dah makan tengahari? apa menu tu agaknya...hari ni aku berada di kampung.malam tadi sampai.jadinya bila dah balik kampung ni,kenalah masak ikut permintaan ramai khususnya permintaan dari anak-anak buah.untuk tengahari ni,aku buat nasi ayam londu...hihihi ni nama kampung aku!
BAHAN-BAHAN
*untuk ayam
garam dan serbuk kunyit
serai,halia,bawang putih dan merah-kisar
daun kari
sedikit rempah kari
sedikit sos tomato
sedikit cili kisar.
-digaul semuanya untuk bahan perapan ayam
minyak untuk menggoreng
* untuk sup
3 sekawan-kayu manis,buah pelaga,bunga lawang,
sedikit rempah sup dan sedikit rempah kurma
halia,bawang putih dan bawang merah-dikisar
air secukupnya
*untuk nasi
beras-ikut suka jenis apa yang sedap dimakan
air daripada sup
sedikit garam,sedikit serbuk kunyit dan sedikit planta
*untuk salad
*untuk kuah cili
cili merah bawang putih
sedikit gula dan garam
air perahan limau kasturi
*untuk kuah kicap
kicap masin dicampur dengan sedikit air sup tadi
1.untuk ayam tahan lama dan tidak keras walaupun hari dah petang,
rebus seketika ayam itu sebelum diperapkan dengan bahan perapan
2.biarkan perap dalam 1 jam ,kemudian barulah digoreng.
3.untuk sup pula-panaskan periuk,tumiskan bahan kisar, masukkan 3
sekawan dan goreng hingga naik bau,masukkan air secukupnya
4.masukkan rempah sup dan rempah kurma yang telah dibancuh dengan
sedikit air. masukkan garam secukup rasa.*selalunya aku masukkan ayam
tadi untuk dijadikan air rebusan. kalau tidak pun,boleh masukkan
kiub pati ayam.
5.untuk kuah cili-kisar semua bahan tadi.selepas itu diperahkan
sedikit limau kasturi.
6.untuk nasi,basuhkan beras dan gunakan air sup tadi sebagai air masakan.
bubuh sedikit garam,sedikit planta.bila nasi hampir masak,bubuhkan sedikit
serbuk kunyit.dah pun siap!
*memang hanya untuk tengahari jer dah habis...malam kene fikir lain!
ALAHAI...
No comments:
Post a Comment