pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Thursday, April 28, 2011

TALAPIA MERAH KUKUS BERBUMBU

Assalammualaikum semua...

hari ni nak share selera dapur pulak ye.dah 2 hari, petang-petang hujan kat tempat aku ni,makanya setiap petang berfikir nak masak yang bersup-sup sikit.lagi pun pakwe ni ada,dia memang suka.kalau aku anak beranak je-aku tak kisah sangat.

oklah,resepi malam tadi punye ialah TALAPIA MERAH KUKUS BERBUMBU.talapia ni aku beli dekat http://cendanakasih.blogspot.com.

BAHAN-BAHAN:

ikan talapia merah yang siap dibersihkan
bawang merah,bawang putih,halia muda-diracik halus
serai,cili padi
carrot-potonglah ikut suka
tomato-belah empat
batang sederi
cendawan putih
daun sup
garam secukup rasa
sos tiram
sedikit kicap cair
minyak untuk menumis
sedikit tepung jagung
air secukupnya

1.panaskan minyak dan tumis dahulu bawang merah,bawang putih dan halia

2.masukkan sedikit kicap cair,sos tiram dan sedikit air.kuahnya terpulang kepada anda.

3.masukkan serai,tomato,carrot,cili padi dan batang saderi

4.bubuhlah garam secukup rasa dan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh terlebih dahulu dengan sedikit air untuk memekatkan kuah.selepas itu boleh diangkat.ketepikan.

*sementara itu,kukus ikan tadi sehingga masak.sebelum diangkat,masukkan cendawan putih dan sos yang telah siap dimasak tadi.biarkan seketika supaya ikan dan sos mesra dan angkat.taburkan daun sup.dah boleh dimakan masa tengah panas-panas ni.
ALAHAI...

2 comments:

  1. aku mmg jarang makan ikan kukus ni..sbbnyer kaum kerabat kat rumah ni tak brapa makan.. tp kalo goreng bercili...huh..kejap jer habis..

    ReplyDelete
  2. ni pulak,memang suka.klu sakinah pulak kata macam isi ketam...hihii.agaknya isi dia yg lembut tu kan.tu yg klu msk kukus ni lagi terasa lembut dia.

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala