pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Thursday, March 3, 2011

SAMAN OH SAMAN JANGAN TUNGGU SAMPAI LAST MINIT LAGI

Assalammualaikum semua...

entahlah tabiat ke? atau tak sengaja ke? yang boleh dikategorikan kepada orang yang selalu suka last minit ni.

kadang tu mungkin disebabkan kesibukkan yang sentiasa mengejar diari hidup kita, membuatkan kita jadi macam ni.sampai benda yang dah banyak kali kena warning pun boleh buat leka lagi.

harapnya,10 Mac ni adalah hari yang betul-betul LAST untuk mereka yang nak jelaskan saman.jangan ada lagi last yang lain.sebabnya,kalau banyak kali dibuat macam ni nampak sangat undang-undang tidak diperkasakan dengan begitu tetap.pasal tu semua orang boleh pandang enteng!

kita nak,cakap sekali-ITULAH muktamadnya.bukan apa,inilah sahaja cara terbaik nak mengajar dan mendisplinkan segelintir rakyat Malaysia yang suka last minit!

ALAHAI...

ANAK MAHU CEMERLANG,BAGAIMANA KITA?

Assalammualaikum semua...

hari ni aku ingin berkongsi dengan kalian di luar sana dengan apa yang aku baca di http://rozisalehin.blogspot.com .memang artikel ini agak panjang daripada biasa,tapi penuh berguna.Terima kasih kak Ros.aku sharekan artikel yang beliau dapat menerusi pakar motivasi Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad.

berkenaan peranan kita sebagai mak ayah kepada anak-anak kita.kadang-kadang terlepas pandang.

IBU bapa sering merungut anak mereka bermasalah, malas, tidak solat, gagal mengurus masa, kerja sekolah tidak siap dan degil.

Hakikatnya, mereka bukan malas. Pengalaman kami mengendalikan Seminar Motivasi Alihan Pelajar sejak lebih 15 tahun lalu mendapati anak-anak mahu cemerlang dan suka menggembirakan ibu bapa mereka.

Cuma, mereka mungkin kurang diberikan dorongan positif, tidak ada tujuan dan matlamat hidup atau tidak didedahkan dengan cara yang betul untuk berjaya.

Apa yang kita rasa, sangka dan jangka maka itulah cara anak-anak kita bertingkah laku.

Jika kita rasa anak kita tidak cukup bagus, jangka anak akan timbulkan masalah, maka bagaikan seorang tukang ramal yang tepat, itulah yang berlaku.

Sebaliknya apabila kita rasa anak ada peluang, kita sangka mereka boleh dan kita harap kecemerlangan, itulah kemungkinan besar yang berlaku.

Minda umpama magnet yang akan menarik apa sahaja bentuk fikiran dan gambaran yang dihasilkan. Oleh itu letakkan rasa, sangka dan jangkaan yang besar terhadap diri anak-anak kita.

Apabila kita jangkakan anak-anak boleh berjaya dan penghujung kepada perjalanannya sebagai seorang pelajar sedia menanti sebuah kecemerlangan, kita akan berusaha dengan lebih proaktif.

Kita belikan buku-buku tambahan dan keperluan anak. Kita masukkan dia dalam pelbagai program yang boleh mengasah bakatnya. Kita usaha tingkatkan prestasi pelajarannya dan membantu mengatasi kelemahannya melalui kelas tuisyen. Malah kita juga tidak akan kedekut menghantar anak-anak ke seminar motivasi dan teknik belajar.

Pendek kata, kita akan lakukan apa sahaja dan sanggup berkorban wang ringgit kerana kita percaya anak boleh cemerlang. Kepercayaan itu datang daripada apa yang kita rasa, sangka dan jangkakan itu tadi.

Sikap membuat andaian buruk merugikan masa depan anak-anak. Misalnya apabila disarankan membeli buku latihan atau buku tambahan, ada ibu bapa yang berkata, "buat apa beli buku latihan banyak-banyak. Bukan anak saya buat pun. Tahun lepas buku yang telah dibelikan untuknya dia hanya buat latihan dalam beberapa muka surat sahaja. Anak saya ni pemalas sikit".

Pertama, ibu bapa sudah menanam persepsi negatif tentang kemampuan anak mereka.

Kedua, ibu bapa tidak percaya yang anak mereka mampu melakukannya.

Ketiga, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendorong dan mendisiplinkan anak-anak bagi memastikan mereka mahu memanfaatkan buku-buku yang telah dibeli itu.

Begitu juga apabila ibu bapa mengetahui sesuatu program atau seminar motivasi diri atau teknik belajar, mereka lalu berkata "Alah, buat apalah masuk program atau seminar motivasi ni, kesan perubahannya seketika sahaja. Kelak nanti anak balik semula kepada perangai lama".

Sebenarnya ibu bapa yang tidak faham akan objektif atau tujuan sesuatu program itu. Minda manusia berfikir menggunakan rujukan. Apabila berdepan dengan satu perkara baru atau masalah, minda akan mencari apakah sumber maklumat yang ada dalam simpanannya.

Maklumat-maklumat ini menjadi asas kepada penyelesaian, pandangan, idea dan kreativiti. Tanpa maklumat maka sukarlah untuk minda menghasilkan sesuatu yang baik dan bernas.

Apabila anak-anak ikuti seminar, bengkel atau program motivasi dan teknik belajar, mereka memperoleh pelbagai maklumat baru terutamanya berkaitan dengan aspek kecemerlangan, pengurusan diri dan pembelajaran.

Maklumat baru ini pastinya akan diadun, diaplikasi dan dimanfaat anak-anak dalam mencari penyelesaian dan jawapan terhadap masalah, tekanan atau kesukaran.

Akhirnya, keputusan serta tindakan yang diambil oleh mereka biasanya lebih efektif dan matang berbanding anak-anak yang tidak pernah terdedah dengan ilmu-ilmu kecemerlangan.

Kawalan diri mereka lebih baik. Jika mereka tersalah langkah atau tersasar jauh ke hadapan, mereka tahu cara untuk berpatah balik dan bangkit semula daripada kegagalan. Semua ini adalah kesan yang tidak boleh dilihat secara langsung namun berlaku dalam diri anak-anak.

Apabila persepsi negatif wujud dalam minda ibu bapa maka itulah yang berlaku. Seperti yang telah dinyatakan awal-awal tadi, minda umpama magnet yang akan menarik apa yang ada di dalam fikirannya.

Ini bersesuaian dengan hadis qudsi yang mana Allah telah menegaskan: "Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hamba-Ku adalah mengikut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku... ." Maknanya apa yang kita gambarkan dan fikirkan itu adalah satu doa. Sebenarnya bukan rugi apa pun jika kita berfikiran lebih positif terhadap anak-anak. Yakin bahawa mereka boleh berjaya dan mampu melakukan perubahan. Cari kebaikan dalam diri anak dan suburkan kebaikan itu.

Cari kelemahan dan kekurangan diri anak lalu berusaha mengikis dan mengatasinya. Berkorban hari ini demi kecemerlangan masa depan anak.

Anak-anak itu unik. Mereka lahir dengan pakej masing-masing yang lengkap dengan bakat dan kebolehan yang ada dan dominan pada dirinya dan tiada pada diri orang lain.

Tugas ibu bapa adalah memberi peluang untuk anak-anak mengenal, memupuk, mengasah dan memanfaatkan bakat serta kebolehan yang telah dianugerahkan oleh Tuhan ini bagi mencari rezeki.

Dengan memberikan anak-anak kita pendedahan dan peluang, mereka akan mampu maju jauh ke hadapan berbanding dengan anak-anak orang lain. Kecemerlangan akademik itu penting tetapi ia bukannya satu-satunya sahaja jalan untuk berjaya.

Malah, pengalaman kami menganjurkan seminar Motivasi Alihan Pelajar di seluruh negara membuktikan bahawa anak-anak mampu cemerlang.

Pernah ada pelajar yang sebelumnya menduduki tempat 40 dalam kelas akhirnya masuk dalam kelompok lima pelajar terbaik selepas berkursus selama dua hari.

Ada yang dulunya duduk dalam kelas keempat lalu naik ke kelas pertama. Ada yang tidak pernah mendapat 'A' dalam pelajarannya akhirnya, setelah dua hari dimotivasikan, mendapat 7A dan 8A dalam peperiksaan PMR.

Pendek kata, seminar mampu membuka mata dan menggerakkan hati serta meningkatkan kemahuan anak-anak bagi mencapai kecemerlangan.

Maklumat lanjut, hubungi pejabat Motivasi Alihan Pelajar di talian 03-22734622 atau 05-3134622 atau layari www.laman-map.com.

AKU? Ya Allah,rasanya banyak sudah aku bersalah dalam cara aku mendidik anak.semakin hari,ia semakin berat tanggungjawab ini.ENGKAU permudahkanlah ia Ya Allah.amin.

ALAHAI...

Wednesday, March 2, 2011

10 TAHUN SUDAH KAMI BERSAMA, MOGA TERUS BERSAMA

Assalammualaikum semua...

maghrib hari ni genaplah usia perkahwinan kami 10 tahun.masih muda lagi berbanding kalian di luar sana yang sudah mencapai tahap jubli perak,emas,intan dan sebagainya.'sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pulak suami isteri...' lirik lagu arwah P.Ramlee yang pastinya menggambarkan satu realiti yang memang benar berlaku dalam hidup berumah tangga.

biasalah,kadang kala antara kami terasa hati,kecik hati,ambil hati dan segala yang bersangkutanlah dengan hati tu...adalah pemanis,masin dan tawarnya dalam hidup bersama ni.

tapi rasanya akulah yang selalu sensitifnya.orang lelaki ni mana nak tunjuk perasaan dia kan..kang kata tak 'macho' pulak!.sebab aku mendapat suami yang tak berapa suka mengingat tarikh-tarikh special ni,biasanya aku dengan cara selamba akulah yang akan buat promo sebulan sebelum lagi.macam promo rancangan kat tv tu.macam tulah aku jugak.selalu aku jadi reminder dia untuk tarikh birthday ke, apa ke.buat tak malu je.tidaknya dia lupa.

tapi dari sudut yang lain,aku sangat menghargai dia.aku tahu yang dia ambil penting tentang aku.terutamanya keperluan aku selain makanan.dia tahu aku alah dengan seafood,jadi dia rela tak makan sama depan aku, rela carikan aku yang betul-betul fresh.al hamdulillah.dia telah mencukupkan aku dari apa yang aku tiada.apa lagi yang aku nakkan? kat rumah ni pun hampir sebahagian kerja,dia yang buat.bila dia jauh ni,alamat aku kena buat semua itu...

AKU?apa lagi yang aku nak? syukur ada anak-anak,suami dan cukup semuanya.al hamdulillah moga ikatan cinta dan kasih sayang akan membawa kepada pertemuan kami di akhirat kelak.ibarat kata satu lagu ni...(lupa pulak) 'ku nantimu di pintu syurga...' amin...hadiah? aku berjaya menghadiahkan diri sendiri dengan kejayaan aku ke menara LUTH sendiri tengahari tadi!belum pernah aku masuk parking ni,nilah first time.adoh...berpinar kepala aku memusingnye...

ALAHAI...

DIA DAH KEMBALI SEDIAKALA

Assalammualaikum semua...

syukur,pagi ni Dora dah kembali macam biasa.kalau semalam dah mula nak bangun,hari ni dah nampak kecergasannya kembali.pagi ni aku bangun, Dora pun dah start bising balik nak mintak makan macam sebelum-sebelum ni.agaknya baru sekarang rasa lapar.yelah 1 hari tak makan langsung.ni dah sihat ni baru ada selera nak makan.macam kita jugakkan, kalau tak sihat badan tu,mana ada selera nak makan.ayam golek depan mata pun tak layan...

ni dia dah start balik panjat-panjat kira dah baik lah tu.kalau tidak...emmm....baring melepak je dia.macam-macam kucing aku ni.saja nak test 'mama' dia ni...ALAHAI...

SKYPE MENGHUBUNGKAN KAMI !

Assalammualaikum semua...

aku baru saja dapat berkomunikasi dengan pakweku sebentar tadi.kecanggihan teknologi mampu menemukan muka dan memperdengarkan suara menerusi 'skype'. Skype (dibaca: skaip) adalah semacam VOIP (Voice Over Internet Protocol), atau sederhananya "telepon internet"(http://www.bintangmerah.com.)

walaupun benda ni lama bertahun dah ada,kewujudannya tidak ku rasa penting hinggalah hari ini aku mengakui kepentingannya.yelah,dulu ada pun nak buat apa? nak ber'skype' dengan siapa? masa tu tiada siapa-siapa sehinggalah malam ini aku pertama kali menggunakanya!

apa kan tidak,melaluinya mampu merubat hati kedua belah pihak dan yang penting hubungan terus terjalin dengan komunikasi begini.bak kata Sakinah tadi; "macam dekatlah baba ni..."

AKU?nampaknya selepas ini aku akan jadi 'burung hantu'-janji untuk bertemu dengan dia jam 11 malam bersamaan pukul 6 petang dia di sana.syukur,ada baiknya benda ni!

Tuesday, March 1, 2011

DI MANA LAGI TEMPAT SELAMAT?

Assalammualaikum semua...

bercakap mengenai keselamatan anak-anak,rasanya semua ibu bapa akan berasa sangat risau dengan persekitaran sekarang.di mana tempat selamat untuk anak-anak kita?

di rumah,ada juga situasi yang tak selamat-buktinya kes pencabulan,perkosaan oleh orang yang rapat-ayah,atok,abang,sepupu...di luar? lagi besar risikonya.bukan setakat pencabulan dan perkosaan bahkan risiko tangkap,bunuh dan buang ada di sana sini.di taska/rumah kebajikan? pun risiko ini pun boleh berlaku.buktinya kes yang berlaku baru-baru ini di Pulau Pinang.sebuah tenaga kerja di rumah kebajikan tersebut didakwa mencabul anak-anak di sini.TERBARU? aku rasa bukan kes baru tapi kes yang berulang jadi-KESELAMATAN DI SEKOLAH yang tidak selamat lagi.

(sumber: Harian Metro 28/2/11)KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu.

Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua pelajar terbabit dilaporkan tidak mengikuti perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas.

Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat kumpulan 12 pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas sebelum memarahi mereka.

“Guru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan terhadap semua pelajar berkenaan kerana tidak mengikuti perhimpunan.

“Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan,” katanya.

Sumber berkata, guru disiplin itu dengan bersahaja memberitahu akan memeriksa tahap degupan jantung mereka.

“Dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.

“Guru lelaki terbabit memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan. Difahamkan, dia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat pertama,” katanya.

Sumber berkata, disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan guru terbabit.


“Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum melakukannya sekali lagi.

“Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris.

“Waris yang mendapatkan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah,” katanya.

Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis menahan guru disiplin itu berhampiran sekolah menengah berkenaan, kira-kira jam 11 pagi Sabtu lalu .

AKU? akhirnya di mana lagi yang selamat untuk anak-anak kita.Ya Allah,selamatkan anak-anak kami,jauhkan anak-anak kami daripada manusia bertopengkan syaitan.kembalikan sifat mahmudah itu dalam hati-hati kami.amin.

ALAHAI...

SIAPA YANG TERLEBIH SENTIMENTAL NI?

Assalammualaikum semua...

syukur malam tadi budak 2 orang ni tidur dengan baik-baik aje.sebelum tu,aku dah warning kakak-kakakku kalau bercakap dengan Hakimi jangan ditanya pasal babanya.yelah,elok dia diam tak sebut,tapi bila ada yang ingatkan dia,sure dia pun ingat baba dia sama...

tapi yang peliknya,aku pun tak tahu siapa yang terlebih sentimental.ni Dora aku,sejak pagi semalam lagi dia berbaring je.bangun tidak,makan tidak,minum pun tidak.melepak atas katil Sakinah je seharian.aku rasa badan dia,panas! kalau sampai hari ni tak kebah jugak,kena bawak ke klinik ni.

pagi ni aku tengok dia bangun sekejap,lepas tu melepak baring balik.harap oklah tu.aduh...takkan dia pulak yang demam...sampai kucing pun rasa rindu dengan tuan dia. memanglah kucing-kucing ni manja dengan pakweku dan anak-anak.pendek kata diorang anak beranak ni 'pet lover'.

AKU? suka dan menghormati apa yang mereka suka.tugas aku,jaga makan dia,cuci najis dia tapi bab nak belai-belai tu aku ni kureng sikit.amanah pakweku;jaga anak-anak,jaga Dora Dory,ikan-ikan dia bla..bla..

ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala