pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Saturday, September 10, 2011

NILAI DAN KHASIAT DAUN SEMAMBU BARU TAHU

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

seperti yang CITH katakan semalam dan sebagai menjawab persoalan Sakinah kenapa dan mengapa kena mandi dengan daun semambu,nak tidur dengan daun semambu bla..bla...daun semambu...maka ini yang CITH dapat menerusi GOOGLE lah.

DAUN SEMAMBU atau istilah sainsnya Azadirachta indica Juss atau dalam Bahasa Tamil; Veppilai merupakan sejenis tumbuhan ubatan yang memang telah lama diamalkan dalam kebudayaan orang India.ini adalah kerana segala aktiviti dalam kebudayaan masyarakat India berhubung rapat dengan tumbuhan, pemujaan terhadap tumbuhan tertentu, penggunaan daun pisang sebagai alas makanan, penggunaan rempah-ratus, perhiasan dandanan rambut dengan Jasminum bifarium (melor) serta konsep Tridosha..

justeru tidak hairanlah tumbuhan ini banyak kedapatan di kalangan rumah mereka dan tempat ibadat mereka.

Bahagian yang digunakan; Daun

Kegunaan :

Penyakit cacar, perlihatan kabur, bisul/bengkak, penyakit kusta, penyakit kulit dan luka kecil dan membasmi cacing dalam perut.

Cara penggunaan;

Dimandikan dengan air yang direndam dengan daun dan kunyit. Dibaringkan di atas kain putih yang ditaburkan dengan daun di atas. Digiling daunnya bersama kunyit. Disapu pada parut-parut yang timbul.

Pucuknya ditumbuk. Dititiskan jusnya pada kedua-dua belah mata pada waktu pagi selama tiga hari.

Daunnya direbus. Ditampal pada tempatnya.
Mamah 10 helai daun pada waktu tengahari dan minum jus perahan daun Q. saretum atau Q. basilicum (selasih) tiap-tiap pagi dan petang selama 40 hari. Ambil minyak sapi dan susu tiap-tiap hari.
Rebus daunnya. Dibasuh tempat berpenyakit dengan air ini.
Daunnya digiling. Diminum jusnya pada waktu pagi selama 2 hari.

Daun semambu adalah ubat yang paling mujarab bagi penyakit cacar. Jika kulit bijinya san Acorus calamus ( Jerangau : Bahasa Tamil; vasambu) ditumbuk menjadi serbuk dan diasapkan pada waktu malam, ia dapat mengurangkan gangguan nyamuk dengan berkesannya.

Daunnya mengandungi Qaercetin, nimbosterol (B-sitosterol), glumatik asid, tyrosine, aspartik asid, alorine, prolin, glumatin dan amino asid (cystine). Minyaknya didapati merencat pertumbuhan bakteria Mycobacterium pada kepekatan 12.5 mg/ml.
Ia juga dapat merencatkan pertumbuhan kulat finea rubrum, Trichophyton interdigitals dan coccidioes immits. Nimbidin dari kayunya didapati sangat berkesan terhadap penyakit kulit seperti eczema dan scabies.

SUMBER:(http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/komala.htm)

CITH:baru tahu...tidaknya main ikut-ikut sahaja...

ALAHAI...

DEMAM CAMPAK KENA PANTANG MAKAN?

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...selamat berhujung minggu.pastinya sibuk hari ini dengan acara open house di sana sini ye...CITH pulak hanya beraya di rumah.segala aktiviti tarian Sakinah terpaksa dibatalkan sehingga campaknya baik.

bercakap pasal demam campak ni,CITH masih belum mendapat kepastian apakah perlu berpantang dalam makanan atau "bantai" sahaja...pagi tadi mertua CITH telefon.bertanyakan khabar kami anak beranak.barulah dia tahu Sakinah dapak campak.yelah CITH ni memang tak suka nak susah-susahkan dia.cukuplah berita yang baik-baik sahaja dia tahu...hihi...

ni alang-alang dia dah tahu,dia pun berpesanlah pada CITH jangan kasi Sakinah makan benda yang gatal-gatal.macam ayam,sotong,daging,telur tu tak boleh makan.lagi satu jangan bergoreng atau tumis dalam rumah.katanya orang tua-tua kampung dulu macam tulah pantangnya.

katanya nak elakkan gatal.masak ajelah yang rebus-rebus atau sup saja pesannya pada CITH.jadinya,pagi ni ha CITH dah ke pasar tani "memborong" hanya ikan sahaja minggu ni.ikan merah,ikan jenahak dan ikan serkut.semua ni CITH plan nak buat sup dan kari.nampaknya minggu ni makan ikan sajalah kami di rumah.

ALAHAI...

Friday, September 9, 2011

DAUN SEMAMBU ALTERNATIF MENGUBAT CAMPAK

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

DAUN SEMAMBU...sejak CITH tuliskan status CITH di FB semalam,mengenai Sakinah yang kena demam campak,ramai yang mengesyorkan CITH cari daun ni.kata mereka daun ni selalunya orang India yang tanam tak pun banyak ada kat kuil-kuil mereka.tapi kat mana pulak CITH nak cari daun ni?emm...teringat pulak di kuil di Ampang sana.jadinya pagi tadi CITH pergi ke sana untuk mendapatkannya.

apa taknya ramai kawan yang kata petua guna daun ni,jadinya CITH rasa tak salah untuk berbuat yang sama.apa lagi memang dah kat sini tempatnya maka dapatlah yang dikehendaki.daun ni sekali tengok macam daun kari.dua kali tengok memang nampak lain.daun ni agak kasar sedikit dan tidak nampak macam berkilat seperti daun kari.pokoknya jenis berkayu yang besar macam pokok rambutan.tapi ada juga yang ditanam secara renek.

bercakap pasal daun semambu-CITH sendiri belum habis mengkaji kenapa daun ini dikatakan petua untuk meredakan demam campak.apa yang pasti seperti kawan-kawan yang lain,CITH gunakan daun ni untuk alas tempat tidur dia,daunnya CITH rebuskan dan buat air mandian. lepas tu ada kawan yang kata pulak,pukul-pukul kan sedikit daun semambu tu pada badan.macam bomoh kat TV yang nak buang hantu tu! hihi...CITH buat ajelah.

rasanya tidak mudarat apa sebaliknya jadi macam lawak pulak.time buat tu apa lagi ketawa besarlah kami berdua.CITH pulak buat-buat baca mentera...haha tapi baca selawat dan Fatihah...macam-macam.

CITH:kita berusaha selagi tidak menyimpang mana-mana.Allah jua tempat bermohon agar pergilah segala penyakit...moga cepat sembuh

ALAHAI...

GILIRAN PREPAID TELEFON NAIK PULA

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

rasanya rata-rata di antara kita adalah pengguna prepaid telefon kan.tak kiralah daripada syarikat Celcom ke,Maxis,Digi dan sebagainya.jangan terkejut pulak lepas ni (bermula 15hb) bila kita top-up Rm10 tapi tak dapat nilai RM10 tu! sebanyak 6% cukai perkhidmatan akan dikenakan.ini bermakna kita perlu membayar sebanyak RM10.60 untuk nilai RM10 dalam telefon kita!

Syarikat telekomunikasi itu berkata cukai perkhidmatan merupakan cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana yang disediakan dalam perundangan cukai perkhidmatan.(foto oleh:GOOGLE.COM)

Akta Cukai Perkhidmatan 1975 memerlukan syarikat telekomunikasi mengenakan levi cukai perkhidmatan pada kadar tertentu terhadap perkhidmatan telekomunikasi, termasuk perkhidmatan prabayar mudah alih.

CITH:suka tak suka,dah itu memang satu keperluan maka terima sahajalah.diharapnya cukai sebegini dapat digunakan secekapnya untuk merangsang pembangunan negara kita.

ALAHAI...

Thursday, September 8, 2011

DAPAT CAMPAK PULAK DIA RUPANYA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

sakit pening ajal maut semua dah tersusun rapi olehNYA.siapalah kita untuk menghalang atau mengatakan TIDAK untuk kedatangan sesuatu musibah itu kan...macam CITH nilah.baru saja balik dari klinik.

Sakinah balik sekolah tadi mengadu bintik merah dia dah bertambah.semalam ada sebutir di tapak tangan dan sebutir di belakang badan.dia ada tunjukkan pada CITH,tapi taklah ingat lain.ingatkan mungkin gigitan serangga saja.maka dibiarkan begitu saja.tapi petang bawak ke malam ni,dia dah mengadu gatal-gatal.tengok dia pun sekejap-sekejap menggaru.CITH periksa satu badan dia, sah memang ada lagi bintik-bintik merah tu kat belakang badan,kat perut dan ada di kawasan sulitnya.dalam hati dah terdetik...campak ke?terus sms dan mms kan gambar Sakinah kat pakwe CITH,dia pun buat telahan yang sama.apa lagi terus bawak Sakinah ke klinik.buat masa ni memang doktar kata campaklah dengan simptom yang ada ni.dapatlah 3 ubat.2 untuk makan gatal dan antibiotik dan satu calamine lotion.dapat jugak MC untuk 3 hari ni.esok untuk sekolah dan 2 hari lagi tu untuk aktiviti Permata Seni dia Sabtu dan Ahad ni.

balik rumah terus kasi Sakinah makan ubat.bab makan ubat ni lah yang buatkan CITH hilang sabar...adik yang ofer nak makan ubat dia.tuan yang sakit dah buat muka terkulat-kulat pandang ubat...adoh...adik pulak semua nak.apa yang akak makan nak,akak sapu ubat pun dia nak sama...ni asingkan tempat tidur pun,dia merengek sama nak tidur dengan akak.CITH: syukur Allah berikan sakit ni sekarang sebelum exam formatif dan akhir tahun.ya,Allah sembuhkan dan permudahkan segala urusan kami anak beranak.amin...

ALAHAI...

UNTUK LELAKI DAN UNTUK KITA JUGA WAJIB TAHU

Assalammualaikum semua pengunjung CITH.

satu perkongsiaan yang CITH rasa sesuai untuk kita share di sini bersama.ini adalah petikan yang CITH copy and paste daripada FB Ustaz Zamri.

"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dengan mas kahwin RM..."Bunyi macam senang? Nah ni makna sebenarnya...(foto oleh:GOOGLE.COM)

Aku tanggung dosa-dosa si dia daripada ibubapanya,apa saja dosa yang si dia buat,dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya,aku tanggung & bukan lagi ibubapa si dia..Dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anakku,jika gagal maka aku fasik,dayus & aku rela masuk neraka & malaikat Zabaniyah melibas bdnku sehingga pecah..

CITH rasa perkara ini wajib disedari oleh kaum lelaki yang ingin atau pun yang sudah bergelar suami.jangan sekadar ucapan lafaz nikah sahaja yang lancarnya namun perjalanan hidup berumahtangga tidak berapa lancar.mungkin kerana kekurangan ilmu dan keranan kesibukkan dunia kita terlupa tentang tanggungjawab yang ini.sebaliknya asyik dimomokkan dengan tanggungjawab yang satu itu sajalah...SEKS?

ALAHAI...

SALAM KEMBALI DI ARENA MAYA SELEPAS BERHARI RAYA

Assalammualaikum semua yang masih ada bersama CITH...

SALAM AIDILFITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN UNTUK SEMUA KENALAN di alam maya ini.salam ketemu kembali daripada CITH.dah selesai semuanya barulah hari ini CITH kembali di arena blog ini.

bagaimana raya kalian semua tempohari?CITH beraya di kampung di rumah mertua dan juga di rumah tua kami di Melaka.bak kata orang "satu kapal" maka tiadalah hal untuk direbutkan atau giliran siapa yang terkena! hihi...

kali ni beraya di rumah mertua semua adik beradik pakwe CITH ada.lima beradik lelaki bersatu dan tujuh orang kanak-kanak.memang bergegar rumah Nenek Timah dan Tok Bakar!apa pun inilah masanya untuk berkumpul bersama memandangkan CITH jarang balik ke kampung sejak pakwe CITH tak ada di sini.

pelbagai rasa dan cerita yang berlaku sepanjang musim rasa ini.ada yang suka,ada yang sedikit makan hati...haha...raya pun boleh makan hati ye!.ni kes CITH lah.merajuk hati nak pergi berjalan dengan pakwe ni.dia pulak nak lepak di rumah saja...macam-macamlah.

CITH:kembali ditinggalkan bertiga dan dua ekor kucing meneruskan hari-hari dalam kehidupan di sini.masing-masing dengan amanah,tugas dan tanggungjawab tersendiri.

ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala