pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, November 14, 2011

HOTEL SERI MALAYSIA GENTING HIGHLANDS TIGA BINTANG

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

hari ni CITH nak share satu lagi hotel yang baru hari Jumaat lepas CITH pergi bersama keluarga.memang dah lama booking hotel ni sebab konon last lah berjalan bersama pakwe CITH sebelum dia balik ke Tanah Arab malam tadi.apatah lagi jaraknya yang hanya 41.1 KM/45 min memandu dari rumah CITH melalui Lebuhraya DUKE dan Karak.

tak sangka juga ia sekaligus sebagai hadiah untuk kejayaan Sakinah pada hari yang sama tersebut.perancangan nak berehat di atas bukit bertukar menjadi percutian Sakinah namanya.(nanti ada sambungan...)

setakat yang CITH dah pergi 4 buah hotel Seri Malaysia sebelum ini,rasanya yang kali ini di Genting ada kelainannya.kenapa?ruang bilik yang sangat besar.(ada pulak interframenya...)CITH booking famili room,bangunan yang cantik dan nampak "hidup" daripada yang lain macam suram saja.ada kemudahan lift.sebelum ni semuanya bertangga.selain sarapan yang standard seperti nasi lemak dan mee goreng ada menu untuk kanak-kanak seperti bijiran conflakes/honey star/coco crunch.sebelum ni Seri Malaysia yang lain tak ada! yang bestnya,pagi sarapan tu hujan,antara menu yang ada pulak ialah mee sup.apa lagi Sakinah makan sampai 4 mangkuk! katanya sedap...ni sebab hujan.sedap semuanya.ha'ah, satu je tak ada di sini swimming pool! hihi...Sakinah,mula-mula lagi dah tanya mana swimming pool...manakan nak berendam dah tempat sejuk.hish..hish...

kebetulan memang sekarang musim hujan di KL ni.petang CITH check in tu hujan di sini.mujur tak lama.tapi berkabus jugalah pemandangan luar.cuma bila bercakap tu tak pulak keluar asap macam di Cameron dulu-dulu...hihi...apa yang penting kami dapat meneruskan misi menaiki cable car untuk bermain di atas...(ada ceritanya nanti...)(pemandangan dari bilik hotel selepas hujan berhenti...)(ini budak kecik yang tak menyempat-nyempak oder air teh...)memang Seri Malaysia sesuai untuk famili apatah lagi dekat sangat dengan kebun buah strawberi....

ALAHAI...

SERI MALAYSIA GENTING
No. 11, Jalan Jati 1,
Goh Tong Jaya,
69000 Genting Highlands,
Pahang, Malaysia.

Tel : 03-6100 2525
Fax: 03-6100 1125

HARI ANUGERAH SK SETIAWANGSA,SYUKUR YA ALLAH

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

biarpun sudah agak "sedikit" sejuk untuk CITH sharekan di sini coretan mengenai hari anugerah sekolah Sakinah,CITH tulis juga di sini sebagai satu dedikasi untuk dia.CITH rasa sejak minggu lepas dan minggu ini memang merupakan hari penyampaian hadiah di sekolah anak-anak kita kan.maklumlah selepas ini mereka akan bercuti panjang pula...

sebagai seorang mama,CITH memang terasa beban yang tersangat besar di pundak ini apatah lagi anak-anak CITH bukan ramai pun.nilah 2 kerat kata orang.jadinya biarlah 2 kerat ini menjadi seperti kata-"tenggelam jadi mutiara,terapung menjadi pulau'...(ye ke ayat ni,tapi sikit lebih kurang macam tulah gasanya...hihi..)tanyalah pada siapa pun,pastinya jawapan mahukan kejayaan untuk anak-anak.apatah lagi CITH percaya ramai di kalangan blogger di sini yang telah besar panjang anak mereka,rasanya CITH terlalu kerdil nak dibandingkan dengan kalian yang pastinya punyai pengalaman yang lebih banyak lagi.jadinya pengalaman yang sekecil ini,CITH rasakan sangat berharga dalam hidup CITH membesar dan mendidik Sakinah.apa taknya,kalau salah pada anak orang akan kata; "eh,mak dia tak ajar ke...?" tengoklah,mak juga yang disalahkan.mereka tak tuding jari pada golongan ayah pun kan! dan CITH rasa sangat bersalah kalau CITH yang duduk di rumah ini tidak mampu untuk berbuat sesuatu pada anak-anak.rasa bersalah itu seakan menghukum diri CITH sendiri sebelum orang lain menghukum CITH.selalu pakwe CITH ingatkan CITH, "awak tak salah...awak yang terlebih stres....bla..bla..."

justeru,kejayaan Sakinah merupakan satu hadiah kelegaan CITH sebenarnya!pengubat rasa stres CITH dan memadamkan segala rasa penat lelah.memang kenyang sehari rasanya bila dapat keputusan dia!agaknya itu juga yang dirasai oleh arwah mak CITH dulu-dulu meski pun ketika itu CITH langsung tidak mengerti golodak dan kocakan dalam hatinya.nah,sekarang CITH rasai semua itu!kegembiraan hari anugerah Sakinah lebih manis lagi kerana pakwe CITH berpeluang meraikan bersama kami di sini.apatah lagi Sakinah turut membuat persembahan tarian dalam majlis tersebut.kenangan manis yang diberikanNYA ini sesungguhnya satu hadiah yang sangat berharga buat CITH sebagai seorang mama.syukur padaMU YA ALLAH...ACARA : MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
LOKASI : SK SETIAWANGSA
PERASMI MAJLIS : DATO' ZULHASNAN RAFIQUE
TARIKH : 11/11/11


ALAHAI...

Friday, November 11, 2011

HARI INI 11.11.11.MENARIK?

Assalammulaikum semua apengunjung CITH...

salam pagi Jumaat.wow!hari ini satu tarikh yang sangat menarik ye.11hb November 2011 atau 11.11.11.semuanya berangka satu dan membawa jumlah 6.maaf sampai setakat ini sahajalah ilmu CITH.tak pandailah untuk memberi tafsirannya kerana hidup CITH sendiri pun hanya DIA YANG MAHA MENGETAHUI.

apa yang pasti,satu tarikh yang menarik.kalau ada yang naik pelamin ni senang nak ingat tarikh anniversary.maklumlah,selalunya orang lelaki ni kan "sukar" sekali nak simpan memori pasal tarikh-tarikh ni.jadinya dengan no 11.11.11 ni tak adalah kes terlupa kan! (emm...tapi kalau nak lupa jugak tu,memang ada ...hihi...)

apa menarik?untuk CITH tak ada apa pun nak disangkut pautkan sekadar satu tarikh yang istimewa bagi Sakinah hari ini.hari ni awal lagi dia dah ke sekolah.Sakinah terlibat dengan persembahan tarian dan juga penyampaian hadiah untuk Hari Anugerah hari ni.al hamdulillah.sekejap lagi,dalam pukul 8 ibu bapa pulak kena ke sekolah.kiranya hari ini adalah hari untuk dia.syukur,pakwe CITH masih ada lagi di sini dan dapatlah kami bersama meraikan hari untuk dia.selepas penyampaian nanti,kami akan bercuti di Genting Highlands pulak.tak lama.2 hari 1 malam.ni kira hadiah untuk Sakinah lah.bukan senang nak senang kan...nak kasi dia main sepuasnya.tengoklah nanti larat ke tidaknya dia tu...hihi...

ok,CITH berhenti di sini.nak bersiap nak pergi sekolah Sakinah pulak.untuk semua,selamat berhujung minggu dengan orang tersayang.moga semuanya berada dalam kegembiraan hendaknya.CITH berehat untuk sehari dua ini.jumpa lagi!

ALAHAI...

Thursday, November 10, 2011

PEGAWAI MSN MAUT DISERANG SAKIT JANTUNG ITU SUAMI RAKAN KAMI

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

pertama-tamanya CITH mengucapkan salam takziah kepada seorang kenalan yang CITH kenal di Permata Seni iaitu Kak Katy.CITH baru mendapat berita bahawa,berita kematiaan pengawai MSN di Palembang semalam yang hari ini beritanya tersiar ialah suami beliau.

baru sekejap tadi CITH mendapat panggilan telefon daripada seorang rakan yang lain yang mengkhabarkan kepada CITH.sepantas itu juga CITH menghantar pesanan sms kepada beliau untuk mengucapkan takziah dan simpati CITH atas kehilangan orang tersayang.

sejak Sakinah menyertai Permata Seni,sejak itulah CITH mengenali pasangan suami isteri ini memandangkan anaknya yang bongsu pun turut sama dalam Permata Seni.memang mereka berdua ni ada saja tiap minggu menghantar anak mereka bahkan sanggup menunggu sampai selesai kelas.yelah ni anak bongsu mereka.kata Kak Khaty,suaminya (arwah) memang tidak boleh berjauhan dengan anak bongsunya ini meski pun dah bersekolah darjah 3.kadang tu,tatkala kami bergosip hal-hal perempuan,arwah hanya senyum mendengar.yelah dia sorang saja lelaki yang setia menunggu...
(kak Khaty -3 dari kiri duduk bersebelahan dengan suaminya (arwah En.Harun Osman) dan duduk di tengah ialah anak mereka Anis peserta Permata Seni)

kini semua itu hanyalah tinggal kenangan.kali terakhir CITH jumpa beliau pun pada latihan Permata Seni minggu sebelum raya haji tempohari.terkejut juga tadi apabila mendengar berita tersebut.yelah,siapa sangka semua itu boleh terjadi sekelip mata.masa pergi sihat walafiat,alih-alih yang sampai di rumah hanyalah keranda berisi jasad yang terkujur.maunya tak sedih...hanya DIA juga yang mengetahunya tatkala berpisah selama-lamanya dengan insan yang selama ini ada saja di sisi...

menurut berita,arwah dikatakan diserang sakit jantung ketika menjalankan tugas....segala berita boleh dilihat di Kosmo hari ini dan di web rasmi Majlis Sukan Negara.moga arwah ditempatkan di kalangan para solih dan solihin.amin...

ALAHAI...

OSTRICH FARM PORT DICKSON,PELUANG BUDAK KL

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

satu lagi tempat yang CITH nak share dengan kalian di sini ialah OSTRICH @burung unta FARM di Port Dickson.

tapi satulah,janganlah kalian meletakkan sesuatu atau harapan yang terlalu tinggi untuk sesuatu pandangan yang maha indah...cakap awal-awal ye.yelah,kita datang dari jauh konon nak tengok sangat-sangatlah burung untanya.memanglah ada burung unta tu tapi tidaklah seperti yang diharapkan.bayaran masuk untuk seorang dewasa ialah RM8 dan kanak-kanak RM4.untuk membeli pek makanan(ni kasi makan arnab,ayam...) RM3 sebungkus.CITH beli 2 bungkus.jadi kos semuanya ialah RM26.00.(inilah rupa makanan yang dibeli...)sebaik saja kaki melangkah masuk,mata tercari-cari di manakah dia ostrich@burung unta yang menjadi subjek utama di tempat ini.nun di hujung nampaklah dek CITH beberapa ekor burung untanya.ala kesian lah pulak melihatnya macam tak sempurna hidup....aduh...bulu-bulu habis kegersangan.tak tahulah kalau sekarang ni memang keadaannya sebegitu rupa.tak banyak yang menarik untuk CITH kongsikan mengenai burung unta ini.TAPI nasiblah ada satu kawasan lapang yang memberi peluang kepada anak-anak kita untuk bermain dan memberi makan kepada haiwan jinak di sini.antaranya ialah ayam,hamster,arnab,itik,angsa,burung...jadinya seronok jugalah 2 baradik ni bermain secara "live" dengan haiwan-haiwan ini.maklumlah budak KL,mana nak dapat pegang anak ayam.balik kampung pun,rumah taman.mana nak jumpa ayam kan...(sian budak KL)peluang seperti ini memang seronok sangatlah diorang.tempat ni dulu CITH dah pernah pergi dengan arwah mak.ada yang sama,ada yang baru.pembaharuan yang CITH nampak ialah adanya kawasan seperti di atas yang merupakan sesuatu yang baik untuk kanak-kanak melihat,memegang dan bermain dengan haiwan-haiwan jinak ini.ada gerai menjual cenderamata,gerai minuman yang nampak lebih baik binaannya cuma kawasan sekitar dan pemuliharaan terhadap kawasan sekeliling termasuk subjuk utamanya di sini iaitu ostrich,CITH rasa perlukan pembaikan pemuliharaan yang lebih proaktif lagi.

yelah,takkan orang datang sekadar nak tengok ostrich yang nampak dah uzur,kawasan yang dhaifkan...masuk bukan percuma pulak tu...kalau tak ada inisiatif untuk berubah,tak mustahil tempat yang bagus ini akan hanya tinggal nama seperti ZOO PD yang sekarang hanya menjadi tempat menjual besi buruk.sapa nak jawab tu kan? layanlah serba sedikit gambar kami di sini.
(saiz telur burung unta lebih besar dari telefon bersaiz ini...)ALAHAI...

OSTRICH FARM PD
LOT 1419 JALAN KEMANG 13
BATU 9 73000 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILAN.

Wednesday, November 9, 2011

LEXIS PORT DICKSON,PENGALAMAN BARU BERCUTI

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

barulah berkesempatan untuk CITH kongsikan cerita bercuti CITH tempohari.maklumlah,pakwe CITH masih bercuti ni,memang sedikit terbatas masa untuk mengadap laptop.yelah,member ni bukan selalu balik kan...tak kan kita nak layan laptop je.nak jugak kita spend time dengan dia.ada saja aktiviti kami sefamili sementelah dia ada di rumah ni.

ok,cerita pasal percutian kali ini,memanglah sangat lain daripada yang telah lepas.bukanlah CITH bercuti di luar negara mahu pun di ruang angkasa raya sana tapi sekadar di LEXIS PORT DICKSON atau nama lamanya dulu dikenali sebagai The Legend Water Chalets.apa yang best?biliknya atas air! tu yang best dan lain daripada sebelum ini.sebelum nak ke bilik lagi pun dah rasa satu kelainannya.apa tu? sebaik saja kita selesai check in di kaunter,maka kita dan barangan kita akan dibawa oleh 'buggy' menuju ke bilik yang menjadi 'kepunyaan' kita untuk selama kita di sini.selama ni,belum pernah rasa pengalaman macam ni.

bilik bukak saja pintu bilik, WOW! masya Allah punyalah excitednya dua orang ni memandangkan ada bath tab besar menanti di tengah ruang mandi,kemudian di balkoninya pula air laut memandangkan bilik kami di atas air!apa lagi kalau tak si kecik ni menjerit nak pishing Ba! nak pishing...nampak air je nak fishing...hihi...kak long pulak dah tak menahan untuk mandi kolam.

inilah buat pertama kalinya kami dihadiahkan bilik sebegini rupa oleh pakwe CITH.kiranya satu hadiah untuk Sakinah jugak ni.al hamdulillah.menariknya di bilik ini,kami berada di tingkat bawah,terdapat satu glass panel di lantai yang membolehkan kami 'menjengah' ke bawah melihat air laut.di hadapan pulak,kami boleh memancing dengan hanya membaling batang pancing dari balkoni bilik sahaja.sambil duduk-duduk melihat matahari terbenam.memang satu suasana yang baru.

untuk budak-budak apa lagi yang menjadi keseronokkan mereka kalau tidak berenang di kolam renang.ni memang acara wajiblah CITH kena bawak dua beradik ni nak pergi berendam.selain mandi kolam,terdapat juga taman permainan,basikal dan juga AVT untuk digunakan mahupun disewa.pendek kata bukan setakat bapak je yang boleh enjoy nak memancing tetapi anak juga berseronok sama dengan kemudahan di sini.Sakinah tak puas mandi di kolam renang dan kemudiannya menyambung di rumah di dalam tab yang ada.(maklumlah jadi macam gayat lah pulak...hihi)untuk makan malam,CITH dan famili kena keluar dari area hotel menuju ke medan selera ikan bakar yang tidak berapa jauh dari sini.tapi, mungkin agaknya masa tu raya maka kedai makan yang ada pun kira ala-ala saja rasanya...bab ni CITH kureng sikit...acara malam,memang memancing lah kami.apatah lagi semakin tengah malam semakin galak pulak umpan diragut!bukan setakat kami saja yang mamasang joran di depan rumah,ada juga jiran sebelah,jiran depan rumah berbuat yang sama.jadi meriah malam itu dengan suasana sebegini rupa.(memang tak sabar nak memancing...)(naik anak pari 2 ekor...)(mr crab pulak naik...)untuk sarapan pulak macam biasalah,standard hotel macam-macamlah ada.bagi portion Sakinah,kena bayar sendiri RM 15.00 untuk kanak-kanak 4-12 tahun.apa pun yang penting dia memang enjoy,kira oklah tu.sesekali mendapat layanan dan servis seperti ini memanglah rasa seronok yang amat sangat.sesuailah dengan harga yang dibayar pun...

kepada pihak sponser(pakwe CITH..hihi...) terima kasih banyak bawa kami ke sini.satu pengalaman rasa yang baru!

(suasana malam hari...)ALAHAI...

LEXIS PD
Batu 2 Jln Seremban,
71000 Port Dickson
Negeri Sembilan.
06-6532000

Tuesday, November 8, 2011

KEMBALI DARI CUTI-CUTI MALAYSIA


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

bila balik berjalan,barulah rasa lenguh-lenguh badan,mengantuk,letih dan bla...bla...yang bestnya time nak pergi berjalan dan semasa berjalan tak rasa tu semua.dalam hati syok saja dek sebab nak bercutikan.mood pun gumbira.bila balik tu yang...aduh...

CITH sampai di rumah malam tadi pukul 12.30 pagi.tidaknya dah sampai di rumah pukul 11 malam tu tapi menyinggah raya di rumah kakak CITH di Bangi pulak.tengah malam pekena pulak supper dengan lauk ayam pencen gulai rebung...memang tak menahan dibuatnya!

biasalah bila tinggalkan rumah dengan tak bawak yang '2 ekor' ni...kerja pertama yang harus dilakukan sebaik saja masuk rumah ialah tak lain tak bukan MENCUCI TOILET. inilah lokasi pembuangan najis untuk DORA dan DORY kami.2 ekor ni memang telah diajar kencing dan membuang di toilet,jadinya kalau lama tak ada di rumah tu, alamat aromaterapinya dah jadi aroma keluar api! hihi...

tulah dia,kalau dah kita dah buat komitment dengan sesuatu perkara,kita haruslah menanggung risikonya...emm...

oklah,nanti CITH masukkan entri cuti CITH tempohari di Port Dickson.nak berhenti sekejap untuk menyambung kerja-kerja di rumah.(pakwe CITH ada ni,kenalah masak yang 'sempurna' sikit kan daripada biasa...hihi...)

ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala