pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Thursday, March 31, 2011

KEMBOJA PUTIH EP16-MASIH ADA YANG BELUM SELESAI...

Assalammualaikum semua...

petang tadi berkesempatan untuk menonton Kemboja Putih.episod terakhir untuk minggu ni.rasa akulah minggu depan tamatlah siri ni.sebabnya dah hampir semua yang terlibat dalam kemusnahan Kemboja telah menerima padah masing-masing.

setiap seorang yang terlibat sentiasa menerima gangguan hantu Kemboja.masing-masing telah cuba untuk kembali bertaubat daripada kesilapan lalu.

sementara itu,Ustaz Man yang membantu meredakan keadaan di kampung tersebut berpendapat, bahawa gangguan hantu Kemboja ini seakan-akan memberi isyarat kepada orang kampung terhadap apa yang telah berlaku kepadanya.cumanya mereka masih tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku itu.apatah lagi,Amar masih belum mampu untuk menjadi 'dirinya' kembali.dia masih dengan dunia yang diciptanya bersama Kemboja...bersambung.

AKU?hutang tetap dituntut...

ALAHAI...

LEMPENG PISANG KELAPA BUAH HATIKU

Assalammualaikum semua...

bila hati susah ni,macam-macam teragak nak makan.bukak peti ais ada pulak lebih pisang emas kesukaan Hakimi ni.apa lagi,terus terpikir nak buat lempeng pisang.

kalau kat kedai biasanya seringgit sekeping diaorang jual.kat bawah rumah ni pun memang ada pokok pisang,jadinya menjadilah plan aku petang ni ha.

senang je.bancuhannya macam buat cekodok pisang je,cuma tambahkan sedikit kelapa parut.kalau dapat yang agak muda lagi sedappp...ni stok yang aku ada ni dah tua lah sikit...

leperkan adunan di atas daun pisang seperti inisapu-sapukan dengan sedikit minyak.tunggu bila daun pisang tersebut dah agak garing barulah diterbalikkan sebelahnya.dalam 5 minit dah masak.tu je.makan sementara masih panas ni dengan secawan teh...satu bancuhan aku tadi dapatlah 3 keping.makan untuk 2 beranak petang ni sambil tonton Kemboja Putih.

ALAHAI...

YANG KECIK NI JUGA YANG KENA?

Assalammualaikum semua...panjang daripada biasa entri aku hari ini.

ni nak citer tragedi semalam yang menimpa aku.dek kerana tu,hilang mood seketika-terkejut punya pasal-ambil masa untuk meredakan perasaan.huhu...sampai kan Kemboja Putih pun semalam terlepas.

tengari semalam dalam pukul 12.30 aku ke Bank Islam di Jalan Wangsa Perdana(dekat dengan Wangsa Walk).kat sini rata-rata kereta parking double line.yelah dah bangunan businesskan,memang crowded sikit area ni.aku pun double parking jugaklah.sebelum keluar aku letakkan no handpohe aku di atas dashboard kereta,kot-kot ada sesiapa nak keluar nanti boleh call aku.

nak dijadikan cerita...aku keluar dari bank tersebut dalam pukul 1.20++ gitu,dah ada pulak surat 'cinta' DBKL.aduhhhhhhhhhhhh.yang musykil tu kereta aku ni yang tengah-tengah kena.depan aku,belakang aku,hujung tak pulak.aku yang kancil ni lak yang kena.kereta depan dan belakang aku adalah kereta yang sama masa aku datang tadi lagi.lain-lain tu semua kereta besar!masa ni pulak,camera tak bawak.jika ada memang dah snap gambar kat tempat kejadian.surat cinta aku tu tertulis: masa 12:50:23pm
KESALAHAN: kedudukan atau keadaan kenderana mungkin atau menyebabkan bahaya,halangan atau kesusahan tidak diduga kepada pengguna jalan lain.

tu dah satu hal-aku pergilah mencari tempat nak bayarlah kompaun tu.tanya orang,katanya di Sri Rampai dekat dengan bangunan imegresen.pergilah aku.cuaca panas pulak tu.kesian Hakimi panas dia.aircond pun dah tak rasa sejuk...

dah jumpa tempatnya,parking pulak susah kat sini.area cina,lepas tu pulak banyak kedai makan,memang jem dibuatnya.pusing 2 kali baru dapat parking.bila sampai kerani perempuan tu kata aku kena bayar RM150.kalau nak tawar atau nak buat aduan kena pergi pulak ke ibu pejabat di Pekeliling sana.aduhhhhh sekali lagi...

balik rumah sekejap,nak sembahyang zohor.tengok jam baru pukul 2.30.ingat aku memang lepas ni aku nak ke Pekeliling pulak.elok-elok nak keluar,Kak Cikku pulak datang rumah.dia tengok aku dah muka letih ni,dialah offer nak bawak aku pergi.syukur.tidak memang penat aku bekejar aku nak pergi.pejabat tutup pukul 4.30.

sampai sana,kata mereka aku memang kena bayar RM150 tu tapi aku nak buat aduan sekali kenapa kompaun dibuat tak kepada semua? tu yang aku pelik tu? ada ke kompaun dikenakan main pilih-pilih pulak...aku pergi ke bahagian penguatkuasa undang-undang.kata yang bertugas,kompaun tidak boleh tawar menawar lagi.tapi kalau nak buat aduan aku kena pulak ke bahagian aduan awam.

pergi pulak ke blok B untuk membuat aduan awam.masa aku kat sini jam dah hampir pukul 4.petugas-petugas pun macam dalam keadaan yang dah 'ready' nak punch-card balik je.tapi adalah yang sudi melayan aduan aku ni-iaitu En Kamaruzzaman.aku tengok kat uniform dia ada 3 calit.sarjan agaknya.aku pun cerita lah balik apa yang dah berlaku dan dia pun mencatatkan laporan aku.aku memang dah tak boleh nak tulis.cerita memang boleh.nilah 1st time aku kena macam ni.dia kata,aduan aku ni akan disemak dan surat akan dikeluarkan untuk pengetahuan dan tindakan aku selanjutnya.tengok apa kata surat tu berhubung status aku nanti.

hah,letihnya.satu badan rasa penat.penat dengan hal tu satu hal lah.penat drive lagi.penat nak usung kecik aku ni ke sana ke mari...tu yang semalam terus pengsan...

malamnya bila aku ceritakan dekat pakweku,dia kata;
" awak bayar jelah.siapa kita nak bising-bising.bukti pun tak ada.setakat cakap saja walaupun awak betul tapi tak ada saksi tak guna jugak.nanti tak pasal-pasal lain pulak yang diaorang nak charge awak."

AKU?akan tunggu dulu dalam masa seminggu ni nak tengok perkembangan aduan aku macam mana.rasanya aku kena tukar kancil aku ni kepada kuda atau gajah supaya orang takut kat aku ye? hahaha....

ALAHAI...

Wednesday, March 30, 2011

5 PERKARA DEDAH PADA SERANGAN JANTUNG

Assalammualaikum semua...moga sihat hendaknya

sedikit info yang ingin dikongsi bersama.dalam seharian kita menjaga pemakanan dengan baik,kadar kolesterol yang normal namun ia masih belum menjamin kita daripada berisiko penyakit jantung.(foto oleh GOOGLE.COM)serangan penyakit ini dikatakan secara senyap dan pada peringat awal sukar dikesan namun ada 5 amalan di bawah ini yang mendedahkan kita kepada risiko serangan jantung.

1.MEMPUNYAI PENYAKIT KULIT
keadaan kulit merah dan bersisik adalah penyumbang kepada mudahnya diserang kardiovaskular iaitu sama risikonya seperti merokok.

2.KURANG TIDUR
tidur kurang dari 5 jam atau kurang daripada itu mendedahkan risiko 2 kali ganda terhadap serangan jantung.

3.PENYAKIT GUSI
jangkitan bakteria pada gusi dan penyakit perodontal berisiko 2 kali ganda untuk mendapat serangan jantung fatal

4.KOMPLIKASI KEHAMILAN
tekanan darah tinggi dan protein dalam urin atau dikenali sebagai komplikasi pre eklampsia menggadakan risiko terhadapnya.

5.TEKANAN TEMPAT KERJA
tekanan di tempat kerja dan sekiranya tidak dapat dikawal berisiko 40% lebih kepada risiko ini.

*sumber-Mingguan Wanita Mac 2011

AKU? moga kita semua sihat-selalu hendaknya dan dijauhkan daripada segala kemudaratan.amin...

ALAHAI...

Tuesday, March 29, 2011

KEMBOJA PUTIH EP14-BIARKAN DIA AMAN

Assalammualaikum semua...

untuk episod petang tadi-orang kampung mula membantu membersihkan kawasan rumah Amar di samping membuat bacaan Yassin di rumahnya.usaha ini dibuat supaya dapat memulihkan Amar dan dalam masa yang sama berharap agar roh Kemboja tidak mengganggu lagi.

keadaan Amar yang semakin teruk memaksa kepada usaha bersepadu orang kampung untuk memulihkannya.pun begitu,hantu Kemboja masih tetap menghantui sesiapa sahaja yang pernah menyakitinya dahulu.lepas seorang,seorang pasti terkena rasukannya.datangnya dengan dendam yang belum selesai terhadap mereka yang pernah bersalah pada dirinya dan keluarga.

ada di antara penduduk kampung mengaitkan kejadian aneh yang berlaku di kampung tersebut kerana Amar membela hantu.hantu Kemboja yang bagi Amar itu adalah Kembojanya yang masih hidup tetapi tidak diterima oleh orang kampung waima ibu bapanya sendiri....bersambung...

AKU?sukarnya untuk melepaskan orang tersayang pergi...

ALAHAI...

KALAU DAH NAMANYA LELAKI...LELAKI JUGA

Assalammualaikum semua...

bila bercakap pasal lelaki perempuan ni,macam-macam perangai,sikap,hobi yang tidak mungkin sama.kalau ada pun menaruh minat yang sama,sangatlah tipis bilangannya.

minat memancing?ni memang hobi kaum lelaki.tetapi tidak aku nafikan orang perempuan pun ada juga yang mempunyai minat serupa ini.aku pulak?boleh pancing,boleh bubuhkan umpan,boleh baling tapi tidaklah sampai fanatik.tapi pakweku? ni memang minat dia seadik beradik dia.kalau 5 beradik yang kesemuanya lelaki ni berkumpul memang tak ada lainlah yang diplankan melainkan mancing dan mancing!

sejak baba dia jauh,Hakimi tak ada kawan lelaki.hari-hari tengok muka aku dan kak long dia.hujung minggu pulak nampak muka perempuan lagi-Kak Lang dan Kak Cikku.tak tahu apa permainan nak kasi dia.basikal dah beli,bola pun ada tapi dek sebab semua perempuan,dia pun macam boring.

semalam aku belikan dia set mancing mainan punye.ni gara-gara tengok pertandingan memancing Ahad lepas.wah,bukan main dia action 'menarik ikan'.aduh...kalau dah namanya lelaki kan,mainan lelaki juga yang dekat di hati...hihii...

ALAHAI...

Monday, March 28, 2011

KEMBOJA PUTIH EP13-HIDUPKU UNTUK DIA

Assalammualaikum semua...

soroton untuk petang tadi-keadaan semakin parah apabila Amar masih 'hidup' dengan isterinya sehinggakan makanan yang dimakan pun dikatakan Kemboja yang masak.apa yang dimakan sudah tidak dipedulikan waima ia sudah berulat sekali pun.dek kerana itu,orang kampung mula mempersoalkan kewarasannya.

apatah lagi,bila dia datang mengejutkan orang kampung untuk meminta tolong kononnya Kemboja sudah sampai masa untuk bersalin.dalam duninya berdua,Kemboja telah selamat melahirkan anak mereka seorang perempuan yang bernama Kasih.sebenarnya yang disangka anak itu hanyalah sebongkah kayu mati yang siap dibalut kain seakan menyerupai seorang bayi.Amar masih dalam dunia yang diciptanya sendiri.

dalam pada itu,Kemboja hadir untuk meminta tolong kepada Ajib(budak yang rapat dengan Amar) bagi membantunya dan Amar...bersambung

AKU?hanya kekuatan DIA sahaja yang mampu mengubah keadaan.lemahnya kita pada DIA,memang akan memberi kesan

ALAHAI...

SEBULAN SUDAH BERLALU...CINTA DAN RINDU TETAP BERSATU


Assalammualaikum semua...

hari ini genap sebulan sudah kami menjadi pasangan suami isteri jarak jauh.namun dek karana adanya teknologi masa kini,maka dapat aku dan anak-anak menatap wajahnya,mendengar suaranya dan berkongsi serba sedikit cerita.al hamdulillah.

kalau selama ini kami berempat beserta 2 ekor kucing di rumah,kini tinggal aku anak beranak dengan kucing aku yang masih sama jumlahnya.meneruskan rutin seharian macam biasa cuma bagi aku sendiri,sedikit bertambah kerja-kerja rumah yang hendak dibuat.

maklumlah,sebelum ini ada kerja yang memang menjadi tugas dia,kini aku yang ambil alih.siapa yang ada anak kecil pastinya tahukan betapa penat seharian di rumah melayan karenah mereka.sekejap dia nak makan,sekejap nak mandi,sekejap main air,bersepah,tumpah sana sini, macam-macam....(macam itu jugakkah kita dulu-dulu? terima kasih untuk arwah mak...)

bukan untuk mengungkit sekadar menjelaskan keadaan.(redha itu aku harapkan...AMIN) ramai yang kata suri rumah ni kerjanya enteng!tak macam kerja di ofis...aduh...siapalah yang berfirian cetek begitu?

banyak-banyak kerja,KERJA nilah yang tak ada hujungnya.sejak bangun pagi sampai nak tutup mata ada je kerjanya.sampaikan dalam tidur pun otak masih berputar nak fikir-"nak buat breakfast apa esok?/cili dah blend ke belum?esok nak masak apa lunch?...bla...bla...sebab itulah dia selalu pesan kat aku;

"buat mana yang awak larat je.lain-lain tu tinggalkan.nanti saya buat.
masak simple pun tak pe,asal boleh makan.tu yang penting awak
dapat jaga Sakinah dan Hakimi."

kadang tu,bila time menyusukan Hakimi tulah aku terlelap sekejap.ni kalau tak kejut memang terus lena,jadinya kerja yang masih tertinggal dialah yang buat.al hamdulillah,dia tak berat tulang nak buat kerja basuh pinggan,basuh baju,iron baju waima lipat baju jugak!al hamdulillah.tu yang bila time datangnya 'angin' tu,istigfar balik -nak marah-marah dia juga yang tolong aku.

bila dia duduk jauh ni,memang aku terasa sangat.selalu dia dapat membantuku,tapi kini semua di pundakku.tapi orang kata; 'alah bisa tegal biasa' YES!!! pastinya aku akan menjadi biasa selepas-selepas ini.

AKU? walaupun berhubungan jarak jauh namun cinta dan rindu ini sentiasa bersatu dan sentiasa segar bugar...moga Allah lindungi aku dan anak-anak di sini dan dia di sana.amin...

ALAHAI...

Sunday, March 27, 2011

SETENGAH HARI DI TASIK TITIWANGSA

Assalammualaikum semua...

ke mana agaknya kalian semua hari ini ye?pastinya bersama aktiviti famili,melayan karenah anak juga suami? hihii...atau pun happy hour bersama teman seperjuangan.apa yang penting bersama orang tersayang kan!

untuk aku anak beranak pulak,hari nilah baru BERJAYANYA program untuk membawa anak-anak bermain di Tasik Titiwangsa.pagi tadi pukul 7.30 dah keluar dari rumah.Kak Lang dan Kak Cikku memang dah 'check in' kat rumah aku sejak Jumaat malam lagi.program pagi ni nak ikut senamrobik yang start pukul 8 pagi! sambil tu boleh Sakinah dan Hakimi main basikal.dah banyak minggu plan tapi tak menjadi.baru minggu ni menjadi!

senamrobik ni memang diadakan setiap Ahad bermula jam 8 pagi hingga 9.30.tapi kalau yang dah tak larat tu bolehlah keluar barisan...hihii...macam aku memang tak masuk barisan.sajalah suka-suka sambil melayan kecik aku ni.dia bukan nak joint pun,leka nak buat benda lain...dek kerana kesungguhan bermain,sampai tercabut pulak tapak kasut..aduh...ni Kak Lang akulah...(kasut minta tukar baru...)tengah syok-syok bersenam robik,kasut lak buat hal.

sejak semalam rupanya di Tasik Titiwangsa ni telah berlangsungnya Karnival Belia Gemilang 1 Malaysia.jadinya,pelbagai program telah diadakan di sini.suasana pun memang happening dengan barisan gerai daripada kanan,minuman,pakaian,aksesori,kesihatan,insuran,pameran kucing,(kucing ni pun dasat tempat tidur dia...)kucing-kucing di sini ada yang hanya untuk dipamerkan sahaja,ada juga untuk dijual dan nak diberikan free saja pun ada.aku tak lah.dah cukup dah 2 ekor tu kat rumah.pameran kereta,permainan dan macam-macam lagi.(Sakinah mencuba KMX)ni kereta untuk melawa jelah.jadi tempat kami ni berposing aje lah.

apa taknya,kereta di sini telah mengalami suntikan modal yang berjumlah dalam pulahan ribu untuk membeli aksesori.aku ada bertanya dengan seorang pemilik kereta ni-katanya body dan aksesori -RM 30ribu... ni lom masuk enjin dan sebagainya...entahlah,rasa aku mereka ni bukan sebarangan poketnya.pastinya poketnya itu tebal supaya boleh buat penambahbaikan kereta.kalau poketbiasa,lupakan saja ye.jadi macam aku sefamili ni-posing aje dengan deretan kereta lawa di sini...hihiii

selain tu,hari ni juga ada pertandingan memancing sempena karnival ni lah.memang betul ramai orang.selalu taklah macam ni.pertandingan ni je yang aku tak update sebab tiada penyertaan di kalangan kami.

kiranya setengah harilah kami di sini.penat juga tapi budak-budak ni seronok,kira berbaloilah.

ALAHAI...

ORANG KAMPUNG DATANG

Assalammualaikum semua...

tak sangka pulak petang semalam mak dan abah mertua berserta iparku Mamat sefamili datang menziarah aku abak beranak.mereka sampai di sini pukul 4 petang dan malam tadi jugak mereka balik.

yelah,sejak pakweku tak ada ni memang aku pun tak balik kampung.biasanya cukup bulan je bila time gaji memang balik kampung.bulan ni kira sebulanlah aku tak balik.walaupun tak balik tapi kami tetap berhubungan melalui telefon.kadang tu aku telefon mereka,kadang tu mereka pulak telefon aku di sini.

apa yang aku jamu mereka semalam?ingatnya nak bawak pergi makan luar,tapi iparku pulak tak nak.jadinya aku order sahaja KFC...sebelum tu mertua dah bawak lauk pauk dari kampung.sambal petai...aduh memang sedap...

AKU? terharu rasanya bila ada orang ingat.terima kasih untuk kalian semua.

ALAHAI...

Saturday, March 26, 2011

3YEAR OLD BOY IN CHINA WEIGHS NINE STONE

Assalammualaikum semua...selamat berhujung minggu dengan orang tersayang.

hari ni ada yang keluar shopping,tengok wayang (HMM),pergi makan-makan...oh ye,cakap pasal makan,ni ada satu artikel semalam yang aku jumpa dalam internet pasal budak yang suka makan.makan dengan tak padan umur dia.(By ANI)

London, March 23 (ANI): A three-year-old boy in China, who weighs nine stone, is giving a tough time to his parents. Lu Hao is dangerously overweight, and at 9st 6lb is five times as heavy as other boys his age.

