pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Wednesday, November 30, 2011

NAK JAGA HATI ORANG ATAU JAGA HATI SENDIRI

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

hari ni kita cakap pasal hati...hati ni kalau buat masak kicap,sedap jugak kan.hihi...tapi ni hati lain.hati dan perasaan.cewah!

kadang-kadang apabila kita bercakap dengan orang,selalu kita cakap pada diri sendiri-cakap biar berlapik,jangan kecikkan hati oranglah..bla..bla...tapi dek kerana menjaga sangat hati orang lain,kita terlupa yang hati kita sendiri pun kena jaga juga.(foto oleh:GOOGLE.COM)

orang lain senang-senang melepas batuk di tangga,sedangkan kita terpaksa berhati-hati nak berbicara dengan dia.kononnya,dia tu mudah terasa,mudah merajuk.kalau merajuk macam dunia nak terbalik dibuatnya.maka sebab itu,kita belai hati dia,kita tak boleh menolak kehendak dia.senang cakap,kita tak boleh kata "NO" dengan orang seperti ini.

aduh...cukuplah rasa tak sukanya dengan spesis orang macam ni.orang jenis macam ini adalah orang yang suka mengambil kesempatan.menggunakan senjata yang ada pada diri untuk menundukkan orang lain atau menyuruh orang lain mengikut kehendak dia.tapi kalau ditanya pada tuan punya badan; "ko tahu tak perasaan orang lain yang ko buat macam ni?..."..emm...dengan selambanya buat tak kisah.memang tak ada hati dan perasaanlah orang macam ni!!!

ada tak spesis orang macam ni di sekitar anda? CITH temui orang seperti ini.memang dekat hubungannya dengan CITH.tapi tulah,bila tak diikutkan kehendaknya,maka puting beliunglah yang terjadi.macam lagu M.Nasir-HATI EMAS.ye,dia tu yang kononnya mempunyai hati emas...kene dijaga oleh semua.hatinya kene dijaga oleh mak,bapak,mertua,suami,ipar duai...huhu...jangan sebarangan cakap dengan dia,jangan sakitkan hati dia,jangan tolak kehendak dia...semuanya JANGAN!!!! sebabnya hatinya itu harus dijaga....tidak nanti mengamuk sakannya jadinya.

aduh..duh...abis tu yang kita ni,tak ada perasaan nak mengamuk?nak kecil hati?...tapi kali ini,biarlah CITH menjadi KERAS HATI dengan orang seperti ini!mengajar dalam senyap agar dia sedar bahawa kalaulah selama ini semua orang boleh ikut kehendak hati dia,tak salah CITH menjadi orang yang satu yang tidak berada dalam kumpulan itu...

sesekali hati ini perlu dijaga juga daripada melebih dan mengutamakan hati orang lain....

ALAHAI...

Tuesday, November 29, 2011

PERMATA SENI BERKAMPUNG DI ISTANA BUDAYA PULA

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

2 hari tidak datang ke sini dek kerana kesibukkan melayan tetamu yang bertangga di rumah.bila ada yang berkunjung,takkanlah kita nak mengadap laptop pulakkan...jadinya,bercutilah buat seketika.

Sabtu lepas,habis dah sesi kem Permata Seni yang kedua untuk tahun ini.majlis dirasmikan oleh Ketua Pengarah Kebudayaan dan Kesenian,Dato' Norliza Rofli yang bertempat di De Palma Hotel.

hari ni masuk "opis" semula.hihi...pagi tadi lagi dah menghantar Sakinah ke latihan Permata Seni di Istana Budaya pula.kali ni latihan bersempena Festival Seni Kanak-kanak Antarabangsa yang akan berlangsung dari 6hb Dis sehingga 12hb Dis.selepas tu harapnya bolehlah CITH terbang jauh...

latihan bermula jam 10.30 pagi dan tamat pada pukul 10 malam.nampaknya begitulah tugas CITH untuk sepanjang program berlangsung.manager lah katakan...huhu...

dalam "kekosongan ketiadaan Sakinah" CITH lah yang menyiapkan segala persiapan persekolahannya.persetujuan telah diberikan,maka kini adalah masa untuk memberi komitment pulak.yelah,bukan senang nak jadi senang...

ALAHAI...

Saturday, November 26, 2011

SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH HARAP YANG BAIK

Assalammulaikum semua pengunjung CITH.selamat berhujung minggu yang agak panjang sedikit minggu ini

mencuri sedikit masa yang ada sebelum nak keluar rumah untuk menyaksikan persembahan Sakinah,CITH di sini mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat Tahun Baru Hijrah 1433 kepada semua.

apa yang perlu dihijrahkan? sudah pastilah tidak lain apa yang tidak baik itu dibuang jauh-jauh dan diganti dengan baik.tapi bukan bermakna kalau isteri yang tak baik tu terus dibuang ye...! itu kes lain.perubahan dalam diri itu untuk menjadi yang lebih baik dan lebih baik adalah isu yang harus diingat.

esok,kita pasti akan mendapat tahu siapakah penerima tokoh Maal Mijrah.biar siapa pun mereka,sudah pasti ada perubahan besar yang mereka lakukan sehingga mereka dinobat sedemikian rupa.

bagi CITH,tidaklah bercita tinggi untuk diangkat sebagai tokoh tapi cukuplah kalau diri ini menang dalam melakukan perubahan yang selama ini berperang hebat dengan nafsu nafsi.memang nak lakukan perubahan itu bukan senang seperti dikata tapi tekad dan semangat yang kuat mampu menangkis segala godaan yang datang.berazam untuk jadi lebih baik dan lebih baik.nak tambahkan ilmu yang kurang dan nak buat baik pada semua orang.

bertambahnya tahun maka bertambahnya umur dan makin dekatlah dengan DIA MAHA PENCIPTA...hidup di dunia hanya sekali maka rasai kemanisan hidup dengan penuh kebaikan.memang kadangkala hati nak buat baik tapi ada saja godaan yang berbisik di jiwa...betapa sukar manusia kerdil ini untuk melakukan perubahan.pada DIA jua diharapkan segala bantuan dan petunjuk.moga hidup yang pendek ini penuh keberkatan.sama-sama kita baca doa akhir tahun petang ini dan doa awal tahun selepasnya.

kita doa sama-sama,moga umat Islam di dunia ini diberikan perlindungan,keselamatan dan kemenangan dalam apa jua.moga diisi jiwa-jiwa kita yang kosong ini dengan NUR IMAN yang tidak berbelah bahagi di jalannya yang bernama ISLAM.amin...Ya ROBBAL'ALAMIN.

ALAHAI...

Thursday, November 24, 2011

PERLUKAH ADA KRONI,DISKRIMINASI DAN POLITIK DALAM DUNIA ANAK-ANAK...

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

CITH baru je sampai rumah.tadi pergi menengokkan Sakinah di hotel.sampai di hotel,tak nampak lagi peserta Permata Seni makan.maknanya belum habis lah latihan lagi walaupun jam dah pukul 6.30 petang.kalau diikutkan dalam jadual memang 6.30 diorang turun makan malam.tunggu di ruang lobi,pukul 7.05 baru diorang turun makan.aduh...ada perkara yang tak seronok CITH dengar.

sebaik sahaja budak-budak ni turun,ada 2-3 orang kawan Sakinah datang mendapatkan CITH;
"untie-untie,Sakinah kena rasuk.tadi azan dia tutup telinga tak nak dengar."
"untie,betul ke dekat ibu jari Sakinah ada hantu?"
"untie tadi Sakinah pengsan..."
"untie,betul ke Sakinah ada..."

Ya Allah, macam-macam berita yang sampai pada CITH sebelum tuan punya badan turun daripada latihan.macam manalah CITH nak jawab soalan bertubi-tubi ni...huhu..nampak Sakinah turun,terus CITH panggil dia.yelah nak bertanya kenapa kawan-kawan dia tanya CITH macam tu sekali.

CITH suruh dia makan dulu.habis makan balik bilik suruh mandi dan sembahyang.selepas tu barulah CITH suruh dia bercerita.

"tadi Ina pening ma,tapi semalam kawan Ina ada cerita dia nampak bayang putih.pastu Ina pun macam nampak-nampak jugalah bayang putih tu..."
"abis tu napa pulak kawan kata Sakinah tutup telinga bila dengar azan?"
"mana ada,Ina pening tadi..."
"macam mana latihan?"
"tak ada apalah ma.Ina letih.sakit kepala lah.entah lah ma,hari tu cikgu XXXX kata Ina masuk 2 tarian.lepas tu,dia keluarkan Ina masukkan orang lain.lepas tu suruh Ina buat tarian lain.ni alih-alih cakap Ina tunggu dulu.kalau ada orang sakit ke apa ke,baru Ina masuk..."

kalau ditanya CITHlah...jawabnya; apa yang dialami oleh Sakinah yang dikatakan oleh kawan-kawan dia tadi tu tak lain tak bukan dek sebab penat.latihan dari pagi sampai malam.rehat hanya untuk minum dan makan.badan letih,tidur tak cukup macam selalu mulalah rasa lain macam.bukan Sakinah je yang rasa macam tu,ada juga budak lain yang rasa yang sama.

pasal pilihan peserta untuk buat persembahan? kesian pada budak-budak.kenapa setelah diberi pengharapan yang diorang semua terpilih tapi akhirnya tak terpilih dan masukkan orang lain...kenapa perlu libatkan mereka dalam hal kroni,diskriminasi dan politik orang dewasa.masakan dalam banyak tarian itu,hanya orang yang sama sahaja berbakat?,hanya orang yang sama sahaja tahu dan cantik menari?sedangkan mereka yang lain itu pun sama-sama belajar di kelas yang sama tetapi dipandang hambar....budak tak tahu erti berpolitik melainkan telah diajar dan dipasak mindanya oleh orang dewasa...

pesan CITH pada Sakinah dalam setiap apa yang dibuat hanya satu.pesanan inilah yang selalu jadi "tangkal" untuk dia." BILA BELAJAR,BELAJAR BETUL-BETUL.BILA MAIN,MAIN BETUL-BETUL DAN SETIAP APA YANG DIBUAT,BUAT BETUL-BETUL." bila kita dah betul,kalau tak dapat itu tak mengapa kerana itu bukan kerja kita....

ALAHAI....

NAK COUPLE?DAH BESAR KE ANAK DARA NI...

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

baru masuk hari ke-6 hari ni Sakinah di Kem Permata Seni macam-macam cerita disampaikan kepada CITH.antara cerita itu yang mengujakan CITH ialah istilah "couple".hah...budak berhingus bercakap pasal couple maple ni...

"ma,kata Adam,Amir nak couple dengan Ina..."
"Ina tahu tak apa tu couple?"
"macam nak kawan lah..."
"abis tu kalau nak kawan,kawan jelah kenapa ada orang pulak nak jadi tukang sampaikan kena cakap nak couple tu?"
"couple tu maksudnya kata kawan Ina,dia jadi kawan lelaki kita"
"abis kawan lelaki yang lain tu bukan couple?"
"entah,diorang cakap couple..."

tengoklah,macam mana minda anak-anak ekcil kita sekarang.aduh...susah hati dibuatnya.bukan lah diri ini kolot atau tak pernah merasa hidup bercinta zaman muda TETAPI ketika CITH di usia sebegini,memang haram tak tahu lah istilah couple-couple ni!!

apa tidaknya,dalam usia 10-12 tahun ni masih lagi di alam kanak-kanak ribena.penuh dengan keseronokkan main teng-teng,main masak-masak,pergi memancing,main congkak biji getah tak pun ikut kawan lelaki pergi melastik burung tak pun pergi tangkap spider kat daun pandan...ha tu ajelah ingatnya.kalau musim buah tu,tolong arwah abah jual buah tak kiralah buah rambutan ke,durian,petai...TAPI budak sekarang di usia begini dah cakap pasal lelaki...aduhai....fening!!!

memang dunia kita dah tak sama dengan dunia diorang sekarang.budak sekarang cepat benar rasanya nak jadi besar! cepat benar cakap pasal lelaki,cepat benar pandainya daripada kita dulu-dulu.nak tak nak,CITH kira kita pun kena masuk dan belajar dalam dunia mereka sekarang.CITH explainkan pada Sakinah malam tadi dengan panjang lebar...

"couple tu maksudnya apabila seorang lelaki dan seorang perempuan berjanji untuk menjadi pasangan hidup macam mama dan baba.bila kami cakap kami couple dulu,maksudnya antara kami dah tak pandang orang lain dah.kami berusaha untuk berkahwin apabila sampai masanya dan dalam masa yang sama kami tetap habiskan study kami... tapi couple zaman Sakinah ni tak sama macam mama dulu.tu semua main-main je.Sakinah kawan dengan semua orang.tak payah lah nak cakap istilah couple ni.ina budak lagi tau! cakap dekat budak lelaki tu-tak payah nak couple-couple,kawan macam biasa.hingus pun melelah lagi.sunat pun belum! dah pandai cakap couple."


nilah bezanya budak sekarang dan budak dulu...semakin hari semakin risau hati ini dibuatnya.anak dara tulah sorang.berhingus lagi tu.tahi telinga pun mamanya ni ha yang masih korek kan...ni pulak dah cakap pasal couple...oooo tolong.....

Ya Allah,perlindungan daripadaMU juga yang kuharapkan daripada segala yang tidak baik.amin...

ALAHAI...

Wednesday, November 23, 2011

KALAULAH ADA MESIN ITU...

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

bila dah kata suri rumah,memang maklumlah kerjanya bagaimana kan.tidak kira berapa orang ahli rumahnya,kerja yang sama dilalui oleh para mereka yang bernama suri rumah.tetapi mungkin skop kerjanya sahaja sama ada banyak atau kurang apatah lagi sekiranya ada yang bernama BIBIK pastilah ruang lingkupnya jauh berbeza.bercakap daripada perspektif seorang suri rumah sepenuh masa...hihi...,memanglah kerja di rumah tak pernah habis.kalau kerja di ofis pukul 5 dah boleh punch card,tapi kerja beropiskan rumah ni tak semudah itu!

dalam awal minggu ni ari tu,CITH ada postkan satu posting di status CITH di FB mengenai kerja M di rumah.CITH tanyakan,banyak-banyak kerja M di rumah-memasak,mencuci,membasuh,mengajar,mendidik,mengemop,memandu,mengemas,mengggosok, melipat dan sebagainya...yang mana tak menjadi pilihan sekiranya diberi pilihan(walaupun tahu tak ada pilihan..huhu...).rata-rata jawapan daripada rakan di FB ialah M untuk 1. melipat kain 2. menggosok!...kalian bagaimana?

CITH? samalah jawapan dengan rakan di FB itu.entahlah kenapa 2M ini menjadi kurang minat untuk dibuat berbanding M yang lain itu.tak tahu kenapa MELIPAT KAIN dan MENGGOSOK itu kurang diminati...fikir juga jawapannya.emmm...agaknya kerja tu lambat kot,pastu duduk mengadap benda macam tu je...lepas kecik,besar nak lipat,nak gosok.kalau gosok tu kena berdiri,panas,buang masa lama...(alasan kan...) tapi yang pasti 2 kerja ni memerlukan penumpuan sepenuhnya,makna kata tak boleh lah dibuat sambil-sambil begitu.(foto oleh:GOOGLE.COM)

kalau memasak tu,sambil tu bolehlah mengelap mana-mana yang patut,tak pun menyapu ke....tapi yang 2 tu memang lain.hah...kalau CITH biarlah banyak mana nak masak ke,nak menyapu ke,nak membasuh ke...tapi bila yang 2 tu ada syikit lemah lah!kalau dulu boleh juga dipasskan kerja ni kat pakwe CITH,tapi semenjak dia tak ada, nak tak nak kena buat jugaklah kan.kalau tidak,ada pulak tiba-tiba bukit@gunung dalam rumah ni nanti...hahaha...

tapi satulah petua yang CITH dapat...cewah-kalau angkat je baju daripada ampaian,cepat-cepatlah lipat supaya semangatnya tidak hilang.kalau lambat nanti semangat nak buat semakin lemah apa tah lagi kalau semakin hari semakin banyak.sama jugaklah time nak menggosok tu.ada saja baju nak gosok,kena terus gosok.jangan dibiar lama meski pun salah satu kaedah jimat elektrik ialah menggosok sekali dalam kuantiti banyak.

CITH pun sekarang dalam proses berubah ke arah itu juga meski pun ada kalanya "terbukit" juga dalam rumah....kalaulah ada mesin melipat dan menggosok-CITH nak beli satu!

ALAHAI...

ADA RASA BISING,TIADA RASA RINDU?

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

hari ni bermulalah kem Permata Seni "berkampung" di DE PALMA AMPANG sehingga Sabtu.bila kata berkampung tu maknannya memang tak balik rumahlah.makan,tidur dan latihan semuanya di hotel.ini merupakan kali ketigalah Sakinah berjauhan daripada CITH dan adik walaupun tak jauh mana Ampang tu...

kalau diikutkan dia,nak saja duduk rumah dan suruh CITH hantar dan jemput dia tiap-tiap hari...emm...kalau dah diberikan kemudahan penginapan sebegitu rupa baiklah duduk saja di hotel.CITH cakap kat dia;
"nilah masanya lepas daripada dengar mama punya bising...kan Sakinah selalu kata mama bising lah,mama suka marahlah...bla...bla..."

baru 1 hari dia pergi memanglah rasa sunyi rumah ni.apa kan tidak hanya CITH dan adik sahaja berlawan bercakap.kalau ada dia tu memang ada saja nak dibisingkan.hihi...tapi tulah dalam tak suka dengar bising-bising tu rupa-rupanya ada rindu disebaliknya.hahaha...

rindu? yelah,sekejap-sekejap dia telefon CITH.tanya apa? "hello ma,mama buat apa?mama jangan tidur tau,Ina call mama jawab nanti..." adoh...dah sampai tidur pun tak boleh?emm...memang parah ni.malam nanti CITH nak pergi menjengah biliknya.kata dia satu bilik 3 orang.CITH dah pesan kat dia,pandai-pandailah bangun awal,siapkan diri sendiri dan jaga barang sendiri.dia boleh kata pulak;
"Ina kalau dengan kawan-kawan,boleh je bangun awal..."

oooo maknannya bila dengan mama ni dia sengaja lah buat-buat tak boleh bangun supaya dapat dengar suara mamanya yang lemak merdu ni menyanyi tiap hari! hish...kita ni memang tak berhenti menyanyi.kalau jadi artis tu dapat gak royalti dek kerana menyanyi banyak lagu kan...tapi nilah menyanyi kat dalam rumah.siapa nak bayar tu? bertuah punya anak ....

ALAHAI...

Tuesday, November 22, 2011

HARIMAU MUDA JANGAN DIGANGGU, FOKUS UNTUK OLIMPIK PULA


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

nampaknya impak kemenangan bola malam tadi masih terasa.mana-mana sahaja masih ada lagi terdengar ulasan daripada pengulas tak bertauliah...hihi...begitu juga dalam FB memang hangat.lebih hangat daripada HOT FM! (foto oleh:GOOGLE.COM)

apa pun satu tepukan dan sorakan yang pastinya bernada gembira atas kemenangan itu.kita berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenangi 2 tahun yang lepas dan lebih manis lagi tempatnya di hadapan ratusan ribu penyokong tegar Indonesia!memang manis untuk dikenang dalam lipatan sejarah.

TAPI,ada misi lagi yang masih belum selesai.biarlah kegembiraan dan kebanggaan itu diletakkan di tepi sementara waktu.kenapa?ada lagi yang menunggu untuk esok di Stadium Bukit Jalil iaitu perlawanan kedua menentang Syria dalam kelayakan memburu tempat di sukan Olimpik.kalau kita di tempat mereka,memang penat masih bersisa tetapi inilah yang dinamakan PENGORBANAN DAN TANGGGUNGJAWAB!

sebagai orang luar yang hanya melihat menerusi kaca televisyen sahaja,CITH kira tugas mereka esok sangat penting.semua beban tergalas kepada mereka yang pastinya jutaan rakyat Malaysia mengharapkan persembahan terbaik seperti malam tadi.senang kata,kita semua nak melihat nama Malaysia dapat bermain di Olimpik!

media/artis atau siapa sahaja pihak yang mempunyai niat yang tidak baik,seharusnya janganlah mengganggu mereka ini.persiapan mental dan fizikal akan mudah luluh sekiranya ada anasir yang tidak sihat menghantui mereka.biarlah dunia mereka dengan bola usah dikaitkan dengan berita sensasi yang boleh menghilangkan tumpuan pada misi dan tujuan asal.artis wanita, janganlah masa ni sibuk nak menghimpit mana-mana mereka ini dengan alasan minat dan sebagainya.media jangalah mengsensasikan mereka dengan kerlipan glamour kerana dunia mereka bukan di lensa kamera sebaliknya nun di sana di padang hijau dengan sebijik bola.

kita rakyat Malaysia,sokongan padu itu sangat penting meski pun ada ketikanya mereka tersasar daripada yang kita mahu kan.siapa yang mahu kalahkan...namun kita akur,bola itu bulat....

ALAHAI...

PENANGAN SEBIJIK BOLA SEAKAN SUDAH MENANG SEMUANYA

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

SYABAS MALAYSIA! hah! tarik nafas...rasanya berbaloi menjadi pom-pom girl tak rasmi tadi..hihi....apa tak nya perlawanan bola antara Malaysia dan Indonesia yang baru tamat sebentar tadi memang menarik, mencabar,bahaya,cemas dan segala rasa ada.silap-silap boleh diserang lemah jantung dibuatnya.(foto oleh:GOOGLE.COM)

CITH adalah sebahagian penonton yang menyaksikan perlawanan itu tadi di De Palma Hotel sementara menunggu Sakinah habis kelasnya.memang lah satu suasana baru yang CITH dapat rasakan.sekejap suasana jadi havoc,sekejap jadi diam,sekejap lagi bersorak sampaikan si kecik CITH yang tengah tidur ni terjaga dek kerana suara-suara yang bersemangat ini.

memang betullah,dengan sukan mampu untuk merapatkan dan seterusnya menyatukan rasa.atas nama Malaysia,tidak kira siapa kita,sokongan padu diberikan kepada pasukan kita untuk menghadapi bukan setakat serangan fizikal daripada pemain lawan bahkan yang lebih hebat lagi serangan mental daripada lebih kurang 100 ribu penyokong berwarna merah.kita sedia maklum bagaimana fanatik dan rakusnya penyokong mereka ini...sehari sebelum hari perlawanan pun dah bikin kecoh,apatah lagi apabila perlawanan ini berlangsung di tempat mereka...lagi bikin kecoh.

apa pun,dah namanya bola itu bulat,menderam macam mana hebat pun kalau di situ juga dia nak bergolek,maka di situ jugalah dia akan berhenti.AKHIRNYA...ia berhenti di tempat kita maka kemenangan itu milik kita.(foto oleh GOOGLE.COM)biarlah Indonesia berbangga dengan kutipan pingatnya yang setakat ini memang tidak mampu diganggu gugat oleh mana-mana negara,TAPI...KEMENANGAN BOLA INI merupakan petanda kita dah menang dalam semuanya.satu yang ini tidak mampu dinafikan oleh Indonesia...sekaligus sedikit mencacatkan kemenangan keseluruhan mereka.

apa-apa pun,janganlah pulak ada bibik-bibik di rumah atau bapak-bapak di luar sana yang mogok kerja esok dek gara-gara nak tunjuk tak puas hati sebab bolanya kalah.pepatah ada mengatakan,di mana bumi dipijak,di situlah langit dijunjung!!!

ALAHAI...

Monday, November 21, 2011

AMCORP MALL SABTU DAN AHAD BANYAK YANG BOLEH DILIHAT

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

semalam selepas CITH menghantar Sakinah ke latihan Permata Seni,CITH pun dengan Kak Lang pergi lah naik chu..chu..train ke Amcorp Mall Petaling Jaya.selain tujuan nak puaskan si kecik ni naik train,saja nak pergi JJCM kat sana.hihi...

apa yang CITH nak share dalam entri ni ialah bazar jualan yang ada di Amcorp Mall ini.bersifat seperti 'flea market" macam-macam barang boleh didapati di sini.beroperasi setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja,pengunjung akan dapat melihat,membeli banyak koleksi barangan lama khususnya,atau barangan antik mahu pun barangan terpakai.pendek kata,kepada peminat nak cari barang lama,memang di sini tempat yang sesuai.

dari tingkat 1 hingga 3,perkarangan jalan memang dipenuhi oleh barisan penjual dengan barangan jualan mereka.keadaan memang padat sikit lah.bagi CITH yang membawa kereta sorong ni...emmm...sukar juga nak bergerak.jalan sempit,lepas tu orang lalu lalang pun ramai,orang menjual lagi...memang agak kurang selesa sikit.tapi kalau pergi berseorangan tanpa anak kecil mungkin selesa agaknya.

memang banyak barang yang dipamerkan untuk dijual.antaranya duit-duit lama...jangan tak tahu ada nilainya..(kena simpanlah duit nampaknya...),setem-setam lama,barangan dapur-yang diperbuat daripada tembaga seperti sudu dalam gambar ini ialah dari Siam.dijual dengan RM20 sebatang.batu permata daripada jed khususnya barangan koleksi daripada orang cina dulu-dulu turut ada di sini.kepada peminat piring hitam,kaset lama atau cd lama-lama pun boleh datang cari di sini.semua barangan yang kita rasa dah tak berguna sekarang tetapi sebaliknya mempunyai kisah di sebaliknya dan nilai yang berharga masa kini.

memang peminat kepada barangan ini ada.masakan tidak,daripada pengamatan CITH di sini semalam,memang ramai orang yang datang ke setiap tapak jualan ini.ada tu boleh dikatakan regular customer.kebanyakkannya kaum Adam lah pun.mereka nilah yang suka dengan benda-benda ni.kalau ditanya CITH? emm...alamat tak payah lah.barang lama,nak jaga satu hal lepas tu kita tak tahu siapa empunya dulu-dulu...seriau juga kalau ada yang "menunggu" hishhh.....sebenarnya TAK MINAT! hihi...setakat yang ada dalam simpanan hari ini ialah koleksi duit syiling lama arwah abah CITH yang masih ada simpanan CITH sekarang.kepada yang minat dengan barangan yang CITH ceritakan ni boleh datang ke Amcorp Mall di Petaling Jaya.kedai makan pun banyak di sini.so bab makan memang tak jadi hal lah.apa yang penting datang sini boleh naik chu..chu..train macam Hakimi...

ALAHAI...

KEM PERMATA SENI (II) DE PALMA HOTEL AMPANG


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

moga sihat-sihat belaka semuanya apatah lagi cuti sekolah ni.mungkin ada yang sekarang ni tengah bercuti,berseronok 'makan angin',membeli belah atau apa jua.maklumlah inilah masa yang ditunggu-tunggu untuk merehatkan seketika diri daripada tugas yang tidak pernah bernoktah.

CITH masih tidak boleh untuk berseronok lagi...huhu...sejak Sabtu lepas,Sakinah terlibat dalam PROGRAM PERMATA SEN sehingga 12/12/2011.sehingga Sabtu ini 26/11,PERMATA SENI mengadakan kem tariannya yang kedua bertempat di DE PALMA,Ampang.selepas itu tempatnya belumlah diputuskan lagi.(ibu bapa menunggu untk mendengar taklimat)

program ini adalah kemuncak acara yang disusun untuk tahun ini.program akan berakhir dengan Festival Kanak-kanak pada 12/12/2011 dengan penyertaan beberapa buah negara luar juga.selepas itu barulah,(Insya Allah) CITH dan anak-anak barulah boleh "terbang".

kalau diikutkan rasa,memang dah nak terbang aje sekarang kat tempat pakwe CITH.tapi mengenangkan inilah kemuncak acara yang selama ini dah penat berkorban,maka rasa itu terpaksa dikorbankan.jadilah CITH ini "supir" menghantar Sakinah ke tempat latihan pukul 10 pagi dan menjemputnya semula jam 10 malam.nampaknya jawatan supir ini tidak boleh dilepaskan lagi.huhu...

bak kata,Encik Amran-pengawai yang bertanggungjawab dalam program Permata Seni-"ibu bapa hanya boleh mengeluarkan anak mereka SELEPAS 12/12.sebelum itu sangatlah tidak digalakkan." emmm...jadinya memang kena tunggulah sampai habis program berlangsung barulah boleh ke mana-mana.

penat?memanglah penat budak-budak ni.bayangkan kalau kita di tempat mereka,berapa jam latihan menari.memanglah penat.dalam kereta lagi dah pengsan belum sampai rumah lagi tu...tapi seperti yang dikata,kejayaan tidak datang bergolek....nak tak nak kena berkorban semuanya-tenaga,mental,fizikal dan emosi...(adik yang penat menunggu Ayaknya...)

ALAHAI...

Friday, November 18, 2011

BERAKHIR SESI PERSEKOLAHAN 2011

Assalammualaikum semua pengunjung CITH dan salam Jumaat ye.

hari ini hari terakhir sesi persekolahan.hari terakhir bukan bermakna hari yang boleh nak lepas tangan tetapi hari terakhir ini juga merupakan segala khidmat bakti dicurahkan.

pagi lagi tadi pukul 7.30,CITH dah ke sekolah Sakinah untuk menjadi "tukang sibuk" hihi...untuk membantu persiapan kumpulan tarian untuk membuat persembahan majlis akhir tahun dan persaraan 3 orang guru sekolahnya.habis bab itu,pukul 3 petang tadi pulak,CITH menjadi "tukang sibuk" sekali lagi membawakan penari-penari ini ke MATIC Jln Ampang untuk membuat persembahan dek kerana ketidakcukupan kenderaan.mereka membuat persembahan dalam majlis Music Day SKS dan ASWARA.

majlis dijangka selesai jam 10 malam dan CITH hanya menunggu panggilan daripada Sakinah untuk datang menjemputnya nanti.harapnya,adalah kenderaan cikgu yang kosong untuk menumpangkan dia balik.penat rasanya turun naik rumah ni...huhu

apa pun,sukalah CITH untuk mengenang kembali sesi persekolahan yang dilalui oleh Sakinah untuk tahun ini.apatah lagi tahun ini,boleh dikatakan CITH seorang sahaja yang menguruskannya memandangkan pakwe CITH tiada di sini.rasa bebanan dan cabaran itu pasti ada.tapi mujurlah di hujung segala rasa itu Allah kurniakan kemanisannya.al hamdulillah.syukur banyak-banyak.CITH juga percaya,kalian ibu yang sama seperti CITH ini turut bangga atas apa jua pencapaian anak-anak kan...

petang semalam,Sakinah membawakan surat ini kepada CITH....akhirnya apa yang dihajat tempohari mendapat perkenan DIA YANG MAHA MENGETAHUI.bukan apa pun,surat tawaran menjadi pengawas sekolah untuk sesi 2012!memang tidaklah seistimewa mana pun tapi bagi CITH ia istimewa kerana jawatan ini bukan calang-calang nak dipilihnya.ada sesi temuduganya,ada sesi rekomended daripada guru-guru yang dikenali dan sebagainya.

TAPI,CITH langsung tidak terbabit dalam urusan bodek membodek atau menjual muka untuk meminta anak CITH dipilih.itu bukan diri CITH...oooo tak kuasalah nak terhengeh-hengeh nak publish anak kan...(tapi dalam blog ni lain lah...ini blog sendiri serupa macam catatan dalam diari juga..hihi...jangan marah ye!)

hari tu (entri 31/10) dia ada kata guru kelas tak pilih dia walaupun dia penolong kelas sebab dia banyak cakap....rupanya namanya dia dah ada.saja cikgunya nak menyakat dia.tu lah CITH cakap dekat dia,kalau dah rezeki kita tetap jadi milik kita meski pun lambat.berpersalinan birulah nampaknya dia untuk musim sekolah tahun hadapan.perlantikan ini juga adalah sebagai satu hadiah atas pencapaian dia untuk sesi persekolahan tahun ini.tamat sudah tahap 1,maka tahun hadapan bermulalah menjadi murid tahap 2 dan pastinya lebih banyak cabarannya lagi.apatah lagi buku teks sudah pun dapat dan CITH dan pun melihatnya.terdapat 3 subjek baru iaitu Sivik,Kajian Tempatan dan Kemahiran Hidup.memang semakin mencabar dan mencabar...

semakin hari semakin ramai cerdik pandai yang lahir...tengok sahajalah UPSR baru-baru ini,berapa ramai yang cerdik pandainya...huhu...pastinya kita juga mengharapkan kejayaan yang sama juga untuk anak-anak kita.

apa pun diari persekolahan 2011 telah dilabuhkan.al hamdulillah dengan apa sahaja yang diperolehi.setiap kekurangan dijadikan "cermin" untuk memperbaikinya lagi.macam Sakinah,CITH merancang untuk memberikan dia kelas latihan tuisyen BI dan Arab untuk tahun hadapan.inilah antara subjek yang sedikit jatuh peratusannya.moga perancangan ini terlaksana.(Sakinah selalu cakap,mama suka marah kan...Sakinah tahu tak? mama marah Sakinah sebab mama sayang Sakinah.Allah jua yang tahu kenapa mama suka marah.SEBAB Sakinah AMANAH DARIPADA DIA...)

ALAHAI...

Thursday, November 17, 2011

SELAGI ADA DIA MEMANG LUPA SEMUANYA SEKEJAP

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

waduh-waduh bukan kepalang rasanya kepala ni hari ini.apa taknya dek gara-gara buku ini maka sepanjang malam dan setengah hari ini mengkhatamkannya!ni lah yang malas betul kalau dah terkena angau novel cinta cintun.semuanya rasa tak nak buat.nak buat apa? nak abiskan baca buku ni cepat-cepat je...(kak Nieda,nilah yang malas nak baca novel ni...huhu)


malam tadi Kak Lang CITH datang bawakkan novel ni.katanya dia pinjam daripada kawan dia 2 buah.dia suruh CITH baca yang ni dulu lepas tu pulangkan kembali kat dia.adus...mulanya malas nak pegang.dah tahu kalau dah start pegang...alamat semuanya tertangguh lah nanti.betul bagai dikata, sekali dah start memang tak boleh nak letak.malam tadi je dah baca separuh dan tengahari ni ha dah pun habiskan.kerja-kerja lain tu? tangguh sekejap ye...tapi yang wajib tu tak lah...

JUDUL : SELAGI ADA DIA
PENULIS : AISYA SOFEA
TERBITAN : ALAF 21
HARGA : RM 19.90
M.SURAT : 503

apa yang best?rasanya kalian yang peminat buku Alaf 21 pastinya dah tahu novel-novel mereka macam mana kan.kalau bab cinta tu pastinya meruntun hati,romantis dan membelai-belai perasaan...aduhai...apatah lagi dengan garapan si penulisnya yang memang sudah terkenal dengan karya-karya yang bagus.

setiap daripada kita khusunya yang bernama wanita ini memang mengharapkan kehadiran seorang insan yang bernama lelaki yang sempurna pakejnya.tidak kiralah kita ini wanita yang bagaimana, apa pun kita, kita mengharapkan kesempurnaan itu pada seorang lelaki waima kita sendiri tahu bahawa sempurna itu hanya pada DIA.

begitu jugalah watak dalam novel ini yang bernama Ariani mencari kesempurnaan dalam diri seorang lelaki untuk dijadikan suami,ketua rumahtangga,bakal ayah kepada anak-anaknya kelak dan seterusnya menjadi seseorang yang dibanggakan.tetapi pencarian itu bukan mudah.tu lah orang kata bukan senang nak jadi senang.dugaan,rintangan dan halangan memang menjadi asam garam dalam memburu kesempurnaan cita-cita itu...

tapi satulah,novel adalah novel.ia sama sekali tidak boleh disamakan dalam dunia realiti kita.bila membaca novel ini,memang tak sama figura lelaki dalam novel ini dengan lelaki di dunia realiti.mngkin benar ada lelaki seperti yang digambarkan dalam novel ini menerusi watak Haris,Idris...siapa pun mereka,baik bagaimana pun perwatakan mereka,itu hanyalah bayangan si penulisnya.REALITINYA-siapa lelaki di samping kita,itulah lelaki yang sempurna yang DIA berikan untuk kita...

CITH titipkan kesyukuran atas kurniaan lelaki bernama H ini di samping CITH.al hamdulillah...(tak nak berangan lebih-lebih macam dalam novel ni...hihi...)

ALAHAI...

Wednesday, November 16, 2011

BOLE CHUNDIYAN VERSI AMITO SAN

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

video clip yang sempat CITH rakamkan petang tadi tatkala si kecik CITH meniru tarian akaknya Sakinah.

Sakinah terbabit dalam konsert okestra di sekolahnya Jumaat ni di MATIC KL,jadinya sibuklah mengayakan tarian satu Malaysia untuk malam tersebut.antaranya tarian bollywood yang mengambil lagu Bole CHUNDIYAN-Shah Rukh Khan dengan Kajol.memang tiap harilah dia membuka You Tube lagu ni untuk membuat kareograf tariannya.sibuknya tiap hari kalau bukak lagu ni tak lain tak bukan si kecik ni lah dia....

ALAHAI...

DAPAT DUIT RM100 YANG DIJANJIKAN TAPI JANGAN MUDAH LUPA


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

rasanya hari ini,rata-rata mak ayah bercerita pasal isu duit RM100! apa taknya boleh dikatakan hari ini kebanyakkan sekolah khususnya sekolah rendah sudah mula menerima wang seperti yang dijanjikan dalam bajet 2012.(foto oleh:GOOGLE.COM)

CITH sendiri pun hari ini adalah antara penerima wang tersebut hari ini.petang tadi baru ke sekolah untuk mendapatkannya daripada guru kelas Sakinah.ada ibu bapa yang punya anak ramai,sudah berkira berapa wang masuk mereka hari ini.kalau 4 orang anak bersamaan RM 400 semuanya! tapi tulah,time masuk semua senyum seronok cuba kalau keluar RM400 pastinya berwajah kelat kan! biasalah kita manusia macam tu.apa-apa pun kita jangan lupa,pemberian one off ni SEKALI.untuk tahun seterusnya tidaklah pasti lagi keadaannya.

tadi pagi CITH menghadiri majlis anugerah di sekolah agama Sakinah.guru besar sekolah telah mengumumkan bahawa mulai tahun hadapan tiada lagi skim pinjaman buku teks untuk sekolah! nah,masa inilah duit RM100 itu berguna untuk "dilarikan" ke sekolah agama pula.nampaknya memang tak boleh lah nak berangan lebih dengan duit yang dapat ini.hihi...nasib baik juga Sakinah memang tak ambil tahu mengenai duit ini.senang cakap dia tak tahu apa pun,jadinya memang dia tak mintak apa-apa daripada CITH.

cuma dia tanya CITH apa nak kasi dia untuk hadiah dia...emmm...CITH dah fikir dalam kepala ni nak beri dia jam tangan tapi biarlah rahsia dulu...cewah!

apa pun,RM100 yang diberikan ini ibarat kata merasa duit dari gomen lah,selalu kit akasi gomen duit kan-potong EPF,bayar cukai,bayar bil...kali ni kita merasa pulak.kata pepatah,kerbau dipegang pada talinya,manusia pula dipegang dengan janjinya...

ALAHAI...

Tuesday, November 15, 2011

BAHARUI LESEN IKUT TARIKH LAHIR ELAK KES LUPA

Assalammualikum semua pengunjung CITH...

berita hari ini di Berita Harian-Kementerian Pengangkutan akan melaksanakan pembaharuan lesen memandu mengikut tarikh lahir pemegang lesen.ini bermakna,setiap kali sambut tarikh lahir,setiap tu jugalah reminder untuk baharukan lesen.ini akan mula berkuatkuasa mulai Isnin depan.

jadinya lepas ni,bila tiba hari nak tiup lilin tu kena sama ingatlah bahawa hari tersebut juga lesen dah mati! senang kot rasanya macam tu?...emmm...

Perbaharui lesen ikut tarikh lahir mulai Isnin depan
2011/11/15

PUTRAJAYA: Mulai Isnin depan, orang ramai boleh mula memperbaharui lesen memandu mereka mengikut tarikh lahir, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, menerusi inisiatif itu, tarikh tamat tempoh lesen memandu adalah sama dengan tarikh lahir seseorang pemegang lesen.
"Inisiatif itu juga dibuat bagi memudahkan orang ramai mengingati tarikh memperbaharui lesen memandu selain mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


ALAHAI...

STRAWBERRY PARK ADA DI GENTING HIGHLANDS

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

kalau sebelum ini kita biasa dengar di Cameron Highlands aje yang ada buah strawberry kan, tapi kali ni tak payah pergi jauh di Genting Highlands juga ada.tapi hanya satu saja tempatnya dan tidaklah merata macam di Cameron.kawasan tanamannya juga agak kecil dan terhad.tapi bak kata orang yang jauh susah nak pergi,dapat pergi yang dekat ni pun dah kira ok lah kan!di Genting,Strawberry Park boleh dikunjungi di Taman Gotong Jaya.berhadapan dengan Gotong Jaya Sports Center.dari Seri Malaysia,jalan kaki pun boleh sampai.boleh dikatakan dekat juga.sebelum tu tanyakan kupon diskaun 10% di kaunter hotel untuk pembelian buah strawberry.

sampai di kebun buah ni Sakinah ghairah nak pergi memetik buahnya tapi melihatkan buah yang ada belum cukup ranum masaknya maka hasrat terbantutlah.sebagai ganti,CITH beli yang dah siap dibungkus seperti ini yang berharga RM15.
rasanya? masam-masam.kata Hakimi; "acam lah ma..."

selain kita melihat,memetik mahu pun membeli buah strawberry,ada juga benda lain yang boleh dilawati di sini.antaranya tanaman cendawan dan sayuran.kita boleh melihat bagaimana cendawan ditanamdan juga kepelbagaian jenisnya.memang nampak segar-segar belaka.CITH beli yang ini berharga RM6.(dah masak pun...memang manis).ada juga sayuran hijau dijual iaitu 3 paket RM10.berjalan di Strawberry Park ini bukan setakat dapat beli buah strawberry,dapat beli cendawan,sayur DAN....YANG PALING UTAMA...FRIDGE MAGNET! hihi...banyak betul kedai jualan di sini.satu peringatan -JANGAN GHAIRAH MEMBELI di satu kedai saja sebab ada kedai lain yang menjual lebih murah lagi.khususnya kedai yang jauh di hujung jalan...(sepanjang perjalanan ke kedai-dibumbungi oleh pokok buah angggur hijau...)apa pun yang Strawberry Park Genting adalah altenatif selain di Cameron yang agak jauh perjalanannya.

*selain Strawberry Park,Cocoa Boutique yang terletak sekitar di Gotong Jaya-Jalan Jati 1 juga boleh dikunjung bagi mendapatkan pilihan coklat yang sangat menggoda.harga? emmm....dah namanya BOUTIQUE kan...faham-faham sajalah.sayangnya camera tidak dibenarkan di dalam premis ini.

ALAHAI...




GENTING HIGHLANDS KOTA KERIANGAN DAN WANG MELAYANG

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...rentetan sambungan bercuti di Genting Higlands,CITH kongsikan serba sedikit mengenainya.sesuai dengan namanya kota keriangan memang lah riang budak-budak bila sampai di sini.apa taknya,sudah tergambar taman temanya sama ada outdoor mahu pun yang indoor.

untuk kali ini,CITH awal-awal lagi dah cakap pada Sakinah, yang kita hanya main di indoor park sahaja.yelah outdoor dah pernah pergi dan kesian dekat adik yang masih belum cukup umur nak main banyak benda.indoor ni pun sama jugak,hanya ada 3 benda sahaja yang dia boleh naik dengan sendirinya.selebihnya yang paling syok sudah tentulah orang yang diraikan-Sakinah lah!masa CITH naik ke puncak,dengan cable car sajalah,cuaca masa tu sesedap rasa.maklumlah baru lepas hujan berhenti.sepanjang dalam cable car tersebut dapat dilihat satu kawasan tanah runtuh yang dari jauh nampak kecil tetapi tak tahulah keadaan sebenarnya bagaimana.kalau dulu,ada juga CITH nampak hiasan/binaan berupa haiwan seperti orang asli,harimau,rusa...tatkala kita menjengah ke bawah tapi kini tak ada lagi.jelas hanyalah rimbunan hijau pepohon hijau semata.

untuk pengetahuan,kalau menginap di Seri Malaysia,maka akan ada diskaun 25% untuk tiket cable car.tapi kena tanyalah di kaunter hotel,tidaknya mereka senyap saja.cable car beroperasi sehingga jam 12.30 tengah malam.mujur hari kami pergi tu hari Jumaat maka tidaklah berlaku kesesakkan untuk menaiki cable car.

indoor park,huh...siap saja wangnya!memanglah tempat untuk perabis duit.tiket masuk untuk dewasa ialah RM30 dan kanak-kanak RM28.TETAPI,untuk setiap satu permainan bagi satu trip seorang dikenakan RM8.pendek kata,siapkan lah wangnya...huhu...Sakinah lah yang paling puas main kat sini.ada juga mainan untuk famili yang semua boleh naik.tapi memang mainan di indoor park ni lebih terhad pilihannya berbanding di luar.

bila sebut Genting,faham-faham sahajalah-semuanya berbeza.dah berada di tempat tinggi maka harganya juga tinggi.secawan jagung manis kecil biasa yang dijual RM2 paling kurang di bawah boleh mencecah RM5-6 apabila naik di atas.jadi,siapkan lah jajan-jajan untuk budak-budak sebelum naik di atas.makan KFC pun harga lain! (sesekali tak apalah kan...hihi..)

layan ajelah sebahagian gambar di sini....memang happening di sini,dan pastinya yang seronok ialah golongan budak-budak.memang hari tersebut CITH perabis untuk Sakinah.yelah,selalu kena bising dengan CITH kan,biarlah hari ini dia berseronok bermain.

kata pakwe CITH; "tak pe Na,main aje.hari ni mama belanja tu..."

ALAHAI...

Monday, November 14, 2011

HOTEL SERI MALAYSIA GENTING HIGHLANDS TIGA BINTANG

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

hari ni CITH nak share satu lagi hotel yang baru hari Jumaat lepas CITH pergi bersama keluarga.memang dah lama booking hotel ni sebab konon last lah berjalan bersama pakwe CITH sebelum dia balik ke Tanah Arab malam tadi.apatah lagi jaraknya yang hanya 41.1 KM/45 min memandu dari rumah CITH melalui Lebuhraya DUKE dan Karak.

tak sangka juga ia sekaligus sebagai hadiah untuk kejayaan Sakinah pada hari yang sama tersebut.perancangan nak berehat di atas bukit bertukar menjadi percutian Sakinah namanya.(nanti ada sambungan...)

setakat yang CITH dah pergi 4 buah hotel Seri Malaysia sebelum ini,rasanya yang kali ini di Genting ada kelainannya.kenapa?ruang bilik yang sangat besar.(ada pulak interframenya...)CITH booking famili room,bangunan yang cantik dan nampak "hidup" daripada yang lain macam suram saja.ada kemudahan lift.sebelum ni semuanya bertangga.selain sarapan yang standard seperti nasi lemak dan mee goreng ada menu untuk kanak-kanak seperti bijiran conflakes/honey star/coco crunch.sebelum ni Seri Malaysia yang lain tak ada! yang bestnya,pagi sarapan tu hujan,antara menu yang ada pulak ialah mee sup.apa lagi Sakinah makan sampai 4 mangkuk! katanya sedap...ni sebab hujan.sedap semuanya.ha'ah, satu je tak ada di sini swimming pool! hihi...Sakinah,mula-mula lagi dah tanya mana swimming pool...manakan nak berendam dah tempat sejuk.hish..hish...

kebetulan memang sekarang musim hujan di KL ni.petang CITH check in tu hujan di sini.mujur tak lama.tapi berkabus jugalah pemandangan luar.cuma bila bercakap tu tak pulak keluar asap macam di Cameron dulu-dulu...hihi...apa yang penting kami dapat meneruskan misi menaiki cable car untuk bermain di atas...(ada ceritanya nanti...)(pemandangan dari bilik hotel selepas hujan berhenti...)(ini budak kecik yang tak menyempat-nyempak oder air teh...)memang Seri Malaysia sesuai untuk famili apatah lagi dekat sangat dengan kebun buah strawberi....

ALAHAI...

SERI MALAYSIA GENTING
No. 11, Jalan Jati 1,
Goh Tong Jaya,
69000 Genting Highlands,
Pahang, Malaysia.

Tel : 03-6100 2525
Fax: 03-6100 1125

HARI ANUGERAH SK SETIAWANGSA,SYUKUR YA ALLAH

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

biarpun sudah agak "sedikit" sejuk untuk CITH sharekan di sini coretan mengenai hari anugerah sekolah Sakinah,CITH tulis juga di sini sebagai satu dedikasi untuk dia.CITH rasa sejak minggu lepas dan minggu ini memang merupakan hari penyampaian hadiah di sekolah anak-anak kita kan.maklumlah selepas ini mereka akan bercuti panjang pula...

sebagai seorang mama,CITH memang terasa beban yang tersangat besar di pundak ini apatah lagi anak-anak CITH bukan ramai pun.nilah 2 kerat kata orang.jadinya biarlah 2 kerat ini menjadi seperti kata-"tenggelam jadi mutiara,terapung menjadi pulau'...(ye ke ayat ni,tapi sikit lebih kurang macam tulah gasanya...hihi..)tanyalah pada siapa pun,pastinya jawapan mahukan kejayaan untuk anak-anak.apatah lagi CITH percaya ramai di kalangan blogger di sini yang telah besar panjang anak mereka,rasanya CITH terlalu kerdil nak dibandingkan dengan kalian yang pastinya punyai pengalaman yang lebih banyak lagi.jadinya pengalaman yang sekecil ini,CITH rasakan sangat berharga dalam hidup CITH membesar dan mendidik Sakinah.apa taknya,kalau salah pada anak orang akan kata; "eh,mak dia tak ajar ke...?" tengoklah,mak juga yang disalahkan.mereka tak tuding jari pada golongan ayah pun kan! dan CITH rasa sangat bersalah kalau CITH yang duduk di rumah ini tidak mampu untuk berbuat sesuatu pada anak-anak.rasa bersalah itu seakan menghukum diri CITH sendiri sebelum orang lain menghukum CITH.selalu pakwe CITH ingatkan CITH, "awak tak salah...awak yang terlebih stres....bla..bla..."

justeru,kejayaan Sakinah merupakan satu hadiah kelegaan CITH sebenarnya!pengubat rasa stres CITH dan memadamkan segala rasa penat lelah.memang kenyang sehari rasanya bila dapat keputusan dia!agaknya itu juga yang dirasai oleh arwah mak CITH dulu-dulu meski pun ketika itu CITH langsung tidak mengerti golodak dan kocakan dalam hatinya.nah,sekarang CITH rasai semua itu!kegembiraan hari anugerah Sakinah lebih manis lagi kerana pakwe CITH berpeluang meraikan bersama kami di sini.apatah lagi Sakinah turut membuat persembahan tarian dalam majlis tersebut.kenangan manis yang diberikanNYA ini sesungguhnya satu hadiah yang sangat berharga buat CITH sebagai seorang mama.syukur padaMU YA ALLAH...ACARA : MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG
LOKASI : SK SETIAWANGSA
PERASMI MAJLIS : DATO' ZULHASNAN RAFIQUE
TARIKH : 11/11/11


ALAHAI...

Friday, November 11, 2011

HARI INI 11.11.11.MENARIK?

Assalammulaikum semua apengunjung CITH...

salam pagi Jumaat.wow!hari ini satu tarikh yang sangat menarik ye.11hb November 2011 atau 11.11.11.semuanya berangka satu dan membawa jumlah 6.maaf sampai setakat ini sahajalah ilmu CITH.tak pandailah untuk memberi tafsirannya kerana hidup CITH sendiri pun hanya DIA YANG MAHA MENGETAHUI.

apa yang pasti,satu tarikh yang menarik.kalau ada yang naik pelamin ni senang nak ingat tarikh anniversary.maklumlah,selalunya orang lelaki ni kan "sukar" sekali nak simpan memori pasal tarikh-tarikh ni.jadinya dengan no 11.11.11 ni tak adalah kes terlupa kan! (emm...tapi kalau nak lupa jugak tu,memang ada ...hihi...)

apa menarik?untuk CITH tak ada apa pun nak disangkut pautkan sekadar satu tarikh yang istimewa bagi Sakinah hari ini.hari ni awal lagi dia dah ke sekolah.Sakinah terlibat dengan persembahan tarian dan juga penyampaian hadiah untuk Hari Anugerah hari ni.al hamdulillah.sekejap lagi,dalam pukul 8 ibu bapa pulak kena ke sekolah.kiranya hari ini adalah hari untuk dia.syukur,pakwe CITH masih ada lagi di sini dan dapatlah kami bersama meraikan hari untuk dia.selepas penyampaian nanti,kami akan bercuti di Genting Highlands pulak.tak lama.2 hari 1 malam.ni kira hadiah untuk Sakinah lah.bukan senang nak senang kan...nak kasi dia main sepuasnya.tengoklah nanti larat ke tidaknya dia tu...hihi...

ok,CITH berhenti di sini.nak bersiap nak pergi sekolah Sakinah pulak.untuk semua,selamat berhujung minggu dengan orang tersayang.moga semuanya berada dalam kegembiraan hendaknya.CITH berehat untuk sehari dua ini.jumpa lagi!

ALAHAI...

Thursday, November 10, 2011

PEGAWAI MSN MAUT DISERANG SAKIT JANTUNG ITU SUAMI RAKAN KAMI

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

pertama-tamanya CITH mengucapkan salam takziah kepada seorang kenalan yang CITH kenal di Permata Seni iaitu Kak Katy.CITH baru mendapat berita bahawa,berita kematiaan pengawai MSN di Palembang semalam yang hari ini beritanya tersiar ialah suami beliau.

baru sekejap tadi CITH mendapat panggilan telefon daripada seorang rakan yang lain yang mengkhabarkan kepada CITH.sepantas itu juga CITH menghantar pesanan sms kepada beliau untuk mengucapkan takziah dan simpati CITH atas kehilangan orang tersayang.

sejak Sakinah menyertai Permata Seni,sejak itulah CITH mengenali pasangan suami isteri ini memandangkan anaknya yang bongsu pun turut sama dalam Permata Seni.memang mereka berdua ni ada saja tiap minggu menghantar anak mereka bahkan sanggup menunggu sampai selesai kelas.yelah ni anak bongsu mereka.kata Kak Khaty,suaminya (arwah) memang tidak boleh berjauhan dengan anak bongsunya ini meski pun dah bersekolah darjah 3.kadang tu,tatkala kami bergosip hal-hal perempuan,arwah hanya senyum mendengar.yelah dia sorang saja lelaki yang setia menunggu...
(kak Khaty -3 dari kiri duduk bersebelahan dengan suaminya (arwah En.Harun Osman) dan duduk di tengah ialah anak mereka Anis peserta Permata Seni)

kini semua itu hanyalah tinggal kenangan.kali terakhir CITH jumpa beliau pun pada latihan Permata Seni minggu sebelum raya haji tempohari.terkejut juga tadi apabila mendengar berita tersebut.yelah,siapa sangka semua itu boleh terjadi sekelip mata.masa pergi sihat walafiat,alih-alih yang sampai di rumah hanyalah keranda berisi jasad yang terkujur.maunya tak sedih...hanya DIA juga yang mengetahunya tatkala berpisah selama-lamanya dengan insan yang selama ini ada saja di sisi...

menurut berita,arwah dikatakan diserang sakit jantung ketika menjalankan tugas....segala berita boleh dilihat di Kosmo hari ini dan di web rasmi Majlis Sukan Negara.moga arwah ditempatkan di kalangan para solih dan solihin.amin...

ALAHAI...

OSTRICH FARM PORT DICKSON,PELUANG BUDAK KL

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

satu lagi tempat yang CITH nak share dengan kalian di sini ialah OSTRICH @burung unta FARM di Port Dickson.

tapi satulah,janganlah kalian meletakkan sesuatu atau harapan yang terlalu tinggi untuk sesuatu pandangan yang maha indah...cakap awal-awal ye.yelah,kita datang dari jauh konon nak tengok sangat-sangatlah burung untanya.memanglah ada burung unta tu tapi tidaklah seperti yang diharapkan.bayaran masuk untuk seorang dewasa ialah RM8 dan kanak-kanak RM4.untuk membeli pek makanan(ni kasi makan arnab,ayam...) RM3 sebungkus.CITH beli 2 bungkus.jadi kos semuanya ialah RM26.00.(inilah rupa makanan yang dibeli...)sebaik saja kaki melangkah masuk,mata tercari-cari di manakah dia ostrich@burung unta yang menjadi subjek utama di tempat ini.nun di hujung nampaklah dek CITH beberapa ekor burung untanya.ala kesian lah pulak melihatnya macam tak sempurna hidup....aduh...bulu-bulu habis kegersangan.tak tahulah kalau sekarang ni memang keadaannya sebegitu rupa.tak banyak yang menarik untuk CITH kongsikan mengenai burung unta ini.TAPI nasiblah ada satu kawasan lapang yang memberi peluang kepada anak-anak kita untuk bermain dan memberi makan kepada haiwan jinak di sini.antaranya ialah ayam,hamster,arnab,itik,angsa,burung...jadinya seronok jugalah 2 baradik ni bermain secara "live" dengan haiwan-haiwan ini.maklumlah budak KL,mana nak dapat pegang anak ayam.balik kampung pun,rumah taman.mana nak jumpa ayam kan...(sian budak KL)peluang seperti ini memang seronok sangatlah diorang.tempat ni dulu CITH dah pernah pergi dengan arwah mak.ada yang sama,ada yang baru.pembaharuan yang CITH nampak ialah adanya kawasan seperti di atas yang merupakan sesuatu yang baik untuk kanak-kanak melihat,memegang dan bermain dengan haiwan-haiwan jinak ini.ada gerai menjual cenderamata,gerai minuman yang nampak lebih baik binaannya cuma kawasan sekitar dan pemuliharaan terhadap kawasan sekeliling termasuk subjuk utamanya di sini iaitu ostrich,CITH rasa perlukan pembaikan pemuliharaan yang lebih proaktif lagi.

yelah,takkan orang datang sekadar nak tengok ostrich yang nampak dah uzur,kawasan yang dhaifkan...masuk bukan percuma pulak tu...kalau tak ada inisiatif untuk berubah,tak mustahil tempat yang bagus ini akan hanya tinggal nama seperti ZOO PD yang sekarang hanya menjadi tempat menjual besi buruk.sapa nak jawab tu kan? layanlah serba sedikit gambar kami di sini.
(saiz telur burung unta lebih besar dari telefon bersaiz ini...)ALAHAI...

OSTRICH FARM PD
LOT 1419 JALAN KEMANG 13
BATU 9 73000 PORT DICKSON
NEGERI SEMBILAN.

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala