Dah lama teringin nak makan pulut dengan kuah serawa ni...tapi tak da kawan nak lawan.ni ha,ada pulak anak buah ku datang,maka ada sebablah aku membuatnya. Ni bahan-bahannya.sambil masak pun boleh buat.orang kata 2 in 1
BAHAN-BAHAN
Pulut-direndam kira-kira 3 jam
Sedikit garam
Santan
Daun pandan
Durian
Gula merah
Air
1. Kukus dahulu pulut dalam 30 minit.
Campakkan sehelai daun pandan-biar wangi.
2.Selepas itu digaul bersama separuh santan yang ada dengan sedikit garam.
kukus sekali lagi kira-kira 5-10minit.
3. Angkat dan sejukkan.
4. Untuk kuah serawa durian, masukkan gula merah,santan
dan durian di dalam sebuah periuk dan masakkan. Jika masih
tidak cukup manis,boleh tambah gula putih sedikit.jangan banyak
yer....bubuhkan sehelai daun pandan.bila dah pekat,isi durian
pun dah tertanggal dari bijinya, itu tanda dah pun boleh diangkat.
siap untuk dihidang
ALAHAI...
No comments:
Post a Comment