pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Wednesday, February 9, 2011

HATI INI TIBA-TIBA JADI SAYU

Assalammualaikum semua...

tatkala entri ini aku taipkan,aku baru mendapat perkhabaran dari pakweku bahawa visa kerjanya dan appoint letternya untuk posting ke oversea dah pun dapat.jika tiada aral hujung minggu depan,berlepaslah dia meninggalkan aku dan anak-anak.

aduh...sayu hati ini...berpisah seketika demi tuntutan kerja ini membuatkan aku bingung seketika,rasa terbang separuh dari hati ini.walaupun aku dah tahu ura-ura dia nak pergi tu dah lama dulu,tapi aku tak rasa apa pun.bila dah dekat ni bukan rasa satu macam tapi bermacam-macam.

kalau biasanya yang selalu-selalu,dia pergi dalam seminggu dua aje tapi kini tak macam tu.dia hanya dapat balik untuk 3 kali setahun dan selebihnya tertakluk kepada perubahan.itulah bezanya kini antara aku,anak-anak dan dia di sana nanti.

aku? siapa tak sedihkan.kalau sebelum ni dah biasa ada pasangan di sebelah,tempat untuk bercerita pasal anak-anak,pasal masa depan,pasal hal-hal yang berlaku seharian,tempat untuk meluahkan rasa,tempat untuk kadang-kadang melepaskan geram pun ya jugak...dah berjauhan...sedihnya,rasa kosong pulak.TAPI AKU KENA KUAT...TIDAK NANTI SAKINAH DAN HAKIMI AKAN RASA LAGI KOSONG...

Sakinah? dia dah boleh faham.tapi Hakimi,nilah yang masalahnya.dia ni kalau dah ada baba dia,memang tak layan dah dengan orang lain.baba dia boleh bawak dia naik brom-brom(motor) tiap petang,baba dia boleh layan dia main kat padang,baba dia boleh dukung dia selalu(kalau aku dukung tak best...tulang je)macam-macam dengan baba dia...nilah yang buatkan aku sedih tu...dia tak faham apa lagikan.dia tahu baba dia keluar pagi,petang mesti balik.aduh...

orang kata; kalau nak elakkan rindu pada seseorang,tinggalkan kain@baju orang tu yang dah pakai(yang belum basuh) utnuk dibuat cium baunya atau dibuat selimut.nampaknya aku kenalah buat ni untuk anak-anak.aku? dah besar panjang dah...

ALAHAI...

Tuesday, February 8, 2011

MASAKAN PADANG GARUDA menyerang KG BARU

Assalammualaikum semua...

kali ni edisi JJCM, aku ingin berkongsi dengan kalian di luar sana mengenai satu restoran masakan Padang yang tak memerlukan untuk kita sampai ke Indonesia,tapi ada di sekitar kita aje.restoran ni aku cuba sewaktu cuti hari tu bersama macam biasa 2 orang kakakku-Kak Lang dan Kak Cik.(kali ni kak Lang yang jadi taukeh!)

RESTORAN GRAND SERI GARUDA EMAS-satu restoran yang menghidangkan menu masakan Padang,Indonesia.untuk aku yang belum pernah sampai lagi di Padang sana,(padang mainan adalah hari-hari...)rasanya menu di sini sedap,memuaskan,kira boleh masuklah dengan tekak kita di sini.

apa yang menariknya di sini,kita duduk je kat meja,dah datang pelayan mereka dengan membawa gelas air suam dan mangkuk air untuk mencuci tangan.(satu untuk diminum,satu lagi untuk dibuat cuci tangan...jangan confius!)untuk memilih menu pulak,kita sendiri boleh pilih kesukaan kita sendiri di kaunter yang disediakan(deretan lauk yang disediakan,boleh pilih mana berkenan.)oklah untuk pesanan tengahari tu,aku memesan:4 nasi putih = RM 8.00
3 ketul ayam kampung = RM 21.00
(2 ayam goreng penyek,1 goreng berlado)
1 mangkuk urat = RM 8.00
1 mangkuk sayur pucuk ubi = RM 3.00
1 mangkuk rendang itam = RM 6.50
1 piring sambal lado = RM 2.00
1 gelas air buah durian belanda= RM 5.00
*3 gelas air suam- f.o.c
======================================================
total: RM 53.50
======================================================
pelbagai menu ada yang semuanya berasaskan dari Padang.pastinya memang orang Padang sendiri yang menyediakan hidangan ini.(jemput makan ye...)(selepas...hihii..)kepada kalian yang rasa nak cuba,boleh datang ke sini.parking? jangan risau.luas tempat nak parking.selamat mencuba...cewah aku tolong promotkan aje.
info:
Restoran Grand Seri Garuda Emas
Lot 117D Jalan Raja Abdullah ,Kg Baru,KL
03-26914077
ALAHAI...

AKIBAT BERGANTUNG,MAHALNYA BAWANG...

Assalammualaikum semua...

malam tadi,pakweku ke pasar malam dekat dengan rumah ni.request Sakinah nak makan keropok lekor.aku pun baru teringat yang bawang merah dah tinggal sikit.aku pesan kat dia suruh beli.tadi masa pergi ke Jusco,pun bawang tak ada.bukan tu je,tempat sayur pun kosong...(lupa pulak nak bawak camera masa ni)

balik rumah,dia tunjuk kat aku; ni bawangnya.nak tahu harganya?RM4.00 banyak ni! mak oii...mahal betul.rasanya bawang taklah diimport dari Mesir,tapi boleh pulak mahal macam tu sekali.

oppps jangan tak tahu,India kan sekarang dilanda banjir,lepas tu ada ada pulak speasis yang buat demo jalanan yang terang-terang mengganggu kestabilan dan keamanan negara.

nilah satunya masalah kalau kita selalu bergantung dengan negara luar.kalau jadi masalah pada negara tersebut,kita turut terkena tempiasnya.

macam cuti panjang raya cina ni,perasan tak di tempat kita yang mana banyak kedai-kedai cina semua tutup? lengang jalan seketika kan.kalau tidak, di kedai tayar atau bengkel kereta tu pastinya banyak kereta yang ada.masa-masa macam ni,janganlah tayar kereta buat hal,aduh payah lah nak cari pomen@bengkel.nampak tak pergantungan kita di sini dengan mereka?....

aku? kita perlukan mereka untuk barang dan mereka juga perlukan kita untuk duit,jadinya kita saling memerlukan,maka apa perlu untuk kita saling menjatuhkan....

ALAHAI...

Monday, February 7, 2011

BERMULA SESI LANJUTAN DI SWATARI

Assalammualaikum semua...

bulan Februari ni bermula semula rutin hujung minggu menghantar Sakinah ke kelas menarinya di Swatari,Pak Ngah Production.kelas diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad.untuk kelas lanjutan,kelas bermula jam 5-7 petang.(pecahlah lemak budak sorang ni..hihii..)
untuk kelas lanjutan ini penyertaannya adalah terdiri daripada mereka yang dah tamat kelas asas tari tahun lepas.kiranya tahun ni mereka dah jadi senior sikitlah.

sesuai sebagai dah jadi senior,maka tahun ini,apa yang aku dengar daripada penerangan Mak Ngah petang semalam,murid-murid akan diajar sebanyak 7@8 tarian yang ada dalam daerah nusantara kita ni.setiap tarian tersebut akan adanya seorang pakar yang memang diambil khusus untuk mengajar tarian-tarian tersebut.

untuk tarian pertama semalam,tarian yang diperkenalkan ialah TARIAN RANDAI yang ditarikan oleh masyarakat minang.guru yang mengajar ni diimport khas oleh Pak Ngah Production dari Padang,Indonesia iaitu cikgu An.(Mak Ngah memperkenalkan cikgu An)aku? selagi termampu,aku pesan dekat Sakinah;
"ambil peluang belajar.sebab ni caranya Sakinah boleh release tension belajar
kat sekolah.belajar menari,bukan macam belajar kat sekolah.kat sini Ina boleh
nak enjoy/happy.ni satu skill yang bukan semua orang boleh buat."

apa yang aku tengok semalam,balik dari kelas dia dah sibuk nak tunjukkan tarian baru dia depan aku dan pakweku.nampaknya macam ok je.harapnya biarlah belajar sampai khatam...zaman mama dia dah berlalu...

ALAHAI...

BIRTHDAY MAK-ANAK,kongsi hari

Assalammualaikum semua...

kepada rakan sejawat yang tugasnya macam aku ni,sekolah dah buka kembali...hihiii..maknanya selamat masuk kerja la ye.bermulalah rutin sebagai driver hari ni balik...

oklah nak cerita ceriti pasal cuti yang lepas.sambutan birthday untuk mertuaku dan sekaligus birthday pakweku jugak.maknanya mereka ni kongsi satu tarikh yang sama-4/2!kira anak maklah tu ye! kuang,kuang...makan besar(cewah bukan orang cina je ada makan besar!)malam tu diadakan di Restoran Tomyam Klasik,Sg Putat Melaka.malam tu pulak,hujan lebat.tapi nak buat macam mana,pergi jugak sebab rasanya tempat ni je yang sesuai.kalau nak ke medan ikan bakar lagi lah azab dengan keadaan hujan tambahan pulak ada baby ni.sure budak-budak di luar kawalan nak main hujan.

malam tu semua famili member pakweku ada.diaorang ni semuanya 5 pendekar!jadi bila berkumpul macam ni,memang gamat suasana dibuatnya tambahan pulak dengan budak-budak yang sedang melasak,memang gamat.

biasanya bila birthday ni,kek mesti adalah kan.baru rasa macam sambutan tu special sikit.kalau tak ada kek,tak macam sambutan birthday pulak.betul tak? apa tak nya,bila aku keluarkan je kek,budak-budak dah tanya;
"mama su,ni kek birthday siapa?"
"ni kek untuk birthday nenek dan baba Hapez"(budak-budak dah tak sabar nak tengok kek...)jadinya bagi budak-budak,memang kek ni dah terlalu signifikan dengan birthday.ada kek,adalah birthday untuk seseorang.pandai je kan budak-budak ni...

diner malam tu;kami memesan ikan siakap kukus,sup tulang(sayangnya tulang dia memang tulang betul...keras Ya Rabbi...),kailan ikan masin,kerabu perut,daging masak merah,sayur campur dan ada pulak kerabu ikan bilis yang tak pesan tapi dapat dan terus melantak makan.(ni kena bayar jugak!)(main suap-suap pulak nenek dengan atuk...)selain makan tu,kami juga dihiburkan dengan nyanyian oleh brother MC ni yang suara dia pun kira boleh layan lah...sedap jugak lah bila makan ada orang nyanyi untuk kita.makan pulak tu rasa laju je...(bila dengar muzik je,Sakinah dah tak boleh tahan...)(bila dah kenyang)oklah, layanlah gambar-gambar famili kami di sini.(to my hubby-happy birthday,love you so much)untuk info restoran aku nyatakan di sini; tak sempat nak buat review lebih-lebih tempat ni sebab aku jadi orang pentinglah malam tu....hihiii.

Restoran Tomyam Klasik
LOT 48, Jln Sg Putat,75450 Melaka.
06-2326745

Sunday, February 6, 2011

BARU BALIK...TUGAS MENANTI

Assalammualaikum semua...dan selamat tengahari.(happy birthday to my sister Azizah(kak cikku hari ni!)

dah makan tengahari semua? bertemu kita kembali di sini.malam tadi baru balik dari bercuti dan sekarang ni semuanya tengah melepek (bukan melepak)kepenatan...dari yang kecik sampai yang beso.biasalahkan,masa berjalan tak ingat penat tapi bila dah balik rumah....aduh semua rasa.bak kata orang semua urat timbul semula.hihihi...

pagi tadi bersarapan heavy dengan nasi goreng dan bihun goreng.nampaknya untuk lunch hari ni akan dibawalah ke petang nanti.apatah lagi petang nanti nak start hantar Sakinah ke kelas Swatarinya semula.nampaknya bermula semula rutin hujung minggu untuk menghantar Sakinah.untuk tahun ni,kelas lanjutan bagi Sakinah akan bermula jam 5-7 petang.

banyak yang ingin dicoret dan dikongsikan di sini.daripada tempat penginapan,makanan,tempat berjalan dan sebagainya.tapi tunggu dulu ye,gambar-gambar masih dalam kamera lagi dan belum diedit.hihii...

oklah kepada semua,kita jumpa lagi.

(syukur,semua rakyat kita di Mesir selamat sampai di tanahair.yelah,kadang-kadang kalau kita berkuasa terlalu lama juga pun,ramai orang tak suka...jadi apa yang terbaik? turun bila rasanya ada pengganti yang lebih baik.itu lebih bermaruah daripada membiarkan diri diturunkan dengan penuh malu.)

ALAHAI...

Thursday, February 3, 2011

ANOLOGI SEBATANG POKOK...siapakah kita?

Assalammualikum semua...

Selamat bercuti untuk semua.ketika aku meninggalkan entri ini,aku sefamili dan 2 orang kakakku pergi bercuti ke Port Dickson dan malam nanti kami bakal bermalam di Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang.rasanya inilah percutian/JJCM aku sefamili bersama pakweku,memandangkan tak lama lagi dia 'terbang jauh'....huhuu...


aku tinggalkan kalian dengan ini.moga kita kenal siapa kita.Insya Allah bertemu esok atau hari Sabtu.

Analogi sebatang pokok belajarlah daripada kesabaran dan ketabahan sebatang pohon . Pohon yang besar mampu menahan ribut dan taufan kerana ia mempunyai batang yang kukuh dan kuat .

Bermula dari bernih yang kecil, ia tumbuh menjadi pohon yang besar dan semakin kuat akarnya.Sebelum menjadi sebatang pohon yang kuat,ia belajar menahan teriknya matahari, kuatnya angin, dinginnya hujan dan gangguan daripada manusia juga haiwan.

Setelah melalui semua itulah, daripada sebiji benih yang tidak terlihat, menjadi tunas yang bercambah dan akhirnya bertukar menjadi pohon yang besar. Mari kita jadi manusia yang tidak kalah dengan keadaan dan suasana. Seperti ikan di lautan masin, meskipun sekitarnya masin namun dagingnya tetap tawar .

KITA BAGAIMANA?

ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala