
hari ni hari yang terakhir untuk mega bonanza Habib Jewels.CITH lambat nak update entri ni sebab baru hari ni CITH pergi dengan Kak Cik CITH.kang kalau buat entri tapi tak pergi rasa macam "plastik" pulak...hihi...ni dah pergi tadi baru leh cerita.
mega bonanza yang bermula pada Jumaat lepas dan berakhir hari ini memang buat orang lupa ingatan! adoh...pada yang menggilainya lah.pada yang tak ada rasa,tak kisah pun...pada CITH memang gila menengoknya.tapi tengokkan reaksi pekerja di sini-emm...mereka dah hari-hari.selamba je dia bawak yang puluh ribu tu tanpa ada feeling...
tapi untuk mega bonanza ni memang dasat pukulannya.walaupun kita kata ekonomi gawat tapi orang masih nak dan mampu beli emas lagi.buktinya...

selain emas 916,turut mendapat potongan istimewa ialah barangan intan permata...adoh yang ini mampu lihat dan telan air liur.seterusnya berkata sendiri; "mak aii...boleh beli sebijik kancil!" hanya jauhari yang mengenal manikam!


bagi CITH,beli emas ni memang tak ada istilah rugi.saban tahun harganya semakin meningkat dan merupakan satu pelaburan yang menguntungkan selain daripada menyimpan di institusi kewangan.bak kata pepatah:alah membeli,menang memakai...hihii...yang penting zakat jangan lupa!
ALAHAI...