pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, April 4, 2011

SAKINAH...HATI MAMA SAKIT!!!.

Assalammualaikum semua...bertemu kita kembali.

semalam tak larat nak berblog.kesibukkan hujung minggu dan ditambah dengan kesihatan yang tak berapa stabil membuatkan mental dan fizikal menjadi tidak menentu.bila tak sihat,hati mudah saja tersentuh.

pagi ni tadi,aku kejutkan Sakinah pukul 6.kejut subuh dan buat sikit latihan sekolah.apa yang aku jadi sensitif pagi ni bila aku suruh dia buat kerja je,dia jawab kat aku;
"ala ma,Ina rasa macam nak ponteng sekolah je lah.
penat lah.mama kat rumah tak penat.Ina kat sekolah
penat kena tulislah,kena buat latihan lah..macam-macam..."

aduhhh...apa lagi hangin aku tiba-tiba!
"ok kalau macam tu,biar mama pergi sekolah.Ina duduk rumah.
siapkan semua kerja kat rumah ni.boleh?baru Ina tahu penat ke tidak."
"mama ni,Ina cakap mama nak berkira semua,semua Ina salah.
makan salah,minum salah.."

Ya Allah sakit pulak hati aku ni.berjawab-jawab pulak dia subuh-subuh ni.aku pun malas nak panjang-panjang,pendekatan yang selalu aku buat kalau aku dalam keadaan macam ni-AKU DIAM.biar dia sorang je yang nak ngomel itu ini.bila aku diam pulak dia dah keluar skrip dia macam biasa;

"mama,sorry ma,sorry ma.Ina janji tak nak buat lagi..."

skrip ni? Ya Allah aku setiap hari dengar.kalau telingaku ini boleh berkata pasti dia pun dah jelak mendengar ayat ni.

aku siapkan bekal dia macam biasa-air dan mee goreng.coco crunch dan susu untuk breakfast dia.aku tengok dia tak makan pun breakfast dia.dia kata aku tak suruh dia makan..pulak dah aku?

aku pun pagi ni buat do-no je,tunggu dalam kereta.aku hantar di ke sekolah agama tanpa cakap apa pun.aku masih berdiam.biar dia tahu yang aku tersentuh hati pagi ni dengan sikap dia!

AKU? Ya Allah ampunilah anakku kerana kegagalan aku maka dia menjadi begini.redhakan dia Ya Allah,jadikan anak-anak kami anak-anak yang soleh dan solehah.sesungguhnya ENGKAU maha tahu apa kelemahan diri ini.amin...

ALAHAI...

2 comments:

  1. Bersabar sis..kuatkan semangat yer..:) -Taman-

    ReplyDelete
  2. Taman:

    t kasih.betul.moga Allah kurniakan kesabaran dan kekuatan itu

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala