pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Monday, March 21, 2011

BILA YB PUN MAKAN DI BAWAH KHEMAH YANG SAMA...

Assalammualaikum semua...

semalam aku pergi ke rumah orang kawin.ikut kakakku yang 2 orang nilah.kalau aku saja,tak pergilah aku.rasanya ni majlis kawin yang terakhirlah sempena cuti sekolah ni.apa taknya,kebanyakkan daripada kita selalu nak mengadakan majlis pada cuti sekolah.

apa yang menarik majlis semalam?nilah nak cerita.sedang makan,nampaklah kelibat YB Shaari Sungit bersama isteri datang ke sini.tanpa diiringi 'escot' atau sebarang pengumuman rasmi mahupun sambutan yang agak 'luar biasa',beliau hadir dengan begitu selamba.kalau kalian yang tak kenal YB ni,beliau ialah ADUN HULU KELANG(PAS).

mungkin dek kerana status kepartiannya itu,maka kedatangannya tidak begitu nampak istimewa sebalinya macam biasa-biasa sahaja.beliau makan di bawah khemah yang sama,duduk di kerusi kebanyakkan jua,makan lauk yang sama,beratur macam orang biasa nak ambil makanan cuma yang bezanya air beliau dihidangkan dalam jug tidak macam orang lain yang kena beratur ambik air.itu sahaja bezanya...

lepas makan,sempat sekejap aku bergambar dengan beliau sekadar untuk tatapan kalian.isteri beliau juga macam orang biasa.bila diminta untuk bergambar,isterinya terlebih dahulu berdiri di samping suaminya.(satu cara yang berhemah untuk mengelakkan fitnah orang...sekarang macam-macam boleh buatkan...)AKU?memang lain-jauh bezanya kalau yang datang itu dari parti BN.pastinya sudah lain rupanya.bukan gaya sahaja lain,sambutannya juga lain...macam-macam orang ada...

ALAHAI...

1 comment:

  1. itulah yg dikatakan pemimpin.pemimpin sejati tidak minta disanjung,tidak minta disambut,tidak minta layanan istimewa.jauh di lubuk hati beliau,hanya ingin berbakti kpd rakyat serta menjalankan tugas yg telah diamanahkan.tapi berapa ramai sajalah spt dia?kebanyakkan pemimpin di negara ini adalah pemimpin yg inginkan sanjungan,pangkat,gelaran malah yg paling MENJIJIKKAN,yg pandai mengambil peluang sbg YB utk mengumpul kekeyaan dunia,walaupun dgn cara yg paling TIDAK BERMARUAH.(RASUAH) dan salah guna kuasa....YB dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya,tapi mengapakah rakyat masih memilih pemimpin yg sudah jelas TIDAK BERSIH?apakah mereka tidak melihat kekeyaan YB YB rakus ini?dengan gaji sebanyak 5 ke 8 ribu sebulan,adakah meraka mampu memiliki banglo jutaan ringgit,kereta mewah,gedung perniagaan,dan pelbagai lagi.dari mana datangnya semua itu....takkanlah pengundi tak dapat memikirkannya secari lojik.situasi ini paling jelas terjadi di Sarawak.terutamanya di kawasan pengundinya bumiputra.pemimpin yg ternyata tidak bersih tetap akan menang dalam pilihanraya.asalkan berlogokan dacing.memangkah dacing macam sudah jadi budaya atau tradisi bagi masyarakat bumiputra disarawak.saya tidak menyebelahi mana mana parti politik,saya bukan orang umno,pas maupun pkr.saya cuma rakyat biasa yg inginkan negara ini ditadbir dan diperintah oleh mereka yg benar2 jujur,ikhlas dan menjalankan tugas dengan telus tanpa PENYELEYENGAN.kita sudah deberi gaji utk tugas2 tertentu,maka adillah utk kita menjalankan tugas yg diamanahkan,maka...gaji yg kita terima itu benar2 HALAL.kita DIBAYAR utk itu.susah sangatkah "MEREKA"ini nak faham.apapun...syabas kpd YB Shaari kerana anda adalah diantara contoh terbaik Pemimpin Berjiwa Rakyat.semoga anda sekeluarga diberkati ALLAH S.W.T.wassallam...

    ReplyDelete

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala