dah lama tak masuk panggung,sejak ada baby ni banyak filem yang tertinggal.semalam aku ke EZY Video,melihat-lihat servis apa yang disediakan.barulah tahu..hihii rupanya bukan aje buku yang boleh kita sewa macam di Central Market tu,cd/dvd pun boleh sewa.kalau tak nak sewa,beli terus pun boleh.pastinya di sini semuanya ORIGINAL bukan yang CETAK ROMPAK punya.
jadinya,semalam terus aku jadi member di sini dengan bayaran nak jadi ahli RM10.
sebagai ahli,boleh pinjam 3 cd/dvd untuk 3 hari dengan bayaran RM3 setiap satunya.rasanya berbaloi jugak ni.yelah kan,daripada kita beli yang rompak punya,RM5(cd)RM10(dvd),cara macam ni sekurang-kurangnya kita menghargai penat jerih susah payah orang nak buat filem.nak tengok pun sekali tu je,tak yah nak penuhkan ruang simpanan.
untuk nak rasmi jadi member baru..hihi...aku pun sewalah DVD filem MAGIKA.
sesiapa yang belum tengok lagi filem ni(macam aku ni ha) carilah filem ni.memang tak rugi menontonnya bersama seisi keluarga.filem berbentuk kekeluargaan yang antara lain menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak seperti jangan keluar rumah waktu senja dan kasih sayang adik beradik yang tidak terputus.
MAGIKA memang lain dari filem yang sedia ada sebelum-sebelum ini.sebuah filem muzikal ala-ala Alice In Wonderland gitu!
lagu dan watak dalam cerita ni memang bagus dan menarik hati tambahan pulak dengan prop,lokasi memang cantik.dalam dvd ni ada dilampirkan juga cerita 'di belakang tabir semasa penggambaraan',rupa-rupanya lokasi mereka hanya sekitar di taman Universiti Putra Malaysia (UPM); Putrajaya; Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong;tapi hasilnya memang cantik apatah lagi dengan bantuan teknik terkini dalam perfileman iaitu CGI menjadikan buah tangan Edry KRU ini memang lari dari filem yang biasa di pasaran.
AKU? seisi keluarga enjoy tengok filem ni...
ALAHAI...
oh tk tengok lg nih! rasa cam tk best jer..bee suka cerita seram!
ReplyDeleteni utk bebudak dn kita yg nk lepas stress ok gak.tak yah nak terjerit2 atau pun nk sorok dalam selimut..hihii..enjoy je tgok ni.try tgok..lps tu B boleh buat pulak kat anak2...sambil nyanyi cakap kat anak.sure diorag kelakar!
ReplyDelete