pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Thursday, March 10, 2011

KEMBOJA PUTIH,RAKUSNYA NAFSU MANUSIA...EP2-4

Assalammualaikum semua...

dah 3 hari aku menjadi pengikut siaran drama Kemboja Putih di TV3 jam 4.30-5.30 petang.siaran yang bermula pada hari Isnin lepas tapi aku ketinggalan pulak untuk siaran hari tu.ni kiranya mislah untuk episod pertama tu.

drama yang dijayakan oleh Eira Syazira,Fauzi Nawawi,Ezanny yang memaparkan sikap dan sifat manusia.Ezanny dalam drama ni membawa watak antoganis (Zali) yang paling menyampah aku tengoknya.apa taknya;lepas satu,satu peragai dia memusnahkan hidup dan sekaligus maruah orang.akibat nafsu yang bermaharajalela,tindakan tidak mengenal siapa.semua menjadi mangsanya.memang geram!

mula dengan dirinya yang lahir daripada hubungan tak sah,dia pulak menjadi bapak kepada anak luar nikah,mengandungkan bukan setakat anak dara bahkan isteri orang.satu rentetan yang bersambung dan berkait rapat dengan nafsu yang tidak berlapis.paling membanggakan,penghayatan oleh Eira Syazira (Kemboja)-dia semakin bagus sekarang.Fauzi Nawawi (Amar)?tidak perlu lagi dipertikaikan lakonannya.kali ini dia menggalas watak seorang anak kampung yang selalu menjadi mangsa keadaan akibat perbuatan Ezanny.

untuk last episod hari ini-Ibu Kemboja telah meninggal dunia akibat perbuatan perkosa oleh Ezanny lantaran sakit hatinya tak dapat akan Kemboja.Kemboja pulak telah diperkosa oleh Zali dan kawan-kawannya setelah Kemboja berkahwin dengan Amar.
Kemboja menjadi trauma,dan begitu juga Amar.

Zali pulak-diganggu dengan mimpi suara bayi yang telah dibuangnya tempohari.bukan setakat dia diganggu dengan mimpi-mimpi itu,bahkan teman wanitanya (Wati) pun sering diganggu mimpi akibat perbuatan mereka.

mungkinkah benar kata orang;anak luar nikah tu akan jadi jahat untuk selamanya? nanti aku review lagi cerita ni.

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala