pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Friday, April 30, 2010

PASUKU SUMBING


ari ni pakweku tk keje, kerana esok kan dah public holiday. so pagi ni, dia pun berkemas lah rumah sambil hakimi aku pun sibuk sama nak berkemas. pakweku ini kalau datang time mengemas tu... jaga-jaga... kenapa? sebabnyer dia akan vakum apa shj yg kt lantai dan akan buang apa saja kertas2 yang dianggap menyemakkan.

aku pulak... ada banyak yang aku sayang.. ni salah satunyer. pasu @ labu sayung aku yg lama dulu aku beli kat Kuala Kangsar. punyelah lama simpan tp dh jatuh tergolek disebabkan kreatifnyer anak lelakiku ini. digolek2nyer dn sumbinglah atasnyer, tapi aku masih menyimpannyer lagi. ye lah, tak tahu lagi bila nak beli yang ori dari sana tu...

pakweku ini... alahai.. bila dia nampak je pasu ni, terus dia ckp: " dik, ni buanglah... takkan nak masuk muzium kot?..." aku jawab lak:; " kalau boleh memang nak, yelah dulu belajar sejarah, ni kira artifak bersejarah lah.." tak mahu kalah tu. pakwe aku jawab apa? " tak yah la, buang jer lah.. dah teruk beno nmpk..hehe..."

malas nak berjawab-jawab, sebab pakwe ni tengah ada mood nak menolong aku mengemas aku pun ikutkanlah jugak. kalau diikutkan nk juga simpan...hehehe tapi yelah kata orang dah tak cukup sifat. bimbang pulak kalau- kalau bahaya pada bb.

akhirnyer, aku pun ambiklah plastik beg, apa lagi.. selamat jalanlah ...jawabnyer- masuk tong sampah... alahai...

TAK JADI??

lps maghrib tadi dpt phone call dr mertuaku, katanya tak confirm lagi nak dtg coz anak Mamat( ipar aku la ni) dh masuk wad pulak. bb dia Umair masuk wad coz demam panas sangat.. so, klu berlanjutan @ tak klr esok, so tak jadi lah diorg dtg sini.

emmm... nk buat cam ner kan... kita merancang yg baik tp DIA lagilah perancang yg The Most Terbaik. kita tak tahu apakah hikmahnye. tapi aku tahu skrg ni mmg musim org tak sihat. aku ni ha, mlm ni pulak hidung dah mula sok, sok, sok.. (dh mkn ubat selsema , takut lah berjangkit kat anak2) kang kalau dah bb sana tk sihat, bb sini pulak sama.

tak pelah, utk umai, mama su doakan cpt sihat ye...nnti blh dtg sini, main ngan kimi.

Thursday, April 29, 2010

TETAMU


esok, famili hubby nk dtg. 2 kereta dr kg. esok nk gi pasar coz hubby pun cuti, nk beli brg2 nk masak. ptg sok nk buat kuah laksa.

plan org lelaki... apa lagi pg memancing la..emmmmm. diorg nk g pancing kat Sukida, Hulu Langat. sambil tu boleh bawak anak2 mandi manda kat air terjun. aku? tak lah ikut. kesian kt bby kecik aku ni ha.. lum pandai jalan lagi kang abih semua nk dikutip masa dia merangkak nanti. so pendekatan yg baik ialah aku duk rumah ngan bb. sapa yg nak pegi, sila kan lah.

plan menu?? ni utk ari sabtu-

breakfst- nasi lemak- boleh bekalkan kat org yg g mancing
lunch- laksa penang.
diner- kat luar lah..

IKAN GELAMA GORENG BERLADO


sedap dimkn dgn nasi panas2 ni. sesuai la pada org yg bz. masaknyer simple n cepat blh dmakan.
bhan2
ikan gelama- digoreng dgn garam dan kunyit
halia, bawang putih dn bwg merah ditumis
masukkan potongan cili hijau ikut suka lah bnyak mana
perahkan air asam jawa secukupnyer utk menjadi kuah ikan
bubuhkan garam secukup rasa dan masukkan ikan yg tkh siap digoreng tadi.

* siap utk dimakan

TOMYAM


memandangkn hari ni last day aku utk memasak, so menu ari ni - TOMYAM segala campur.
main bahan dh tentulah daging, ayam, sotong. udang? opsss aku tk makan.
bhn lain- cendawan, putik jagung, carrot, tomato, bawang
utk wangi- serai n daun limau purut.

SALAM

salam kpd semua.

kita akan bersembang di sini mengenai isu2 semasa, hal ank2, hal rumahtangga, perasaan: gembira, marah, sakit hati, geram...apa aje supaya dpt releasekn tension.. ,hal masakan..( sukanyer) dn segala mcm.

BLOG

bertuahnyer aku ari ni, sorang kwn dh createkn front page blog aku. hehee.. hajat ati mmg nk buat tp ingat apa story nk masuk ek? emmmmm tp kwn nilah yg galakan. "tk pe.. apa yg ko tulis dlm FB tu blh citakn dlm blog." dan hari ini, aku dpt hadiah drnyer. tq so muchhhhhhhhhhh to my friend PN NOORMA ISMAIL

so, bermulanyer hari ini, bermula juga lah langkah ku dlm blog ni...heheeeee. aik.. nmpknyer terpaksalah aku bekejar masa selepas ini.
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala