pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Friday, December 10, 2010

SAMAN BEKAS PERMAISUR AISHAH

Siapa yang tidak kenal dengan Siti Aishah, bekas permaisuri Agong suatu ketika dahulu. tiba-tiba nama beliau menjadi hot gara-gara samannya terhadap seorang mamat ni.

bila dah hot macam ni, aku pun tercari-cari mana ceritanya...ooo...baru aku jumpa dan aku ikuti tulisan dan gambarnya.kalian boleh ke sini...http://beatifulnara.com dan http://uncleseekers.blogspot.com.memang banyak gambar antara bekas permaisuri Aishah dan mamat sorang ni.memang aku rasa, TAK PATUT mamat ni buat macam ni.kalau betul pun ada cinta antaranya rasanya TAK PERLU nak dedah cerita sampai dalam kain!

Alkisahnya, Uncle Seekers di dalam blognya telah membuat satu pendedahan eksklusif kisah cinta rahsianya dengan bekas permaisuri Agong, Siti Aishah. Memang sukar untuk dipercayai tetapi gambar-gambar Uncle Seekers bersama Siti Aishah memang agak menunjukkan kemesraan mereka berdua.kalian baca dan buat lah penilain sendiri.aku? no komen.manusia kurang berfikir suka mengambil kesempatan atas apa yang ada di depan mata walaupun menggadaikan maruah diri sendiri!

SUMBER:http://www.themalaysianinsider.com

December 04, 2010KUALA LUMPUR, 4 Dis — Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman mengemukakan writ saman memohon injunksi terhadap Syed Abdullah Hussien Al-Attas dan bapanya, Syed Hussien Al- Attas di Mahkamah Tinggi Temerloh bagi menghalang mereka menyebar atau menerbitkan sebarang bentuk maklumat berkaitan rawatan dijalaninya sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis dalam blog, akhbar, buku, majalah, laman web atau risalah.

Peguam beliau, T Gunaseelan dan Anthony Sebastian pada sidang media di sini semalam berkata, Mahkamah Tinggi menetapkan 22 Disember ini bagi perbicaraan kes berkenaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Siti Aishah berkata, lebih kurang Jun lalu, beliau meminta bantuan Syed Abdullah untuk membantu merawat masalah tekanan emosi yang dialaminya selepas defendan pertama mendakwa boleh mengubati masalah seperti itu.

Dokumen writ saman yang diterima The Malaysian Insider juga menyebut baginda terganggu dengan pendedahan maklumat sulit.

Saman difailkan kelmarin. Dipetik akhbar tempatan, Siti Aishah berkata, antara persetujuan di antaranya dan Syed Abdullah ialah beliau (Syed Abdullah) akan dibayar untuk perkhidmatannya dan bersetuju untuk merahsiakan segala maklumat dan komunikasi membabitkan Siti Aishah sepanjang proses rawatan berlangsung dan tidak mengeksploitasi dirinya dalam sebarang bentuk.

Pada November 2010, Syed Abdullah dalam blognya iaitu www.uncleseekers.blogspot.com mendedahkan apa yang dikatakan sebagai komunikasi antara saya dengannya ketika saya menjalani rawatan terbabit.

Antara butir pendedahan itu ialah gambar yang menunjukkan saya dan defendan, gambar rumah dan keluarga saya serta perkara yang diberitahu oleh saya kepada beliau, katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Siti Aishah berkata, sebuah akhbar tabloid pada 27 November lalu menyiarkan artikel mengenai perbualannya dan Syed Abdullah selain memaparkan gambar dirinya dengan defendan pertama dan bapanya serta ahli keluarga masing-masing. “Keratan akhbar itu mendedahkan perkara yang berkaitan dengan hubungan profesional antara saya dan Syed Abdullah sedangkan beliau mengetahui kewajipannya untuk merahsiakan segala komunikasi antara kami berdua dan segala maklumat saya yang diketahui ketika mengubati saya,” katanya.

“Syed Hussien (defendan kedua) juga mengetahui bahawa Syed Abdullah memungkiri tanggungjawabnya apabila mendedahkan semua maklumat berkenaan kepada beliau (Syed Hussien),” katanya.

Siti Aishah berkata, Syed Hussien juga memungkiri tanggungjawabnya apabila mendedahkan semua maklumat itu kepada akhbar itu manakala Syed Abdullah di dalam blognya mengugut untuk menerbitkan sebuah buku berkenaan hubungan mereka, menyebabkan beliau rasa dihina dan mengalami gangguan emosi yang teruk akibat pendedahan itu.

Sehubungan itu, Siti Aishah memohon supaya kedua-dua defendan membayar ganti rugi am, teladan dan kos lain yang ditaksirkan oleh mahkamah.

Sementara itu Gunaseelan berkata, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers mendakwa dirinya sebagai pengkaji aktiviti paranormal dan berkelayakan untuk mengubati mana-mana individu yang mengalami gangguan emosi atau tekanan mental manakala defendan kedua iaitu Syed Hussein pula lebih dikenali sebagai penulis buku genre politik.

“Ini ialah kali pertama injunksi seperti ini iaitu perlanggaran maklumat sulit difailkan di Malaysia dan ia difailkan atas arahan Siti Aishah sendiri kerana kedua-dua defendan telah mendedahkan maklumat sulit yang seharusnya dirahsiakan.

“Tindakan ini dilakukan selepas pihak kami mendapati wujud unsur ugutan di dalam blog defendan pertama iaitu kenyataan beliau bahawa sebuah buku mengenai dirinya dan Siti Aishah akan diterbitkan untuk bacaan umum,” katanya.

Beliau berkata, Syed Abdullah menerima writ saman itu pada pukul 3.45 petang semalam di kediamannya di Janda Baik, Pahang manakala writ saman ke atas bapanya tidak dapat diserahkan kerana defendan kedua berada di Melaka.

Thursday, December 9, 2010

RESTORAN PUTERI...truely kampung style

Cerita JJCM lagi...tengahari semalam 2 orang kakakku tak kerja rupanya....kak lang dan kak cik.apa lagi kalau dah diorang ni tak kerja,datang kat rumah aku lah untuk melepak.saja tak ada kerja...pikir mana nak pergi ni...ha, apa kata pergi JJCM...
Diorang tak nak makan kat rumah,saja mengada nak makan kat luar...ni lah lokasi JJCM hari ni-RESTORAN PUTERI.Restoran ini yang dimiliki oleh Pn Rubiah Suparman(pelakon lama dulu) bersama dengan Pn Habsah Hassan (penulis lirik) yang asalnya restoran ini terletak di Brickfield dan kini sudah mempunyai 2 cawangannya iaitu di Taman Tun Dr Ismail dan juga di Sg.Penchala.

Kali ini aku pergi ke cawangannya di Sg. Penchala.restoran ini menghidangkan sajian tradisional berasaskan resepi turun temurun daripada hasil air tangan pemilik sendiri.(ini kata pelayan restoran dan juga tertera pada pamplet yang disediakan...)

Pertama kali ni memang dah tertawan dengan rekabentuk restoran ini.terletak betul-
betul di atas bukit (sedikit tak perasan kalau tak diperhatikan betul-betul) menjadikan ia nampak privasi jauh dari hiruk pikuk kenderaan.

Kebetulan baru keluar dari kereta,lalulah si pemiliknya-Kak Rubi.seorang yang simple,manis mulut-menegur kami dan mempersilakan kedatang kami,bertanya kami ni dari mana....kira sejuk jugaklah hati kita kan....hihiii...

Beliau ni pun nak keluar mengambil stok bahan mentah katanya.tapi sempat jugaklah aku mengajaknya bergambar sekejap.pose...dan kebetulan pulak....ada shooting ...terserempak sekali dengan Fasha Sandha...dia senyum kat kita orang ...so aku pun ‘hei’ lah dengan dia. Jadinya sempat jugak pose ramai-ramai dengan dia...Memang lah kalau wartawan kata lelaki kalau tengok dia ni boleh cair...apa taknya...tinggi,cantik,kulit cerah,suara lembut manja...memang ori manja macam kat TV tu...aku bukanlah fanatik fans dia sangat.sekadar tahu gitu-gitu saja.kata aku selalu dengan Sakinah....”tak yah ambik tahu sangat,tak masuk exam pun!”
Hish...hish...apa cerita ni..orang nak cerita makan kan...makan kat sini, ada 2.satu secara bufet dan satu lagi ala carte.Bufet bermula pada jam 11pg sehingga 3.30 petang dan selepas itu menu ala carte disediakan pulak.untuk hujung minggu, semuanya bufet.harga? untuk dewasa ialah RM 30.00 seorang dan separuh harga untuk kanak-kanak 6 -12 tahun.

Menu? Fuh...banyak .dari main coursenya nasi ,mee segala mee, bihun...sampailah ke pencuci mulut,semunya sedap.bila dah kata bufet,maknya semua boleh makan kecuali pinggan mangkuk lah..alahai...Bak kata orang....macam-macam ada...dan berbaloi dengan harga.tapi kalau nak datang sini,pastikan perut betul-betul dalam keadaan lapar.baru sedap makan! Hihiii...

Kalau dah kata sajian tradisional tu, mestilah ada lauk kampung.antaranya,siput masak lemak,kurma ayam,pajeri,kari, asam pedas,sambal cencaluk,belacan,kerabu mangga,kerabu pucuk paku,kerabu perut,sota,laksa,..aduh banyak nak cakap ni...pencuci mulut;kuih bakar,seri muka,kuih lapis,sagu biji....macam-macam...Memang makan dengan puasnya,tambahan pulak masa yang kita orang datang tu,orang office baru keluar,so bak P Ramlee...”dunia ana yang empunya...” makan tak peduli orang lah.nasib baik Hakimi sporting...boleh aku enjoy makan.Rupanya selain dari tempat makan,restoran ni uga menjadi lokasi penggambaran drama atau filem dan menjadi tempat diskusi krew produksi.masa kita orang makan ni ada satu group daripada produksi Othman Hafsham sedang melakukan skrip reading di sini.(antara hiasan dalaman) untuk aku pulak? memang kena datang untuk second time.makan kat sini rasa macam mak-mak kita yang masak dulu.pakwe aku belum datang lagi ni...rindu kat air tangan arwah mak...huk..huk...


INFO:

RESTORAN PUTERi
Lot 3074,Jalan Datuk Sulaiman
Sg.Penchala,60000 Kuala Lumpur
Tel:03 77284886.

Kemudahan:
1. surau berhawa dingin
2. parking lot yang luas

Wednesday, December 8, 2010

SPA D'HILL SETIAWANGSA...jom relax

salam tengahari untuk semua.bercakap mengenai rehat@relax ni, memang seronok kalau hari-hari dapat rehat dari melakukan kerja ye tak? ada orang selalu tanya: KERJA KE? apa nak jawab?bagi aku soalan ini ada 2 maksud pertanyaan.satu bertanya sama ada kita ni kerja makan gaji atau pun satu lagi bermaksud 'awak ni tak kerja ke? atau dalam bahasa mudahnya suri rumah sahaja?....

ni pun satu soalan yang provokasi.untuk aku menjawab soalan ni selalu aku jawab macam ni: KERJA.yelah,walaupun ofis kita ni kat rumah...tapi kita ni pun kerja juga! masuk kerja jam 6.30 pagi dan tutup ofis pukul 12 tengah malam atau pun kadang-kadang kena "overtime"...bermakna lambatlah nak tidur...ni kan semua kerja.tapi ada pulak yang kata duduk rumah tak kerja! HELLLO....takkan duduk rumah tu 'mengangkang' jer...(maksudnya goyang kaki saja atau pun boleh oder saja dengan bibik yang ada kat dalam rumah tu...)

orang yang duduk rumah ni pun kena kerja juga...dan seharusnya juga orang seperti kita ni pun kena rehat juga untuk memastikan kesihatan lebih optimum dan mampu memberi servis yang baik untuk semua yang ada dalam rumah tu..

jadinya semalam hari cuti aku untuk berehat di SPA D'HILL Setiawangsa.aku bawa Sakinah sekali.dia pun nak merasa juga mandi rempah tetapi menggunakan rempah perasa koko yang sesuai dengan kanak-kanak.Hakimi, pakweku pula yang takeover jaga.

rawatan yang aku buat semalam-mandi rempah,lulur dan berurut.alahai...sedapnya rasa badan.yelah penat berjalan cuti sekolah ni,dapat sesekali orang belai-belai badan ni...memang merehatkan seketika...kurang sikit stres tu..hihii...

syor aku kepada kalian di luar sana-sesekali kita ni pun kena "ambil cuti" untuk diri sendiri juga tau! yelah, kalau kita cukup rehat dan sihat,siapa juga yang senang? dah tentu seisi rumah yang senang
ALAHAI...

Monday, December 6, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432

alhamdulillah, sekali lagi kita dapat membacakan doa penutup tahun 1431 hijrah dan doa tahun baru 1432 hijrah.

nampak betul kurangnya hebahan atau promosi berkaitan tahun baru Islam ini berbanding jualan YES (year end sale) di media massa kita.kalau dilihat di pusat-pusat beli belah pun, sekarang sibuk dengan promosi perayaan krismas dan tahun baru 2011.

"Ya Allah, moga tahun 1432 Hijrah ini akan membawa lebih amal kebaikan untuk kita sekalian umat Islam seantero dunia, dijauhkan segala bencana,malapetaka sama ada yang dilakukan oleh tangan ini sendiri mahu pun angkara musuh yang tak pernah kenal erti kalah.moga kita umat Islam akan lebih kuat dan sentiasa teguh berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah.AMIN..."

SALAM MAAL HIJRAH untuk semua.

ALAHAI...

DAH BALIK...banyak nak kena kemas ni...

salam tengahari untuk rakan blogger semua.dah masak? dah makan? harap semuanya sihat-sihat ye.

aku baru sampai ke KL malam Ahad lepas.biasalah bila balik berjalan ni, barulah terasa penat semua.penat duduk dalam kereta tu biasalah kan tapi bila dah sampai kat rumah pulak,penat nak kemaskan semua barang yang dibawa-kerja dobi-mendobi (mesin basuh yang buatkan...hihiii),kemas peralatan piknik, dan yang paling utama kemaskan toilet yang menjadi tempat 'buang' 2 ekor kucing kami yang ditinggalkan. alahai...

satu lagi bila balik dari bercuti ni-diri rasa ingin bermalas-malas sikit.nak cover tidur balik....hihiii...

semalam pulak semua mertuaku dan ipar duai dah balik semula ke kampung.bila tetamu ada di rumah ni, takkan lah aku pulak yang nak menyendiri dalam bilik nak menaip kan...(tu tanda macam tak hormat orang pulak!)

jadinya, hari nilah baru berkesempatan untuk membuka blog dan berfb. ni pun baru balik dari sekolah Sakinah, beli buku sekolah.ada lagi 4 buah buku yang tak ada.minggu depan kata budak kat kedai buku tu baru sampai.

cerita bercuti? memang best! seronok dan enjoy.bukan setakat dapat ke Pangkor, tapi on the way balik,sempat ke Pasir Salak dan Teluk Intan.nasiblah kami pergi ni awal dari hujung minggu, jadinya tidaklah bersesak sangat dengan ramai orang yang baru datang pada hujung minggu.

gambar dan cerita seterusnya akan aku masukkan kemudian.gambar-gambar belum diedit oleh pakweku lagi.macam biasalah bila pergi jauh ni, guna camera dia,dia yang jadi cameraman jadinya dia jugaklah yan akan mengedit gambar-gambar ni semua.hihii...

ALAHAI...

Thursday, December 2, 2010

BERCUTI DI PULAU PANGKOR

baru habis mengemaskan semua barang dan perkakasan yang nak dibawa pergi ke Pulau Pangkor.rombongan kali ini membawa mertua dan ipar duai sebelah pakweku.dioarang dah samapi dari kampung pukul 10 malam tadi.

plannya pukul 4 pagi ni atau pukul 5 pagi kami dah nak gerak.ini ikut plan lah...semua dah tidur ni tinggal aku yang last nak update blog ni sekejap.

rasanya untuk 3 hari ini tiada entri baru yang akan ada.pakweku kata tak payah lah nak bawak laptop ni-pergi betul-betul untuk rehat ,masak dan makan...(ye ke rehat ni? tak taulah...).lagi pun luggage yang kami bawak ni pun dah terOVER rasanya.nanti aku akan cerita ceritikan...

aku akan balik pada hari Sabtu nanti dan jika tiada aral jumpa kembali selepas itu...adios..kepada rakan blogger yang turut bercuti tu-SELAMAT BERCUTI -SEMOGA SELAMAT SEMUANYA. aku dah nak tidur ni.dah siap kunci jam nak bangun pukul 3.30...hihiii...orang penting...

ALAHAI...

Wednesday, December 1, 2010

TERTUNAILAH JANJI UNTUK SAKINAH

kalau dah berjanji wajib ditunaikan walaupun dengan anak sendirikan! seperti pepatah;kerbau dipegang pada talinya,manusia pulak dipegang pada janjinya!bercakap tentang janji ni,malam tadi tertunailah janji kami terhadap Sakinah.

aku dan Sakinah kadang-kadang berebut dan guna laptop apabila aku nak update blog dia pulak nak main game, dia pun cakaplah dnegan baba dia;
"ba, nanti ina periksa dapat no 1, baba belikan ina laptop boleh tak?
ni asyik mama je nak guna"
"ok,kalau betul nanti baba belikan"

budak-budak ni kalau nakkan sesuatu kan...memang dia buat betul-betul.al hamdulillah peperiksaan akhir tahun hari tu dia capai apa yang dia kata.jadinya apa lagi? kita ni kena tunaikan janjilah...tapi baba dia awal-awal lagi cakap tunggu gaji nanti baru beli.

malam semalam, saja keluar berjalan ke Jusco,tiba kat satu kedai-Sakinah dah terkenan satu benda...CAMCODER (video dan camera sekali)apa lagi dia 'sudah tukar' lah pulak dari nak laptop nak kan benda ni...

bila difikirkan balik memang tak praktikal kalau nak beli lagi satu laptop-ye lah dia guna selalu pun pada cuti sekolah ni atau pun pada hujung minggu sahaja jadi camcoder rasanya memang sesuai dengan dia.Sakinah suka bergambar,ambil gambar lepas tu suka nak 'berlakon-berlakon' jadinya memang sesuai dengan benda ni.

apa lagi, teruslah setuju belikan Sakinah camcoder ni.walaupun harganya lebih rendah daripada laptop yang dijanjikan hari tu,baba dia tetap kasi dia jumlah yang sama.dah janjikan...kena buat walaupaun dengan anak sendiri .tak mahu nati dikata mama baba dia suka janji je tapi tak buat...(bahaya ni...)

ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala