pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Monday, January 31, 2011

BUDAK SEKOLAH CUTI

Assalammualaikum semua...

hari ni Sakinah dah start cuti sekolah untuk cina raya.Isnin depan baru sekolah semula.seronok lah dia tu ha.dapat-dapat cuaca kat luar rumah ni masih hujan lagi.berlanjutan dari semalam.apa lagi aktiviti yang best nak buat di kala ini?

hihii...jawabnya makan + tidur! untuk makan,aku dah siap masak sup ayam.hujan-hujan gini sedapnya dapat yang berkuah,panas-panas untuk hirup-hirup.kecik aku ni aje yang tak nak tidur lagi.kakaknya dah belayar jauh dah.

hari ni start cuti,dah tanya apa program Ma?bila cuti je,nampaknya mesti kena susun program.antaranya;- kasi chance tengok TV/CD-time sekolah? paham-paham ajelah...
- homework pun masih kena buat...(ni homework cikgu besar dalam
rumah punya)
- mengaji lebih sikit muka surat(biasa 2 muka je baca)
- sesi sumbangsih suara(karaoke)
- sesi nak mandi swimming pool-cadangnya nak ke Seri Malaysia
Bagan Lalang hari Khamis nanti.)

rasanya itulah antara yang diprogramkan untuk budak yang cuti sekolah ni...kalian pulak macam mana? bakal ke mana cuti panjang ni?

ALAHAI...

Sunday, January 30, 2011

HUJAN DI SEMUA TEMPAT?

Assalammualaikum semua...salam hujung minggu.

ketika ini aku dalam on the way nak balik KL dari kampung.selalunya balik Kl malam hari tapi memandangkan hari ni ada pendaftaran Swatari Sakinah sampai pukul 5 petang,maka kali ni kena gerak awal.

semalam tengahari balik kampung hujan.ni pun nak balik KL pun hujan jugak.daripada khabar kakakku di KL sekarang pun tengah hujan.rasanya hari ni hari hujan di semua tempat?

ooo..sojukkkk,,,hujan tengahari semalam,bawak ke petang,bawak ke malam,bawak ke pagi tadi dan sampailah ketika aku menaip entri ini,hujan masih turun dengan lebatnya.di highway sekarang dah 3 kenderaan yang terbabas lantaran hujan lebat,jalan pun licin kan...

pagi tadi sewaktu kejutkan Sakinah bangun Subuh,tengok-tengok kat seluar dia basah! bau sikit...haha..kencing dalam seluar pulak anak dara aku ni...hihii....nilah gara-gara hujan seharian.sojukkkk.kata dia; "ma,Ina rasa nak kencing sangat.Ina pergi toilet dah rasanya...." rupa-rupanya itu hanyalah mimpi semata-semata.realitinya dia dah basah!

hujan-hujan macam ni,bestnya kalau dapat teh /kopi panas dengan lempeng ke,cekodok ke,atau pun ubi kayu dengan sambal belacan...bestnya.

ALAHAI...

Friday, January 28, 2011

BILA ORANG DICARI TIADA RASA

Assalammualaikum semua...

tiba-tiba hati ini dipagut sedih dan sebak.sedih pun ada.apa taknya dah lama aku menjejaki seorang sahabat ini di FB,namun hampa.baru sebulan lepas aku terjumpa kakaknya di FB lantas kutanyakan tentang sahabatku ini.kata kakaknya,sahabatku itu tiada FB,yang ada suaminya.

maka atas dasar dan niat ingin bertemu kembali,aku pun menghantar message,no telefon dan gambar masa sekolah dulu padanya supaya dia boleh flash back persahabatan kami.jawapannya juga tiada.

hari ni sekali lagi aku cuba menjejaki dia kerana esok kami daripada kawan-kawan dari darjah 3 dulu nak jumpa di kampung dan kebetulan dia memang tinggal di kampung rasanya patut sangat aku mencarinya.

aku menghantar message kepada kakaknya sekali lagi dan kakaknya memberikan aku no telefon suami sahabatku itu.

aku gagahi untuk mendail no tersebut dengan harapan dapatlah aku berhubung kembali dengan sahabat yang sudah 23 tahun tidak berjumpa.

bila dapat bercakap dengan suaminya,dia suruh pulak aku telefon no ofis wife dia(sahabat aku tadi).aku pun telefon:
"assalammualaikum.boleh saya bercakap dengan....."
" ya saya bercakap"
" ni akulah....kenal lagi tak?aku ada hantar message kat FB hubby ko,dekat kakak
ko pun"
" o ye lah.kenal...(hambar,tawar,kelatnya nadanya...tiada langsung rasa
teruja,terkejut...)
"ni susah payah aku cari ko,esok kalau free meh lah jumpa kawan-kawan
lama...dah lama sangat tak jumpa kan."
" tengoklah.aku sibuk..."(nada yang begitu negatif...)

aku pun terus menamatkan perbualan dengan memberikan lokasi pertemuan kami esok.terpulanglah kepada dia samaada punya hati untuk bertemu kawan-kawanya yang lain atau tidak.apa yang penting,aku dah berjaya menjejakinya.nampaknya aku saja yang terhegeh-hegeh mencari dia tapi dia langsung tak punya rasa?

AKU? sedihnya...

ALAHAI...

SIAPA SURI RUMAHTANGGA?

Assalammualaikum semua...moga keberkatan jua kita perolehi hari ini dan seterusnya.

nilah jadi mak ayah zaman sekarang ni,kalau tak up to date dengan hal-hal semasa susah juga.apatah lagi dengan pelajaran anak-anak yang semakin hebat dan mencabar.

malam tadi,Sakinah buat satu karangan Bahasa Malaysia yang bertajuk Keluarga Saya.oklah tajuk tu,cerita pasal diri sendiri,hobi,cita-cita.tu senang jelah.tiba pulak bab cerita pasal bapa,pun ok lagi.tiba pulak baba cerita pasal ibu.ni ada masalah sikit.

"ma,apa pekerjaan mama?cikgu kata kalau ibu yang tak bekerja tu,kena tulis suri rumahtangga.suri rumahtangga tu apa?"
"Ina tengok mama,kerja macam mana?"
"mama masak,jaga adik,hantar Sakinah pergi sekolah,kemas rumah,ajar Sakinah, tu lah.habis tu Ina nak buat apa?"
"Ina tulislah macam ni.ibu saya bekerja di rumah.beliau menguruskan segala hal dan keperluan keluarga saya seperti...tulislah contoh apa yang Ina cakap tadi."
"habis tu tempat kerja mama mana?"
"rumahlah tempat kerja mama."

aduh...nilah bila cikgu/orang lain senang-senang je kata ibu yang tak bekerja tu(maknanya yang tak kerja kat ofislah!) sebagai suri rumahtangga.tapi sendiri tak tahu apa maknanya.aku rasa tak patut istilah ini digunakan untuk kita-kita yang di rumah ni.

tengok ni makna suri rumah dalam http://prpm.dbp.gov.my/ maksudnya=isteri,golongan wanita sbg golongan lemah, sbg suri rumah
kalau suri rumahtangga pulak=Tiada maklumat tesaurus untuk kata suri rumahtangga

inilah nasib kerana istilah.bagi aku pulak, aku tak suka menggunakan istilah macam ni.aku suka menggunakan istilah PENGURUS HAL EHWAL RUMAH.yelah dari sekecik-kecik benda sampailah yang besarnya semua tanya dekat kitakan!

kalau pada anak; "ma,mana Ina punya calor pensel?,mama bekal apa hari ni?,mama tak belikan pensel yang Ina cakap tu ke...mama,soalan ni macam mana? dan bla...bla soalan lagi..." tu belum masuk bab bapaknya lagi...semua ni dalam kepala otak kita nak save,nak reply dan nak implementkan....siapa kata yang duduk rumah tu goyang kaki je? tapi mungkin ada kot kalau di rumah tu ada bibiknya...

aku? aku tetap bangga dengan apa yang aku ada dan yang aku buat hari ini.biarlah orang kata; 'eh,dulu belajar U kan,kenapa tak kerja?" hei; ni yang aku kat rumah ni bukan kerja ke namanya? sebab aku tak ada nama ofis,pasal tu pandang aku sebelah mata ye? bak kata lagu Kak Nita: JANGAN PANDANG SEBELAH MATA!

AKU PUN KERJA! bukan senang-senang aje kat rumah.

ADUHAI...

Thursday, January 27, 2011

MALAYSIA ANTARA PENGGUNA GOOGLE TERTINGGI

Asslammualaikum semua...

sekarang ni kalau nak cari apa-apa sahaja orang kata sangat senang dan mudah.semuanya hanya di hujung jari! apa taknya tekan sahaja G.O.O.G.L.E maka apa sahaja pencarian akan keluar di sini.(foto:ni pun daripada GOOGLE jugak!)nak cari apa? resepi?shooping?hotel?tempat makan?info pasal orang? apa sahajalah sampai yang tak sepatutnya tu pun memang senang dapat di sini.maka tak peliklah bila dikatakan kita ni antara pengguna tertinggi enjin carian GOOGLE ni.

ni buktinya:

Search engine Google said Wednesday it will open a Malaysian office, its second in Southeast Asia, following significant growth in Internet usage in the country.

Google Southeast Asia chief Julian Persaud said Malaysia has one of the "highest percentages of usage of Google's Web browser, Chrome, in Asia Pacific" together with 17 million Internet users from a population of 27 million.

"The online environment in Malaysia is growing rapidly, with significant developments in both broadband Internet access and e-commerce activities," he told reporters.

"We are pleased to establish our newest operations in Kuala Lumpur, where we can draw from the highest quality local talent to further help users find the information they're looking for," he added.

Persaud said Google was targeting small and medium enterprises in Malaysia with its "search and display" services, aimed at helping them reach new markets.

He said the Malaysian operations, set up four years after the creation of Google's first Southeast Asian office in Singapore, would customise products such as Google Maps, Google News and Google Translate for the local market.

Google said it will hire a record number of people this year, taking on more than 6,000 workers worldwide.*
(SUMBER:By Agence France-Presse, Updated: 1/26/2011)

ALAHAI...

Wednesday, January 26, 2011

MAKAN DENGAN TANGAN

Assalammualaikum semua...

selalunyalah ye,kalau kita makan di rumah kita makan dengan guna apa? rasa akulah,majoriti orang kita Melayu ni makan dengan guna tangankan,lainlah kalau namanya macam Tom Cruise,Justin Bieber,Wonder Girl,diaorang ni memang jarang makan dengan tangan.lebih kerap dengan sudu dan garfu.

kita pun sama jugakkan,kalau makan di luar tu,macam automatik pulak nak makan mesti dengan sudu dan garfu hihii.....macam-macam.kadang-kadang tu sebab tak ada sinki yang disediakan.tapi tahu tak atau perasan tak kenapa kita makan dengan tangan?

satu kajian telah dibuat bahawasanya pada tangan atau jari kita ni terdapat enzim yang sepuluh kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur.enzim ini berguna untuk mencerna makanan yang diambil.maka masalah seperti penghadaman yang tidak lancar akan dapat dicegah.

selain tu yang tidak harus kita lupakan juga ialah,makan dengan tangan ini merupakan cara makan Rasulullah s.a.w.sehinggakan Baginda sendiri akan menjilat jari jemari baginda setelah makan.
"apabila salah seorang di antara kalian selesai makan,
hendaklah dia tidak membersihkan tangannya sehingga menjilatinya" (Riwayat
Bukhari,Muslim,Ahmad dan Tabrani)

ALAHAI...

Tuesday, January 25, 2011

MAGIKA-LARI DARI BIASA

Assalammualaikum semua...

dah lama tak masuk panggung,sejak ada baby ni banyak filem yang tertinggal.semalam aku ke EZY Video,melihat-lihat servis apa yang disediakan.barulah tahu..hihii rupanya bukan aje buku yang boleh kita sewa macam di Central Market tu,cd/dvd pun boleh sewa.kalau tak nak sewa,beli terus pun boleh.pastinya di sini semuanya ORIGINAL bukan yang CETAK ROMPAK punya.

jadinya,semalam terus aku jadi member di sini dengan bayaran nak jadi ahli RM10.
sebagai ahli,boleh pinjam 3 cd/dvd untuk 3 hari dengan bayaran RM3 setiap satunya.rasanya berbaloi jugak ni.yelah kan,daripada kita beli yang rompak punya,RM5(cd)RM10(dvd),cara macam ni sekurang-kurangnya kita menghargai penat jerih susah payah orang nak buat filem.nak tengok pun sekali tu je,tak yah nak penuhkan ruang simpanan.

untuk nak rasmi jadi member baru..hihi...aku pun sewalah DVD filem MAGIKA.walaupun filem ni dah lama ditayangkan di pawagam dan dah tahu siapa yang menang dalam anugerah Pesta Filem Malaysia tempohari,tak kisah lah.

sesiapa yang belum tengok lagi filem ni(macam aku ni ha) carilah filem ni.memang tak rugi menontonnya bersama seisi keluarga.filem berbentuk kekeluargaan yang antara lain menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak seperti jangan keluar rumah waktu senja dan kasih sayang adik beradik yang tidak terputus.

MAGIKA memang lain dari filem yang sedia ada sebelum-sebelum ini.sebuah filem muzikal ala-ala Alice In Wonderland gitu!

lagu dan watak dalam cerita ni memang bagus dan menarik hati tambahan pulak dengan prop,lokasi memang cantik.dalam dvd ni ada dilampirkan juga cerita 'di belakang tabir semasa penggambaraan',rupa-rupanya lokasi mereka hanya sekitar di taman Universiti Putra Malaysia (UPM); Putrajaya; Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Kepong;tapi hasilnya memang cantik apatah lagi dengan bantuan teknik terkini dalam perfileman iaitu CGI menjadikan buah tangan Edry KRU ini memang lari dari filem yang biasa di pasaran.

AKU? seisi keluarga enjoy tengok filem ni...

ALAHAI...

Monday, January 24, 2011

PERIKSA KESIHATAN SEBELUM JADI CALON

Assalammualaikum semua...

siapalah aku ini? hanya orang biasa-biasa sahaja,rakyat Malaysia yang ingin memberi pandangan terhadap soal kepolitikkan negara.entahlah,rasa tu kadang-kadang tak patut pun ada?,patut pun ada? diadakan pilihanraya kecil ni.

rasanya semua orang tahukan 30hb ni akan diadakan pilihanraya kecil DUN Tenang,Labis Johor.apa taknya memandangkan kat TV saban hari-(ni TV RTMlah ye...)ada saja rencah dan kisah yang keluar mengenai hal ini.

persoalannya,kita ni negara taklah besar mana.TAPI pilihanraya kecil je dah berlaku sebanyak hampir 15 kali!selepas pilihan raya umum ke-12 inilah merupakan tempoh pilihan raya kecil terbanyak dalam sejarah Malaysia.buktinya di bawah ini:
(sumber: Highest number of by-elections in history theStar Online)

Parlimen
1.Pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008
2.Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009
3.Pilihan raya kecil Bukit Gantang 2009
4.Pilihan raya kecil Hulu Selangor 2010
5.Pilihan raya kecil Sibu 2010
6.Pilihan raya kecil Batu Sapi 2010

Negeri
1.Pilihan raya kecil Bukit Selambau 2009
2.Pilihan raya kecil Batang Ai 2009
3.Pilihan raya kecil Penanti 2009
4.Pilihan raya kecil Manek Urai 2009
5.Pilihan raya kecil Permatang Pasir 2009
6.Pilihan raya kecil Bagan Pinang 2009
7.Pilihan raya kecil Galas 2010
8.Pilihan raya kecil Tenang 2011
9.Pilihan raya kecil Merlimau 2011 akan diadakan tidak lama lagi
10*bakal di Perlabuhan Klang(tunggu dan lihat)

rata-rata apa yang aku lihat,11 kekosongan kerusi ini adalah disebabkan oleh kematian wakil rakyat yang berpunca daripada sakit jantung,strok,darah tinggi.

JADINYA,aku rasalah PATUT sesangat kalau Suruhanjaya Pilihanraya menetapkan bahawasanya sesiapa yang ingin dipilih atau terpilih menjadi calon harus atau WAJIB terlebih dahulu jalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh supaya dapat memastikan tahap kesihatan itu mampu atau tidak untuk bekerja!

tidaklah baru setahun dua menjadi YB,dah pergi takkan kembali lagi gara-gara tekanan dan himpitan kerja dan ditambah pula yang memang dah sakit tu.bukankah ini semua akan menyebabkan pilihanraya kecil lagi dan duit keluar lagi.

AKU?pastikan anda sihat betul barulah offerkan diri nak jadi calon,barulah boleh bekerja untuk pengundi anda dengan hebat.jangan tipu diri,jangan tipu pengundi baru anda tidaklah sekejap ada,sekejap tiada...

ALAHAI...

MASAK ASAM KUAH LADA IKAN TUKA

Assalammualaikum semua...

masuk dapur semula hari ni.dah masak tengahari?dah lama tak cerita masak-masak kan, hari ni nak masuk entri masak pulak.pagi lagi dah siap masak IKAN TUKA ASAM KUAH LADA.

tuka ni ada orang panggil ikan tuka,ada tetuka tak kisahlah nak panggil apa yang penting dia ni adik kepada ikan pari.(foto:google.com)bukan apa,gulai-gulai macam ni sedapnya masak awal,lepas tu biarkan lama baru makan.baru ikan sebati mesra dengan kuah dan yang penting aduh...TERANGKAT!!!(hihi...)lepas tu,kuahnya buat cicah dengan lempeng atau cekodok lagilah...ni memang favourite pakwe kat rumah ni.

untuk resepi, memang dah ada dalam entri sebelum-sebelum ni.cuma ikannya sahaja yang lain tetapi bahannya adalah sama.untuk kali ni tak pulak aku masukkan bendi atau terung.(stok tak belilah semalam) hihii...sekadar daun kesum,tomato dan bunga kantan.(ni yang memang ada dalam stok!)ok,selamat menjamu selera...

ALAHAI...

Saturday, January 22, 2011

KECUAIAN ATAU MEMANG DAH AJAL

Assalammualaikum semua...selamat berhujung minggu.

tengahari ni aku nak share dengan kalian semua dengan apa yang aku baca dalam paper hari ni.entri ni memang aku copy direct dari apa yang aku baca.maaf ini adalah copynya.

bukan apa,rasaku dah banyak kali benda macam ni terjadi.kes tersedak di kalangan bayi semasa tidur samaada susu atau apa memang dah kerap dengar.tiap kali berlaku insiden tersebut pastinya ada nyawa terkorban,ada hati terluka,ada rindu yang tak berkesudahan,ada mata yang tak tertahan tangisnya TAPI itu semua tak pernah kita ambil pusing!!!

setiap kali kes macam ni terjadi,maka akan adalah banyak pihak yang akan bersuara itu dan ini TAPI mana kesudahannya? untuk pusat penjagaan? ditutup?didakwa?atau apa?atau di pihak ibu bapa pula bagaimana?

sebagai ibu masakan tidak sedih dan simpati dengan kes-kes macam ini tetapi tulah yang aku katakan,adakah ini berlaku kerana kecuaian atau memang dah ajalnya begitu?kalau kecuaian,apakah tidak boleh kita berbuat sesuatu daripada tidak menjadi cuai?

AKU? baik di pihak ibu bapa dan pihak pusat penjagaan kanak-kanak, masing-masing KENA AMANAH DAN BERTANGGUNGJAWAB.ibu bapa dah hantar anak dengan bayaran yang sepatutnya maka janganlah amanah dan kepercayaan itu DIKHIANATI dek kerana kecuaian yang boleh dielakkan.

salam simpati dan takziah kepada keluarga mangsa.

(sumber:HARIAN METRO 22/1/11)PUCHONG: Rasa rindu seorang ibu untuk melihat bayi perempuannya yang ditinggalkan bersama pengasuh berhampiran rumahnya di Taman Putra Perdana di sini, bertukar pilu, apabila dimaklumkan bayinya itu meninggal dunia akibat tercekik bubur nasi.(foto:ibu bapa mangsa)Ketika menerima berita kejadian menyayat hati itu, dia masih dalam perjalanan pulang untuk mengambil anak bongsunya itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Selasa lalu, ibu berkenaan, Nor Jam’atul Mohd Nordin, 31, pulang awal ke rumah untuk mengambil anak bongsunya, Nur Shazwani Izni Mazlan berusia lima bulan kerana berasa terlalu rindu untuk memeluk dan menciumnya.

Menurutnya, pada kebiasaannya, dia pulang kira-kira jam 7.40 malam, namun pada hari kematian anaknya, dia mengambil keputusan untuk pulang awal kerana perasaan rindu terhadap anaknya itu terlalu kuat.

“Saya tidak menyangka perasaan rindu kepada anak bongsu pada hari kejadian terpaksa saya tanggung buat selama-lamanya apabila dia kini sudah tiada.

“Lebih menyedihkan saya tidak dapat bersama ketika saat akhirnya, malah tidak menyangka anak saya maut akibat makanan yang diberikan,” katanya.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu meninggal dunia selepas pengasuhnya menyuapkan bubur nasi menggunakan botol susu sebelum meninggalkan mangsa bersama dua bayi lain yang turut dijaganya.Mangsa dipercayai tercekik bubur berkenaan.

Menceritakan kejadian itu, ibu malang terbabit berkata, ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Shah Alam, tiba-tiba pengasuh anaknya menelefon memaklumkan anak bongsunya itu mengalami kesukaran bernafas akibat tercekik selepas disuapkan bubur nasi menggunakan botol susu.“Saya mengarahkan agar membawanya ke hospital.“Bagaimanapun, pengasuh berkenaan menghantar anak saya ke klinik berdekatan dan doktor yang merawatnya mengesahkan anak sudah meninggal dunia,” katanya.

Katanya, selepas disahkan meninggal dunia, dia menghantar jenazah anaknya ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Meranti, di sini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Superintendan Baharuddin Ayob ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.

Friday, January 21, 2011

RESTORAN COSY PLACE MAKAN DALAM TENANG

Assalamualaikum semua...

kali ni edisi JJCM aku pergi skodeng satu tempat makan yang tak jauh dari rumahku.kebetulan semalam cuti,jadinya petang tu aku pun trylah di sini.ni pun ada kawan yang introducekan aku tempat ni,jadinya hari ni aku promot pulak untuk kalian yang nak cuba.RESTORAN COSY PLACE sebuah restoran yang menampilkan dekorasi ala Inggeris.seakan masuk ke rumah orang Inggeris lagaknya.masuk kat sini memang akan WOW!!! kredit pada dekorasinya.anda boleh tengok gambar-gambar di bawah ni.(tandas pun cantik)restoran ini menyediakan menu Melayu dan Western.sesuai untuk tengahari,petang dan malam.(deretan manisan yang boleh dipilih...yumm..)untuk petang semalam-menu minum petang aje yang aku order.untuk aku dan Sakinah(share ni) Cantonese Fried Teow RM7.80Kak Langku- Penang Char Teow RM7.80pakweku-Singapore Fried Meehoon RM8.501 fresh oren RM4.50
2 teh tarik RM7.00
===========================================
TOTAL +servis charge RM39.16
===========================================
satu yang menarik,anda boleh lihat sendiri chef yang bertugas untuk masak hidangan yang dipesan.nilah satu kelainan yang ditonjolkan oleh restoran ini selain daripada dekorasainya.jadi, kepada yang nak cuba boleh datang ke sini.rasai suasana yang lain.

INFO:
RESTORAN COSY PLACE
NO 27-29 Jln Wangsa Delima 2A
KL Suburban Centre 111
Section 5,Wangsa Maju
53300 KL

Tel:03-41436885

ALAHAI...

CINTA DI USIA SENJA

Assalammualaikum semua...semoga Jumaat ini menjadi hari terbaik untuk kita semua ye!

(FOTO:GOOGLE.COM) nak cakap pasal C.I.N.T.A hari ni.perkataan keramat apatah lagi kalau pagi-pagi ni ada orang cakap kat kita;SAYA CINTA AWAK,I LOVE YOU,Maiṁ tumasē pyāra karatā hūm̐,Wǒ ài nǐ dan bla...bla...harus rasanya hari ni tersenyum lebar sampai ke telinga tak pun buat apa pun hari ni pastinya dalam hati bergumbira!

itulah panahan CINTA.cinta dulu dan sekarang,bertambah,berkurang,atau sama sahaja.menurut kata pakar motivasi Dr Robiah K Hamzah-CINTA harus bertambah saban hari macam kita tanam pokok.pokok semakin membesar dari hari ke hari begitu juga ibaratnya cinta itu.

cinta bukan sahaja pada manusia TETAPI yang paling agung ialah cinta pada DIA dan kemudian diikuti dengan cinta pada yang lain seperti pada manusia, hobi,alam semulajadi,dan sebagainya.

cinta,jangan dibaja semasa muda sahaja.ia perlu dibajai waima usia sudah senja!masa senja inilah cinta seharusnya mekar kerana antara kita sudah tidak lagi sibuk dengan urusan kerja,urusan membelek anak-anak dan sekarang punya masa terluang yang lebih.

yelah,dalam usia yang muda begini,masing-masing sibuk dengan kerjaya,sibuk dengan anak-anak.kadang-kadang terlepas pandang nak ucap kata-kata cinta tu kat pasangan.harapnya bila dah punya masa lapang nanti kita merebut kembali apa yang dulu tak dapat.

AKU? selagi boleh,sekarang ni kita bajai cinta kita. terutama pada pencipta,pasangan,anak-anak,keluarga.jangan tunggu dah senja.nanti malulah,macam buang tabiat pulak orang kata,dah tak manis dan sebagainya.kita tak tahu sampai bila kesempatan hidup yang Allah beri.JADINYA GUNAKAN KESEMPATAN HARI INI UNTUK MENGUCAPKAN I LOVE YOU pada sesiapa yang kita sayang!

I LOVE YOU ALL!!!

ALAHAI...

Thursday, January 20, 2011

CERITA CHICKEN WING

Assalammualaikum semua...

seronok cuti hari ni ye,tapi esok kene masuk 'ofis' balik...ni lah kalau cuti di tengah-tengah minggu,syoknya 1 hari je.oklah tu kan!

tengahari tadi aku sefamili makan di luar.ni memang,bila cuti je gantung piuk lah!dalam menu tu,Sakinah sibuk sangat nak makan chicken wing.nak tahu harganya? mak datuk! 5 ketul RM18.00. tak ke terperanjat beruk dibuatnya?NO..NO..NO...

"tak payah,order lain je.balik ni kita beli chicken wing.mama marinatekan.boleh makan puas-puas."

apa taknya,tak masuk akal tu.RM18 tu dah dapat sekor ayam, ni dapat 5 ketul je.dah tu pulak bahagian kepak yang betul-betul hujung tu! memang tak berbaloi langsung.

ni ha,balik ni pakweku ke GiANT.beli 10 ketul bahagian kepak.harganya baru RM10.30. bila dah dipotong,dapat 20 ketul.aku marinate dengan garam,serbuk kunyit,serbuk kari ayam,cili giling dan madu.

hasilnya; nilah dia.boleh siap simpan lagi dalam fridge.moral of the story:BUAT SENDIRI LEBIH BERBALOI (ni kalau kos buat sendiri lebih murah)

ALAHAI...

Wednesday, January 19, 2011

STRESS BOLEH SEBABKAN SAKIT MENTAL

Assalammualaikum semua...

tengah dalam mood apa hari ini? suka?happy? dalam hati ada taman? atau tengah stress sesangat hari ni? senyum sikit...hihii..

aku pun dalam minggu lepas adalah rasa bengang,stress sikit kat pakwe ni...hahaha.bila rasa stress tu,yang jadi mangsanya ialah duitlah.sebabnya?asyik nak keluar beli makanan ke,beli mainan anak ke entah apa-apa.pendek kata masa stress ni,anak mintak apa pun boleh beli tapi tidaklah yang di luar akal fikiran!

betullah kata pakar motivasi,bila kita dalam keadaan stress atau tertekan atau dalam keadaan yang sedikit terganggu,kita tidak betul dalam membuat pertimbangan dan keputusan.aku setuju sangat hal tu.

yelah,apa taknya.bila hati tak gumbira,gundah gelada,jiwa merontak,maka kita akan lebih terarah mengikut hawa nafsu kita semata daripada mengikut pertimbangan akal yang waras!kan ke syaitan tu memang suka duduk dekat orang yang tengah mood macam ni.lagi dipujuk rayunya maka lemahlah kita.

rupanya,stress yang tidak dikawal misalnya tekanan yang amat sangat khusus dalam pekerjaan,persekitaran,masalah dalam pelajaran,percintaan atau apa sahaja memungkinkan satu serangan penyakit akan terjadi.penyakit itu ialah SAKIT MENTAL!

aduh...bila dah sampai tahap begini-stress itu bukan sahaja ditanggung oleh pengidap bahkan akan berpindah pulak kepada ahli keluarga dan sebagainya.

jadinya,sebelum ia menjadi parah-tenang-tenangkan diri,buat sesuatu yang kita suka(ni untuk aku juga)dan rasanya kembali pada DIA adalah ubat dan penawarnya.setiap yang datang itu daripadaNYA dan yang menghilangkannya juga adalah DIA. senyum....

ALAHAI...

Tuesday, January 18, 2011

GETAH NAIK HARGA,ADA PULAK PENYAMUNNYA!

Assalammualaikum semua...

sejak dua menjak ni,harga getah di pasaran semakin naik nampaknya.rezeki kepada pekebun-pekebun kecil TERMASUKLAH abah mertuaku.apa tidaknya,sekilo getah sekarang mencecah RM15.menoreh dalam 4 jam sehari dari pukul 7-11,7 hari seminggu,berpendapatan ribu jugalah sebulan...dah boleh lawan kakitangan awam!

tapi dalam dok harga naik nilah,macam-macam orang pun ada.malam tadi aku bercakap telefon dengan mak mertuaku-biasalah borak tanya khabar dan cerita diaorang.bila tanya;
"macam mana kampung,hujan ke? abah dapat pegi noreh tak?"
"kampung taklah hujan hari-hari.kalau hujan pagi,abah ko pergi
noreh petang,tapi tu lah,harga getah ni naik,kebun abah ko
semalam getahnya kena curi!tak tahulah sapa punye kerja.abah ko dah
noreh,tinggalkan.esoknya datang nak kutip,getah dah ada
orang yang tolong kutipkan..."

nilah kan senarionya,orang lain yang bersusah payah,orang lain yang senang.kalau dulu tak da siapa yang heran dengan getah ni.yelah baunya yang menusuk ke hidung,kerjanya yang kasar tapi kini semua buka mata dek kerana harganya yang tinggi.
kesianlah sikit kat mereka ni bukan selalu dapat macam ni.

ALAHAI...

Monday, January 17, 2011

BIRTHDAY UNTUK ORANG BULAN SATU

Assalammualaikum semua...

cerita pasal birthday,bulan Januari ni saja sebenarnya ada 5 orang yang sambut.bermula dengan aku dulu 6hb,Sakinah(13hb),Pak Usu Sakinah(iparku-14hb),Kak Ngahku(16hb)dan Pakcik Sakinah(iparku-18hb) jadinya nak jimatkan,buat sekali majlis untuk meraikan 3 orang yang ada di KL ni.

jadinya Sabtu malam lepas,satu majlis makan-makan birthday dibuat di rumah Kak Ngahku di Bangi.semua adik beradik perempuan yang ada kat Kl ni berkumpul kat sini.menu malam tu nasi lemak dengan bbq-lamb chop,ayam tandori,ikan siakap dan pari bakar.mulanya majlis nak buat kat luar rumah tapi memandangkan hujan malam tu,bakar aje buat kat luar tapi makan dalam rumah.
kek birthday mendapat tajaan daripada Kak Lang dan Kak Cikku. untung diaorang ni sebab beli satu kek je tapi kena share untuk 3 orang!majlis ni lebih untuk Sakinah lah.budakkan-dialah yang seronok!aku dan Kak Ngahku menumpang aje...hihi..
(aku lah- orang pertama dalam bulan satu)(Sakinah-orang ke2)(Kak Ngahku-54tahun-first time baru merasa tiup lilin!!!)(layan ajelah foto-foto keluarga ni)
bila dah selesai makan dengan pekena nasi lemak,ala mata pulak beratlah kan...nak drive balik ke KL...emmm...ngantuk...jadinya check inlah di sini.jadinya semua yang ada malam tu bermalam saja kat rumah Kak Ngahku.

tengahari semalam,bila dah makan tengahari barulah masing-masing pulang ke rumah masing-masing.untuk tuan rumah,terima kasih ye...bajet hotel anda memang super! tak ada air-cond,tak ada swimming pool tapi best ada breakfast,ada lunch dan siap tapau lagi...hihii..untuk yang lain-terima kasih daun keladi semuanya!

ALAHAI...

ISU KESELAMATAN FACEBOOK

Assalammualaikum semua...

semoga sihat semua hendaknya kalian di luar sana.untuk aku pulak-sejak malam tadi,kepala rasa begong sikit,tekat perit,selesama-agaknya penangan nak jadi demam tapi tak demam.sabo je lah...

nak bercakap pasal FACEBOOK.rasanya hampir semua orang ada akaun muka buku ni kan...budak yang tadika pun dah ada!gempak tak gempak tu...

pagi tadi aku mengikuti siaran MHI di TV3 mengenai Isu Keselamatan Dalam Dunia Siber Facebook.perbincangan tadi adalah lantaran daripada banyaknya pencerobohan terhadap ruang lingkup peribadi yang dapat diterjah oleh sesiapa sahaja pada masa kini.

yelah apa taknya,ada orang tak kenal,tiba-tiba nak request dengan kita dan tanpa kita perasan kononnya nak tunjuk kat semua yang kita ni ada friend list yang beratus@beribu,kita pun add mereka.sudahnya apa sahaja yang terpapar dalam facebook kita akan dapat diketahui oleh mereka yang tidak dikenali.

asal facebook ni memanglah tujuannya baik iaitu menghubungi atau menjejaki semula rangkaian kawan-kawan yang lama terpisah. macam aku sendiri,melalui Fb ini dapat kembali menjejaki kawan lama yang terpisah sejak habis darjah 6 dulu.seronok bukan main!

TETAPI apabila pendedahan,penyamaran,penipuan berlaku,rasanya tidak selamat kalau tidak berhati-hati.kadang-kadang kita tak perasan apa yang ditulis di wall atau bahan yang dipaparkan akan dimanupulasikan oleh orang lain atau pencerobohon akaun boleh berlaku.lupalah, ada saja manusia yang tidak berhati perut di sekelilingi kita...

ALAHAI...

Saturday, January 15, 2011

HARI TANPA BEG PLASTIK

Assalammualaikum semua...

salam hujung minggu moga gembira di hujung minggu ni.pada cikgu-cikgu tu, boleh le tarik nafas release tension kejap ye!

ni baru baru balik dari Giant-membeli persiapan yang dibuat BBQ petang nanti sempena birthday kami bertiga( aku,Sakinah dan Kak Ngahku).beli kambing,ikan,ayam,jajan-jajan sikit,yelah,macam biasa-persiapan menu ni memang bab aku lah!

bila kat kaunter bayar,budak kaunter tu tanya;
"akak nak plastik ke? sehelai 20 sen"
"o ye ke,dah kena charge lah sekarang? ingatnye kat Jusco je."(FOTO:GOOGLE.COM)kalau dah beli banyak kan,takkan nak pegang macam tu je,terpaksalah kena beli juga beg plastik tu.lepas ni kena save dalam memory-SABTU:HARI TANPA BEG PLASTIK DE SEMUA PASARAYA.kena bawa beg sendiri.

aku?menyokong penuh kempen macam ni.yelah kita tahukan penggunaan plastik yang banyak menyumbang kepada kadar pencemaran udara dan dan juga alam sekitar.bahan plastik ni lambat,makan masa bertahun@beribu untuk dia hancur dalam erti kata sebenar.

selain tu,ia dapat melatih rakyat kita supaya tak senang-senang nak buang plastik sesuka hati.kempen macam ni dah banyak dilaksanakan di negara maju.kalau kita nak maju,benda positif macam ni memang patut ikut!

ALAHAI...

KETANDUSAN NAMA KE?

Assalammualaikum semua...

tengah tengok movie tadi di TV3,alih-alih keluar pulak iklan KOPI JANDA...aduh aku rasa bukan baru ni iklan ni keluar.dulu dah ada dah.lepas tu bila orang bising-bising pasal namanya,maka ia senyap seketika.eh,la ni keluar balik nama KOPI JANDA.

hari ni punya iklan Kopi Janda memaparkan Si Anne Ngasri yang jadi dutanya,bagi aku pihak pengeluar sengaja mengeksploitasi nama ni dengan orangnya.entahlah...ni pandangan aku.mungkin duta tersebut tidak merasa apa-apa.

aku ni bukanlah peminum kopi (maaf kepada peminat kopi ini) namun pelik betul banyak-banyak nama,nama KOPI JANDA ni jugak yang nak dipakai oleh pengeluar syarikat ni.pelik betul aku.nak aje aku tanya; apa pentafsiran atau maksud yang ingin disampaikan oleh pengeluar? adakah sebagai menunjukkan JANDA tu orang yang sedap buatan kopinya-sehingga menyebabkan orang lelaki tergila-gila untuk mendapatkannya atau ingin merendahkan martabat janda itu sebagai kerjayanya buat kopi saja yang pandai atau yang lebih berbaur 18sx...atau apa?

paling aku tak suka dengar atau tak sedap telinga mendengarnya bila suara perempuan; "kopi janda bang..." aduh...

lagi satu,bila dah ada KOPI JANDA,ada pulak pasangannya-KOPI JANTAN pulak! belum lagi kedegaran kopi duda! hai,macam-macam.agaknya kalau si perempuan minum Kopi Janda dan yang lelakinya minum Kopi Jantan,apa jadi?(FOTO:GOOGLE.COM)
ALAHAI...

Friday, January 14, 2011

PASAL INTERLOK LAGI

Assalammualaikum semua...moga penghulu hari ini membawa berkat.

hari ni rasa nak mengulas juga pasal NOVEL INTERLOK walaupun aku belum berkesempatan mendapatkan naskah ini untuk dibaca isinya.

mulanya aku tak ambil pusing mengenai isu novel ini.ku anggap ia biasa-biasa saja.tapi 2-3 hari ni rupanya panas lagi karya(ihsan Google)
oleh Sasterawan Negara Datuk Abdullah Husein ini.karya yang dijadikan sebagai novel bacaan untuk subjek sastera di Negeri Sembilan, Selangor,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ini semakin ditekan dari segenap penjuru.walhal banyak lagi isu negara yang besar yang menuntut lebih banyak penglibatan dan perdebatan tetapi ini yang dijadikan isu.

yelah,apa nak heran.aku dulu pun belajar sastera jugak.masa tu kena baca Sejarah Melayu,Hikayat Hang Tuah,Nyanyi Sunyi dan ada lagi tapi sudah tak ku ingat namanya ...(memory lost la pulak...hihii).

semua karya ini aduhai bahasanya bukan setakat puitis dan kedegaran agak janggal di telinga tetapi tahap kesukaran untuk memahaminya juga agak melampau TETAPI tidak ada pihak yang mempertikainya ketika itu.

kesukaran bagi kami yang Melayu,begitu juga kepada rakan bukan Melayu seperti kawanku Logeswary,Shamini,Allagan(di mana kalian semua ye?)TETAPI masih tetap mahu membacanya dan juga mengkaji tentangnya.

jadi,aku kira bila novel INTERLOK ini dijadikan isu untuk mendesak Kementerian Pelajaran supaya mengedit mana-mana kenyataan yang dianggap rasis dalam novel tersebut,aku rasa adalah tidak wajar sama sekali!biarpun aku ini bukan sesiapa,tidak ada kuasa untuk bersuara TETAPI rasanya aku juga berhak bersuara.

bagiku janganlah dipolitikkan karya ini.karya ini bukan baru semalam ditulis TETAPI dah 40 tahun lebih! mengapa baru sekarang dianggap rasis dan entah apa-apa lagi...kesian pada penulisnya.cuba letakkan diri kita di tempat beliau hari ini.bangga?sedih?sakit hati?terhina? atau apa?geramnya aku dengan segelintir kelompok yang cuba menangguk di air keroh,cuba untuk menjadi hero yang tak kenal asal usul.

ALAHAI...

Thursday, January 13, 2011

BERTUAH-HABUAN SEBAGAI SEMANGAT!

Assalammualaikum semua...

"tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia tak ada manusia yang tahu" begitulah perumpamaan yang sesuai untuk diberikan kepada seramai 25 orang pemain dan jurulatih skuad bola sepak kebangsaan kita.
(SUMBER: KOSMO 13/1/2011)

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian insentif saham amanah serta wang tunai berjumlah RM65,000 setiap seorang kepada 25 pemain dan jurulatih skuad bola sepak kebangsaan yang menjuarai Piala Suzuki AFF pada bulan lepas.

“Setiap pemain dan jurulatih diberikan unit Amanah Saham Wawasan 2020 berjumlah RM50,000 yang bagaimanapun tidak boleh dikeluarkan sehingga tempoh 10 tahun,” kata Perdana Menteri ketika meraikan skuad itu di kediaman rasminya, Seri Perdana di Putrajaya semalam.

Pada majlis yang turut dihadiri Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan menteri-menteri Kabinet itu, Najib berkata, imbuhan wang tunai RM10,000 adalah daripada kerajaan dan RM5,000 lagi melalui Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) Majlis Sukan Negara (MSN).

Katanya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperuntukkan RM500,000 kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menaik taraf kemudahan gimnasium dan membina bilik sauna di Wisma FAM di Kelana Jaya bagi kemudahan pemain.

AKU? memanglah nilai duit sekadar dah semakin mengecil berbanding dahulu,tapi bagi akulah jangan dek kerana habuan yang besar ini membuatkan pasukan kita lupa diri,yelah orang kata macam tidur atas duit! sebaliknya,habuan ini harus dibalas dengan semangat yasng tinggi dan mutu permainan dipertingkatkan lagi.kalau dengan itu,orang tak kata,rakyat tak marah,peminat tak kecewa.

TETAPI, kalau habuan ini akan menyebabkan sebaliknya,maka itu aku rasaPALING TIDAK WAJAR SEKALI!!

ALAHAI...

9 TAHUN ANAK DARAKU

Assalammualaikum semua...

entri ini aku dedikasikan untuk kesayanganku dan kesejahteraanku-SAKINAH.SELAMAT HARI LAHIR KAK LONG YANG KE 9 TAHUN!

sekejap rasanya dia dah 9 tahun hari ni.masih terasa sakit melahirkan dia,penat lelah berjaga waktu malam melayan karenahnya dan hari ini dia dah besar panjang depan mata!

semenjak beradik ni,dia selalu tanya;sayangkah aku dengannya,apa kan tidak-setiap kali dia nak meleseh-leseh denganku,adik akan marahkan dia.adik akan menjerit tarik rambut dia.adik yang jeles kot.lepas tu dia akan cakap;
"apalah Kimi ni,ni mama Kak Long jugak.bukan Kimi punya mama sorang!
kak long nak manja dengan mama pun tak boleh..."
aduh...dah merajuk sorang, sorang lagi menangis...

aku? tentulah sayang kan dua-duanya.yelah kalau dulu 7 tahun sebelum beradik,dah tentu 100% perhatian atau apa sahaja terarah pada Sakinah sorang.namun kini kasih sayang macam dia nampak kena bahagi 2! begitu juga perhatian,kehendak atau sebagainya.

yelah,kadang-kadang tu,aku dan pakweku terpaksa membatalkan atau tidak mengikut kehendak dia disebabkan faktor adik yang menangis,adik dah tidur,adik dah buat hal...itulah rasanya dia katakan aku dan pakweku dah tak sayangkan dia sejak ada adik.

susahnya nak puaskan hati manusia ni kan waima anak sendiri ni.dah kita buat sebaiknya supaya tidak nampak bias tapi tetap kadang-kadang tu mengundang kontroversi.(ceh wah,macam AJL pulak-kontroversi!)

untuk Sakinah-mama,baba dan dik Kimi-semuanya sayangkan KAK LONG.mana dapat kak long yang cantik,bijak,pandai cakap,pandai make up....(ni sukalah dia ni)rajin,tapi kadang tu ada jugak M nya,-semua sayangkan SAKINAH tau tak?.HAPPY BIRTHDAY SAYANG.OUR LOVE IS FOR YOU!

ALAHAI...

Wednesday, January 12, 2011

WEAR RED=GET 1 FREE!

Assalammualaikum semua...

rasanya semua dah makan tengahari ye tak.nilah nak cerita pasal tengahari tadi dapat makan free kat Kenny Rogers di Jusco area rumah aku ni.sebelum tu memang dah masak kat rumah,yelah Sakinah balik sekolah agama dah tentu nak makan lepas tu nak pergi sekolah kebangsaan pulak.Kak Langku telefon;
"dik,jumpa kat Jusco pukul 1 ni.ko pakai baju merah tau.
Kimi pun ko pakaikan merah."
" ni apasal pulak?"
" ni lah dalam iklan hari ni,dekat Kennny Rogers,
buy 1 get 1 free tapi kena ada warna merah.Alang hari ni pakai
warna kuning la pulak.asal ada warna merah,baru boleh dapat ofer tu."
"oklah,lepas hantar Sakinah,bolehlah pegi.Alang beratur dulu.
sure lunch hour ni ramai orang."

lepas aje aku hantar Sakinah,aku pun pergilah jumpa Kak Langku di Jusco.(dua beranak ni dah pakai merah...hihii)sah,memang kena beratur.ramai orang.Kak Langku dah beratur awal.memang kena ada warna merah.tak kiralah lipstik ke,kasut,baju waima sapu tangan warna merah pun ok.janji ada merah baru boleh dapat ofer makan buy 1 get 1 free...(hidangan yang dipilih tadi) tapi sebenarnya tetap kena bayar...cuma bayar untuk satu hidangan saja...

ALAHAI...

SUSAHNYA DIA NAK MAKAN UBAT

Assalammualaikum semua...

balik sekolah petang semalam,Sakinah mengadu sakit perut.dia ni kalau 2@3 hari tak membuang,mulalah sakit perut.tu memang dah faham sangat dah.bila datang nak membuang tu mesti lebih dari sekali.jadinya aku ingat ala,sakit biasa dia tu la.

dah siap makan,dah sapu minyak Cap Kapak (ni minyak popular dalam famili aku!)tapi sakit lagi.aku cakap;
"ok lah,jom pergi klinik.bia Dr cek.baru tahu kenapa.ada makan yang selain daripada mama bekal ke?"
" tak adalah,Ina makan yang mama bekal tu lah."

lepas habis buat homework dah dekat 9.30 malam,aku pun bawaklah dia ke klinik.si kecik ni pun belum tidur lagi.selalu macam ni dah tidur.dia pun macam tahu-tahu je dapat naik keta.

dekat klinik pulak,aduh ramainya yang tak sihat.sambil tunggu tu,aku pun jampikanlah sikit kat perut dia...haha...jampi tu...

bila dapat turn jumpa Dr,Dr pun periksalah,tanya ada muntah ke tidak,ada cirit ke.kesimpulannya Dr kata sakit perut ni bukan disebabkan kolik atau pun food poisoning tapi kesan daripada demam dia hari tu-kemungkinan ada dinding otot yang membengkak.itu dah selesai.ni bab makan ubat pulak...

balik rumah,belum makan ubat lagi,tapi dah kembang-kembang tekak loya.bila suap je ubat kat mulut dia...bur...melambak muntah keluar.aduhai...sakit hati.ni memang peel dialah kalau time makan ubat.sekali lagi kasi makan, pun bur...lagi..sampai aku pun naik hangin lah! tanya dia; " nak sihat atau nak sakit? nak sihat kena makan ubat,kalau tak, tahan lah sakit tu".percubaan ketiga baru lepas.

nak tahu macam mana boleh lepas tu,sebelah tangan siap pegang epal,sebelah tangan lagi dengan gelas air ribena...mak oi, punyalah azab nak suruh makan ubat.aduhai Sakinah...dia kata ubat pahit...

ALAHAI...

Tuesday, January 11, 2011

KUASA MEMUJI

Assalammualaikum semua.

"cantiknya baju hari ni","sedap kari hari ni", "rambut baru?cantik!","nampak menawan" "wah,bagus laporan awak ni"...bla...bla..dan seumpamanya.

seronok tak kena puji? harus SERONOK kan! mahunya tidak,pastinya yang menerima pujian tu tersenyum lebar,hati berbunga takla menerima pujian.rasa terbang segala penat lelah dibawa angin lalu.maka itulah KUASA MEMUJI@POWER OF PRAISE.

kebetulan tadi aku menonton siaran Hot On TV2 bersama seorang pakar motivasi ni Prof Dr Mahaya(harap tak silap).beliau mengutarakan tajuk memuji ni lah.katanya,kalau kita selalu memberi pujian,ia bukan sahaja merangsang minda kita supaya berfikiran positif bahkan ia juga merangsang orang yang menerima pujian itu untuk membuat atau menghasilkan sesuatu yang lebih bagus dan bagus lagi.secara tidak langsung,kita ni mengubah seseorang ke arah kebaikan!

hasilnya,jika kita berpandangan pada semua orang dengan mata hati kita yang positif,maka orang juga akan berpandangan seumpama itu terhadap kita. katanya;WHAT YOU GIVE,THAT YOU GET!

cuba pulak kita praktikkan hari ini,memuji dengan seikhlasnya pada seseorang yang hampir dengan kita.selalunya pulak dalam bab suami isteri,bila isteri puji je sikit suami,suami pulak macam syak ada benda yang isteri nak.bila suami pulak puji isteri,isteri pulak rasa, alamak ada apa-apa ke ni?...hish...hish...

tak pe,lepas ni kita puji dengan cakap awal-awal; NI PUJIAN BUKAN ADA MAKNA APA-APA YE,TAPI MEMANG PUJIAN IKHLAS! tengok macam mana respon dia!

ALAHAI...

RAJUK DAN PUJUK

Assalammualaikum semua...

hari ni nak cakap pasal rajuk dan pujuk.entahlah,tiba-tiba hati ni sedikit merajuk dan tercuit dengan situasi dalam rumah ni...biasalahkan dalam rumahtangga pasti ada yang tercuit hati.bak kata orang sedangkan lidah lagi tergigit...inikan pula suami isteri-2 mahkluk yang mempunyai kepala otak yang berbeza...

bila tiap kali situasi yang tercuit itu berlaku,adakalanya hati akan menjauh,rasa merajuk,rasa ingin menyendiri seketika,membisu seketika supaya lega perasaan amarah,supaya yang berlaku tidak berpanjangan.

tapi sayangnya,di pihak satu lagi seakan tak faham atau buat-buat tak faham bahawasanya isterinya ini sedang merajuk dan nak kena PUJUK! aduh...susah nak faham ke...pujuk hati dia,mengaku apa yang salah,habis cerita! ni tidak...kita buat rajuk,dia pun rajuk sama! jadi siapa yang nak pujuk ni...dah jadi cerita P Ramlee...'siapa yang mati dulu ni?'

ALAHAI...

Monday, January 10, 2011

UCAPAN MAAF YANG MAHAL

pernah bertemu orang yang sukar nak lafazkan maaf?biasanya antara perempuan dan lelaki siapa yang sukar nak lafaz maaf? kenapa cakap pasal maaf hari ni?nilah gara-gara isu isteri ditetak oleh madunya.

entahlah,kadang-kadang kita ni sukar nak menilai orang lain.mungkin selama ini kita dah percaya pada orang,dah berikan hati pada orang atau sebagainya,tup-tup bila sesuatu hal,kita pulak menjadi mangsanya.

dalam keadaan yang sudah berlaku itu(situasi isteri ditetak madu),di mana peranan suami dan madu itu sendiri.kalau suami:adakah membiarkan berlaku? menyebelahi isteri kedua,lantaran sayang yang menebal? atau apa?mahu meminta maaf mewakili isteri tadi? rasanya....sukar sekali.madu pulak? nak kata apa? maaf? pun rasanya tidak.

M A A F satu perkataan pendek yang keramat, yang terlalu mahal untuk lidah melafazkannya.entahlah, manusia ini hatinya berbeza-beza biarpun miliki warna rambut yang sama.

ALAHAI...

PEMENANG BARU AJL 25

selamat pagi semua,selamat masuk ofis semua. tak kira lah ofis sebenar atau ofis yang satu tu...(dapur lah...)

sedikit review AJL part 2.nampaknya pilihan dan ramalanku tersasar.bagaimana ramalan anda?rasanya masa pengumuman pemenang tersebut,pastinya ada yang kata; 'tak sangkalah, dia menang? dan bla...bla...' yelah mana tidaknya,nama yang disebut tidak terkeluar tetapi satu nama baru yang terkeluar. ANA FAFFALI, satu nama baru....

mungkin dengan nama baru ini membawa satu anjakan dalam senario muzik kita.kalau sebelum ini kita hanya didendangkan dengan lagu cinta-cintun yang melalaikan atau liriknya yang tak tahu hujung pangkal,dengan nama baru ini kita beroleh sesuatu yang bagus.

apa-apa pun,persembahan malam tadi memang best.rata-rata yang bertanding menyiapkan diri dan props dengan baik sekali.pastinya persembahan Hanyut oleh Faizal Tahir memang satu yang kreatif dan dinamik.seakan ahli silap mata membuat persembahan!memang dia patut menang dengan persembahannya itu.

ALAHAI...

Sunday, January 9, 2011

SIAPA ANGKAT AJL 25?

ketika ini,rata-rata aku rasakan kalian sedang menyaksikan final Anugerah Lagu (AJL 25).walaupun pada siaran hujung minggunya jarang sekali berkesempatan untuk menontonnya,tapi bila sampai ke final barulah semua 'nampak' pada AJL ni.

malam ni,siapa yang bertuah untuk merangkul anugerah? untuk 4 persembahan awal yang sudah selesai,aku lebih kepada Yuna.tapi untuk keseluruhan,aku memang pilih Faizal Tahir dan Stacy untuk persembahan terbaik.entahlah,itu pada perkiraan aku.biasanya persembahan Faizal memang selalu ada yang luar biasa!pada kalian pulak,pastinya ada pilihan sendiri.kita tengok siapa yang menang malam ni.jangan jadi seperti yang lepas-lepas.rumah dah siap tapi pahat masih berbunyi dek kerana rasa tidak puashati terhadap keputusan...

aku? menang atau tidak pilihan aku,tiada bezanya.aku hanya meminati karya mereka walaupun mereka itu memang tidak kenal aku....hihii...

ALAHAI...

Saturday, January 8, 2011

SIHAT PILIH DAGING KAMBING

biasanya bila sebut daging kambing je, pastinya ada yang rasa takut nak makan.bukan apa,takut jadi punca darah tinggi lah pulak atau hipertasi.

tapi sebenarnya daripada yang aku baca dalam Mingguan Wanita 7-13 Jan 2011,daging kambing dikatakan lebih sihat daripada daging-daging yang lain.berikut kajian yang dibuat:
100 gram daging kambing =154 kalori,9.2mg lemak,3.6mg lemak jenuh
100 gram daging lembu =207 kalori,14mg lemak,51mg lemak jenuh.

daging kambing juga mempunyai sumber zat besi,vitamin B,kolin dan selenium yang terbaik yang menjadi zat penghalang kanser.

namun, ni ada jugak...lemak kambing mempunyai peratusan tinggi kolesterolnya berbanding daging ayam dan lembu.ni yang bimbangkan kitakan!tetapi kita masih boleh mengambilnya dengan daging kambing di bawah usia 6 bulan.(maknanya yang banyak koles tu ialah yang dah tua!)

jadi,kita masih boleh makan daging kambing TETAPI bukan lemaknya.dagingnya sangat sihat manakala lemaknya SANGAT JAHAT.sebelum masak,kena buang lemak-lemak tu dahulu.

ALAHAI...

PAK MENTERI PUNYA HAL

selamat berhujung minggu semua. inilah bahan yang aku google semalam lantaran berita yang ada keluar di suratkhabar dan tv.nak tahu hujung pangkal cerita .jadi ini yang aku dapat...bagi aku nilah adat orang politik-masing-masing mencari apa saja kelemahan untuk menjatuhkan orang lain apatah lagi dalam senario sekarang.

(SUMBER:MALAYSIA.MSN.COM)Malaysian minister denies maid rape rumours
A Malaysian minister on Tuesday angrily denied rumours circulating in the blogosphere that he had raped his Indonesian maid in 2007, describing the stories as "wild allegations".

"I refute the allegations, whether they are about raping any individual four years ago or any other allegation, raised by bloggers on the Internet or by any political entity," he said in a statement carried by state media.

Some of the online reports said that the allegations had featured in a diplomatic cable released by Internet-based whistleblower WikiLeaks, but no such document has been produced.

"The allegation of rape as published by the blogger has no connection whatsoever with the so-called WikiLeaks exposure," said Rais.

The veteran cabinet member and one-time foreign affairs minister said the "wild allegations" made in blogs and online news portals reports were libellous and politically motivated.

"I state readily that any report by anyone so far related to this matter should be investigated under the country's laws," he said, adding that he and his family members would cooperate with any investigation.

Friday, January 7, 2011

DOA DIMAKBULKAN

salam Jumaat untuk semua.moga yang baik-baik sahaja mengelilingi kita hari ini.tengahari tadi aku menonton satu siri baru di TV9 yang bersiaran pukul 11.30-12.30 tengahari iaitu Tanyalah Ustazah. sedikit info yang ingin aku sama-sama sharekan di sini berkaitan doa.

kata Ustazah tersebut-Ustazah Syarifah Hayati 3 golongan doa yang dimakbulkan ialah terdiri daripada:
1.doa daripada orang musafir-tetapi dengan niat musafir yang baiklah ye.
2.doa daripada orang yang dizalimi
3.doa daripada ibu dan bapa-yakni peranan kita untuk berdoa bagi
kesejahteraan,kejayaan,kebaikan untuk anak-anak kita.

satu yang menariknya di sini,kata beliau lagi;selain doa daripada ibu bapa yang cepat makbulnya,PUNCA REZEKI juga harus diambil berat agar doa termakbul.ada hubungannya antara punca rezeki dengan kemakbulan doa yang kita titipkan setiap hari tu sebenarnya!

jika punca rezeki agar kabur kehalalannya,maka sebab itulah doa agak susah atau lambat nak menjadi.wallah'hualam

ALAHAI...

BAWANG NAIK HARGA

pagi ni aku dengar berita menerusi Buletin Pagi berkenaan kenaikan harga bawang merah pulak!hai...lepas satu,satu yang naik.

menurut menteri KPDNKK, kenaikan barangan ini ialah sebanyak 50% bermakna sekali ganda.harga: bawang besar dulu 1 kg=RM6- kini RM12
bawang kecil dulu 1 kg=RM10-kini RM20.

melihat angka ni memang melampau! katanya lagi kenaikan ini disebabkan oleh pengeluar bawang di India mengalami masalah banjir.kini,kerajaan terpaksa pulak mengimport bawang-bawang dari Myanmar,Indonesia dan Pakistan.

harapnya tiada alasan lain pulak selepas ini.kesannya sudah tentu kepada penguasaha makanan dan tidak langsung kita ni yang mengurus hal-hal dapur...walaupun tak pakai banyak tapi turut terasa juga...

ALAHAI...

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala