salam hujung minggu moga gembira di hujung minggu ni.pada cikgu-cikgu tu, boleh le tarik nafas release tension kejap ye!
ni baru baru balik dari Giant-membeli persiapan yang dibuat BBQ petang nanti sempena birthday kami bertiga( aku,Sakinah dan Kak Ngahku).beli kambing,ikan,ayam,jajan-jajan sikit,yelah,macam biasa-persiapan menu ni memang bab aku lah!
bila kat kaunter bayar,budak kaunter tu tanya;
"akak nak plastik ke? sehelai 20 sen"
"o ye ke,dah kena charge lah sekarang? ingatnye kat Jusco je."(FOTO:GOOGLE.COM)
kalau dah beli banyak kan,takkan nak pegang macam tu je,terpaksalah kena beli juga beg plastik tu.lepas ni kena save dalam memory-SABTU:HARI TANPA BEG PLASTIK DE SEMUA PASARAYA.kena bawa beg sendiri.aku?menyokong penuh kempen macam ni.yelah kita tahukan penggunaan plastik yang banyak menyumbang kepada kadar pencemaran udara dan dan juga alam sekitar.bahan plastik ni lambat,makan masa bertahun@beribu untuk dia hancur dalam erti kata sebenar.
selain tu,ia dapat melatih rakyat kita supaya tak senang-senang nak buang plastik sesuka hati.kempen macam ni dah banyak dilaksanakan di negara maju.kalau kita nak maju,benda positif macam ni memang patut ikut!
ALAHAI...

No comments:
Post a Comment