hari ni rasa nak mengulas juga pasal NOVEL INTERLOK walaupun aku belum berkesempatan mendapatkan naskah ini untuk dibaca isinya.
mulanya aku tak ambil pusing mengenai isu novel ini.ku anggap ia biasa-biasa saja.tapi 2-3 hari ni rupanya panas lagi karya

oleh Sasterawan Negara Datuk Abdullah Husein ini.karya yang dijadikan sebagai novel bacaan untuk subjek sastera di Negeri Sembilan, Selangor,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ini semakin ditekan dari segenap penjuru.walhal banyak lagi isu negara yang besar yang menuntut lebih banyak penglibatan dan perdebatan tetapi ini yang dijadikan isu.
yelah,apa nak heran.aku dulu pun belajar sastera jugak.masa tu kena baca Sejarah Melayu,Hikayat Hang Tuah,Nyanyi Sunyi dan ada lagi tapi sudah tak ku ingat namanya ...(memory lost la pulak...hihii).
semua karya ini aduhai bahasanya bukan setakat puitis dan kedegaran agak janggal di telinga tetapi tahap kesukaran untuk memahaminya juga agak melampau TETAPI tidak ada pihak yang mempertikainya ketika itu.
kesukaran bagi kami yang Melayu,begitu juga kepada rakan bukan Melayu seperti kawanku Logeswary,Shamini,Allagan(di mana kalian semua ye?)TETAPI masih tetap mahu membacanya dan juga mengkaji tentangnya.
jadi,aku kira bila novel INTERLOK ini dijadikan isu untuk mendesak Kementerian Pelajaran supaya mengedit mana-mana kenyataan yang dianggap rasis dalam novel tersebut,aku rasa adalah tidak wajar sama sekali!biarpun aku ini bukan sesiapa,tidak ada kuasa untuk bersuara TETAPI rasanya aku juga berhak bersuara.
bagiku janganlah dipolitikkan karya ini.karya ini bukan baru semalam ditulis TETAPI dah 40 tahun lebih! mengapa baru sekarang dianggap rasis dan entah apa-apa lagi...kesian pada penulisnya.cuba letakkan diri kita di tempat beliau hari ini.bangga?sedih?sakit hati?terhina? atau apa?geramnya aku dengan segelintir kelompok yang cuba menangguk di air keroh,cuba untuk menjadi hero yang tak kenal asal usul.
ALAHAI...
memang bengonglah dia orang ni..ada ajer isu yang nak di bisingkan
ReplyDeletetu tak pegi sekolah kut kak...main ikut2 org je.
ReplyDelete