pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Friday, October 8, 2010

PERKAHWINAN ANGKASAWAN =PERKAHWINAN ABAD INI??

Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha,siapa yang tak kenal dengan beliau agaknya? merupakan angkasawan pertama Malaysia dan yang ke 438 di dunia. bukan nak bercerita pasal kejayaan beliau atau cerita naik ke ruang angkasa lepas TETAPI cerita mengenai perkahwinannya yang digelar PERKAHWINAN ABAD INI @ WEDDING OF THE DECADE bukan yang biasa tu 'wedding of the year! (ni dah tak hebat lagi...) oleh siaran Wanita Hari Ini tengahari tadi dan juga mendapat gelaran ‘Perkahwinan Gemilang Abad Ini’ (pancaindera 3/10/2010)

wah, begitu hebat gelaran yang diberikan. tuah orang! kan pepatah ada menyebut: tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia-hanya Allah yang Maha Tahu! sebelum itu laporan hebahan perkahwinannya telah disiarkan dalam Pancaindera 3 Oktober yang lepasmereka bakal diijabkabulkan pada pukul 11 pagi di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, Kuala Lumpur pada 10.10.2010 dan pada sebelah malamnya majlis persandingan akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang akan bersiaran langsung di TV3 pada malamnya pada pukul 9 malam!

kalau sebelah tengahari tadi aku mengikuti siaran Wanita Hari Ini dengan beliau dan tunangnya Dr Halina menjadi tetamu, berbicara mengenai hari perkahwinan. biasalah ditanya mengenai aspek tema, konsep,tetamu,bulan madu,anak...-pada malam sebelum tu juga di TV3 menerusi rancangan Forum turut mengundang Dr Muszaphar sebagai tetamunya. JUGA berbicara topik perkahwinan dan juga hal-hal berkaitan dengan beliau!

pendek kata-dalam minggu ini memang tak habis cerita perkahwinan ini...sehinggalah berlangsungnya hari tersebut! sama-samalah kita saksikan apakah yang dimaksudkan dengan PERKAHWINAN ANGKASAWAN NEGARA,PERKAHWINAN ABAD INI dengan bertemakan PERKAHWINAN PAHLAWAN MELAYU DI ISTANA KAYANGAN ...fuh..pastinya hebat majlis tersebutkan!

sebagai orang yang jauh- hanya doa yang terbaik untuk pasangan ini moga kekal bahagia sepanjang usia!


ALAHAI...

Thursday, October 7, 2010

KERABU MANGGA MERTUAKU

dah 3 hari mangga yang aku ambik kat rumah kawan aku Noorma tak dibuat apa-apa. (terima kasih Mah, rugi lak hari tu ambik sikit...hihiii)

teragak nak buat kerabu tapi ada je bahannya tak cukup.tapi tadi tengahari barulah aku keluar pergi mencari bahan-bahannya.ni resepi yang aku belajar daripada mertuaku di kampung.memang dia selalu buat kalau masa berkumpul ramai-ramai tu...ok, kita tengok bahan-bahannya


BAHAN-BAHAN:

mangga-ikut suka banyak mana -dihiris halus@diracik
1 sudu kerisik
sedikit udang kering-digoreng seketika tanpa minyak
cili padi
cili merah
bunga kantan-hiris halus
serai-hiris halus
carrot dihiris
bawang merah-dihiris
gula,garam secukup rasa


1. tumbukkan udang kering dengan cili padi sehingga lumat.

2. dalam satu mangkuk:- gaulkan kesemua bahan tadi-mangga,
dengan bahan (1),kerisik, cili merah,bunga kanta,serai,carrot,
bawang merah dan rasa masin dan manisnya. kerabu ni bila cukup
masam,manisnya dah dikira cukup lah tu. dah pun siap!

* mudahkan ? semuanya campak-campakkan sahaja!
*sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas bersama tomyam!


ALAHAI...

Wednesday, October 6, 2010

PUDING KARAMEL DAIRY CHAMP


hari ni nak tunjuk satu resepi puding.dah lama jugak tak kongsi resepi ni... puding ni ada yang panggil puding gula hangus,ada yang panggil puding telur (sebab banyak guna telur)...tapi bagi aku dan famili-kami memanggilnya dengan PUDING KARAMEL (sebab rasa krim-krim tu agaknya...)

resepi ini lama aku pelajari daripada kakak iparku -Kak Ijah.setiap bulan puasa,memang dia berniaga puding ni saja dan memang ada pelanggan setianya.oklah, kita lihat resepinya:

BAHAN-BAHAN:

telur ayam 10 biji
2 cawan gula - 1 cawan dibuat gula hangus
- 1 cawan untuk dipukul bersama telur
1 sudu kecil esen vanila
satu tin susu cair DAIRI CHAMP
satu tin air
sedikit pewarna kuning


1. masakkan 1 cawan gula untuk dijadikan gula hangus-jangan
hangus betul ye! agak-agaklah..,nanti pahit pulak
(masakkan dalam loyang yang nak dikukus)

2. pukul telur dengan 1 cawan gula hingga kembang.

3. masukkan esen vanila,sedikit pewarna ,susu cair dan air.
pukul lagi.

4. didihkan air kukusan-masukkan adunan (no3) ke dalam loyang
gula hangus tadi dan kukuslah sehingga 40 minit. dah siap!


tips:

1.biar sejuk dahulu-baru diterbalikkan adunan atas
bekas yang disediakan.

2.pastikan bekas tersebut sedikit melengkung untuk
menadah air gula daripada tumpah atau keluarkan
terlebih dahulu air gula tersebut

3.untuk mereka yang sedikit tak gemar dengan rasa telur
-sejukkan puding terlebih dahulu dalam peti sejuk-
lepas tu baru makan! dah tak bau lagi telur!
(selamat mencuba!)


ALAHAI...

Tuesday, October 5, 2010

TUNTUTAN DAN TANGGUNGJAWAB

rentetan daripada entriku semalam ingin aku membuat sedikit ulasan peribadiku terhadap kes yang terjadi di kalangan bayi/anak-anak di pusat jagaan.

setiap daripada kita yang dah menerima pendidikan, apatah lagi yang dah belajar tinggi melangit tu...pastinya ingin memiliki kerjaya yang hebat,duduk di pejabat berhawa dingin,meraih 5-6 angka sebulan dan pelbagai lagi.

aku juga mempunyai perasaan dan cita-cita yang sama seperti itu.TETAPI apabila mengenangkan ANAK...rasanya sedikit pengorbanan harus dilakukan.mana mungkin kita meraih kedua-duanya sekali-iaitu kerjaya dan dalam masa yang sama hati senang untuk meninggalkan anak-anak di pusat jagaan? sekiranya ada yang berjaya-TAHNIAH! anda memang bernasib baik sangat!

aku dulu pernah bekerja selama 7 tahun kini menjadi PENGURUS BESAR di rumah (terima kasih kepada pakweku yang tetap memberi peluang untuk aku meraih apa yang aku dapat dulu) dulu aku meninggalkan anakku Sakinah ketika itu di rumah jiran sebelah rumah.jiranku itu ialah orang Indonesia.(suaminya PR sini).syukur kepada Allah yang mengurniakan jiran yang baik sekaligus sangat sayangkan anakku.

tapi,aku bersalah pada Sakinah sebab tidak dapat memberi dia susu badan sepenuh masa.aku hanya memberi dia susu badan ketika balik kerja hingga ke malam dan pada hujung minggu.di rumah jiran,aku bekalkan susu formula.ini adalah kejahilan aku sewaktu itu dalam pemberian susu ibu.(tak tahu macam mana kaedah nak beri susu badan semasa kerja).

tetapi kini,dengan kecanggihan maklumat di hujung jari,untuk babyku Hakimi, aku bertekad dengan bersungguh-sungguh untuk memberi susu ibu sehingga usianya 2 tahun.syukur kini 1tahun 4 bulan aku masih menyusukan dia .rupanya pelbagai kaedah yang ada untuk memberi susu ibu kepada anak.terpulang kepada kita.

apabila sepenuh masa (24 jam) bersama anak-anak-pastinya tanggungjawab sangat besar.kita melihat setiap perkembangannya di hadapan mata! pastinya apa sahaja tindak tanduk anak,keselamatan anak, makan minum,kesihatan anak-anak adalah tanggungjawab kita.

sebaliknya, di pusat jagaan anak-anak; mereka dijaga oleh petugas-petugas terbabit yang dalam masa jangan lupa,mereka bukan sahaj menjaga anak kita seorang bahkan ramai lagi! daripada pengalaman aku dahulu- seorang petugas akan menjaga 5-6 orang budak/bayi.bayangkan kekalibutan mereka untuk mengendalikan anak-anak ini.manakan yang nak didukung,yang nak disuap makan,yang nak susu,yang menangis berebut mainan atau juga yang nak tidur! semuanya berada di pundak si petugas tadi.

ibu bapa meletakkan RM250-300 sebagai bayaran untuk perkhidmatan menjaga anak mereka.sebaliknya petugas hanya menerima bayaran gaji dalam lingkungan RM 500-600 sebulan dengan masa kerja 7.15pagi hingga 7 malam atau lebih lagi jika ada ibu bapa yang lewat mengambil anak.ini bermakna petugas tadi pun terpaksa lewat juga untuk hari itu.

sejujurnya saya juga tidak bersetuju dengan langkah meletakkan 5-6 orang atau ada yang lebih dari ini kepada seorang petugas dengan tujuan mengaut keuntungan! setiap daripada anak-anak atau bayi mempunyai ciri dan sikap/karenah yang berbeza antara satu sama lain.justeru,kelalaian dan ketidakpekaan terhadap anak-anak ini akan mengundang musibah yang tidak diingini.

untuk ibu bapa-tindakan untuk membuat 'sedikit' tinjauan terlebih dahulu terhadap pusat jagaan ini sangat penting sebelum meletakkan anak di situ. jika mampu-perlulah mencari yang selesa dan 'membayar lebih' untuk kita mendapat perkhidmatan yang bagus sekaligus menjamin keselamatan anak yang ditinggalkan itu.mungkin bagi sebahagiannya akan berkata; "dah bayar mahal pun,tapi tak boleh jaga anak saya dengan baik" .maka ini jawapannya; "petugas itu bukan robot,dan jika anda rasa mereka gagal menjaga anak anda,MAKA andalah yang harus MENJAGA SENDIRI! ada yang nak buat macam ni?...


ALAHAI...

Monday, October 4, 2010

BAYI MENYUSU BERSENDIRIAN-elakkan!!!


selamat pagi semua.kebelakangan ini banyak kes melibatkan bayi mati akibat tersedak susu semasa tidur.ia terjadi sama ada di rumah mahu pun di pusat-pusat penjagaan bayi.kelekaan kita seketika mengundang kecelakaan dan derita sepanjang hayat.apa tindakan kita agaknya supaya kes ini tidak berulang?

di bawah ini petikan HARIAN METRO hari ini:


2010/10/04 KUALA LUMPUR: Ibu bapa atau penjaga diingatkan memberi sepenuh perhatian ketika menyusukan bayi dengan susu botol serta tidak membiarkan bayi menyusu sendiri tanpa pengawasan bagi mengelak kejadian tercekik susu.

Pakar Perunding Pediatrik Klinik Pakar Kanak-Kanak Junina, Mutiara Damansara, Dr Yong Junina Fadzil berkata, mereka perlu memangku kepala bayi tinggi sedikit ketika penyusuan menggunakan susu botol supaya pengaliran susu ke dalam saluran pernafasan lancar.

“Bayi sebolehnya tidak dibaringkan ketika sedang menyusu sebaliknya kita sendiri perlu menyusukannya kerana dikhuatiri bayi tersedak dan tercekik.

“Kebanyakan kes bayi tercekik susu kerana ibu bapa atau penjaga meninggalkan bayi berseorangan dalam keadaan baring serta meletakkan bantal di dada bayi bagi menampung botol susu. Ia amat berbahaya dan tidak digalakkan sama sekali,” katanya.

Beliau mengulas beberapa kejadian bayi meninggal dunia baru-baru ini kerana tercekik susu akibat kecuaian ketika menyusukan bayi.

Dr Yong Junina berkata, puting botol susu bayi terutama yang baru lahir seharusnya lebih kecil selain tidak menggunakan puting botol berlubang besar.



ALAHAI...

Saturday, October 2, 2010

AKTIVITI ANAK- bagaimana komitmen ibu bapa?


hari ni memang padat jadual aku.dek kerana itu baru ni la aku berkesempatan nak masukkan entri sepanjang hari ni tadi.bermula pada pukul 7.30 pagi tadi, aku menghantar Sakinah ke sekolah untuk sukaneka, selepas itu melayan permintaan dia untuk karaoke dan nak makan pizza dan akhirnya petang tadi masakkan hasil pancing pakweku yang baru balik mancing. kalian pula bagaimana? masih sibuk dengan majlis open house agaknya ye!

hari ni aku nak bersembang mengenai komitmen atau penglibatan ibu bapa terhadap aktiviti anak-anak.

rasanya setiap ibu bapa yang telah mempunyai anak yang bersekolah pastinya arif mengenai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.antara aktiviti tersebut ialah seperti mesyuarat PIBG,hari terbuka sekolah,kem solat,hari sukan dan sebagainya.

persoalannya, sejauhmanakah komitmen kita terhadap aktiviti yang disertai oleh anak kita tersebut? adakah kita sebagai:

1.tahu
2.tak tahu
3.mamang tak nak ambil tahu
4.sangat ambil tahu

di mana kita? untuk aku, mungkin agaknya Sakinah seorang saja yang baru bersekolah,maka aku memang seorang yang ambil tahu terhadap apa sahaja aktiviti yang dilakukan oleh anakku.( ini bukan kes angkat bakul sendiri ye!)

pendek kata kalau apa sahaja yang melibatkan Sakinah dan sekolah, aku tidak teragak-agak untuk memberi sokongan bahkan aku rasa aku yang lebih bersemangat. entah lah, mungkin lain ornag laian caranya.tapi sebab aku ni memang seorang yang aktif pada masa zaman sekolah dahulu, maka aku jadi begitu teruja pada setiap aktiviti yang disertai oleh Sakinah.

bagiku,sokongan yang diberikan oleh ibu bapa terhadap penyertaan anak ni sangat penting, ulang sekali lagi SANGAT PENTING! ini akan menaikkan moral atau semangat mereka untuk buat yang terbaik terhadap apa yang diceburi.berdasarkan pengalaman aku dulu,bila ibu bapa melihat aku di pentas misalnya, aku yang di atas pentas tersebut akan rasa "satu macam perasaan" -rasa tiba-tiba satu semangat atau aura yang sangat lain datang untuk memaksa aku menjadi lebih bersemangat! itulah penangan sokongan ibu bapa. (terima kasih kepada arwah abah dulu yang sentiasa ada melihat aku di atas pentas)

kalau selama ini kita tak ambil tahu atau sedikit 'malaslah' nak ikut serta aktiviti anak,hari ini kita ubah paradigma dan stigma kita.ketepikan seketika kesibukkan kita, kerja ( ni memang tak habis-habis) dan sebagainya untuk kita memberikan sokongan dan komitmen terhadap apa jua yang dibuat,disertai oleh anak di sekolah.

bukankah kejayaan anak menjadi kebanggaan kita?... (walaupun Ina tak menang tadi,mama tetap bangga.tahun hadapan boleh buat lagi bagus!)


ALAHAI...

Friday, October 1, 2010

TUDUNG AKHIR ZAMAN:-fesyen atau tuntutan?

(gambar 1: tudung saji letaknya di atas meja di rumah seorang saudaraku,
gambar 2: tudung saji dah letak di atas kepala)

salam Jumaat semua.hari ini aku ingin berkongsi satu nota yang masuk ke dalam mailboxku semalam yang aku rasakan patut untuk aku sendiri dan kita semua ambil perhatian.terima kasih kepada (http://www.facebook.com/notes/zameer-fisabilillah)

berkenaan TUDUNG.bila bercakap pasal tudung ni, pelbagai pendapat yang ada.ada yang kata isu sensitif,hak masing-masing dan sebagainya.terpulanglah kepada penilaian dan pemahaman masing-masing ye!

* di bawah ini aku lampirkan nota tersebut:

Inilah fesyen bertudung zaman sekarang yang anda banggakan/orang sekeliling anda banggakan!!!Moga selepas anda membacanya,bakal mengukuhkan jiwa anda supaya bertudung seperti Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w perkatakan BUKANNYA semata-mata berfokuskan kepada fesyen dan ingin menunjukkan bentuk tubuh anda kepada KHALAYAK RAMAI...Kepada sesiapa yang masih ingkar perintah ALLAH S.W.T dan tidak mengenakan pakaian yang menutup aurat dan bentuk tubuh anda 100%,mulakanlah langkah pertama anda KERANA sesungguhnya manusia pada hari ini lebih teruk berbanding apa yang berlaku pada zaman Jahiliyah dahulu...

(contoh ringkas:wanita di zaman Jahiliyah dulu,perempuan sudah tiada maruah dan menayangkan bentuk badan kepada semua LELAKI SEMATA-MATA INGIN MENARIK PERHATIAN....Benarkan,zaman Jahiliyah kembali mengungkap sejarah pada zaman KITA KETIKA INI???zaman Jahiliyah dulu anak perempuan akan ditanam hidup-hidup,TETAPI KINI tak kisah anak perempuan atau anak lelaki dibuang bertempiaran......)

isu bertudung bukannya kepada wanita yang tidak menutup auratnya(tidak memakai tudung) kerana isu tersebut kita sudah pun tahu apakah hukuman di akhirat kelak kepada manusia yang tidak menutup aurat apatah lagi sengaja mendedahkan aurat TETAPI isu yang saya hendak kaitkan disini ialah ISU PEMAKAIAN Tudung Rahib Kristian=Tudung Di Akhir Zaman=Tudung Wanita Moden.

Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba anda perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung.

Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.

Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...

Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..

Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..

Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..

selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah,Lindungilah kami..

Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan..gayanya tak ubah seperti birawati Kristian Laknatullah... Jauhilah dari memakai sebegini...agenda kafir laknatullah itu sangat halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian...

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).

Jom kita perhatikan beberapa kesalahan pemakai tudung hari ini... Suruhan ALLAH vs Ikutan Fesyen

Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta



Tudung dipakai semata-mata kerana mengikut peredaran zaman atau fesyen.Bukan kerana ingin menutup auratTudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk tubuh..inilah fesyen tudung yang selalu dipakai hari ini..tudung sekadar menutup kepala dan rambut..tapi bentuk tubuh yg lainnya masih jelas kelihatan..

tuntutan sebenarnya:

tepuk dada, tanya iman...


ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala