pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Saturday, April 9, 2011

MASALAH LAGI INSTITUSI SEKOLAH KITA?

Assalammualaikum semua dan selamat berhujung minggu bersama orang tersayang.mungkin kesempatan berhujung minggu ini dapat kita gunakan sebaik mungkin untuk bersama dengan anak-anak khususnya.(foto oleh:GOOGLEE.COM)bercakap pasal anak-anak,aku tertarik ingin mengulas senario yang aku boleh katakan VIRUS juga dalam institusi sekolah kita.cuba lihat persekolahan anak kita dengan persekolahan kita dulu-dulu.mungkin ada yang kata,zaman dulu lain.sekarang lain.itu benar!tapi sebagai satu medium penyampaian ilmu itu peranan sekolah tetap tidak berubah baik dulu mahu pun sekarang dan pastinya akan datang juga.

seingat aku ketika zaman persekolahan yang sudah 16 tahun aku tinggalkan dulu tidak ada kes murid 'menderhaka' kepada guru atau pun guru pulak berbuat sumbang atau sebagainya kepada murid.kalaulah ada pun ketika itu?? ada ke? tak ada...(mungkin kes terpencil)TAPI sekarang,kes seumpama ini semakin parah.lagi berubahnya zaman,berubahnya juga manusia-manusia yang dilahirkan.ini bukanlah satu kebanggaan yang boleh kita banggakan atas alasan KEMAJUAN!

kenapa dulu kalau guru marah,denda hatta kena rotan depan perhimpunan pun sedikit pun tak rasa apa.memanglah ada rasa malu,geram dan marah dengan cikgu terbabit,tapi kemarahan itu tidaklah sampai nak balas balik cikgu tersebut seperti pukul mereka seperti apa yang terjadi hari ini.setakat marah gitu-gitu sahaja.lepas tu,dah ok balik.boleh bergurau balik dengan cikgu terbabit.

aku teringat kisah zaman sekolah dulu baik sekolah rendah mahu pun menengah.mungkin aku perempuan maka tak lah nak tunjuk melawan sangat kalau 'kena'dengan cikgu di sekolah.lagi satu kalau kena apa-apa pun tak berani nak report kat mak atau abah.SEBAB? nanti lagi kena sekali lagi...aduhh..tu yang tak nak! maka ambil pendekatan diam saja.kalau sekarang?anak report kat mak ayah-esoknya guru terbabit akan diserang oleh mak ayah.silap-silap kena sampai ke saman polis pun ada.KENAPA? sebab mak ayah sekarang masing-masing sudah ada "nama dan pangkat" .maka suara mereka adalah power.anak-anak mereka tidak boleh disentuh waima kalau bersalah pun! maka naik lemaklah jadinya!

kalau dulu,rakan-rakan lelaki kalau kena marah atau hukuman dengan guru displin,mereka ni memanglah dari belakang tu merungut bermacam-macam.tapi setakat itu jelah.bila time petang boleh lagi bermain bola bersama cikgu terbabit,boleh bercerita apa saja tak pun time gotong royong tu,boleh pulak bekerjasama.satu yang bagus tentang mereka yang selalu buat hal ni-time kita nak mintak tolong apa je,mereka nilah yang siap sedia.terutama bila hari sukan,hari guru,hari kantin, mereka bersedia untuk bantu apa jua.tak ada pulak nak simpan dendam dalam hati untuk membuat dajal kepada guru terbabit atau pun pada program-program sekolah.

TAPI SEKARANG,semakin pelik aku melihat institusi sekolah kita.makin hari,makin banyak kes guru cabul anak murid,guru cederakan anak murid,guru buat itulah,buat inilah...murid pukul guru,murid cederakan guru,murid pukul murid,murid cabul murid (nauzubillah) bla...bla..bla.. semakin kalut...

inikah dinamakan kemajuan yang kita nikmati hari ini maka kita terpaksa kehilangan nilai,norma-norma dan tatasusila kita?budaya manakah yang kita ceduk sampai lahirnya senario seumpama ini.bukankah institusi sekolah itu tempat kita mengenal apa itu A.B.C dan seterusnya membawa kepada pencapaian akal dan keberhasilan ilmu untuk membentuk dan melahirkan pewaris AGAMA,BANGSA DAN NEGARA...tetapi malangnya jika senario ini masih tetap membelenggu ruang lingkup institusi sekolah kita maka,ke manakah anak-anak kita? apa jadi kepada anak-anak kita? ...

AKU?kita bukan orang luar biasa.kita hanyalah orang biasa yang mengharapkan keadaan ini dapat diselamatkan oleh mereka yang ada kuasa!

ALAHAI...

2 comments:

  1. tengok gambar bas sekolah tu, tingat time aku sekolah dulu, seawal 6.00pagi dh naik bas sekolah oren tu dah... huhh.. sejuk...

    Cian kat kawan2 cikgu kita (Ann, Wati, Mila, Fiza) pening kepala ngan kerenah murid2... huh... sib baik aku tak apply jadi cikgu...kehkehkeh....

    Haaa...ko kan ada experience jadi cikgu tuisyen...ce citer, ce citer

    ReplyDelete
  2. ha'ah kan bas kuning...aku dulu cam ko gak.kul 6 dh siap2.time tu diver bas aku uncle india tu maka jadilah bas itu dipanggil 'bas keling'

    time aku jd cikgu dulu-entahlah tak pulak murid2 aku cam tu.mmg aku garang.diaorg mmg berbulu ngan aku tapi bila abis mengajo,kita org ok je balik.siap blh pg tunggu bas sama lagi .entahlah,msg2 tk simpan dlm hati lah.habis gitu je.tp skrg ni entahlah...msg2 tk blh pikir dgn baik lagi agaknya.punca apa?makanan ke? ni kene buat tesis ni...

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala