pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, June 27, 2011

BERCUTI SUDAH,DI RUMAH SEMULA

Assalammualaikum semua...

malam tadi CITH sampai di rumah setelah 2hari 1malam bercuti.walaupun tak lama tetap kata bercuti-yelah cuti masak,cuti buat kerja rumah,cuti jadi driver,cuti jadi cikgu dan sebagainya. hihi...

pagi ni,rutin biasa bermulalah.jadi chef pagi-pagi,jadi driver untuk Sakinah dan pakwe CITH dan melakukan kerja-kerja rumah yang sedang menanti "sentuhan" CITH.nanti dah free sikit,CITH masukkan entri cuti CITH di Bukit Tinggi.sekarang masa untuk melayan si kecik CITH dulu...

ALAHAI...

Saturday, June 25, 2011

BERCUTI 2D 1N DI BUKIT TINGGI


Assalammualaikum semua,selamat berhujung minggu kepada pengunjung-pengunjung CITH.

pagi ni CITH nak pergi bercuti ke Bukit Tinggi (bukan di Indonesia) tapi di Bentong Pahang.walaupun hanya 2 hari 1 malam harap ianya dapat mengeratkan hubungan kami sekeluarga.ini sajalah kesempatan dan peluang untuk digunakan bersama pakwe CITH.

insya Allah akan CITH sharekan butirannya pabila balik nanti.kita jumpa esok malam atau pun Isnin nanti.untuk semua,selamat memenuhi hujung minggu ini bersama orang tersayang.

ALAHAI...

Friday, June 24, 2011

AKHIRNYA HUBUNGAN ITU DAPAT DIJERNIHKAN KEMBALI

Assalammualaikum semua...

ingin sekali CITH berkongsi kegembiraan hati ini dengan kalian yang sudi datang ke CITH.gembiranya hati apabila pakwe CITH balik petang tadi.walaupun balik bukan untuk bercuti tetapi balik untuk bekerja,rasanya dah cukup memadai dapat melepaskan rindu.esok,insya Allah kami akan pergi bercuti sekeluarga.di mana? hihi...nanti CITH story mory ye...

keduanya,gembira hati dek kerana hubungan yang sedikit "tegang" minggu ini dengan seseorang ini sudah dapat dijernihkan.segala yang bersarang di hati telah diluahkan tatkala 4 mata bertemu.itulah yang selalu CITH harapkan.macam yang CITH tulis tempohari-CITH mengharapkan keajaiban pepatah; AIR YANG DICINCANG TIDAKKAN AKAN PUTUS.maka hari ini Allah makbulkan doa CITH.al hamdulillah.syukran!!!moga segala yang terselindung akan jelas,moga yang salah faham akan menjadi lebih faham dan moga yang tersimpan di dalam hati akan terus dibawa angin yang berlalu.

ALAHAI...

SIMPAN HARI INI UNTUK GUNA MASA DEPAN


Assalammualaikum semua...salam pagi Jumaat moga berkat apa jua yang kita lakukan hari ini dan hari-hari seterusnya.

bercakap pasal hari ini dan hari mendatang,CITH rasa "tersentak" seketika apabila baru sejurus tadi melayari FB Dr Niki Shuhada Shukor( perunding kewangan)mengenai kos perbelanjaan yang diperlukan untuk masa hadapan.(foto oleh:GOOGLE.COM)

bukan selama ini CITH "tertidur dalam sedar",CITH akui semakin hari,semakin kecil nilai wang kita.kalau dulu dengan RM50-sekali ke pasar tani mampu membeli keperluan seminggu tapi kini tidak lagi.adakah barang semakin mahal atau kuasa beli kita yang semakin rendah?jawapannya: kedua-dua faktor itu adalah benar apatah lagi dikaitkan dengan kadar inflasi yang nampak sedikit tetapi TETAP memberi kesan.

JADI?perlu simpan hari ini untuk guna masa depan.guna untuk apa?yelah macam kita yang tak makan gaji ni kata beliau,sediakan tiang-tiang:
1.PERSARAAN DIRI SENDIRI
2.KECEMASAN
3.ANAK-ANAK- pecahannya:-
i.pendidikan
ii.keperluannya- kereta,rumah-mak bapak kena bantu sediakan "duit muka"
iii.majlis kahwin

melihatkan 3 senarai ini,rasa macam semua tak cukup.tengoklah hari ini biasiswa memang dah sukar nak dapat.pinjaman PTPN-ada interest juga,maka kitalah mak ayah ni kena menabung untuk mereka dari sekarang.

kalau baru dapat kerja,belum tentu mampu untuk membayar duit muka kereta atau rumah.pastinya masa tu nanti (10-20 tahun akan datang) harga kereta dan rumah(khususnya rumah) meningkat menggila!takkan sampai dek mata kita nak tengok anak sendiri hidup tak sempurnakan...so,kita kena tolong...JADI KENA SIMPAN SEKARANG.

ada anak perempuan? kos majlis kahwin pastinya menjangkau puluh ribu atau silap-silap ratus ribu!...KENA SIMPAN SEKARANG

ada anak lelaki? kos majlis+duit hantaran kawin pasti mencecah puluh ribu atau ratus ribu juga...yelah kalau sekarang paling-paling wang hantaran RM10 ribu.bagaimana 10@20 tahun akan datang?...KENA SIMPAN SEKARANG

pendek kata semuanya harus bermula dari perubahan sikap SEKARANG.kalau dulu arwah mak abah tak perlu nak sediakan semua ini,cukup sekadar memberi sekolah.selebihnya anak-anak mencari harta sendiri TETAPI zaman ini,kitalah mak abah ini yang harus memikir dan berbuat sesuatu untuk masa depan anak-anak kita.kenapa?kehidupan makin mencabar kini dan akan datangDUIT penting untuk kelangsungan hidup di samping otak yang berilmu...

ALAHAI...kesian anak-anak mama...

Thursday, June 23, 2011

ANTARA YANG ORIGINAL DAN IMITATION MANA SATU NAK PILIH

Assalammualaikum semua...

emmm mentang-mentang tak lama lagi nak raya,di FB CITH banyak dah kawan-kawan meng'tag' baju kurunglah,baju Melayu dan tidak ketinggalan beg tangan.sebut je nak jenama apa,LV?COACH?PRADA?GUCCI? semua ada.

Bila bercakap pasal jenama ni memang telan air liur dibuatnya.rasa CITH pastinya antara kita berangan nak carry jenama macam ni.tipulah kalau kata tiada keinginan...TAPI berpijak pada realiti, banyak yang harus dikira sebelum berangan untuk memilikinya satu.maklumlah harganya...boleh tahan juga.boleh habis sebulan gaji pun ada!emmmm.....
Tulah dek kerana harganya yang ribu-ribu, maka terhasillah apa yang dinamakan IMITATION.rupa,style,bentuk,kod nombor yang sama dan 90% hampir dengan yang original.Ia digredkan dengan A gred, AAA gred atau pun 1-1 gred.memang kalau dek mata yang tidak berapa arif, memang melihatnya sama seperti yang ori.lagi satu harganya pulak lebih bersifat mampu milik..(ni lebih baik kualitinya berbanding yang di uptown atau pasar malam.) ia tetap dijual di dalsm butik yang berhawa dingin.

Ikutkan hati nak rasa yang berjenama kan.apalah rasanya ye bila menyandangnya? Rasa macam duit banyak walaupun sebenarnya tak banyak? rasa bergaya? rasa macam diri dipandang? rasa nak action sikit? hihi...yang mana satu pilihan kalbu.ORIGINAL atau IMITATION (asal bergaya).

Apa-apa pun ukur baju dibadan sendiri.jangan ukur pada saiz orang kerana pastinya ada kurangnya pada diri sendiri.

AKU? masih dengan jenama Malaysia -BONIA

AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS NAMUN HATI?


Assalammualaikum semua...

pepatah ada mengatakan;AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS maknanya walau macam mana sekali pun pergaduhan atau perselisihan faham itu namun atas dasar persaudaraan maka ia tidak akan lama.CARIK-CARIK BULU AYAM,LAMA-LAMA BERCANTUM JUA.(foto oleh:GOOGLE.COM)

orang kita memang banyak pepatahnya untuk mengambarkan suasana yang harmonis,tidak mahu ada yang berkecil hati.pendek kata dalam gurauan,diselitkan nasihat sebagai panduan hidup.maka terciptalah berbagai pepatah,peribahasa dan sebagainya.

apa kena mengenanya?yelah, SEDANGKAN LIDAH SERINGKALI TERGIGIT ini kan pula manusia yang rambut sama hitam (oopss,ada juga yang berwarna coklat,merah,burgundy...)tapi punya hati yang lain-lain.yelah hati itu hanya satu bahagian yang kecil dalam organ badan NAMUN fungsinya mengalahkan organ-organ yang lain.hati LEBIH POWERFUL!dek karana hati jugalah,kadang kala sukar sekali untuk memaafkan atau meminta maaf.orang kata lebih senang maaf tapi nak dilupakan suuuuuuusah.jadinya masalah HATI lagi.

entahlah,CITH pun semakin hari rasa susah hati.nak bertegur?nak diam?nak buat tak tahu? pun CITH tak tahu nak buat apa.hati orang di sana sukar sekali nak diduga!biarlah CITH dikatakan penakut,tak ada pendirian,macam lalang atau apa jua,demi sebuah ikatan,biarlah keadaan berlalu begitu saja dan moga angin yang bertiup mampu membawa terbang segala hati-hati yang tidak seronok itu.

satu yang CITH pegang-AIR YANG DICINCANG TAKKAN PUTUS.gunalah apa cara sekalipun,pastinya ikatan antara CITH dan DIA tetap kekal selama-lamanya...

ALAHAI...

Wednesday, June 22, 2011

TARIAN SK SETIAWANGSA DALAM PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI 2011

Assalammualaikum semua...

hari ni subuh 'sapie' lagi CITH dah bangunkan Sakinah nak ke sekolah.lepas je sembahyang subuh tadi,sarapan sikit dah hantar ke sekolah.hari ni penentuan tarian dia.Sakinah terlibat dalam dua acara iaitu joget dan inang.masa hantar ke sekolah,kat luar masih gelap lagi.first time datang sekolah gelap-gelap cam gini.(muka belum bermakeup)apa taknya,cikgu dah kata 7.30 kene bertolak dari sekolah nak ke HGH Convention Center,Sentul.maklumlah nak siapkan budak-budak ni bukan satu perkara yang mudah.(makeup time...ni yang paling budak-budak suka...)Kali ni bertanding tarian di peringkat negeri.ada rezeki boleh sambung jauh lagi.CITH hanya datang membantu memakaikan pakaian dan memasang aksesori.maklumlah bila dah kata tarian asli, inang, zapin dan joget pastilah memerlukan hiasannya bak kata dari kepala sampai ke kaki.

Depa ni dah berlatih sejak cuti sekolah tempohari lagi.dah berkorban masa dan tenaga kini sampailah masanya untuk dinilai.moga berjaya untuk pasukan tarian Sk Setiawangsa.(pasukan joget)ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala