pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, December 20, 2010

MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN...menyusuri sejarah

hujan-hujan petang begini,pekena cekodak pisang dan air teh memang peh!semalam petang kami sefamili menyusuri satu lagi tempat sejarah iaitu Memorial Tunku Abdul Rahman-mantan PM kita yang pertama.rasanya,semua kenal dengan beliau.setiap kali menjelang tanggal 31 Ogos,pastinya wajah dan suara beliau akan berkumandang di media elektronik kitakan.laungan keramat MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! sungguh nostalgia.berlatar belakangkan satu kompleks yang besar,ia menempatkan 3 bangunan penting iaitu bangunan Residensi sebagai bangunan utama yang juga merupakan kediaman beliau dahulu sebagai tempat pameran bahan-bahan asal Tunku.rumah ini diduduki oleh Tunku dari tahun 1956 sehingga 1970 selepas beliau bersara daripada jawatan PM.manakala 2 bangunan lain pula adalah bangunan baru yang dibina bagi menempatkan ruang pameran biografi Tunku,galeri kemerdekaan,sejarah Tanah Melayu serta pelbagai cenderamata mahupun barangan yang pernah menjadi milik Tunku.pendek kata,memang tak rugi datang ke sini.datang ke sini seakan dapat khatam satu buku sejarah!
(GAMBAR:KOLEKSI KERETA YANG PERNAH DIGUNAKAN OLEH TUNKU)(POSE DI SEKITAR LUAR BANGUNAN)INFO:

alamat:
Memorial Tunku Abdul Rahman
Jalan Dato Onn
50480 KL
tel: 0326947277
*dibuka setiap hari kecuali Isnin-10.00 pagi-5.30 petang
*kedai cenderamata ada TAPI T.U.T.U.P....

ALAHAI...

Sunday, December 19, 2010

WET WORLD WATER PARK-berendam sampai kecut jari!

salam Ahad untuk semua.moga ceria-ceria semuanya hujung minggu ni ye.nilah nak cerita pasal semalam outing bersama famili ke Wet World Water Park di Pedas semalam.kata anak buahku,Syamil; kenapa namanya Pedas Mak Usu?em...sama nak jawab tu ye?aku belum lagi buat kajian tentang nama-nama ni...nantilah aku akan selidikinya.cewah!

oklah bercakap mengenai outing semalam, fuh memang best,seronok untuk budak dan mak budak dan letih lah pulak kepada driver! hahaha...apa taknya,anak dan mak budak lupa diri berendam! sampaikan si kecik aku,Hakimi dah terketar-ketar,kecut-kecut jari dibuatnya tapi masih tak nak naik lagi!Sakinah pulak asyik cakap; "ala ma,tak puas lagi,kejap lagi lah balik..."

semalam,pukul 8 pagi lagi kami dah gerak dari rumah Kak Cikku.memang menjadi orang yang terawal sampai-nasib tak jadi tukang bukakkan pintu!kami bawaklah bekalan makanan-bihun goreng,sambal sardin,sanwich dan cekodok pisang.
macam biasa pun kalau ke mana-mana wet world sure tak boleh bawak makanan masuk!jadinya kami dah makan dulu kat depan pintu masuk sebelum nak berendam! makan yang heavy dulu,yang ringan-ringan tu boleh le nak seludup bawak masuk!(pecah rahsia!)

bila dah siap semua,apa lagitiket pun dah beli,tube pun dah disewa-semua dah tak menahan nak mandi!hanya pakweku saja yang tak berendam!jadi safe guard.driver nak tidur daa..!walaupun tempat ni taklah se'happening' tempat lain macam di Tambun,Sunway tapi aku kira tempat ni pun ok.sesuailah dengan harga tiketnya yang munasabah,jadi 'what you aspect?' kira oklah ni.ada tempat mandi untuk dewasa dan kanak-kanak,dua gelongsor air yang boleh slide sendiri atau menggunakan tube.selain berjalan menyusuri laluan air yang disediakan.kira tempat ni taklah bahaya sangat kepada budak-budak.
(peminat setia cekodak pisang aku!)selain boleh mandi air sejuk tu,boleh juga kalau nak try di kolam air panas.memang best juga kat sini.boleh lah scrub kalau-kalau ada daki tuu...

balik dari sini,ingatnya nak singgah ke Cendol Leman Dawi yang memang popular kat sini,sayangnya TUTUP...nampaknya kena buat siaran ulangan pulak.ala...bila pulak tu?

INFO:
alamat:
Wet World Water Park
lot 603,Mukim Pedas,Pedas.N9
tel: -6-6857199

harga tiket: dewasa: RM 12.(RM10-hari biasa)
kanak-kanak:RM 10 (RM8-hari biasa)

harga tube: deposit RM4.
sewa RM10.(tapi kalau tak nak guna ,jual saja kepada orang lain-dapat untung sikit...haha..ni kakak aku buat!)

yang kurangnya,kedai cenderamata kat sini.aku dah ke sini kali keempat,tapi masih benda yang sama macam dulu jugak!fridge magnet yang ku cari tiada!.ada pun kelip kertas yang dulu aku dah pernah beli...tak syok,tak syok!


ALAHAI...

Saturday, December 18, 2010

SATE EMAS KAJANG...apa nak ada!

malam tadi makan malam dengan sate saja.sate Kajang.tapi ni bukan sate Samuri yang popular tu ye! tapi Sate Emas.sama kedudukannya di Medan Salera di pusat bandar Kajang.bukan apa, sate Samuri tu dah biasa sangat.bukan dekat Kajang je boleh dapat,dekat Taman Melati pun ada,R n R di Awan Besar pun ada dan kalau tak salah aku ada juga di R n R Sg.Buluh?tapi sate Mas ni memang hanya kedapatan di medan selera ini sahaja!agak special sikitlah bagi aku.lagi satu kalau kita masuk ke sini taklah 'berperang' dengan pelayan -pelayan yang sibuk menarik-narik kita supaya masuk ke kedai mereka!...macam kat sate yang satu lagi tu.

bagi aku pulak, kalau ke Kajang memang pekena sate Emas ni.apa sate nak? setakat ayam dengan daging tu memang standard lah kan, ni ada juga sate perut,sate arnab,sate rusa,sate itik dan macam-macam lagi.tapi walaupun ada canggih dan agak lain sikit,aku tetap dengan ayam,daging dan perut tembusu. ni kira selera tak canggih lah! hihiii...

malam ni taukehnya ialah anak buahku-Along Syafini.siapa nak ngorat dia ni masih open lagi...hahaha...masih single! (mak sedara yang nak jadi matchmaker!)di belakang medan selera ini terletaknya Galeri Sate.tapi sayangnya,kedatangan kami dah malam,galeri pun dah tidur daa...(tutup).dari apa yang diketahui,galeri ini memaparkan kisah dan gambar di sebalik kepopularan sate di sini.

apa pun makan malam tadi dengan bertemankan sate dan nasi himpit saja pun dah cukup kenyang!Agenda hujung minggu ni pulak:
-pagi ni bakal ke Wet World Pedas-mandi manda dan esok pula nak ke Pusat Sains Negara untuk menyaksikan pameran dinasour.harap semuanya berjalan mengikut plan yang telah disusun.selamat berhujung minggu untuk semua.moga terus berbahagia bersama keluarga tercinta!

ALAHAI...

Friday, December 17, 2010

AKHIRNYA DIA MINTA DILEPASKAN!


aduh..duh..duh...sedih+sebak nak lepaskan dia ni...tapi apakan daya terpaksa kami berpisah jua.biarkan dia dengan dunianya yang seluasnya dan aku dengan duniaku.pergilah wahai Bellyku...moga kau temui kebahagiaan dan kegembiraan dalam hidupmu.jagalah dirimu dengan baik seperti kami menjagamu dulu.awasi diri dari makanan yang meragukan kerna ia mungkin satu perangkap untuk menangkapmu...aduh...sedihnya.

nilah ikan aku ni..SI BELLY,belida bintik aku yang terpaksa aku relakan permergiannya untuk dia lebih bebas lagi.hampir setahun aku bela dia sebesar 1 jari,kini dia mula meminta aku melepaskannya...

2,3 hari ni nampak sangat sugul Si Belly ni.selalunya bubuhnya anak ikan, sekejap dah habis.ni tidak RM1 anak ikan yang selalu kasi dia makan sehari tak habis.pelik betul.kejap-keja dia mengelupur dalam akuarium.lepas tu mulalah luka kat atas badan tu.mulut dia pun luka sama gara-gara suka nak langgar dinding akuarium.

sah,pakwe aku kata-Si Belly dah mula protes nak rumah besar! alamak,mana nak letak rumah besar ko Belly oii...dalam rumah ni tak cukup ruang dah! aku suruh pakweku beli lagi besar sikit akuarium ni-dia kata tak de ruang,nanti Belly boleh besar lagi dan bla...bla...lagi.

last-last, dia kata;
" dik,kita lepaskan Belly kat Taman Tasik Titiwangsa je lah.ha,tu yang selamat untuk dia.makanan pun kalau tak orang beri,kat dalam tasik tu memang dah ada nature makanan dia.nanti kalau kita bia-bia dia macam ni,takut lak dia mati dalam akuarium ni-dah kita yang salah!"
" oklah kalau macam tu...Belly..jaga diri tau!"

apa lagi,Belly pun pakweku masukkan dalam tong toyogo dan bawak ke Taman Tasik Titiwangsa.malam tadi Belly kami lepaskan.pandai-pandai kau makan sendiri,jaga diri. menangis jugak kami semua...huk..huk...rasa macam Belly tu manusia! tapi ada juga manusia yang tak sayang manusia...

ALAHAI...

Thursday, December 16, 2010

BERAPA BANYAK PARTI UNTUK MELAYU?

lanjutan daripada tajuk berita malam tadi-berkenaan parti baru yang ditubuhkan oleh Dato' Zaid Ibrahim...aku rasa terpanggil pula nak memberi komen atas landasan sebagai seorang Melayu dan warga Malaysia yang saban kali pilihanraya memang aku tak pernah 'miss' untuk keluar mengundi! (patriotik kah aku ini?...menunaikan tanggungjawab)

sedikit teremosi pulak aku apabila mendengar ada lagi parti baru yang ditubuhkan demi tujuannya untuk membela dan memberi keadilan kepada orang Melayu khususnya dan kepada kaum lain amnya.(betul ke ni?)

aduh!!! berapa banyak lagi parti yang harus kita tubuhkan,lantaran perasaan ideologi tidak sehati dan sejiwa,maka kita bina landasan baru tanpa kita perbaiki landasan yang memang telah tersedia terbina! (agak keras sedikit entri kali ini)

mengapa tidak, landasan yang ada ini kita gunakan sahaja.ini tidak,parti baru ini merupakan satu lagi cara untuk memecahbelahkan orang kita sendiri sebenarnya!mengapa tidak parti yang sedia ada ini,kita SATUKAN,kita MANTAPKAN,kita PERKASAKAN agar ia menjadi KUAT demi menahan segala ombak,badai,tekanan,himpitan yang datang.

nampaknya,bukan ORANG LUAR,bukan ANASIR LUAR yang akan menjahanamkan kita orang MELAYU sebaliknya ORANG MELAYU sendirilah yang merupakan pemusnah dan perosak bangsa!ambil sahaja contoh di Melaka dahulu bagaimana orang Portugis boleh menyerang dan seterusnya meruntuhkan kota Melaka? bukankah kerana perangai dan peranan orang kerajaan Melaka sendiri yang BELOT,yang tak sayangkan negeri sendiri lantaran rasa kecewa,rasa marah dengan pimpinan negara sedia ada,maruah diri dibuang akhirnya negeri tergadai!sejarah telah membuktikannya!maka sewajarnya semua kena prihatin tentang ini.

banyaknya parti baru atau parti serpihan yang ditubuhkan bukanlah bermakna nasib orang Melayu boleh dijamin 100% terbela.ia langsung tidak boleh dijadikan alasan dan penanda aras bahawasanya nasib orang Melayu akan lebih terbela,kuasa politik orang Melayu akan lebih berkuasa dan bla..bla...bla...sebaliknya orang Melayu harus sedar,inilah puncanya perpecahan dan perbalahan Melayu akan berlaku.

masing-masing akan mengatakan mereka di pihak yang betul,adil,menjaga kebajikan rakyat,memperjuangkan rakyat,berbalah sesama sendiri dan bla..bla..bla walhal semuanya bermotifkan untuk kedudukan,pangkat dan kesenangan diri dan keluarga mereka.siapa yang senang? mereka dan keluarga mereka juga!

siapa yang untung? yang untungnya ialah satu pihak yang lain.pihak yang nampak di luarnya juga berkecamuk tetapi di dalamnya tetap bersatu hati atas tujuan yang sama,ras yang sama dan segalanya yang sama! kita?? berbalah dan terus berbalah tanpa ada kata persefahaman dan kesempatan ini diambil oleh pihak yang ultra tersebut untuk memantapkan apa yang kurang dan sentiasa mencari peluang,ruang dan kesempatan untuk merealisasikan agenda mereka!

semuanya ini adalah tanggungjawab kita orang Melayu untuk melihat sama ada nak melihat kebangkitan orang Melayu atau mahu melihat jahanamnya orang Melayu di tangan orang Melayu sendiri.

aku? jauh sekali aku tidak ingin orang Melayu di negara ini hilang identitinya,hilang kuasanya seperti mana yang menimpa kepada orang Melayu di Singapura!Melayu di Singapura di mana??? sekadar melengkapkan kepelbagaian populasinya sahaja TETAPI peranan,kuasa,hak =T.I.A.D.A.

sama-sama kita ambil tahu dan menunaikan tanggungjawab kita yang sepatutnya!

ALAHAI...

Wednesday, December 15, 2010

TAMAN RAMA-RAMA KL-aduh cantiknya dia!

Masih dengan entri jalan-jalan di Tasik Perdana hari tu punya.kali ni aku nak story sikit pasal satu taman yang sangat berilmu dan berfaedah untuk seisi keluarga iaitu Taman Rama-rama KL.rasanya semakin sukar sekarang nak tengok rama-rama kan?Apa yang menarik? Satu taman yang dibina pada tahun 1980-an yang menghimpunkan segala spesis rama-rama yang ada dari yang kecil sehingga yang besar.Taman ni pun memang cantik.persekitarannya memang nampak natural untuk kehidupan semulajadi rama-rama.

Jadinya tidak hairanlah memang rama-rama di sini memang hidup dengan sihat dan berkembang.(GAMBAR:bunga raya yang disembur dengan madu lebah untuk menarik perhatian sang rama-rama)makanan mereka pun memang disediakan di sini dan memang dijaga betul rama-rama-rama di sini.

Kalau nak rasa pengalaman dikelilinggi oleh rama-rama,ha; di sinilah tempatnya.rama-rama ni akan berterbangan depan kita.kalau bernasib baik,siap boleh pegang lagi rama-rama ni.dia memang datang dekat dengan kita di sini, kita akan dapat melihat sendiri pengalaman bagaimana rama-rama yang dari beluncas keluar dari sarangnya,ada yang masih kecil dan ada yang dah nak mati.memang menakjubkan!

Selain daripada rama-rama,ada juga reptilia lain yang dipaparkan di sini.antaranya;kura-kura,labi-labi (banyak jenis rupanya tau!),katak...ni katak dalam cerita Putera Katak pun ada!Satu ruang pameran turut disediakan di sini sebagai satu medium pendidikan untuk kita mengetahui lebih dekat lagi dengan dunia rama-rama dan serangga yang lain.pendek kata, memang kalian kena datang sendiri untuk melihat kumbang gergasi,kumbang tahi lembu, dan segala macam lah!boleh lah datang ke sini dengan keluarga ye.(pose-pose)




INFO
1.tiket masuk-dewasa RM8.00 kanak-kanak RM4.00
2.ada kedai cenderamata. Ni aku suka.macam-macam ada boleh beli sebagai tanda kenangan
3.toilet-bersih;sampaikan rama-rama pun ada kat sini tau!

*memang cantik sekali rama-rama kat sini.satu ciptaan Allah yang harus dinikmati dan disyukuri!

ALAHAI...

HOTEL BRISDALE...best juga!

sehari semalam di KL kami menginap di Brisdale Hotel yang terletak di Jalan Haji Hussein KL.bertaraf 3 bintang tapi cukup dengan swimming pool dan sarapan paginya,bagi kami dah kira cukuplah.kalau nak balik tidur kat rumah pun boleh,tapi kata Sakinah; "nak tidur hotel" jadinya check in jugaklah kat hotel...anak kan...daripada yang aku tanya kepada pelayan hotel ni-hotel ni asalnya dimiliki oleh warga Jepun tetapi pengurus besarnya di sini ialah orang Melayu kita! patutlah aku tenok pelayan kat sini rata-ratanya Melayu.masakannya pun semua ala Melayu.kalau nak cari makanan di sini tak susah.bawah hotel ni je melambak kedai makan.bazar larut malam pun ada di sini.nak cari tudung?handbeg?kasut?sandal? semua ada.malam tu pakweku sempatlah membeli sandal'buaya'.jangan jadi buaya sudah! hihii...

suasana malam di KL?emm...penuh berlampu dan berwarna warni dengan tingkah lakunya.bak kata pakweku; "nasib baiklah kena dukung Hakimi,tidak kita boleh jalan kaki je nak tengok macam-macam gelagat orang kat KL ni!"
INFO:

BRISDALE HOTEL
JLN RAJA HUSSEIN KL
TEL:03 26948833
harga bilik- RM 165-RM 185-kemudahan semua bagus kecuali swimming poolnya yang agak dalam dan tiada ruang untuk kanak-kanak kerana ruang yang terbatas.hampir sangat dengan tempat makan.macam tak ada privasi sikit.-makanan? kira oklah.tak terlalu mewah macam yang 5 bintang punya.(GAMBAR:MENU SPECIAL ALA KAMPUNG-UBI KAYUDAN PISANG REBUS DENGAN KELAPA MUDA DAN SAMBAL BELACAN!)
ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala