pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Sunday, June 6, 2010

RESTORAN TANJUNG SEAFOOD-makan ala Thai

baru sampai rumah pukul 8 tadi, cepat-cepat solat maghrib. ni dah free menonton siaran Mentor,nak kongsi sikit dengan kalian semua tempat makan kami hari ni.

asalnya petang tadi nak makan di Bagan Lalang, tapi memikirkan esok pakweku bekerja, emm...kesian pulak. yelah, bila perut dah kenyang, biasanya penumpang yang belakang dah zzzzzz(tidur),yang tinggal hanyalah driver seorang diri! kan bahaya tuuu tinggalkan driver sorang-sorang memandu!

tengahari tadi menonton Jalan-jalan Cari Makan TV3,Serina Chef Wan promotkan satu restoran yang tak jauh dari rumahku-RESTORAN TANJUNG SEAFOOD & BBQ di Ampang Waterfont. jadinya,dari Bagan Lalang sudah tukar ke Ampang sahaja. Berikut ini 'review/komentarku' mengenai makan di sini...sebelum nak jumpa restoran ni, ada sebuah lagi restoran Siam sebelumnya. jangan terkeliru!aku dah terkena!decorationnya punyalah cantik,tempat makan open air di tingkat atas.tapi, bila ditanya halal tak? jawab salah seorang pekerjanya,"bolehlah kak...." alamak! macam tak boleh percaya ni? aku ni pulak jenis yang agak tak boleh terima kalau yang restoran ala-ala "boleh halal"...hish...hish...

tak jauh dari situ barulah nampak nama restoran yang dicari. sebenarnya nama restoran ni pun ingat-ingat lupa. masuk-masuk jer aku dah bertanya; "restoran ni ada tak Jalan-jalan Cari Makan datang?" "ada kak, tengok ni..." jawab pekerja restoran..ha, baru betul.
tengok pulak pemiliknya ...sah Melayu,pekerja Melayu,ada ayat Al-Quran..legarestoran ini menyediakan masakan ala Thai. kalian boleh memilih untuk hidangan ala carte atau stimbot.untuk malam ni, percubaan kali pertama:aku memesan,3 nasi putih, tomyam seafood campur,sayur campur,ayam goreng gajus dan kerabu mangga.minuman pulak-teh tarik, teh o ais limau dan ais kosong.ni kes nak test pwer dulu....nanti kalau sedap boleh buat siaran ulangan
keseluruhan makan di sini-sedap,ruang makan yang selesa, bersih dan harga berpatutan!pelayan pun ramah...hati pelanggan seronok la kan..tengok tu..habis licin...biasa yang last habis makan dah tentulah Sakinah.kami berdua makan...tak sempat 40 kali nak kunyah pun..makan cepat, nak ambil giliran jaga baby pula!nilah harga yang pakweku bayar untuk makan malam ni. spaciba!

*komen:boleh datng lagi...

ALAHAI...

2 comments:

  1. murah ler makanan kat sini yer.. aku selalu gak lalu kat restoren tu, pegi umah maklong aku kat ampang, ni dh keluar dalam JJCM, bolehlah pegi, harga makanan pun murah jer yer..

    ReplyDelete
  2. ha try ler..aku gasa ok lah harganyer dgn masakan dia.klau nak set pekej pun boleh. dr rm33 dn ke atas. sesekali kan...ok lah tu..

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala