pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Tuesday, August 31, 2010

53 TAHUN UNTUK MALAYSIAKU-MERDEKA!!!

salam merdeka untuk seluruh warga Malaysia,negara tercinta tempat tumpah darah kita.sudah 53 tahun kita merdeka.kalau diumpamakan negara kita dengan manusia yang mempunyai angka yang sama,rasanya negara kita sudah semakin matang,dewasa,telah banyak mencipta kejayaan dan rasanya pada usia ini adalah satu titik pencapaian untuk menikmati hasil yang selama ini telah ditabur benihnya.

kalau dulu semasa bergelar pelajar,kita belajar subjek Sejarah untuk lulus atau sekiranya kita rajin sikit untuk membaca,maka markahnya akan lebih baik.jika yang malas nak membaca,alamat merahlah jawabnya! justeru,memang kena baca,hafal dan faham tentang tarikh,peristiwa,kesan,nama-nama tokoh terlibat dan sebagainya.inilah yang pada sebahagian pelajar rasa 'agh,lecehnya,boringnya subjek ni.kita belajar benda yang dah lepas yang kita tidak wujud lagi ketika itu...susah nak faham lah dan sebagainya.'

tapi bagi aku sendiri,aku memang suka subjek ni.ceh..ceh, ni kes nak "up" diri sendiri lah pulak ye! jangan marah... masa sekolah dulu,aku siap boleh ingat setiap tarikh dan peristiwa yang berlaku dan selalu menjadi rujukan kawan-kawan yang lain sebab tiap kali ujian dah tentu aku yang'score'. itu dulu ketika otak ini hanya ditugaskan untuk belajar,belajar dan belajar TAPI kini otak ni pun dah agak slow sikit sebab dah banyak benda yang nak kena ingat....hihiii.. nak ingat masak,nak ingat kerja rumah,macam-macamlah...

apa pun bagiku,sesibuk bagaimana sekalipun kita, takkan kita tak boleh ingat hari bersejarah untuk negara kita kan? tarikh 31 OGOS 1957 tetap akan dikenang sebagai tarikh "keramat" buat negara dan kita warganya.

kita menjadi warga yang merdeka,bebas menentukan corak negara,bebas untuk membina kejayaan,bebas untuk meraih peluang dan kesempatan yang ada.pendek kata apa sahaja yang ada di bumi MALAYSIA adalah milik kita untuk meraihnya!!!

kita adalah warga MERDEKA. takkan kita nak biarkan MERDEKA ini dinodai,dicabuli dan seterusnya manarik kembali dari kita...kita tak ingin dikongkong lagi apatah bertuankan 'orang lain' untuk meneruskan kelangsungan hidup kita! MERDEKA ini harus dipertahankan maruahnya walaupun kiri dan kanan kita diasak untuk melepaskan MERDEKA ini.

marilah kita bersama-sama menyambut MERDEKA ini bukan setakat meraikan cuti sehari TETAPI lebih kepada itu menceritakannya kepada generasi di bawah kita supaya selamanya kita menghirup udara MERDEKA.

lirik lagu Tanggal 31 OGOS -nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad

Tanggal tiga puluh satu
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka, Merdeka, Tetaplah Merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal tiga puluh satu
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia, Hari yang bahagia
Sambut dengan jiwa yang Merdeka

Mari kita seluruh warganegara
Ramai-ramai menyambut hari Merdeka, MERDEKA!!
Tiga satu bulan lapan, Lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku Merdeka

(2x)

Merdeka, Merdeka, Merdeka....!
MERDEKA!!




ALAHAI...

Monday, August 30, 2010

GULAI LEMAK KETAM TAMAN MAJU

salam kepada semua.semalam menjengah ke kampung sekejap.berbuka dengan keluarga mertua dan ipar duai.biasalah bila beramai-ramai ni,akan keluarlah menu yang pelbagai citarasa. untuk semalam menu ketam inilah yang menjadi fokus utama kami semua! apa taknya,ketam-ketam yang dibeli ni memang masih fresh lagi.baru "naik" ke jeti.apa lagi,bergulai ketamlah kita!

untuk budak-budak,dibuatkan sup ketam.ni untuk mak bapak budak pulak...hihihi...ketam dimasak gulai.memang sedap dan manis sangat. orang kata 'benda baru 'memang manis kan...yang tak tahannya sambil kita nak makan,nak juga mengupikkan untuk budak-budak semua. alahai...nasib baik tak ada yang kena sepit!hihihi... kita lihat resepinya:

BAHAN-BAHAN:

ketam-yang telah siap dibersihkan
cili kering dan sedikit cili padi (terpulang kepada kadar kepedasan kalian)
bawang putih dan bawang merah
kunyit hidup,sedikit halia
(dikisarkan bahan di atas kecuali ketam!)
serai dititik
santan
air secukupnya
garam secukup rasa.

1.masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama serai,santan,ketam dan
air secukupnya untuk kuah.jika suka kuah lebih bolehlah ditambahkan
lagi air.

2.masukkan garam secukup rasa dan masaklah sehingga mendidih dan boleh
diangkat.

3.sedia untuk dihidang.sangat mudah dan cepat!


ALAHAI...

Saturday, August 28, 2010

PERGI YANG TAKKAN KEMBALI LAGI


salam ketemu kalian semua.walaupun dah terlambat satu hari,aku ingin mengucapkan selamat berhujung minggu yang panjang kepada kalian yang mula bercuti semalam sehingga hari merdeka nanti.semalam juga kita telah menyambut 17 Ramadan bersamaan hari Nuzul Al Quran. semoga Allah teguhkan iman, kesabaran dan kematian kita dalam Islam.amin...

semalam pagi jam 5.20 sewaktu tengah makan sahur- telefon berbunyi; 'dik,abang dah tak ada lagi...' Allahu Akbar! suara kak tehku di hujung talian dari Hospital Besar KL, Innallillahhirojiunn...pergi seorang abang iparku Samsor B Jantan untuk menghadap Penciptanya.

apa lagi,aku berhenti makan dan terus menghubungi adik beradikku yang lain.akulah yang menjadi tukang reporternya.

abang iparku berusia 44 tahun baru dimasukkan ke wad HBKL pada hari selasa yang lepas kerana dikesani terdapat cecair dalam otak.sebelum itu,dia hanya mengalami simptom kaki kebas. tetapi apabila dibawa ke doktor untuk pemeriksaan lanjut barulah tahu apa punca sebenar penyakitnya.memang selama ini,dia hanya mengadu selalu sakit kepala dan ambil panadol lepas tu baiklah.macam tulah biasanya kata kak tehku.jadi mereka sekeluarga tidak mengesyaki sesuatu yang lebih dari itu! Allah maha mengetahuikan...

hari Selasa dia ditahan wad,hari Khamis menjalani pembedahan menyedut cecair di otak, dan pagi semalam (Jumaat), dia pergi buat selamanya. begitu mudah percaturan Allah berikan kepada dia dan sekaligus kepada anak dan isterinya. paling cantik,pada hari Jumaat,bulan Ramadan dan hari Nuzul Quran pulak tu! alahai...

segala urusan telah disempurnakan di hospital dan jenazah hanya dibawa pulang ke surau berhampiran rumah untuk disembahyangkan sahaja dan untuk memberi peluang kepada saudara mara menatap wajahnya buat kali terakhir!seterusnya satu perjalanan terakhir dari kawasan rumah untuk menuju satu persemadian yang kekal abadi...di sinilah,persemadian terakhir bukan sahaja untuk abang iparku tetapi persemadian terakhir juga untuk kita semua. tinggallah anak,isteri,keluarga,sanak-saudara...pergi ini tidak akan kembali lagi.bakal ketemu di akhirat kelak! titipan doa diharap selalu semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah abang iparku ini.



ALAHAI...

Thursday, August 26, 2010

POPIA PAK YA POWER memang kenyang dah!

kalau ditanyalah atau dibuat survey tentang juadah kuih di bulan puasa ni,agaknya kuih apa yang menduduki tangga teratas ye....? kalau ditengok di bazar Ramadan- kebanyakkannya ada gerai yang menjual benda yang sama di antara satu sama lain.contohnya; murtabak,roti john,tepung pelita,popia adalah senarai yang popular!

Ya Allah, selang satu gerai,dah ada balik gerai yang jual benda yang sama.murtabak ni paling glamour lah katakan! murtabak ayam,murtabak daging dan murtabak Singapore.kalau roti john pulak, emm...pun sama.ada roti john ayam,daging ditambah pulak dengan sos lada hitam,mayonis dan sebagainya dengan pelbagai nama yang direka semata menggaburi mata pembeli.

bercakap pasal popia pulak...aku memang pilih POPIA PAK YA POWER ni sebagai pemenang. popia ni kedapatan di bazar Ramadan Desa Pandan,KL. terdapat 2 jenis-popia basah dan kering.apa sedapnya?

popia ni, dapat makan 2 keping(kalau boleh dipanggil keping) pun dah cukup.saiznya yang besar,isi dalamnya yang penuh.kira dah cukup kenyang rasanya perut. isinya penuh dengan inti macam popia-popia yang lain tu jugak tapi ada di dalamnya telur goreng yang dihancurkan. entahlah mungkin kata orang lain macam sama ajekan...tapi memang kalau time bulan puasa ni, popia nilah yang aku nak makan!

tapi yang paling tak syoknya-kena beratur panjang kalau nak beli ni.orang punyalah ramai...sakitlah kalau nak beli setakat 1@2 aje.memang tak berbaloi.kalau nak beli,beli terus 1 set dia-RM5 untuk 5.kiranya 1=RM1.
terima kasihlah pada kak cik ku yang pergi belikan untuk aku semalam.dia belikan aku 1 set -2 yang goreng dan 3 yang basah.aku sorang je makan 4.satu lagi tu pakwe aku yang makan! ingat baru hujung minggu ni nak pergi beli. so,tak payahlah aku pergi lagi.dapat sekali makan dah cukuplah.kata orang 'lepas mengidam' hihihi...memang power!!!


ALAHAI...

Wednesday, August 25, 2010

BATAL PUASA KE? BIASA DENGAR TAPI KURANG JELAS...


hari ni dah masuk 15 hari kita berpuasa kan...rasa sekejap sangat.tinggal separuh lagi perjalanan kita dan lepas tu jika kita ada lagi-akan jumpa Ramadan semula tahun depan. nampaknya Sakinah masih teguh dan bertahan lagi.al hamdulillah. kalau tahun lepas dia dapat menghabiskan 25 hari sahaja sebab 5 hari yang last tu dah demam dan kena gastrik,harap tahun ni penuhlah! mudah-mudahan.mama doakan Ina!semalam-ada satu kes kawan aku Siti, dia dapat "tangkap" anak dia yang darjah satu tu tak puasa.tapi, yang nak dijadikan cerita, anak dia nampak macam puasa yelah letih,nak tidur lah...tapi dapat tangkap anak makan gula-gula kat dalam bilik.apa lagi kena dengar khutbah la...macam-macam kan...budak-budak.jangan yang dah jadi mak bapak budak buat macam tu sudahlah!

nilah nak sembang sikit pasal bab-bab batal puasa ni.yelah,walaupun kita dah dewasa,kadang-kadang tu keliru jugak dengan perkara-perkara yang membatalkan puasa kita! sedikit perkongsian yang aku dapat daripada USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL (Sumber : Akh. Nawawi Subandi)untuk menjadi renungan kita bersama.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
1. Makan dan minum dengan sengaja (ijmak ulamak);

berdalilkan pemahaman dari ayat Allah; "...maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam) iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib)...". (al-Baqarah; 187) Allah Subhabahu wa Ta'ala berfirman:

"Dan makan serta minumlah sehingga terang bagimu benang putih dan benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga (datangnya) malam." (al-Baqarah, 2: 187)

Dengan demikian, dapat difahami bahawa puasa itu adalah menahan diri dari makan dan minum. Ini kerana sekiranya orang berpuasa sengaja makan dan minum bererti ia telah berbuka (tidak berpuasa). Jika orang yang sedang berpuasa melakukannya atas sebab lupa, salah atau dipaksa, maka ianya tidak membatalkan puasanya. Perkara ini adalah berdasarkan dalil-dalil sebagaimana berikut: Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Jika seseorang itu terlupa sehingga dia makan dan minum, hendaklah dia menyempurnakan puasanya, kerana sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum."
(Hadis Riwayat al-Bukhari (4/135) dan Muslim (1155))

"Sesungguhnya Allah memberi maaf kepada umatku kerana salah atau lupa dan kerana dipaksa."(Hadis Riwayat at-Thahawi di dalam Syarhu

Ma'anil Atsar (2/56), al-Hakim (2/198) Ibnu Hazm di dalam al-Ihkam (5/149) ad-Daruquthni (4/171) melalui dua jalan dari al-Auza'i, dari 'Atha' bin Abi Rabah, dari Ubaid bin 'Umair, dari Ibnu 'Abbas)

2. Bersetubuh
dengan isteri pada pada siang hari bulan Ramadhan walaupun tanpa keluar mani (ijmak ulamak); berdasarkan pemahamana dari ayat di atas.

Imam asy-Syaukani berkata (Dararil Mudhiyyah (2/22)): "Jima' dengan sengaja, tidak ada ikhtilaf (perbezaan pendapat) padanya bahawa perkara tersebut membatalkan puasa, adapun jika jima' tersebut terjadi kerana lupa, maka sebagian ulama menganggapnya sama dengan orang yang makan dan minum dengan tidak sengaja."

Ibnul Qayyim berkata (Zaadul Ma'ad (2/66)), "al-Qur-an menunjukkan bahawa jima' membatalkan puasa sebagaimana halnya makan dan minum, tidak ada perbezaan pendapat dalam perkara ini."

Dalilnya adalah firman Allah:
"Sekarang campurilah mereka dan carilah apa yang telah ditetapkan Allah untuk kalian." (al-Baqarah, 2: 187)

Diizinkan bergaul (dengan isterinya) di malam hari, maka dapat kita fahami bahawa puasa itu dari makan, minum dan jima'. Barangsiapa yang membatalkan puasanya dengan jima', maka dia harus mengqadhanya dan membayar kafarat. Dalilnya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, (dia berkata):

"Pernah datang seseorang kepada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam kemudian berkata, "Ya Rasulullah, binasalah aku!" Rasulullah bertanya, "Apakah yang membuatmu binasa?" Orang itu menjawab, "Aku menjima'i isteriku di bulan Ramadhan." Rasulullah bersabda, "Apakah kamu mampu memerdekakan seorang budak?" Orang itu menjawab, "Tidak." Rasulullah bersabda, "Apakah engkau mampu memberi makan enam puluh orang miskin?" Orang itu menjawab, "Tidak." Rasulullah bersabda, "Duduklah." Dia pun duduk. Kemudian ada yang mengirimkan (membawakan) satu wadah kurma kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Rasulullah bersabda, "Bersedekahlah dengan kurma ini." Orang itu berkata "Tidak ada di antara dua kampung ini keluarga yang lebih miskin dari kami." Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pun tertawa hingga terlihat gigi serinya, lalu beliau bersabda, "Ambillah, berilah makan kepada keluargamu."

(Hadis sahih dengan berbagai lafadz yang berbeza dari al-Bukhari (11/516), Muslim (1111), at-Tirmidzi (724), al-Baghawi (6/288), Abu Dawud (2390) ad-Darimi (2/11), Ibnu majah (1671) Ibnu Abi Syaibah (2/183-184) Ibnu Khuzaimah (3/216) Ibnul Jarud (139) asy-Syafi'i (299) Malik (1/297) dan Abdur Razzaq (4/196). Sebahagian mereka memursalkannya dan sebahagian yang lainnya menyambungkannya. Lihat juga di dalam Fathul Bari oleh al-Hafiz Ibnu Hajar (11/516))

3. Muntah
dengan sengaja walaupun sedikit (berdasarkan pandangan Imam Malik dan Syafi'ie); berdalilkan hadis Nabi s.a.w.; "Sesiapa yang terpaksa muntah, maka (tidaklah batal puasanya dan) ia tidak wajib mengqadha' dan sesiapa yang sengaja muntah, maka (batallah puasanya dan) ia wajib mengqadhanya"

(HR Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan lain-lain dari Abu Hurairah r.a.).

Mengikut pandangan Imam Abu Hanifah; tidak batal puasa kecuali banyak (penuh mulut). Jika muntah berlaku tanpa sengaja tidak batal puasa dengan ijmak ulamak.

Barangsiapa yang muntah kerana terpaksa atau tidak sengaja, maka tidak membatalkan puasanya. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk meng-qadha puasanya, dan barangsiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya mengqadhakan puasanya."

(Hadis Riwayat Abu Dawud (3/310), at-Tirmidzi (3/79), Ibnu Majah (1/536) Ahmad (2/498) melalui jalan Hisyam bin Hassan, dari Muhammad bin Siren, dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu. Sanadnya sahih, sebagaimana yang disampaikan oleh Syaikhul Islam di dalam kitab Haqiiqatush Shiyaam, m/s. 14))


4. Kedatangan haid dan nifas (ijmak ulamak);
wanita apabila kedatangan haid atau nifas, maka batallah puasanya dengan sendirinya. Kemudian wajib ia menggantikan puasanya pada hari-hari lain di luar Ramadhan.

Jika seseorang wanita haidh atau nifas, pada suatu bahagian siang tertentu (di bulan Ramadhan), sama ada di awal atau pun di akhir waktu, maka mereka harus berbuka dan mengqadhakannya. Jika mereka tetap berpuasa, maka puasa tidaklah sah.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Bukankah jika haid dia tidak solat dan puasa?" Kami katakan, "Ya." Beliau berkata, "Demikianlah kekurangan agamanya."

Dalam riwayat lain disebutkan:

"Beberapa malam dia diam tidak mengerjakan solat dan tidak juga berpuasa pada bulan Ramadhan. Jadi, inilah kekurangan agamanya."
(Hadis Riwayat Muslim (79) dan (80) dari Ibnu 'Umar dan Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu)

Perintah mengqadhakan puasa juga terdapat di dalam riwayat Mu'adzah, dia berkata:

"Aku pernah bertanya kepada 'Aisyah, "Mengapa orang haid mengqadha puasa tetapi tidak meng-qadha solat?" 'Aisyah berkata, "Apakah engkau wanita Haruri" (Haruri dinisbahkan kepada Harura' (iaitu) negeri yang jaraknya 2 batu dari Kufah. Mereka yang memiliki sikap membantah dinisbahkan kepada kelompok tersebut (kelompok khawarij)) Aku menjawab, "Aku bukan Haruri, tetapi hanya (sekadar) bertanya." 'Aisyah berkata, "Kami pun haid ketika puasa, tetapi kami hanya diperintahkan untuk mengqadha puasa, tidak diperintahkan untuk mengqadha solat."
(Hadis Riwayat al-Bukhari (4/429) dan Muslim (335))

5. Mengeluarkan air mani
dengan perbuatan secara lansung yang disengajakan seperti mengeluar dengan tangan (sama ada tangan sendiri atau tangan isteri), bercium atau berpelukan dengan isteri dan sebagainya. Adapun jika keluar mani kerana melihat atau berfikir/khayal, tidaklah membatalkan puasa –kerana ia seumpama mimpi- kecuali orang yang menjadi kebiasaan baginya. Namun begitu perbuatan tersebut adalah makruh. Begitu juga, jika yang keluar adalah air mazi, tidaklah membatalkan puasa.

6. Memasukkan sesuatu bukan makanan
melalui saluran terbuka yang menyampai ke rongga perut, yakni memasukkan melalui mulut atau hidung. Perkara ini membatalkan puasa mengikut mazhab Syafi'ie, Malik dan jumhur ulamak dengan mengkiaskannya kepada makanan dan minuman.

Iaitu menyalurkan zat makanan ke perut dengan maksud memberi makanan bagi orang yang sakit. Suntikan seperti ini membatalkan puasa, kerana memasukkan makanan kepada orang yang sedang berpuasa. Adapun jika suntikan tersebut tidak sampai kepada perut tetapi hanya ke darah, maka inipun juga membatalkan puasa, kerana kandungan cecair tersebut kedudukannya menggantikan kedudukan makanan dan minuman. Kebanyakan orang yang pengsan dalam jangka waktu yang lama diberikan makanan dengan cara seperti ini, seperti jauluz (glukosa) dan salayin (garam/Sodium), demikian pula zat-zat yang diberikan kepada sebahagian orang-orang yang sakit asma, maka inipun membatalkan puasa.

7. Memasukkan ubat melalui lubang dubur; membatalkan puasa mengikut jumhur ulamak kecuali Imam Malik (mengikut satu pandangannya) dan Imam Daud.

8. Menitikkan air atau ubat ke dalam lubang telinga dan lubang kencing membatalkan puasa menurut Imam Syafi'ie. Begitu juga, menyedut ubat melalui hidung

Ketetapan umum dalam mazhab Syafi'ie; membatalkan puasa dengan memasukkan sesuatu ke rongga dalam badan (iaitu rongga halqum ke perut, rongga kepala (otak), usus dan pundi kencing) melalui saluran yang terbuka di badan. Sama ada benda yang dimasukkan itu kecil atau besar, makanan atau bukan makanan. Yang dimaksudkan saluran terbuka pada badan itu ialah mulut, hidung, telinga, kemaluan/faraj (saluran kencing) dan dubur (saluran berak).

9. Pengsan
sepanjang hari akan membatalkan puasa dengan disepakati sekelian ulamak. Adapun tidur sepanjang hari tidak membatalkan puasa dengan ijmak juga.

10. Gila;
jika seseorang itu menjadi gila, batallah puasanya kerana ia telah hilang darinya kelayakan untuk beribadah.

11. Berbekam (mengeluarkan darah);
batal puasa mengikut Imam Ahmad. Jumhur ulamak tidak membatalkannya.

12. Berniat keluar dari puasa;
batal puasa mengikut Imam Ahmad. Menurut Abu Hanifah, majoriti ulamak mazhab Maliki dan yang rajih dalam mazhab Syafi'ie; tidak batal puasa.

moga mendapat sedikit info yang boleh dimanfaatkan.


ALAHAI...

Tuesday, August 24, 2010

TV3-ADA HADIAH UNTUKKU...

aku ni kalau free,suka jugak melayan program rancangan APA-APA AJE TV3 tu.pernah tengok tak rancangan ni?pengacaranya Kenchana Dewi dan Shamsul Ghau-Ghau.kalau siri yang pertama dulu beliau bersama Sheila Rusly,lepas tu dengan Amy Mastura dan kali ni dengan si Kenchana yang tak kurang juga kecohnya...aku memang mengikuti siri ini dari dulu lagi.selalu jugak aku jadi pemanggilnya untuk memberi pendapat terhadap sesuatu isu yang dibincangkan pada hari itu.

dah nak dijadikan rezeki aku agaknya,Allah nak gembirakan aku-yelah minggu lepas diujiNYA aku atas apa yang jadi pada Hakimi. hari ni pulak DIA buat hatiku gembira!aku buat panggilan pada rancangan tersebut untuk memberi pendapat macam biasalah atas tajuk-Siapa lebih cemburu? isteri atau suami...tak sangka pulak ada hadiah untuk aku sebagai pemanggil bertuah. Ya Allah bertuah betul...kalau mengikut pendapat akulah...hihii...isteri lagi cemburu! ada yang setuju? yelah kita orang perempuan ni memang sejak azali lagi dah dibekalkan dengan 9 nafsu dan 1 akalnya.maka logiklah kiranya cemburu itu termasuk dalam 9 nafsu itu.

jadinya,aku pun katalah yang isteri ni(akulah) cepat aje rasa cemburu kalau dirinya dibanding-bandingkan dengan orang lain,suami cakap tentang orang lain dan bla..bla...macam aku,bila habis konvo dulu-aku susah nak dapat kerja tetap.semua kerja sementara.pakweku pulak-habis konvo dia terus dapat kerja tetap macam sekarang.tu dah buat aku cemburu kat dia.sampaikan kalau jumpa je mesti ada isu nak didebatkan yang akhirnya akan jadi gaduh! (ni flashback masa cintan-cintun dulu)

lepas tu,bila suami sebut sikit pasal staf dia yang perempuan-alahai...dah mulalah rasa semacam je hati ni..pendek kata cepatlah cemburukan! tapi itu semua masa mula-mula nak belajar hidup bersama dengan dia. sekarang bila usia dah bertambah-akal harus mendepani nafsu supaya akal mengawal nafsu...hihii...

semalam aku pergi ke Sri Pentas TV3 untuk mendapatkan hadiah yang dimaksudkan itu...apa hadiahnya? hadiah yang ditaja oleh BABA'S yang berupa 6 paket rempah kari serta bekas rempah kedap udara.syukur,rezeki jangan ditolakkan...ada segala rempah-untuk kari udang,daging,ikan,rempah kunyit,serbuk cili.macam kata iklan Celcom tu...BERBALOI...sesuai sangat untuk masak-memasak menjelang raya nanti.


ALAHAI...

Monday, August 23, 2010

BILA ANAK SIHAT,MAMA PUN SIHAT...

bertemu kembali...al hamdulillah dah 2 hari tak update blog ni,baru pagi ni berkesempatan.segala pujian hanya padaMU ya Allah yang mendatangkan segala penyakit dan menyembuhkan kembali.

syukur-anak bujang kecikku-Hakimi dah kembali sihat seperti sediakala.4 hari yang menyakitkan dia dan merisaukan aku juga? masuk hari ke 5 baru boleh tidur dengan lena,kurang meragam,boleh main sendiri dan tidaklah melekap sahaja di bahuku ini!

demam dan baik,sakit dalam mulut pun sudah beransur.tidak lagi meleleh air liur atau pun merengek bila disuakan makanan.apa tidaknya,kalau sebelum ni-tunjuk makanan aje,dah nak.tapi bila sakit, tambah-tambah sakit dalam mulut...alahai semua rasa tak sedap! bad mood aje dia.tapi sekarang al hamdulillah dah nak makan seperti biasa.legalah aku...ya Allah, DIA sahaja yang tahu bila anak sakit ni...mama pun sakit.bila anak sihat,mama baru rasa SIHAT!!!

sekarang yang tinggal hanya kesan-kesan merah tu dah menjadi kering. adalah tanda-tanda sikit...tak apalah.kulit baby ni bukan ke akan berubah...jadi tak perlulah nak risau tentang itu.

sebut pasal menu berbuka bila anak sakit ni?emm...buat yang simple tapi cukup zat kesemuanya, sudah kira memadai.memang badan tak larat dibuatnya bila anak sakit...

semalam memenuhi jemputan berbuka di rumah Kak Ngahku di Bangi.baru ni nak keluar bawak Hakimi.sebab hari tu doktor dah pesan supaya tidak keluar berjalan.takut berjangkit pulak pada yang lain khususnya baby.

menu berbuka?...mee rebus dan nasi pun ada jugak-berlaukkan ayam,ikan haruan gulai lemak cili padi bersama belimbing...alah gambarnya tak diambil pulak!hihihi...bila lauk depan mata,lupa semua! alahai...
ni ha,kak cikku sibuk promot cempedak goreng dia yang ala-ala macam ayam goreng tu.sekali tengok macam ayam goreng! tapi cempedak goreng...emm... Ya Allah, selalu makan yang simple aje-tapi hari ni memang perut TERperanjat dengan macam-macam yang ada ni...sampaikan kak ngahku suruh bungkus lagi untuk bawak balik, katanya buat makan sahur. hish,hish...kami tak makan berat-berat masa sahur ni!

apa-apa pun,
terima kasih daun keladi kepada orang Bangi.
kalau ada boleh jemput kami lagi...


ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala