pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Friday, April 8, 2011

DENGKI PUN ADA KATEGORINYA,JOM TENGOK!

Assalammualaikum semua dan salam Jumaat.terima kasih kepada pelawat CITH.hari ni nak share satu info yang aku ambil daripada http://hanspunyablog.blogspot.com/(terima kasih daun keladi...)sharing is caring...,

bukan setakat anugerah bintang popular aje ada kategorinya,malah bab DENGKI-MENDENGKI ni pun ada kategori jugak.selalu kita kaitkan dengki ni dengan virus PHD-tapi bukan yang jadi DR tu ye,ni virus PERASAAN HASAD DENGKI.selalunya bermaharajalela di kalangan kita orang Melayu.tu yang sampai jumpa bomoh,santau menyantau,sihir-menyihir...nauzubillah...Kategori dengki yang pertama ini ialah manusia yang tidak suka pada nikmat atau kelebihan yang ada pada insan lain dan beliau akan sedaya upaya berusaha dengan pelbagai cara seperti dengan memfitnah atau pun melakukan sesuatu perkara yang secara tidak langsung akan menghilangkan nikmat yang dimiliki orang yang didengkinya tersebut.

Kategori dengki yang kedua pula ialah manusia yang lebih kurang sama seperti kategori pertama tetapi bezanya disini ialah manusia yang mempunyai sifat dengki itu bukan sahaja cuba menghilangkan nikmat manusia yang didengkinya itu tetapi juga cuba untuk merampas nikmat tersebut untuk dirinya sendiri.

Kategori dengki yang ketiga ialah manusia yang mempunyai hasad dengki pada insan lain tetapi manusia jenis ini tidak cuba untuk merampas atau cuba menghilangkan nikmat atau kelebihan orang lain dengan ucapan mahupun perbuatan. Dengki untuk kategori ini tidaklah dikatakan berdosa tetapi dinasihatkan agar menghilangkan perasaan ini secepat dan seboleh mungkin kerana mungkin ia akan bertukar menjadi sifat negatif dan membiak penyakit hasad dengki di dalam diri kita.

Kategori dengki yang keempat pula ialah manusia yang mempunyai sifat dengki pada manusia lain tetapi manusia jenis ini tidak pernah cuba untuk melakukan apa - apa untuk merampas atau menghilangkan nikmat atau kelebihan insan terbabit tetapi manusia ini akan berusaha sehabis mungkin untuk mendapat atau merasakan nikmat dan kelebihan seperti yang insan itu miliki.

AKU?Ya Allah, jauhkan hati-hati kami daripada memiliki sifat mazmumah ini.isikan hati-hati kami dengan sifat mahmudah yang menjadi kecintaanMU.amin...

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala