pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Wednesday, July 6, 2011

WARNA KUNING DAN SIGNIFIKASINYA,SALAHKAH KITA NAMPAK KUNING?

Assalammualaikum kepada semua pengunjung CITH...

wah nampaknya warna kuning tiba-tiba menjadi bualan.ada yang buat lawak di FB jangan pakai warna kuning pada hari Sabtu ni.takut apa-apa pulak boleh jadi.(foto oleh:google.com)

apa yang boleh CITH katakan?hanya sekadar gelengan kepala terhadap mereka.bukan apa,warna kuning ni memang kesukaan CITH.bukan dek sebab isu 9 Julai tapi memang kalau dibuka almari baju,tak banyak sikit memang ada tempias warna kuning ni.

kalau dulu masa budak-budak,selalu sangat nyanyi lagu; "buai laju-laju,aku nak kawin dengan anak raja..."(dapat dah anak raja tu...hihii...)jadinya sampai ke besarlah minat nampak kuning itu diteruskan.

entahlah,rasanya kuning ni nampak menyerlah.biarpun bukan dilahirkan di kalangan berdarah raja,rasanya tak salah untuk nampak kuning!nasib baik tidak di zaman dulu tatkala kuning hanya untuk golongan istana sahaja.waima emas kuning pun tak boleh dipakai oleh orang biasa!kesemuanya itu adalah satu keistimewaan yang hanya dimiliki oleh golongan raja untuk membezakan taraf antara raja dan rakyat.itu signifikasinya dahulu.kuning itu memang telah disignifikasikan dengan warna diraja dan membawa makna raja sebagai simbol kedaulatan negara (sovereign).

warna kuning adalah satu warna ceria yang memberi makna gembira dan aman. Di dalam mitos Hindu, kuning membawa erti penguasaan intelek.Disebaliknya, orang Amerika menggunakan perkataan "yellow-belly" untuk membawa maksud penakut. Pada orang Korea, kuning boleh membawa maksud cemburu. Di akhir abad ke 19, warna kuning di Eropah memberi gambaran kurang siuman dan gila. (MY PINK BLOG)

CITH?kuning hanya warna.tidak lebih dan tidak kurang daripada itu.bukan membawa menyokong atau apa jua yang disignifikasikan oleh pihak di luar sana.

ALAHAI...

Tuesday, July 5, 2011

MEGA SALE KEMBALI,SENDIRI KENA JAGA POKET

Assalammualaikum semua...

tadi masa CITH menemani pakwe CITH ke KLCC,aduhai...rata-rata butik di dalamnya membuat jualan mega sale!daripada butik yang terkenal namanya hinggalah ke Parkson dan Isetan,semuanya menawarkan jualan mega.

apa sebenarnya jualan mega? potongan harga yang menggila? daripada 50-80%?itukah jualan mega?entahlah,sekali fikir takkanlah mereka ni senang-senang je nak buat jualan murah macam ni kalau dah awal-awal lagi margin keuntungan telah diambil kira.mana bisnes kat dunia ni nak rugikan? maknanya walaupun potongan sebegitu tinggi yang kita rasakan kononnya berbaloi itu, sebenarnya masih boleh murah lagi.kepada peniaga,memang mereka dah untung awal-awal lagi.potongan itu sebagai mengggaburi mata kita sebagai pelanggan.

jadi sebagai pelanggan apa peranan kita?berbelanja berhemah dan mengikut poket masing-masing.rasa-rasanya ada di kalangan kalian di luar sana yang sedang tersenyum sampai ke telinga,jeng..jeng..apa taknya,ada yang menerima durian runtuh 2-4 bulan bonus!tu dah kira cukup baik untuk persiapan ramadan dan hari raya bakal tiba.

biarlah mega itu teruskan meganya,dan sebagai empunya wang,kitalah yang harus menjaga poket sendiri.al maklumlah,tak mahu nanti raya memang sakan tapi lepas raya,rasa terbeban dan tertekan.

CITH? tunggu duit kutu hujung bulan ni untuk persiapan raya anak-anak.

ALAHAI...

TERLEPAS KAPAL TERBANG,ADA MASA UNTUK BERSAMA LAGI


Assalammualaikum semua...

hari ni ingatnya nak menghantar pakwe CITH ke stesyen putra LRT.tapi alih-alih bila ditengok balik tiket kapal terbang,la rupanya dah terlepas kapal!tiket yang dikatakan hari Selasa rupanya dah terlepas.sepatutnya dia balik malam tadi=pagi Selasa waktu sana!

apa lagi,kelam kabutlah ke ofis KLCC untuk membuat perubahan tiket.al hamdulillah,kata bos pakwe CITH di sana-"ha,ko ambik jelah cuti sampai Khamis.Ahad masuk ofis balik" (kat sana pakwe CITH cuti Jumaat dan Sabtu).jadinya,adalah masa untuk kami sefamili lagi.apa nak kata? ada hikmah di sebaliknya?hihi...

ALAHAI...

Monday, July 4, 2011

SAGIL,GUNUNG LEDANG SELAGI ADA PELUANG BERSAMA

Assalammualaikum semua...

kali ni CITH ingin kongsikan entri berkenaan balik kampung hari tu.bagi CITH,selagi ada peluang haruslah diisi dengan sepenuhnya walaupun dalam ruang masa yang sangat terhad dan terbatas.maklumlah,CITH dah tak balik kampung sejak pakwe CITH dah kerja jauh ni.kalau tidak sebulan sekali memang dah wajib balik kampung.

Sabtu lepas,peluang yang ada tidak dilepaskan untuk bersama famili mertua.kami berkelah di Air Terjun Sagil,di bawah kaki Gunung Ledang,Johor.ini merupakan kali kedua CITH datang ke sini dalam tempoh 10 tahun.kalau dulu rasanya masuk tak bayar,sekarang sekali masuk dengan sebuah kereta kena bayar RM5.

pagi tu,bekalan nasi lemak menjadi menu utama bekal untuk berkelah di samping makanan ringan yang lain.perlu diingatkan,dari parking kereta,pengunjung kenalah berjalan kaki untuk ke tempat perkelahan.mana yang larat bolehlah mendaki jauh ke dalam sikit tetapi bagi rombongan CITH ni,memandangkan ada kanak-kanak bawah umur,barang lagi,maka kami berkelah di bawah sahaja.masa datang tu,kumpulan kami je,menjelang tengahari,ramai dah datang ke tempat kami.(santap nasi lemak...)sesekali kaki dibawa menyentuh air gunung...ooo memang sejuk...ni dua beradik ni tahu mandi kat swimming pool je kan,ni baru rasa macam mana mandi air sejuk pulak.sekejap je dah menggeletar.tapi nak jugak berendam...hihi...(puteri "GUNUNG LEDANG" turun bersiram...)layan ajelah gambar-gambar yang sempat dirakamkan.masing-masing sibuk nak berendam...camera tak de sapa yang nak handle.(5 big brothers)(dah nak balik...)(sempat stop by makan durian)ALAHAI...

KOS LEPAS YANG TERPAKSA DIBUAT,MENYESAL?


Assalammualaikum semua...

malam tadi CITH sekeluarga selamat sampai di rumah.nampaknya raya nanti baru balik ke kampung semula.insya Allah.segalanya bergantung kepada jadual kerja dan cuti pakwe CITH.

semalam CITH terpaksa membuat satu (FOTO:kenangan bersama kawan-kawan di PS) keputusan untuk Sakinah.bukanlah keputusan besar tapi bagi CITH penting juga untuk ruang lingkup dia sebagai pelajar.CITH terpaksa memberhentikan Sakinah dalam penyertaannya dengan Permata Seni Tari.

bukan tidak rasa menyesal,ada jugak rasanya sedikit TETAPI satu kos lepas terpaksa CITH buat demi untuk dia.melihatkan jadual hariannya CITH rasa ini adalah keputusan yang wajar.apa taknya,semakin hari bekalan kerja sekolah semakin banyak,kepenatan juga semakin meningkat dek kerana aktiviti yang banyak di sekolah.jadinya salah satu terpaksa dikorbankan.

memang minatnya untuk menari tetapi penyertaan dalam kelab tari sekolah dan Swatari Pak Ngah,CITH rasakan sudah cukup untuk memberi ilmu dan latihan tarian kepadanya.biarlah tak glamour atau tidak ternama namanya tetapi bagi CITH,CITH yang tahu kemampuan dan kebolehannya.biarlah di pihak sana mengatakan Sakinah akan rugi kalau tidak menyertai PS,tapi yang lebih tahu adalah CITH sendiri.

melihatkan keputusannya dalam exam pertengahan tahun baru-baru ini,CITH sedikit cemas.walaupun resultnya no 11 daripada 34 dan no 33 daripada 366 keseluruhan,namun sesuatu harus dibuat.maka ini adalah salah satu yang CITH buat untuk dia.

ALAHAI...

Friday, July 1, 2011

SELESAI,KINI AGENDA ENCIK SUAMI,BALIK KAMPUNG

Assalammualaikum semua...

al hamdulillah,selesai semua perancangan yang dibuat.hari ni nampaknya 2 kalilah CITH menempuh highway PLUS-apa taknya pagi tadi pukul 7.30 bergerak dari KL ke Melaka.habis majlis pukul 12 bergerak balik ke KL semula untuk ambil buku rekod Sakinah dan malam ni nanti sekali lagi meredah highway untuk balik kampung semula.

hah! ingin sekali CITH menarik nafas panjang ....apa taknya jarak KL-dan kampung macam dekat saja ye!nasiblah bukan CITH yang drive.tak dapat nak balik kampung terus tadi dek kerana malam ni Sakinah ada show tarian untuk meraikan pegawai pendidikan dari Sarawak yang datang ke sekolahnya.hah!!! sekali lagi ingin melepaskan kepenatan yang bersarang...aduh...berikanlah CITH kekuatan...penatnya terkejar sana sini.

malam ni balik ke kampung untuk memenuhi agenda encik suami.giliran dia pulak untuk bersama keluarganya.maklumlah,Selasa ni dah nak terbang balik..(huhu...)CITH terpaksa akur,yelah kalau minggu lepas turn kami sefamili untuk bersama dia,minggu ni biarlah dia bersama familinya pula.kalau tidak pun memang CITH tak balik kampung sepanjang ketiadaan dia di sini.

nampaknya,CITH tidak akan menulis di sini untuk hujung minggu ni.Insya Allah,bertemu kita pada hari Isnin depan,bukan apa kalau dah ada di kampung tu macam-macam aktiviti nak dibuat bersama.memang tak berkesempatan untuk "berdua" dengan laptop CITH ni.
untuk semua pengunjung yang datang ke CITH,selamat berhujung minggu,moga hujung minggu ini akan membahagiakan kalian bersama orang tersayang!

ALAHAI...

BIARLAH HARI INI MENJADI MILIKNYA.AKU GEMBIRA UNTUK DIA


Assalammualaikum semua...salam Jumaat untuk semua pengunjung CITH di sini.di pagi Jumaat ini,CITH memanjatkan doa moga keberkatan ini DIA kurniakan kepada "masjid" yang bakal terbina hari ini.

kalau dah jodoh,biar apa pun onak,duri dan ranjaunya-dah kata JODOH,maka itulah yang akhirnya terjadi.CITH baru selesai memasukkan telur ke dalam bunga telur dan menanak pulut kuning.(syukur pakwe CITH yang tolong sama)

biarlah ianya menjadi tanda yang CITH ingin sekali berkongsi hari bahagia itu dengannya.tidak ada yang CITH harapkan melainkan kebahagiaan dia di hari bahagia ini moga kekal sehingga akhir hayat.

ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala