Assalammualaikum semua pengunjung CITH...selamat berhujung minggu dan selamat bercuti kepada mereka yang berstatus macam CITH.
rasanya hampir seminggu CITH tak update blog ini.bukan nak mencari alasan tapi keadaan yang tidak mengizinkan.mula-mula laptop buat hal-dah terdiam seketika dunia IT.memang ada handphone tapi besar mana sangatlah skrinnya untuk menaip....
kemudian,ada pulak hal famili yang menuntut kepada perasaan hati...adoh bila bercakap pasal ipar duai,memang macam-macam color kan.emmm....
kemudiannya sibuk dengan urusan Sakinah di sekolah pulak....
hari ini,CITH nak tinggalkan itu semua.semua yang tidak seronok,semua yang terluka dan dilukai kerana petang ini CITH nak terbang tinggi berjumpa kekasih hati! hihi...CITH nak bawak hati yang gumbira moga pertemuan kami yang dah 3 bulan tak bertemu ini bisa melupakan semuanya.amin...amin...
untuk 'anak 2 ekor' ni,CITH 'terbang' kan ke kampung.diorang pun bercuti jugaklah ni...jumpa dengan mama lagi 2 minggu.
jumpa nanti dengan entri CITH dari Dubai...mudah-mudahan.
ALAHAI...
pihak penaja
DI SINI KITA BICARA
SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.
FOLLOWERS SAYA
LOVE
LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Sunday, May 27, 2012
Monday, May 21, 2012
DOA MAMA SENTIASA UNTUKMU
Assalammualaikum semua pengunjung CITH...
selesai sudah exam di sekolah agama,hari ni bermula exam untuk sekolah kebangsaan pula.kalau diikutkan penat memang penat tapi dah itu yang menjadi "makanan" seorang pelajar,nak tak nak kena hadapi juga.
sebagai mama,tiada lain yang mama harapkan melainkan kejayaan bagi seorang anak.boleh dikatakan musim exam inilah musim yang mama-mama tak boleh senang hati.kadang tu terlebih risau daripada tuan punya badan yang nak exam.dah namanya "budak" maka sifat tak serius,sifat masih nak bermain, sifat nak kena ingatkan dan sebagainya masih terus menghantui mereka.kalau mama yang tak bersuara untuk buat itu dan ini, maka anak-anak lagilah ambil kesempatan.berbeza anak-anak sekarang dengan dulu.kalau dulu,abah hanya bersuara sekali saja suruh baca buku,dah terus berlari ambil buku.sekarang? setakat sekali tu....emmm...memang tak jalan lah.budak sekarang kata,'boleh blah lah..."
biarpun kadang kala CITH sendiri rasa nak " pencen" bersuara daripada menyuruh itu ini,mengingatkan itu ini...tapi jauh di sudut hati ini masih sebenarnya nak 'bercakap' juga.entahlah...hati ini seakan berbicara pada CITH untuk terus bersuara dan bersuara dan lagi dan lagi...agaknya bila anak itu dah pandai uruskan diri dan dilihat sudah matang barulah boleh pencen agaknya.itu pun...CITH masih tak yakin pada diri ini sama ada mampu untuk berdiam atau tidak.
CITH tahu,kadang-kadang anak ni pun pasti rasa bosan dengan mama yang bising kan...tapi seorang mama dah memang begitu personalitinya.emmm tapi mungkin di luar sana ada juga mama yang tidak sebegini kan!
apa pun,rasanya semua mama pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak.doa mama sentiasa mengiringi anak-anak di mana sahaja berada waima dalam tidur sekali pun!

Friday, May 18, 2012
HARGA BELANJA KAWIN SEKARANG
Assalammulaikum semua pengunjung CITH...dan salam Jumaat.moga dalam kebaikan jua yang kita harapkan.
tinggal seminggu lagi sesi persekolahan dan selepas itu anak-anak kita dan kita juga akan bercuti selama 2 minggu.maka,masa cuti inilah nanti sudah pasti undangan walimatul urus pun bermula.kita sedia maklum inilah kesempatan keluarga dapat berkumpul beramai-ramai.
kepada bakal pengantin yang nak naik pelamin pastinya masa-masa inilah tengah sibuk untuk membuat persiapan terakhir sebelum melangkah ke alam baru.suka CITH membawakan isu hantaran masa kini kepada pasangan mempelai yang akhir-akhir ini dilihat semakin tinggi dan tinggi.
pada awal bulan ini tempohari,mertua CITH telah pergi merisik seorang gadis ini untuk adik ipar CITH.sebelum tu,dari rumah kata mak mertua CITH-mereka mengharapkan yang hantaran kahwin nanti mungkin dalam 6-8 ribu iaitu bawah dari angka 10 ribu!.maklumlah,bekerja di kampung,tinggal di kampung,keluarga tidaklah berstatus apatah lagi memegang title diploma atau ijazah atau master atau PHD.maka mereka pun pergilah...
selepas sehari,CITH pun menelefon mertua di kampung bertanya tentang majlis tersebut.kata mertua CITH,pihak perempuan meletakkan 10 ribu untuk hantaran! (foto oleh Google.com)
emm....katanya,semua orang sekarang ni tak lari daripada 10 ribu.anak-anak jiran pun 10 ribu jugak.barang sekarang semua mahal.mana boleh dapat yang kurang daripada itu.apa nak komen kan? kalau dah itu yang berkenan dek hati maka nak tak nak terpaksalah terima.apa lagi ,CITH pesan untuk adik ipar menjelang majlis nikah untuk tahun depan-sekurang-kurangnya kena menyimpan seribu sebulan.itu baru simpanan untuk duit hantaran.bagaimana duit-duit lain?...
memanglah bab makan untuk kenduri kendara tu biasanya mak abah lah yang sediakan tapi untuk duit hantaran tak bolehlah.mesti siapa yang nak kahwin tu yang kena persiapkan.kalau ianya tidak mampu disiapkan maka itu tanda,diri masih belum mampu untuk berumahtangga.kita kena faham,realiti hidup hari ini memerlukan duit.keluar rumah sahaja,nak duit...jadi kalau ini bermasalah,maka sesuatu harus dibuat.
berbalik kepada wang hantaran masa kini-memang tidak dinafikan harga barang semakin tinggi di pasaran TETAPI sekiranya ada perancangan awal yang dibuat dan pandai mengukur baju di badan sendiri maka rasanya tidak ada masalah.menjadi masalah bila berbelanja melebihi apa yang ada.contoh; dikenakan wang hantaran yang tinggi dek kerana nak bayar wedding planner,hiasan dan kelengkapan bilik tidur,mak andam (ini kenalah),barangan hantaran,jurugambar,video,door gift,katering dan sebagainya.oleh kerana semua ini nak dipenuhi, maka sebab itulah wang hantaran menjadi semakin tinggi dan sekaligus belanja majlis kahwin juga tinggi!
menjadi trend mutakhir sekarang ini CITH melihat keghairahan pakej bergambar sebelum berkahwin dan selepas berkahwin.orang kata apa? pre wed dan post wed...macam tulah kira-kiranya.senario shooting sebelum menjadi pengantin,kemudian semasa jadi pengantin dan selepas dah jadi pengantin sekarang dilihat menjadi-jadi.masing-masing terikut dengan tren yang dibawa oleh mereka yang bergelar.bukankah ini semua adalah faktor penyumbang kepada kenaikan wang hantaran tersebut ? yang sekaligus kalau kita perhalusi ia lebih terarah kepada pembaziran.pihak wedding planner atau jurugambar memanglah akan mengesyorkan segala bagai yang indah-indah.apatah lagi slogan: sekali sumur hidup,tak mengapalah kalau berbelanja lebih...
justeru,kita yang menjadi pelanggannya ini terus sahaja menerima idea tersebut tanpa membuat perincian bajet terlebih dahulu.memang,semua yang berkahwin itu menginginkan untuk hanya menjadi pengantin sekali seumur hidup.kalau ditanya pada CITH sendiri pun,CITH nak merasa semua itu.maknanya apa sahajalah yang orang lain buat,kita pun nak rasa sama.TAPI,bukan kah kita ini diberikan akal?maka berfikirlah sebaiknya,berbincang,mengira,mencongak...agar dapat keputusan bersama yang kedua belah pihak tidak rasa terbeban dan dibeban.kita tidak mahu menjadi mangsa kepada keadaan yang akhirnya,poket kita jugak yang kempis.
TAPI,seandainya kita ini tidak kiralah pihak perempuan atau lelaki memang dilahirkan dalam keluarga bergelar seperti jutawan,hartawan, Dato ke..Tun ke...Tan Sri ke...atau yang sewaktu dengannya-buatlah apa sahaja,kerana anda mampu untuk itu asalkan tidak terlibat dengan unsur-unsur lain.SEBALIKNYA jika kita ini orang marhaen sekadar memiliki apa yang ada, maka berbelanjalah mengikut kemampuan kita.apa yang nak diikut pada majlis orang sedangkan mereka memang mampu tapi tidak bagi kita.biarlah kita dengan cara kita.apa yang penting perjalanan hidup kita selepas kahwin itu nanti...jangan sampai berhutang sana sini semata-mata untuk menjadikan majlis kita hebat seperti orang lain.sudahnya selepas itu kita dan pasangan yang menanggung masalah.mereka di luar langsung tiada kaitan dengan kita untuk masalah kita.jangan dek kerana kita nak berseronok dengan majlis kahwin kita,wang hantaran yang tinggi,sudahnya ada hati yang tersiksa untuk menanggungnya sehingga bertahun lamanya...

Thursday, May 17, 2012
BANYAKNYA SOALAN YANG TIDAK RASMI
Assalammualaikum semua pengunjung CITH...
dalam hidup kita,kita tak lari daripada menyoal dan disoal.banyak soalan yang tidak rasmi yang harus didepani dalam hidup bermasyarakat.kalau tak jawab dikatakan nanti macam-macam.tapi bila dijawab pun boleh menjadi sebab lain.pendek kata...memang banyaklah soalan yang tak rasmi dalam hidup kita ni!
dalam banyak soalan itu,ini antara soalan klise yang ditanya orang pada kita atau mungkin kita pada orang lain:
1.dah kawin ke?
2.berapa orang anak?
3.buat apa sekarang?
4.keje kat mana ?
5.duduk mana?
6.duduk rumah sendiri ke? beli?
7.berapa beli dulu?
dan mungkin adalah lagi soalan cepu emas yang lain.tapi apa yang CITH senaraikan di atas tu adalah yang biasa dek telinga ini mendengarnya.ini semua adalah dalam kumpulan soalan 'SALING BERKAITAN". maknanya bila jawab satu,ia akan berkait dengan soalan yang seterusnya dan begitulah hingga sudah.
kalau yang ditanya itu belum kahwin; maka ini antara soalannya:
1.umur berapa?
2.bila nak kawin?
3.tak ada kawan ke?
4.kerja apa sampai tak ada masa nak pikir kawin?
5.memilih sangat ke?
kalau dah kawin tapi belum ada anak;ini pulak soalan cepu emasnya:
1.berapa tahun kawin?
2.tak ada anak lagi?
3.merancang ke?
4.bila nak ada anak?
5.suami keje apa?
6.tak nak ambik anak angkat ke?
huh...pernah tak kalian mendengar soalan-soalan sebegini.CITH percaya pastinya ada kan.apa perasaan kalian? suka tak disoal sebegini? CITH sama sekali tak suka dengan soalan-soalan ini.memang tujuan konon nak bermanis kata ambil berat tapi sebenarnya ia sedikit sebanyak mencalar perasaan ini.apatah lagi sesuatu yang ditanya itu agak sensitif di hati...huhu...
jadinya,sebelum kita ditanya dengan soalan yang tidak rasmi itu,baiklah kita juga jangan menjadi penyoal yang tidak bertauliah.cukuplah sekadar mendengar sekiranya tuan punya badan yang nak bercerita sendiri.selebihnya,baik zip sahaja mulut! yelah,kadang-kadang dek kerana soalan orang itu,kita yang tidak rasa apa-apa tiba-tiba menjadi seseorang yang ada 'apa-apa'.mulalah tak pasal-pasal kita yang stress,kita yang rendah diri,kita yang bermurung durja dan sebagainya...akhirnya kita lemah.
CITH pun sendiri pernah dan sehingga hari ini pun masih ada soalan-soalan tak rasmi ini yang terpaksa didengar.memang diakui,soalan ini kadang kala membuatkan diri jadi jauh hati,rendah diri,mula berprasangka buruk dan sebagainya...antara soalan tersebut;
-tak kerja ke?
- la, duduk rumah je ke?
- tak ikut suami?
- tak jeles ke dengan suami duduk jauh?
- boleh percaya ke suami...?
-tak boring ke dengan buat kerja rumah?
inilah sebahagian soalan yang CITH depani.macam yang CITH cakap tadi,sekali dengar,ia menjadi halwa telinga,tak pikir pun.tapi bila banyak kali dengar,sedikit sebanyak ia termakan di hati dan terfikir di otak.mulalah timbul macam-macam rasa yang selama ini tak ada rasa apa-apa pun!
tapi mujur pakwe CITH selalu menggalakkan CITH supaya berkawan dengan orang yang positif,dapat menambahkan ilmu bukan untuk melalaikan,buat sesuatu yang CITH suka dan sebagainya...setiap daripada kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.selagi kita rasa gembira dan bahagia dengan apa yang kita ada,maka kita tak perlulah untuk melayan soalan-soalan yang tidak rasmi itu.kita mampu untuk mencipta kesenangan,kebahagiaan,kegembiraan...dan apa jua untuk hidup kita.kalau nak diikutkan hati,memang susahlah.apa pun,kembali pada DIA yang mengaturkan apa sahaja yang terbaik untuk kita.
syukur padaMU Ya Rabb atas apa yang aku ada hari ini...al hamdulillah.

Wednesday, May 16, 2012
HARI INI HARI UNTUK GURU
Assalammualaikum semua pengunjung CITH...
SELAMAT HARI GURU...kepada semua rakan blogger yang bergelar guru! sesungguhnya kalian insan istimewa kerana hari anda diraikan oleh satu Malaysia.cuma tidak diisytiharkan cuti umum saja ye! hihi...tapi apa pun,ada memang diraikan oleh kami khususnya pelajar dan ibu bapa.
buktinya,pagi ini saja tadi atau lebih tepat lagi tengah malam tadi,CITH lihat status rakan-rakan di FB dah awal-awal mengposkan gambar hadiah untuk anak-anak mereka bawa ke sekolah sebagai meraikan guru-guru hari ini! nyata,kami golongan ibu bapa memang tidak pernah melupakan jasa mu guru!!!
memandangkan minggu ini peperiksaan di sekolah Sakinah,maka sambutan hari guru terpaksa ditangguhkan ke hari Jumaat minggu depan.maknanya hari Jumaat minggu depanlah cikgu-cikgu di sekolah agama dan sekolah kebangsaan akan menerima hadiah daripada kami.tapi pagi tadi,CITH dah menghantar ucapan kepada guru-gurunya di sekolah khususnya kepada guru kelas lah! CITH juga menumpang teruja untuk menyambut sambutan ini bagi pihak Sakinah.CITH memang sangat menghargai semua mereka ini.memanglah ada di kalangan guru tu yang banyak songeh sikit kan...tapi biasalah tu...sebagai manusia,kita tak lari daripada beremosi.
petikan yang CITH ambil daripada status FB Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah
:As salamu'alaikum shbt. Utk dpt keberkatan ilmu: 1. Doakan, maafkan & sayangi semua guru, 2.Hayati & amalkan ilmu, 3. Sampaikan ilmu, 4. Azam & usha utk jadi lebih baik drp guru dlm aspek2 tertentu, 5. Pesan kpd anak2 & org lain utk sentiasa hormat & doakan guru, 6. Hub atau ziarah guru, 7. Hebahkan kebaikan guru, 8.Sentiasa cari guru baru utk tambah ilmu, 9.Perbaiki & update ilmu yg guru ajar, 10.Sentiasa ada guru/ mentor utk dpt nasihat & bimbingan, 11. Jgn sampai melawan atau kurang ajar kpd guru. Semoga Allah rahmati kita & semua guru. SELAMAT HARI GURU. Wassalam.
bagi CITH secara peribadi,memang wajarlah kita meraikan mereka. ini kerana dalam setahun hanya sehari ini kita raikan mereka yang telah banyak berjasa dalam hidup kita dan sekarang berjasa dalam hidup anak-anak kita.perumpamaan menyamakan seorang guru sebagai sebatang lilin yang banyak berkorban demi memberi kesenangan kepada orang lain.orang lain yang senang itu ialah seperti kita hari ini, suami kita,anak-anak kita dan sebagainya.
dalam pada itu,mungkin ada yang sedikit tak perasan bahawa golongan mama-mama di rumah ni pun sebenarnya juga ialah guru.guru yang tidak ada sekolah tapi masih berperanan dan merasa pahit susahnya mengajar dan mendidik insan yang bernama manusia.daripada guru tidak rasmi inilah,anak-anak mula mengenal-apa,siapa,bagaimana,nak buat apa dan sebagainya...pendek kata,guru di rumahlah yang memulakan penerokaan anak-anak kepada dunia yang lebih luas lagi dengan bantuan guru-guru di sekolah.maka dengan itu memang sewajarnyalah kita wujudkan hubungan baik antara guru di rumah dan guru di sekolah.
SELAMAT HARI GURU!!!
ALAHAI....

Tuesday, May 15, 2012
EMAS TURUN-TURUN LAGI
Assalammualaikum semua pengunjung CITH...
nampaknya pasaran emas di kala ini memang tidak stabil.last update CITH tempohari pada minggu lepas,harga emas 999 untuk segram ialah RM 160.30.kemudian ada beberapa sen dia naik sedikit selepas itu turun balik.
hari ni,harganya menjadi RM 157.67.itu harga CITH beli pagi tadi sehingga jam 2 lebih.ni petang ni pulak,CITH monitor harganya dia turun lagi kepada RM 156.72.tengok tu...betapa dalam beberapa jam sahaja dia dah turun lebih kurang RM 0.95.tapi ini hanyalah harga emas di pasaran emas ye,bukan harga emas di kedai-kedai emas.
berdasarkan pengetahuan CITH,last CITH lihat harga emas ialah pada hari Ahad tempohari di Wah Chan Carrefour iaitu emas 999 ialah RM 190 segram. dan emas 916 ialah RM 180 segram.memang berbeza kalau beli emas di kedai emas dengan membeli emas di institusi kewangan.
perbezaan ini terjadi disebabkan oleh kos upah yang ditanggung,kos design dan brand mereka.dek kerana itulah harganya untuk segram tetap mahal biarpun kalau dilihat pada pasaran emas.boleh rujuk di sini untuk maklumat tambahan.yelah,sekurang-kurangnya sebelum bertindak,kita dah ada sedikit ilmu dan maklumat kan...http://emas2duit.blogspot.com/p/faktor-naik-turun-harga-emas-dunia.html.boleh jugak melihat harga emas di Bank Negara di sini...http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

Monday, May 14, 2012
REFLEXOLOGY OLEH MEREKA ISTIMEWA
Assalammualaikum semua pengunjung CITH.
kalau tak ada siapa nak hadiahkan kita,kita sendirilah yang beri hadiah kan...hihi..CITH menghadiahkan diri sendiri dengan pakej merawat badan.yelah,kita ni bekerja kalah orang yang kat ofis tu bekerja kan,jadinya sesekali tu tak salah untuk mencuba rawatan-rawatan badan yang banyak disediakan kini.
petang ni tadi,CITH memilih untuk mencuba perkhidmatan yang ini,iaitu rawatan reflexology kaki dan back shoulder.ada sesuatu yang istimewa di sini.apa tu? istimewanya juru urut di sini adalah mereka istimewa! mereka adalah juru urut cacat penglihatan yang dilatih dan terlatih dalam melakukan urut sebegini.
harganya juga istimewa.senang kata-harga mampu untuk dibayar.selain badan dapat berehat,sekaligus kita membantu dan memberi sokongan moral untuk golongan ini terus bekerja.ini merupakan satu usaha yang sangat dialu-alukan.
sesiapa yang nak mencuba perkhidmatan ni-ada pada gambar tersebut alamat operasi mereka.
mereka terdiri daripada 3 wanita dan 4 lelaki.beroperasi dari pukul 11 tengahari- 8 malam.
kalau ditanya pada CITH best ke tidak? emm...memang best sangat! sambil dia mengurut tu,mereka akan menerangkan apa point-point kita yang ada masalah.contohnya,bila ditekan tu kita rasa lebih sakit sikit,adalah yang tak berapa sihat di situ seperti masalah pembuangan,masalah mata atau sebagainya.pendek kata...memang kena datang lagi di sini...
ALAHAI...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Blog Archive
-
▼
2012
(80)
-
▼
May
(14)
- MASA NAK TERBANG
- DOA MAMA SENTIASA UNTUKMU
- HARGA BELANJA KAWIN SEKARANG
- BANYAKNYA SOALAN YANG TIDAK RASMI
- HARI INI HARI UNTUK GURU
- EMAS TURUN-TURUN LAGI
- REFLEXOLOGY OLEH MEREKA ISTIMEWA
- HARI IBU PENGHORMATAN PERIBADI
- TIBA MASA UNTUK PECAH SEMUA
- JOM PAKAT BELI..BELI ... EMAS
- BUKAN NILAI RINGGIT JADI UKURAN
- SEMAK DAFTAR PENGUNDI SEBELUM BUANG UNDI
- SURATKHABAR SERUPA MAJALAH 18SX
- BULAN MEI YANG ISTIMEWA
-
▼
May
(14)
CINTA
LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali