pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Thursday, November 18, 2010

CERITA RAYA KORBAN

terlebih dulu salam Aidl Adha untuk semua rakan blogger sekalian.masih ada di kampung atau sudah balik ke rumah sendiri?aku baru balik malam tadi dari kampung.asalnya memang berniat tak nak balik kampung memandangkan pakweku cuti hanya sehari dan sama juga dengan Sakinah tapi Mak mertuaku dah berkali-kali menelefon untuk mengajak kami balik-jadinya malam raya hari tu baliklah kami ke kampung untuk beraya.
untuk makan pagi raya tu, mak mertuaku dah siap masakkan nasi impit dengan kuah kacang dan kari ayam pencen. tak lupa jugak pagi tu masak kuah lodeh-favourite abah mertua!lepas sembahyang raya,upacara korban diadakan.tahun ni sebanyak 16 ekor lembu dan seekor kambing dikorbankan.aku bawaklah Sakinah dan Hakimi untuk melihat macam mana korban dilakukan.

berikut ini adalah gambar-gambar yang sempat dipetik pada hari tersebut.
Sakinahlah yang banyak tanya kenapa dan kenapa,adik pulak sibuk nak main dengan kambing yang agak macam boleh buat kawan dia je...

kerja-kerja penyembelihan dibahagian kepada beberapa bahagian-penyembelihan,melapah,memotong dan menimbangseterusnya bahagian agihan.semua berjalan dengan lancar dengan kerjasama warga tua dan muda.proses membersihkan kepala lembu yang dilakukan oleh 2 orang iparku.tengoklah dari ada kulit dah jadi licin semuanya.barulah jumpa sampai ke otaknya sekali


ni pulak ekor lembu:
korban Sakinah pulak ialah pada giginya-betul-betul pagi raya,gigi tercabut.tu kira korban dialah...hihii

bagi aku pulak-raya korban ni biarlah kita ambil pengajarannya untuk belajar mengorban sedikit rasa yang tidak baik kita kepada nilai yang baik.mudah-mudahan apa jua yang kita buat ada balasannya kelak.amin.

ALAHAI...

Tuesday, November 16, 2010

MAJLIS TERIMA MENANTU

tajuk entri bukanlah aku yang terima menantu ...Sakinah baru 8 tahun.jauh lagi perjalanannya....hihii...tapi aku berkongsi kegembiraan menerima menantu anak buah.anak kakakku yang sulung kahwin pada hari Sabtu lepas.aku dah punya 3 menantu anak buah.dua yang dah lepas tu aku tiada di Malaysia,jadi yang kali ini aku betul-betul terlibat dalam majlis ni.

majlis nikah diadakan pada hari Sabtu dan majlis jamuan makan pada hari Ahad.Insya Allah jamuan di pihak lelaki akan diadakan pada hari Ahad minggu ni di Klang.

sebagai orang kuat ...kami adik beradik dah mula berkapung di rumah kakakku di Bangi sejak hari Jumaat lagi.aku taklah tidur di sini-pakwe masih larat nak memandu balik rumah.jadinya kami berulang alik 3 hari 3 malam untuk majlis tersebut.tak apalah...bukan selalu.

hari Jumaat:kerja-kerja memasukkan 'door gift' sebanyak 1 ribu beg.orang kata hari last 'touch-up' untuk semua persiapan-hantaran,bunga rampai...malam berinai,tapi hanya memakai inai saja.pengantin ni punya petua-inai nak kena campur serbuk teh,minyak kapak lah...alahai...pelik-pelik punya bahan.aku dulu tak pun macam ni...last-last bila bukak,tak merah-apa lagi kena touch up dengan inai yang dalam bentuk tiup ubat gigi tu baru merah...
tapi yang excited nak berinai ni -mak-mak saudaranya...hihi...aku pun nak berinai jugak.lengkaplah sepuluh jari.ni pun sebab ada yang nak jadi tukang inai.kita hulur jari jelah...tulah aku kata dekat pengantin;
"angah jangan risau,pengantin back-up ramai ni..esok kalau pening-pening ke,ramai yang boleh ganti...alahai..."

Sabtu:majlis akad nikah di Masjid Al Hasanah di Bangi S9 pada pukul 11.30 pagi.sekali akad nikah sahaja-dah selamatlah anak buahku-Noor Syahirah bergelar isteri...kami rombongan ni cadangnya nak pakai sedondon hijua,last-last jadi macam-macam color daa...
(sempat nak pose kejap walaupun Hakimi tidur tu..) petang tu pulak kerja-kerja menyiapkan bahan untuk masak gulai tempoyak.ni hajat hati kakakku lah. (mak pengantin nak sangat lauk ni)untuk lauk ni-yang jadi anchornya kakak iparku yang sulung-Kak Siti dengan kakak sepupuku -Kak Fauziah. diaorang ni memang orang Negori Sembilan.lauk-lauk macam ni...memang diaoranglah pakar. bahgian ni memang aku tak masuk campur.aku handle masak sup tulang dengan buat pencuci mulut.untuk makan sekeluarga malam tu dan yang ada jugak kawan-kawan tuan rumah yang datang,aku masakkan sup tulang berempah.lawannya aku celurkan bihun.untuk lebih 'kaw' makan dengan sambal kicap!.daun pandan yang banyak lebih daripada bunga rampai tu,aku blendkan untuk buat agar-agar pandan.tapi semua gambar tak adalah...cameraman tak ada.back up cameraman aku si Sakinah-dah letak jawatan.dia pun sibuklah dengan sepupu-sepupu dia.pendek kata malam tu-acara makan-makan jelah.sup habis yang tinggal bihunnya saja.

Ahad-jamuan makan.hari ni tema pengantin color kuningdan untuk ahli keluarga pulak color pink.(mak ayah pengantin perempuan@kakak dan abang iparku)hari ni semua dapat bunga reben sebagai tanda kena bekerja...yang jadi tukang pelayan pun ada, tukang kasi door gift pun ada-ni memang kena duduk dekat pintu aje lah...tukang sibuk pun ada jugak...yang tak pasal-pasal kasi arahan dekat orang,dia tak buat...adus!(orang kuat ambik time off)aku? ni yang paling penting.tukang jadi 'bank bergerak'.aku yang pegang hand beg yang berisi sampul duit yang diberi tetamu!kakak aku tak nak pegang beg ni-kata seganlah pulak-jadinya akulah yang pakai-orang tak perasan.dapat je duit kat tangan,sama ada daripada kakak atau abang iparku, akulah orang yang dicari...berat jugalah bahu aku.(Hakimi-kena makan sendiri,mama busy...)jamuan hari ni adalah daripada Shamein Catering-dari Kota Damansara. makanan sedap-standard seperti nasi beriani/nasi putih,dalca,ayam masak merah,kari daging,rendang ayam tok , acar dan tak lupa gulai tempoyak yang masak malam tadi dengan ikan masin goreng.gubahan di meja pengantin? fuh memang ada rupa...zaman aku dulu yang tak ada macam ni...hihiii...

bacaan doa selamat untuk pengantin daripada Tuan Hj Bakar(kakak pengantin
yang masih solo dan vogue lagi-Along...your time nanti kita buat kat hotel ye!)(flower girl yang tak lepas dengan bunganya...)

walaupun penat tapi semua happy dan berkumpul sanak saudara.macam-macam cerita,macam-macam gosip...hahaha...kutuk-kutuk sikit...biasalah bila dah ramai.

untuk Angah dan Pian-mak usu doakan agar kalian bahagia sehingga ke akhir hayat dan beroleh anak soleh dan solehah. amin...

Monday, November 15, 2010

SELESAI MAJLIS

sejak 3 hari lepas menjadi 'orang pangkal' sibuk dengan majlis kawin anak buahku,hari ni pulak baru sibuk dengan hal sendiri.nasiblah majlis kawin ni tak selalu...fuh...penatnya bukan main.

pengantin tak pelah...senyum je kat pelamin,TAPI orang yang kerjalah yang penat.tak pelah, sesekali berjumpa sanak saudara,bergosip-gosip sikit,mengutuk-ngutuk sikit...hihi...ni lah yang menceriakan suasana.selesai majlis,dah tak de lagi gelak tawa, usik mengusik....alahai...

ada banyak cerita nak sembang kat sini nanti...tunggu gambar diedit dulu ye...

petang ni nanti, aku akan ke sekolah agama Sakinah pulak untuk majlis penyampaian hadiah peperiksaan akhir tahun. sekolah kebangsaan dah selesai hari Jumaat pagi lepas.syukur, kedua-dua peperiksaan ni, Sakinah score!segala pujian hanya padaMU Ya Allah.

banyak sangat entri nak masuk ni...hihii..nanti akan disembangkan di sini.mencari masa yang sesuai nak menaipnya.yelah bila si kecik ni ada, dia pun sibuk jugak nak menaip...budak zaman IT...

ALAHAI...

Friday, November 12, 2010

BERCUTI SEKETIKA

hari ni aku berada di Bangi untuk majlis kawin anak buahku.pagi tadi ke sekolah Sakinah untuk majlis penyampaian hadiah lepas tu aku ke Bangi sehinggalah hari Ahad nanti.

nampaknya aku berehat seketika dari nak berblog.Insya ALLAH cerita akan bersambung nanti.

hari ni sibuk kerja-kerja menyiapkan bunga rampai,bunga telur,berinai dan macam-macam...esok pagi majlis nikah dan hari Ahad pulak majlis jamuan makan.nampaknya sibuklah...aku bakal mendapat anak buah menantu....

ALAHAI...

Thursday, November 11, 2010

SETIAWANGSA STEAKHOUSE- best in town!


malam tadi aku dan famili buat sesi JJCM di luar hari kebiasaan kami.yelah selalunya hujung minggu kan-sebab aku gantung periuk...hihii...tapi minggu ni JJCM jatuh hari Rabu pulak.
malam tadi JJCM meraikan kehendak Sakinah.sejak minggu lepas dan petang semalam,hari-hari ada praktis teater sempena hari penyampaian hadiah Jumaat ni.lagi satu, nak meraikan juga sempena kejayaan dia dalam peperiksaan akhir tahun hari tu.memang JJCM ni biasa bagiku sefamili tapi malam tadi rasanya tak perlulah nak tunggu hujung minggu. kalau hujung minggu nanti dah lambat,macam dah tak syok kata Sakinah! aku ikutkan sajalah.dia memang patut dapat apa yang dia nak-sebab dia memang kena "pantang" masa musim exam hari tu...sian ko nak oi...

oklah kali JJCM membawa kalian ke satu restoran berbentuk santai yang dikenali sebagai BENJIANA STEAKHOUSE. nama BENJIANA tu ialah gabungan nama pemilik ni suami dan bekas isterinya.(ni aku tanya kat waiter dialah)

kenapa aku katakan santai? emm...persekitaran yang terbuka-'open air'. boleh duduk di tempat berbumbung atau berpayung atau juga hanya beratapkan bulan dan bintang...(ni tak ada payung punyalah...)tak bersesak-sesak. kepada yang suka nak melepak tu,tempat ni memang ok,ada televisyen besar.bolehlah minum teh tarik sambil tengok tv khususnya kalau ada bola!menu di sini seperti namanya sudah tentulah 'western style'.kalau nak makan lamb chop dan segala chop ada di sini,segala spaghetti pun ada.segala burger,segala yang grill pun ada-ni atas hot plate yang memang real panas punya! kalau kena kat jari sure menggelembung.macam yang kakak aku kena.ni kes nak try darjah kepanasan hot plate...hihii..air? pun macam-macam ada,daripada air buah hinggalah air standard-teh tarik! di bawah ni adalah menu yang aku dan famili makan malam tu. untuk Sakinah-dia nak makan chicken wing. pakweku -fish n chipkakakku-chicken grill with mushroom sosaku pulak?ni homemade beef burger special kat Benjiana with mushroom sos-
air pulak- ais lemon tea dan teh tarik...ni pulak gelagat si kecikku-Hakimi.dia dah kenyang makan kat rumah.sampai sini,orang lain makan-dia sibuklah main dengan anak kucing ni.sanggup duduk celah kerusi tu semata-mata nak 'skodeng' anak kucing.asal dia sporting kan...dapat sama-sama makan.tidaknya kena makan ikut turn sama ada aku dulu atau pakwe dulu...hihii..

untuk menu macam yang kami makan tu semuanya RM 64.00.detailnya aku tak tahu harganya sebab resitnya dah selamat dibuang oleh pakweku! (dah pesan kat dia -lupa nak simpan)


INFO:

1.BENJIANA STEAKHOUSE-
DI BANGUNAN DEWAN CENTRUM SETIAWANGSA
TAMAN SETIAWANGSA KL

2.MASA OPERASI- 6 petang-2 pagi

* semua ok,cuma masalah parking saja.kena pusing 2,3 kali nak dapat parking.tapi berbaloi sebab makan sedap.kalau kalian nak sesekali ubah selera nak makan western,bolehlah ke sini.boleh kita jumpa! (aku tolong promot mana yang sedap je...hihii...)


ALAHAI...

Wednesday, November 10, 2010

PASAL KUKU?



tulisan ni aku sharekan daripada seorang sahabatku di FB.nampak remeh, rupanya banyak juga yang kita tak perasan.jadi,sama-sama kita ambil tahu.yang baik itu tanda Allah sayangkan kita dan yang tak baik tu sebab kita yang buat sendiri.

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun
hanya... jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai
berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak
membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi
menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang
bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan
kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan
seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong,
dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk
ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan
mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau
lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

info tambahan:

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam
najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang
walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah
berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini
tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali kwj. sesudah
bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi
Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai
cincin pakailah di jari

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

DAH HABIS BACA TU SHARE LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU...INSYA'ALLAH BITAUFIQ MAANNAJAH....


ALAHAI...

Tuesday, November 9, 2010

KENALI KUIH GANDUS

KUIH GANDUS? bukan gendut ye!...hihiii.
pernah dengar nama kuih ni? kuih gandus ni dekat area aku hanya terdapat di Pasar Keramat aje.kat tempat lain tak tau pulak aku.agaknya gandus ni gabungan tepung gandum + nenas yang direbus dulu agaknya.bab asal usul ni-aku lupa pulak nak interview dia.ni pun aku ambik gambar dia,dia ingat aku ni orang surat khabar.cakap pasal blog-blog ni alahai... bak kat penyanyi Elyanna tu..'tak tercapai akalkulah' pakcik ni...

kuih ni berbentuk bulat,ada inti jem nenas di dalamnyadan di luarnya pulak salutan tepung dangan kelapa muda.menggunakan acuan daripada gelungan tembaga macam dalam gambar tu!

pakcik yang jual kuih gandus ni memang dah lama berniaga kuih ni.daripada yang aku tanya kat dia,dah berbelas tahun dia dengan profesion membuat kuih gandus.
" lama nak oi..pakcik dengan makcik ko meniaga ni.memang kat
sinilah kami niaga.dah berbelas tahun dah..."
masa bulan puasa hari tu,pukul 11 pagi lagi pakcik ni dengan isteri dia dah mula berniaga sampailah pukul 4.pelanggan memang dasyat.kuih dia masih pada harga 3=RM1.00 lagi.

semalam petang, aku sekali lagi menjengah ke Pasar Keramat nak beli kuih ni.alamak, lepas raya harga dah naik la pulak! hihi...dah jadi 40 sen sebiji dan 5=RM2.00.
katanya semua barang naik, tu yang dia pun terpaksa naikkan harga.aku cakaplah,tak kisah naik harga tapi kualiti mesti sama! yang pasti, ia masih macam dulu!

ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala