pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Sunday, May 27, 2012

MASA NAK TERBANG

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...selamat berhujung minggu dan selamat bercuti kepada mereka yang berstatus macam CITH.

rasanya hampir seminggu CITH tak update blog ini.bukan nak mencari alasan tapi keadaan yang tidak mengizinkan.mula-mula laptop buat hal-dah terdiam seketika dunia IT.memang ada handphone tapi besar mana sangatlah skrinnya untuk menaip....

kemudian,ada pulak hal famili yang menuntut kepada perasaan hati...adoh bila bercakap pasal ipar duai,memang macam-macam color kan.emmm....

kemudiannya sibuk dengan urusan Sakinah di sekolah pulak....

hari ini,CITH nak tinggalkan itu semua.semua yang tidak seronok,semua yang terluka dan dilukai kerana petang ini CITH nak terbang tinggi berjumpa kekasih hati! hihi...CITH nak bawak hati yang gumbira moga pertemuan kami yang dah 3 bulan tak bertemu ini bisa melupakan semuanya.amin...amin...

untuk 'anak 2 ekor' ni,CITH 'terbang' kan ke kampung.diorang pun bercuti jugaklah ni...jumpa dengan mama lagi 2 minggu.

jumpa nanti dengan entri CITH dari Dubai...mudah-mudahan.

ALAHAI...

Monday, May 21, 2012

DOA MAMA SENTIASA UNTUKMU

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

selesai sudah exam di sekolah agama,hari ni bermula exam untuk sekolah kebangsaan pula.kalau diikutkan penat memang penat tapi dah itu yang menjadi "makanan" seorang pelajar,nak tak nak kena hadapi juga.

sebagai mama,tiada lain yang mama harapkan melainkan kejayaan bagi seorang anak.boleh dikatakan musim exam inilah musim yang mama-mama tak boleh senang hati.kadang tu terlebih risau daripada tuan punya badan yang nak exam.dah namanya "budak" maka sifat tak serius,sifat masih nak bermain, sifat nak kena ingatkan dan sebagainya masih terus menghantui mereka.kalau mama yang tak bersuara untuk buat itu dan ini, maka anak-anak lagilah ambil kesempatan.berbeza anak-anak sekarang dengan dulu.kalau dulu,abah hanya bersuara sekali saja suruh baca buku,dah terus berlari ambil buku.sekarang? setakat sekali tu....emmm...memang tak jalan lah.budak sekarang kata,'boleh blah lah..."

biarpun kadang kala CITH sendiri rasa nak " pencen" bersuara daripada menyuruh itu ini,mengingatkan itu ini...tapi jauh di sudut hati ini masih sebenarnya nak 'bercakap' juga.entahlah...hati ini seakan berbicara pada CITH untuk terus bersuara dan bersuara dan lagi dan lagi...agaknya bila anak itu dah pandai uruskan diri dan dilihat sudah matang barulah boleh pencen agaknya.itu pun...CITH masih tak yakin pada diri ini sama ada mampu untuk berdiam atau tidak.

CITH tahu,kadang-kadang anak ni pun pasti rasa bosan dengan mama yang bising kan...tapi seorang mama dah memang begitu personalitinya.emmm tapi mungkin di luar sana ada juga mama yang tidak sebegini kan!

apa pun,rasanya semua mama pastinya mahukan yang terbaik untuk anak-anak.doa mama sentiasa mengiringi anak-anak di mana sahaja berada waima dalam tidur sekali pun!

ALAHAI...






Friday, May 18, 2012

HARGA BELANJA KAWIN SEKARANG

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...dan salam Jumaat.moga dalam kebaikan jua yang kita harapkan.

tinggal seminggu lagi sesi persekolahan dan selepas itu anak-anak kita dan kita juga akan bercuti selama 2 minggu.maka,masa cuti inilah nanti sudah pasti undangan walimatul urus pun bermula.kita sedia maklum inilah kesempatan  keluarga dapat berkumpul beramai-ramai.

kepada bakal pengantin yang nak naik pelamin pastinya masa-masa inilah tengah sibuk untuk membuat persiapan terakhir sebelum melangkah ke alam baru.suka CITH membawakan isu hantaran masa kini kepada pasangan mempelai yang akhir-akhir ini dilihat semakin tinggi dan tinggi.

pada awal bulan ini tempohari,mertua CITH telah pergi merisik seorang gadis ini untuk adik ipar CITH.sebelum tu,dari rumah kata mak mertua CITH-mereka mengharapkan yang hantaran kahwin nanti mungkin dalam 6-8 ribu iaitu bawah dari angka 10 ribu!.maklumlah,bekerja di kampung,tinggal di kampung,keluarga tidaklah berstatus apatah lagi memegang title diploma atau ijazah atau master atau PHD.maka mereka pun pergilah...

selepas sehari,CITH pun menelefon mertua di kampung bertanya tentang majlis tersebut.kata mertua CITH,pihak perempuan meletakkan 10 ribu untuk hantaran! (foto oleh Google.com)

emm....katanya,semua orang sekarang ni tak lari daripada 10 ribu.anak-anak jiran pun 10 ribu jugak.barang sekarang semua mahal.mana boleh dapat yang kurang daripada itu.apa nak komen kan? kalau dah itu yang berkenan dek hati maka nak tak nak terpaksalah terima.apa lagi ,CITH pesan untuk adik ipar menjelang majlis nikah untuk tahun depan-sekurang-kurangnya kena menyimpan seribu sebulan.itu baru simpanan untuk duit hantaran.bagaimana duit-duit lain?...

memanglah bab makan untuk kenduri kendara tu biasanya mak abah lah yang sediakan tapi untuk duit hantaran tak bolehlah.mesti siapa yang nak kahwin tu yang kena persiapkan.kalau ianya tidak mampu disiapkan maka itu tanda,diri masih belum mampu untuk berumahtangga.kita kena faham,realiti hidup hari ini memerlukan duit.keluar rumah sahaja,nak duit...jadi kalau ini bermasalah,maka sesuatu harus dibuat.

berbalik kepada wang hantaran masa kini-memang tidak dinafikan harga barang semakin tinggi di pasaran TETAPI sekiranya ada perancangan awal yang dibuat dan pandai mengukur baju di badan sendiri maka rasanya tidak ada masalah.menjadi masalah bila berbelanja melebihi apa yang ada.contoh; dikenakan wang hantaran yang tinggi dek kerana nak bayar wedding planner,hiasan dan kelengkapan bilik tidur,mak andam (ini kenalah),barangan hantaran,jurugambar,video,door gift,katering dan sebagainya.oleh kerana semua ini nak dipenuhi, maka sebab itulah wang hantaran menjadi semakin tinggi dan sekaligus belanja majlis kahwin juga tinggi!

menjadi trend mutakhir sekarang ini CITH melihat keghairahan pakej bergambar sebelum berkahwin dan selepas berkahwin.orang kata apa? pre wed dan post wed...macam tulah kira-kiranya.senario shooting  sebelum menjadi pengantin,kemudian semasa jadi pengantin dan selepas  dah jadi pengantin sekarang dilihat menjadi-jadi.masing-masing terikut dengan tren yang dibawa oleh mereka yang bergelar.bukankah ini semua adalah faktor penyumbang kepada kenaikan wang hantaran tersebut ? yang sekaligus kalau kita perhalusi ia lebih terarah kepada pembaziran.pihak wedding planner atau jurugambar memanglah akan mengesyorkan segala bagai yang indah-indah.apatah lagi slogan: sekali sumur hidup,tak mengapalah kalau berbelanja lebih... 


justeru,kita yang menjadi pelanggannya ini terus sahaja menerima idea tersebut tanpa membuat perincian bajet terlebih dahulu.memang,semua yang berkahwin itu menginginkan untuk hanya menjadi pengantin sekali seumur hidup.kalau ditanya pada CITH sendiri pun,CITH nak merasa semua itu.maknanya apa sahajalah yang orang lain buat,kita pun nak rasa sama.TAPI,bukan kah kita ini diberikan akal?maka berfikirlah sebaiknya,berbincang,mengira,mencongak...agar dapat keputusan bersama yang kedua belah pihak tidak rasa terbeban dan dibeban.kita tidak mahu menjadi mangsa kepada keadaan yang akhirnya,poket kita jugak yang kempis.

TAPI,seandainya kita ini tidak kiralah pihak perempuan atau lelaki memang dilahirkan dalam keluarga bergelar seperti jutawan,hartawan, Dato ke..Tun ke...Tan Sri ke...atau yang sewaktu dengannya-buatlah apa sahaja,kerana anda mampu untuk itu asalkan tidak terlibat dengan unsur-unsur lain.SEBALIKNYA jika kita ini orang marhaen sekadar memiliki apa yang ada, maka berbelanjalah mengikut kemampuan kita.apa yang nak diikut pada majlis orang sedangkan mereka memang mampu tapi tidak bagi kita.biarlah kita dengan cara kita.apa yang penting perjalanan hidup kita selepas kahwin itu nanti...jangan sampai berhutang sana sini semata-mata untuk menjadikan majlis kita hebat seperti orang lain.sudahnya selepas itu kita dan pasangan yang menanggung masalah.mereka di luar langsung tiada kaitan dengan kita untuk masalah kita.jangan dek kerana kita nak berseronok dengan majlis kahwin kita,wang hantaran yang tinggi,sudahnya ada hati yang tersiksa untuk menanggungnya sehingga bertahun lamanya...

ALAHAI...

Thursday, May 17, 2012

BANYAKNYA SOALAN YANG TIDAK RASMI

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

dalam hidup kita,kita tak lari daripada menyoal dan disoal.banyak soalan yang tidak rasmi yang harus didepani dalam hidup bermasyarakat.kalau tak jawab dikatakan nanti macam-macam.tapi bila dijawab pun boleh menjadi sebab lain.pendek kata...memang banyaklah soalan yang tak rasmi dalam hidup kita ni!

dalam banyak soalan itu,ini antara soalan klise yang ditanya orang pada kita atau mungkin kita pada orang lain:
1.dah kawin ke?
2.berapa orang anak?
3.buat apa sekarang?
4.keje kat mana ?
5.duduk mana?
6.duduk rumah sendiri ke? beli?
7.berapa beli dulu?

dan mungkin adalah lagi soalan cepu emas yang lain.tapi apa yang CITH senaraikan di atas tu adalah yang biasa dek telinga ini mendengarnya.ini semua adalah dalam kumpulan soalan 'SALING BERKAITAN". maknanya bila jawab satu,ia akan berkait dengan soalan yang seterusnya dan begitulah hingga sudah.

kalau yang ditanya itu belum kahwin; maka ini antara soalannya:
1.umur berapa?
2.bila nak kawin?
3.tak ada kawan ke?
4.kerja apa sampai tak ada masa nak pikir kawin?
5.memilih sangat ke?

kalau dah kawin tapi belum ada anak;ini pulak soalan cepu emasnya:
1.berapa tahun kawin?
2.tak ada anak lagi?
3.merancang ke?
4.bila nak ada anak?
5.suami keje apa?
6.tak nak ambik anak angkat ke?

huh...pernah tak kalian mendengar soalan-soalan sebegini.CITH percaya pastinya ada kan.apa perasaan kalian? suka tak disoal sebegini? CITH sama sekali tak suka dengan soalan-soalan ini.memang tujuan konon nak bermanis kata ambil berat tapi sebenarnya ia sedikit sebanyak mencalar perasaan ini.apatah lagi sesuatu yang ditanya itu agak sensitif di hati...huhu...

jadinya,sebelum kita ditanya dengan soalan yang tidak rasmi itu,baiklah kita juga jangan menjadi penyoal yang tidak bertauliah.cukuplah sekadar mendengar sekiranya tuan punya badan yang nak bercerita sendiri.selebihnya,baik zip sahaja mulut! yelah,kadang-kadang dek kerana soalan orang itu,kita yang tidak rasa apa-apa tiba-tiba menjadi seseorang yang ada 'apa-apa'.mulalah tak pasal-pasal kita yang stress,kita yang rendah diri,kita yang bermurung durja dan sebagainya...akhirnya kita lemah.

CITH pun sendiri pernah dan sehingga hari ini pun masih ada soalan-soalan tak rasmi ini yang terpaksa didengar.memang diakui,soalan ini kadang kala membuatkan diri jadi jauh hati,rendah diri,mula berprasangka buruk dan sebagainya...antara soalan tersebut;
 -tak kerja ke?
- la, duduk rumah je ke?
- tak ikut suami?
- tak jeles ke dengan suami duduk jauh?
- boleh percaya ke suami...?
-tak boring ke dengan buat kerja rumah?

inilah sebahagian soalan yang CITH depani.macam yang CITH cakap tadi,sekali dengar,ia menjadi halwa telinga,tak pikir pun.tapi bila banyak kali dengar,sedikit sebanyak ia termakan di hati dan terfikir di otak.mulalah timbul macam-macam rasa yang selama ini tak ada rasa apa-apa pun!

tapi mujur pakwe CITH selalu menggalakkan CITH supaya berkawan dengan orang yang positif,dapat menambahkan ilmu bukan untuk melalaikan,buat sesuatu yang CITH suka dan sebagainya...setiap daripada kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.selagi kita rasa gembira dan bahagia dengan apa yang kita ada,maka kita tak perlulah untuk melayan soalan-soalan yang tidak rasmi itu.kita mampu untuk mencipta kesenangan,kebahagiaan,kegembiraan...dan apa jua untuk hidup kita.kalau nak diikutkan hati,memang susahlah.apa pun,kembali pada DIA yang mengaturkan apa sahaja yang terbaik untuk kita.

syukur padaMU Ya Rabb atas apa yang aku ada hari ini...al hamdulillah.

ALAHAI...





Wednesday, May 16, 2012

HARI INI HARI UNTUK GURU

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

SELAMAT HARI GURU...kepada semua rakan blogger yang bergelar guru! sesungguhnya kalian insan istimewa kerana hari anda diraikan oleh satu Malaysia.cuma tidak diisytiharkan cuti umum saja ye! hihi...tapi apa pun,ada memang diraikan oleh kami khususnya pelajar dan ibu bapa.
buktinya,pagi ini saja tadi atau lebih tepat lagi tengah malam tadi,CITH lihat status rakan-rakan di FB dah awal-awal mengposkan gambar hadiah untuk anak-anak mereka bawa ke sekolah sebagai meraikan guru-guru hari ini! nyata,kami golongan ibu bapa memang tidak pernah melupakan jasa mu guru!!!

memandangkan minggu ini peperiksaan di sekolah Sakinah,maka sambutan hari guru terpaksa ditangguhkan ke hari Jumaat minggu depan.maknanya hari Jumaat minggu depanlah cikgu-cikgu di sekolah agama dan sekolah kebangsaan akan menerima hadiah daripada kami.tapi pagi tadi,CITH dah menghantar ucapan kepada guru-gurunya di sekolah khususnya kepada guru kelas lah! CITH juga menumpang teruja untuk menyambut sambutan ini bagi pihak Sakinah.CITH memang sangat menghargai semua mereka ini.memanglah ada di kalangan guru tu yang banyak songeh sikit kan...tapi biasalah tu...sebagai manusia,kita tak lari daripada beremosi.

petikan yang CITH ambil daripada status FB Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah

:As salamu'alaikum shbt. Utk dpt keberkatan ilmu: 1. Doakan, maafkan & sayangi semua guru, 2.Hayati & amalkan ilmu, 3. Sampaikan ilmu, 4. Azam & usha utk jadi lebih baik drp guru dlm aspek2 tertentu, 5. Pesan kpd anak2 & org lain utk sentiasa hormat & doakan guru, 6. Hub atau ziarah guru, 7. Hebahkan kebaikan guru, 8.Sentiasa cari guru baru utk tambah ilmu, 9.Perbaiki & update ilmu yg guru ajar, 10.Sentiasa ada guru/ mentor utk dpt nasihat & bimbingan, 11. Jgn sampai melawan atau kurang ajar kpd guru. Semoga Allah rahmati kita & semua guru. SELAMAT HARI GURU. Wassalam.

bagi CITH secara peribadi,memang wajarlah kita meraikan mereka. ini kerana dalam setahun hanya sehari ini kita raikan mereka yang telah banyak berjasa dalam hidup kita dan sekarang berjasa dalam hidup anak-anak kita.perumpamaan menyamakan seorang guru sebagai sebatang lilin yang banyak berkorban demi memberi kesenangan kepada orang lain.orang lain yang senang itu ialah seperti kita hari ini, suami kita,anak-anak kita dan sebagainya.

dalam pada itu,mungkin ada yang sedikit tak perasan bahawa golongan mama-mama di rumah ni pun sebenarnya juga ialah guru.guru yang tidak ada sekolah tapi masih berperanan dan merasa pahit susahnya mengajar dan mendidik insan yang bernama manusia.daripada guru tidak rasmi inilah,anak-anak mula mengenal-apa,siapa,bagaimana,nak buat apa dan sebagainya...pendek kata,guru di rumahlah yang memulakan penerokaan anak-anak kepada dunia yang lebih luas lagi dengan bantuan guru-guru di sekolah.maka dengan itu memang sewajarnyalah kita wujudkan hubungan baik antara guru di rumah dan guru di sekolah.

SELAMAT HARI GURU!!!

ALAHAI....







Tuesday, May 15, 2012

EMAS TURUN-TURUN LAGI

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

nampaknya pasaran emas di kala ini memang tidak stabil.last update CITH tempohari pada minggu lepas,harga emas 999 untuk segram ialah RM 160.30.kemudian ada beberapa sen dia naik sedikit selepas itu turun balik.

hari ni,harganya menjadi RM 157.67.itu harga CITH beli pagi tadi sehingga jam 2 lebih.ni petang ni pulak,CITH monitor harganya dia turun lagi kepada RM 156.72.tengok tu...betapa dalam beberapa jam sahaja dia dah turun lebih kurang RM 0.95.tapi ini hanyalah harga emas di pasaran emas ye,bukan harga emas di kedai-kedai emas.

berdasarkan pengetahuan CITH,last CITH lihat harga emas ialah pada hari Ahad tempohari di Wah Chan Carrefour iaitu emas 999  ialah RM 190 segram. dan emas 916 ialah RM 180 segram.memang berbeza kalau beli emas di kedai emas dengan membeli emas di institusi kewangan.

perbezaan ini terjadi disebabkan oleh kos upah yang ditanggung,kos design dan brand mereka.dek kerana itulah harganya untuk segram tetap mahal biarpun kalau dilihat pada pasaran emas.boleh rujuk di sini untuk maklumat tambahan.yelah,sekurang-kurangnya sebelum bertindak,kita dah ada sedikit ilmu dan maklumat kan...http://emas2duit.blogspot.com/p/faktor-naik-turun-harga-emas-dunia.html.boleh jugak melihat harga emas di Bank Negara di sini...http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

ALAHAI...



Monday, May 14, 2012

REFLEXOLOGY OLEH MEREKA ISTIMEWA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH.

kalau tak ada siapa nak hadiahkan kita,kita sendirilah yang beri hadiah kan...hihi..CITH menghadiahkan diri sendiri dengan pakej merawat badan.yelah,kita ni bekerja kalah orang yang kat ofis tu bekerja kan,jadinya sesekali tu tak salah untuk mencuba rawatan-rawatan badan yang banyak disediakan kini.

petang ni tadi,CITH memilih untuk mencuba perkhidmatan yang ini,iaitu rawatan reflexology kaki  dan back shoulder.ada sesuatu yang istimewa di sini.apa tu? istimewanya juru urut  di sini adalah mereka istimewa! mereka adalah juru urut cacat penglihatan yang dilatih dan terlatih dalam melakukan urut sebegini.

harganya juga istimewa.senang kata-harga mampu untuk dibayar.selain badan dapat berehat,sekaligus kita membantu dan memberi sokongan moral untuk golongan ini terus bekerja.ini merupakan satu usaha yang sangat dialu-alukan.

sesiapa yang nak mencuba perkhidmatan ni-ada pada gambar tersebut alamat operasi mereka.
mereka terdiri daripada 3 wanita dan 4 lelaki.beroperasi dari pukul 11 tengahari- 8 malam.
kalau ditanya pada CITH best ke tidak? emm...memang best sangat! sambil dia mengurut tu,mereka akan menerangkan apa point-point kita yang ada masalah.contohnya,bila ditekan tu kita rasa lebih sakit sikit,adalah yang tak berapa sihat di situ seperti masalah pembuangan,masalah mata atau sebagainya.pendek kata...memang kena datang lagi di sini...

ALAHAI...

HARI IBU PENGHORMATAN PERIBADI

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

tidak terlambat untuk CITH ucapkan SELAMAT HARI IBU untuk rakan blogger yang sejawatan dengan CITH.apa yang istimewanya sambutan semalam? ada yang makan besar? hadiah besar...al hamdulillah untuk semuanya. moga kita menjadi ibu yang terbaik untuk keluarga di dunia dan membawa kebaikan di akhirat.amin.

akhirnya,hadiah Sakinah pun dengan rasminya bolehlah dibuka! hihi...inilah dia...sepasang brooch.al hamdulillah.barulah suka hati dia bila hadiah telah dibuka.tengahari semalam CITH ke Jaya Jusco,CITH dapat lagi satu brooch daripada pihak pengurusan sempena Hari Ibu.nampaknya tahun ni CITH kaya dengan brooch! rezeki orang nak bagi ye.

sungguh pun begitu ramai yang memberi komen terhadap sambutan ini.biarlah apa sekali pun tanggapan sebahagian pihak tapi secara peribadi CITH rasa sambutan ini dibuat dengan niat untuk lebih lagi mengingati ibu-ibu sekalian.tidak lebih daripada itu.sama juga seperti sambutan-sambutan yang lain bezanya hari ini,kita tidaklah pulak diisytiharkan bercuti!

memang kita diwajibkan untuk taat dan hormat mereka bukan pada hari ini sahaja bahkan selagi nyawa dikandung badan selagi itulah taat dan hormat tidak putus.cuma sambutan hari ini secara tidak langsung kita lebihkan lagi perhatian kepada ibu kita.maklumlah kesibukan kita sebagai anak-anak kadang kala,terlupa untuk mengingati hari lahir ibu kita atau pun hari kahwin mereka.tapi,dek kerana hari ibu ini memang menjadi bualan-maka secara tak langsung boleh menyedarkan kepada yang lupa untuk telefon,bertanya khabar,makan bersama,berjalan atau sebagainya sebagai tanda menghargai mereka.bukanlah kata; "ohh...hari ibulah baru ingat ibu ye!"...emmm...ni memanglah tak betul.


ini yang CITH ambil daripada FB Pn Suzana Ghazali-Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie;
Pendapat saya tentang sambutan Hari Ibu? Bagi saya, tak salah dan tak berdosa sebab kita memuja ibu kita sendiri, bukan ibu orang lain atau pun ibu idola ugama lain. Hari Ibu bukan hari cuti khas yg memungkinkan ia dijadikan satu perayaan khusus yg boleh disamakan seperti meraikan IBU idola ugama kafir tersebut. Tiada adegan melanggar syariat. Hanya menyatakan kasih sayang dan penghargaan buat insan yg bertgjawab mengandungkan, melahirkan dan membesarkan kita sahaja. Tak de salahnya kan! Wallahua'lam! (",)


kepada suami pula,biarlah hari ibu ini hari untuk golongan isteri diberikan cuti secutinya daripada mengemas rumah, masuk ke dapur,buat kerja laundry,mencuci toilet dan sebagainya.tak gugur status seorang suami bila melakukan kerja ini sebaliknya di mata isteri,suami ini  memang menjadi kebanggaan mereka...bukan selalu isteri/mama dapat rehat daripada kerja-kerja ini kan! lainlah kalau ada bibik di rumah.

kepada yang punya ibu/mama/bonda/umi dan sebagainya...raikan mereka selagi ada.kehilangan mereka membawa kesuraman dalam hidup  biar pun ada yang boleh mengambil tempat mereka.jika dah tiada baru ditangisi, apalah ertinya semua itu...Al Fatihah untuk arwah mak -Hajah Nyonya Othman.moga Allah tempatkan mak di kalangan hambanya yang solih dan solihin.doa untukmu mak memang tidak pernah putus...amin.

ALAHAI...



Friday, May 11, 2012

TIBA MASA UNTUK PECAH SEMUA

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...salam Jumaat

hari ini bermulalah masa untuk pecah semuanya bagi Sakinah.amboi...tengok tu bukan main ayat ye..hihi..bukan apa,hari ini bermulanya peperiksaan pertengahan tahun bagi sekolah agama dan selepas itu akan bersambung pulak dengan sekolah kebangsaan.

nampaknya,sebelum bercuti ni memang kena pecah lemak,pecah otak, dan sebagainya dahulu sebelum masa untuk bersenang-senang.setiap kali nak exam ni bukan anak yang susah hati...tak tahulah kalau dia susah hati.tapi tengok dia selamba je.

mamanya pulak yang susah hati,yang suspen,yang gelabah dan segala macam rasa.apa tidaknya,tuan badan buat rileks.tak ada nampak macam nak hadapi exam.sekali ditegur sekali buat.macam pahat,sekali ketuk berbunyi kan.ha mcam tu lah.bila banyak kali bising...dikatakan mama ni suka bising.habis tu macam mana?

emmm....kalau diikutkan,memang nak buat reti je.biarkan dia sendiri yang tentukan bila nak buat revision.tapi CITH tak boleh pulak.hadohhh...kata je nak buat tak tahu.tapi ambik tahu juga.sudahnya CITH yang lebih mempunyai rasa berbanding dia.pendek kata dia ok,CITH yang kena pecah kepala nak suruh dia buat revision,pecah suara nak cakap dengan dia dan ssegala macam.apakah semua mama rasa macam ni jugak ke?

apa lagi yang mama boleh bantu,selain menghabiskan masa bersama untuk membuat revison,mendoakan untuk kemudahan dan kefahaman dalam menjawab.selebihnya usaha daripada tuan punya badan dan keputusan di tangan Allah Maha Berkuasa.itulah yang selalu CITH bisingkan pada Sakinah.entahlah,dengar ke tidak dia ni...huhu...bulan ini memang teramat sibuk untuk dia.nak tak nak,masa yang berbaki inilah digunakan secekapnya untuk membuat sesi "pecah".moga yang sedikit ini mampu mengubah sesuatu.selamat maju jaya untuk anak-anak rakan blogger CITH di luar sana.sama-sama kita berdoa untuk kemudahan,kefahaman dan kejayaan anak-anak kita.amin.

ALAHAI...

Thursday, May 10, 2012

JOM PAKAT BELI..BELI ... EMAS

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

cerita best nak cakap hari ni ialah pasal emas.memang kalau citer bab ni,semangat dan auranya lain sikit.dah seminggu CITH perhatikan harganya di sini:.http://www.maybank2u.com.my/ dan juga di sini http://www.bnm.gov.my/ nampaknya harga emas dah turun balik.yelah ada satu musim hari tu,mencanak dia naik.satu gram 916 pernah mencecah RM 197! hampir nak RM 200 segram.itu baru emas 916,kalau emas 999 lagi lah mahal.

tapi kebelakangan ini,momentum harga emas nampaknya sedikit goyah.kalau dilihat pada harga pasaran emas di kedai-kedai emas sekarang-emas 916 ialah RM 180 segram dan emas 999 RM  190 segram.mmeang nampak kejatuhannya di situ! inilah peluang yang baik untuk membeli emas sebagai perhiasan atau pun pelaburan.tapi bukanlah masa yang sesuai untuk menjual@trade in emas.

untuk emas pelaburan pula,harganya lagi rendah.ini sememangnya bergantung kepada harga emas dunia.kalau semalam,harga emas untuk pelaburan buku di Maybank ialah RM 160.30 segram.tetapi di kedai emas,harganya masih sama seperti yang CITH nyatakan di atas.apa lagi? inilah masanya.semalam CITH membuat penambahan sedikit kepada akaun emas kami di Maybank.(terima kasih Allah atas rezekiNYA).jika ada lebihan ...memang berhajat untuk membeli lagi...

jadinya,inilah masa yang sesuai untuk membeli emas sama ada sebagai perhiasan atau pelaburan.apatah lagi dalam bulan Mei ini ,yang ada special day untuk memberi hadiah kepada tersayang.apa yang penting,kalau dah namanya EMAS, maka sampai bila-bila pun ia tetap berharga.CITH akui, memang sebagai golongan biasa-biasa,tiap kali membeli emas memang terasa...huhu...tapi tak pe,niatkan untuk pelaburan jangka masa depan.kalau pun bukan untuk diri sendiri,ianya untuk generasi yang ditinggalkan.

untuk bacaan lagi,sila lihat ini.http://www.pelaburanemaspublicgoldmalaysia.com/

ALAHAI...

Wednesday, May 9, 2012

BUKAN NILAI RINGGIT JADI UKURAN

Assalammualaikum semua pengunjung CITH.

al hamdullilah dapat kembali mengadap blog yang dah beberapa hari berehat.satu minggu yang sungguh memenatkan biarpun hanya bertugas sebagai 'kaki sibuk' di sekolah Sakinah...hari ini baru mampu untuk mengadap laptop seperti biasa.

sebagai manusia biasa khususnya kita wanita ni memang sukalah kalau ada orang yang nak memberi hadiah buat kita kan.tambah suka lagi kalau hadiah itu diberikan sempena sesuatu yang istimewa.paling tidak pun,buat muka selamba mintak hadiah kalau adalah orang yang buat-buat lupakan...ni kes kalau orang sebelah kita tu yang buat dek je...

petang semalam,Sakinah balik sekolah dia bawakan yang ini untuk CITH.katanya dia beli untuk hari ibu.CITH katalah hari ibu belum lagi tunggu hujung minggu ni baru CITH nak buka.tapi dia dah sibuk suruh CITH bukak kotak ni.kata dia dia beli dengan harga RM5 dekat kawan dia.part ni yang best,harga dah tahu awal-awal lagi!!! hihi...isi dalam? belum tahu.

apa yang buat CITH sentimental sikit bila tulisannya itu...huk..huk...yelah,kadang-kadang kita (CITH) melihat hadiah yang besar-besar itu sebagai HADIAH tapi sebaliknya bukan nilai ringgit yang jadi ukuran.tapi ada benda yang lebih besar daripada itu ialah tanda ingatan daripada orang tersayang.

sebagai mama,CITH tidak mengharapkan hadiah material.tapi kalau ada anak yang nak memberi itu sebagai bonus.sering kali CITH katakan kepada Sakinah; "kejayaan dia di dunia dan akhirat,akhlak yang baik,dan menjadi anak yang solehah itulah yang menjadi hadiah besar dalam hidup CITH." dek kerana itu juga agaknya CITH menjadi mama yang tegas untuk dia berbanding mak kawan-kawannya yang lain...dalam hati ini terasa bersalah seandainya hadiah yang diberiNYA ini tidak mampu CITH jaga dengan sebaik mungkin.

Ya Allah,jadikan hambaMU ini pemegang amanah yang bertanggungjawab terhadap hadiah yang telah ENGKAU berikan ini...amin.

ALAHAI...

Thursday, May 3, 2012

SEMAK DAFTAR PENGUNDI SEBELUM BUANG UNDI

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

masih lagi dalam suasana politik yang panas.kalau bukak berita tv cerita itu jugak,bukak suratkhabar pun cerita itu jugak pendek kata macam dah tak ada lagi cerita nak di 'highlightkan"  dalam negara ni.

itu bukan perkara yang CITH nak sembang di sini.satu yang CITH tertarik ialah melihat kerakusan dan keghairahan antara kita bercakap mengenai PRU yang akan datang ini.kalau di status FB bukan main berapi tak kiralah parti apa yang diwakili TAPI,satu persoalannya:-

adakah yang berdegar-degar ini merupakan pengundi?atau paling tidak pun dah mendaftar sebagai pengundi atau belum...kalau ini belum dilakukan,sebenarnya kalian masih tidak tuntas untuk berbicara pasal PRU! (foto oleh: Google.com)

yelah,memalukan sajalah kalau cakap beriya,berapi dan berdegar rupanya tak pernah pun daftar sebagai pengundi apatah lagi turun sebagai pengundi....oohhh...ini sungguh meloyakan!!!.CITH pulak sebaik sahaja mencecah usia sebagai pengundi yang sah,memang tidak pernah gagal untuk menunaikan tanggungjawab dan hak sebagai warganegara Malaysia.inilah peluang,ruang dan kesempatan untuk kita gunakan hak kita sebagai rakyat untuk memberi undi kita kepada mereka yang boleh menjadi pemimpin.

kepada mereka yang pandai cakap tapi tidak bertindak sebagai pengundi-kalian itu ibarat anjing menyalak bukit.bukit tetap teguh berdiri,sebaliknya kalian yang penat bersuara.alangkah ruginya!

kepada yang lain,jom kita semak status kita sebagai pengundi untuk memastikan lokasi/kawasan penggundian kita.lihat di sini.http://www.spr.gov.my/

UNDI ADALAH RAHSIA?....

ALAHAI...

Wednesday, May 2, 2012

SURATKHABAR SERUPA MAJALAH 18SX

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

walaupun cuaca hari ini dingin sejuk dek kerana hujan membasahi bumi tapi suhu orang politik hari nampaknya naik tinggi.apa tidaknya lepas satu,satu isu yang ditelanjangi cuba dibuat semata-mata atas nama NAK MENANG PRU!

hari ini,kalau dilihat pada muka hadapan akhbar harian kita iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo rasanya semua rasa mual dan menjijikkan.tak tahulah kalau ada yang suka.bukan bercakap untuk menyokong atau memenangkan pihak yang terlibat waima daripada parti politik mana pun tetapi bercakap lebih kepada MENGAPA SAMPAI BEGINI SEKALI KOTORNYA PEMIKIRAN ORANG KITA SENDIRI.
inilah warna-warni yang kita lihat,kita rasai apabila masing-masing cuba untuk menjadi juara dalam memikat sokongan rakyat.angin PRU yang bertiup memungkinkan apa jua cara dilakukan asal sahaja matlamatnya tercapai iaitu MENANG dan BERJAYA MENJATUHKAN orang lain.

setahu kita,majalah 18sx sahaja yang memaparkan aksi,penulisan yang berbaur seks tapi sayang akhbar utama kita yang menjadi bacaan umum semua pihak turut bertukar wajah dek kerana virus nak menang!.

mana kita sebagai orang dewasa@ibu bapa nak menutup malu bila gambar yang tidak senonoh ini dilihat oleh anak-anak kita? apa yang kita nak jawab kalau ditanya; "mama,orang ni tengah buat apa ma? atau 'skandal seks tu apa?" dan sebagainya.mungkin ada yang kata; "kita kena open dengan anak-anak untuk memberi jawapan sebenar". bagi CITH,ya itu benar kita kena berterus terang menjelaskan sesuatu keraguan anak tetapi apakah sudah masuk ke dalam otak fikiran anak-anak kita jika disuapkan seperti gambar ini? bagaimana kita mahu memupuk minat membaca anak-anak kalau belum pun mereka membaca,mereka dah dihaidangkan dengan gambar yang meloyakan itu...huhu...rasa sangat malu dan kurang ajarlah siapa yang memaparkan itu.

CITH dulu pun pernah mengambil kertas kewartawanan semasa di tahun dua pengajian dan pernah diajarkan oleh penyarah CITH ketika itu bahawa wartawan kena patuhi etika penulisan.maknanya wartawan jangan nak gila cari nama dengan berita-berta sensasi yang sekaligus menggugurkan norma-norma kehidupan dan budaya masyarakat yang diwakilinya.setiap bahan penulisan haruslah mengambil kira aspek-aspek ini kerana dunia penulisan@kewartawanan khususnya untuk khabar yang menjadi bacaan umum rakyat bukanlah seperti penulisan majalah picisan! yang boleh ditulis carcabarba atau seprono yang boleh!

TAPI,hari ini...tengoklah sendiri.bukan setakat ayat yang digunakan itu sudah tidak seindah bahasa,bahkan ditambah pula dengan visualnya sekali untuk melengkap cerita.semuanya seperti CITH katakan tadi kerana AKU NAK MENANG DALAM PRU...maka dengan itu rupa akbar juga sudah seperti majalah seks 18sx!


CITH kongsikan di sini petikan kata Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman pada ruangan statusnya di FB. Saya SANGAT MEMBANTAH siaran gambar-gambar lucah (tidak kiralah samada ia bermotif politik atau tidak, melibatkan wajah mirip pemimpin parti BN atau PR) yang disiarkan oleh mana-mana akhbar awam tempatan seperti yang dilakukan oleh Utusan Malaysia & Kosmo 2 Mei 2012. Ia adalah satu petanda KOTORNYA minda (dan hati) si pembuat keputusan. Juga terlampau berpolitik sehingga siaran itu boleh memudaratkan pembaca & rakyat Malaysia khususnya generasi muda. INGATLAH siaran media awam ibarat iklan, sekali ia memberi idea & gambaran, sekiranya ada yang menurutinya, keseluruhan individu yang meluluskan keputusan siaran itu BAKAL mendapat saham DOSA sehingga hari kiamat. Dosa jariah berdasarkan hadis Nabi Muhammad.

ALAHAI...

Tuesday, May 1, 2012

BULAN MEI YANG ISTIMEWA

Assalammulaikum semua pengunjung CITH.cuti di hari Selasa 1hb Mei 2012.

SELAMAT HARI PEKERJA untuk semua.rasanya kita yang di rumah ni pun tergolong dalam istilah pekerja juga kan...jadinya kita juga berhak untuk cuti.hihi...ada ke yang tak bercuti? mengikut Akta Pekerja,kalau bekerja di hari cuti seperti ini maka pekerja akan menikmati ganjaran double,triple..
betullah istimewanya Mei ini kan...

selain hari pekerja hari ini,bulan Mei juga istimewa kepada golongan yang banyak berjasa dalam hidup.antaranya Hari Ibu yang jatuhnya pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei.ini bermakna Hari Ibu akan jatuh pada 13 Mei ini.kemudian selang beberapa hari selepas itu,hari istimewa pulak untuk para guru iaitu Hari Guru-16 Mei.

nampaknya kalau yang bergelar guru tu bolehlah tahun ini menyambutnya secara double.yelah diraikan sebagai ibu dan juga diraikan sebagai guru.anak-anak@anak murid pun pada ketika ini sibuklah dengan nak beli hadiah masing-masing.

bagi CITH pulak,rasanya tak salah untuk kita meraikan orang yang kita sayang.bukan bermakna pada tarikh itu saja kita raikan/kita sayang orang itu dan tidak bermakna pulak di luar tarikh itu kita tak sayang mereka...kita sayang mereka setiap masa tetapi hari yang istimewa ini kita berikan  sesuatu yang istimewa juga kepada mereka sebagai tanda mereka sangat istimewa kepada kita.

CITH awal-awal lagi dah terima hadiah Hari Ibu daripada Sakinah.tapi sengaja CITH tak nak bukak dulu.nak simpan sampai tiba hari yang istimewa itu.hihi...(tapi dipaksa untuk dibuka segera!)

satu lagi istimewanya dalam bulan ini juga-23hb ialah ulangtahun bodyguard kecik CITH yang ke-3 tahun.Al hamdulillah.pejam celik...pejam celik...dah besar dah Hakimi.syukur juga CITH masih diberi kemampuan untuk breast feeding dia lagi atau istilah yang kami cipta - "NAK CINTA"...haha...kelakarkan.kadang tu dipendekkan katanya menjadi -NAK CIN saja! apa pun motifnya tetap nak yang itu lah...hihi...

nampaknya memang istimewa bulan Mei ini...tapi untuk anak-anak yang exam pertengahan tahun dalam bulan ni...huhu rasanya tak istimewakan.tak semua suka nak exam.tapi apa daya,dah dinamakan pelajar maka exam itu adalah makanannya.lepas exam kita bercuti untuk 2 minggu...
horayyy....memang istimewalah Mei ini...

ALAHAI...

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala