumah.setengah jam dah siap!
Lunch time...hish ada pulak masalahnya...anak buahku pulak tak dapat datang awal dari Bangi.dia kata ada maid datang kemas rumah... kena lah lunch dibawa ke petang.alahai...perut dah lapar.sekeping roti canai tadi, mana nak cukup oiii...maklumlah aku ni menyusu budak.
Sebagai alas perut, aku ajak kak cik dan kak langku makan kat Mc’Donalds dulu.rasa nak cuba GCB- kan selalu keluar kat televisyen tu! Great Chicken Burger....memang sedap...Hakimi makan bubur ayam.kak long makan burger lah!
Lepas makan aktiviti selanjutnya ialah ke Wangsa Walk-nak karaoke! Hahaha.....masing-masing nak test suara sebab nanti bulan 11 ada majlis kahwin anak buah kami ni, senang lah nak sumbang suara. Ada ka??? Hihihi...
Pukul 4.30 barulah anak buahku datang. Bilik karaoke di Song Box penuh! Kena buat tempahan dulu dan menunggulah kami untuk setengah jam.
Sakinah dah tak sabar-sabar lagi...masa ni lupa pasal batuk-walhal dia memang batuk tapi nak menyanyi punya pasal...batuk ni pulak macam tahu-tahu aje. Sporting pulak!
Masing-masing tunjuk bakat terpendam tapi sebab dh banyak kali juga praktis...hihihi...semua orang dah ada peningkatan....perasan la pulak!
Seperti biasa-pemegang tahta karaoke-anak buahku Syafini.
Sakinah?
Lagu cari makan lagu Mila dan Elyana.emmm...happy hour diakan ...so kasi chance lah nak enjoy tapi esok...mula balik rutin belajar macam biasa.
Aku? Malu lah pulak...tengokan Hakimi boleh sporting-tidur dia dalam bising-bising orang
*berkenaan tempat sembahyang? jangan risau- di Wangsa Walk ada surau yang cukup selesa di tingkat bawah (G) belakang kedai Black Queen.
Oklah rasanya itulah cerita aktiviti hari ni...habis karaoke kami makan di Salero Negori- entri dah pernah masuk dalm blog ni...tengok kat label JJCM. Kali ni Syafini yang jadi tokeh.terima kasih daun keladi....sambung lagi lain kali....
ALAHAI...
No comments:
Post a Comment