He is getting so big his family are frightened of him - and have given up trying to stop the youngster from gorging on huge plates of ribs and rice.
His parents claim he throws vicious tantrums if he doesn't get third or fourth helpings of dinner.

"We have to let him be as if we don't feed him he will cry non-stop," the Sun quoted mum Chen Huan from Dashan, Guangdong Province, as saying.She said she has tried to cut down his meals in the past, but despite her best efforts he still managed to put on whopping 1.5st in the last year alone.

He has already been banned from nursery over fears his size might be a danger to other children, and usually plays alone at home.Moving around is becoming tougher and tougher for the toddler, whose weight means he gets out of breath easily.

Ironically when Lu Hao was born he was underweight, at 5.7lbs, but he started piling on the pounds at three months old, and hasn't stopped since.
dad, Lu Yuncheng, who struggles to pick him up, said:
"His appetite is so good that for a meal he can eat three big bowls of rice, even larger than I and his mother." (ANI)

AKU? hish...tak mahulah jadi macam tu.memang baby nampak comel tapi bahaya!penyakit tak kenal usia,pangkat dan siapa kita...mintak dijauhkan...

ALAHAI...

Friday, March 25, 2011

KERANA REZEKI MASUK NERAKA?

Assalammualaikum untuk semua...salam Jumaat,moga keberkatan dan baik-baik sahaja hari ini.

sedikit perkongsiaan yang aku dengar daripada siaran Al Hidayah di TV3 tengahari tadi oleh Ustaz Muhammad Abdullah,berkenaan dengan rezeki yang boleh membawa kita ke neraka.*peringatan untuk diri sendiri dan untuk semua.

terdapat 7 PERANGKAP REZEKI YANG MEMBAWA KE NERAKA:
1. RIBA
2.GHARAR-sesuatu yang tidak pasti puncanya
3.RASUAH
4.CURI
5.PENIPUAN
6.IHTIQAR-hasil monopoli terhadap sesuatu dengan tujuan untuk mendapat keuntungan di kemudian hari-contohnya: sorok tepung,dengan tujuan bila harga naik nanti boleh jual.maka keuntungan daripada itu dipanggil IHTIQAR
7.UPAH YANG HARAM-khususnya daripada sesuatu pekerjaan-contoh:sebagai pembunuh upahan.

manakala ciri rezeki yang tidak berkat itu dapat dilihat daripada keadaan seperti ini:
1.hidup tak membuat kebaikan
2.hidup dalam keadaan tidak tenang selalu
3.hidup sentiasa berasa tidak sukup sahaja

sebaliknya ciri dikurniakan rezeki yang berkat pula ialah:
1. hidup semakin kaya
2. hidup semakin senang
3. hidup dalam tenang
4. berasa cukup semuanya
golongan ini mempunyai 2 prinsip:-
1: jika tiada-rasa reda
2: jika ada -rasa bersyukur

BAGAIMANA NAK DAPAT REZEKI BERKAT?
1.pekerjaan mengikut syarak
2.pekerjaan dilakukan dengan cara/kaedah yang betul
3.pekerjaan tidak membawa kepada lupanya kepada rukun Islam dan rukun iman.

AKU?al hamdulillah.cukup apa yang ada.tak terlebih,tak terkurang.moga DIA memberkati semuanya yang diberi.amin...

ALAHAI...

Thursday, March 24, 2011

KEMBOJA PUTIH EP12-SEMUA MENJADI HARU

Assalammualikum semua...

sedikit soroton untuk episod kali ini yang terakhir untuk minggu ini.keadaan di kampung semakin teruk diganggu oleh hantu Kemboja yang masih belum aman.penduduk menyalahkan Amar yang bertanggungjwab kepada keadaan yang berlaku.

salah seorang rakan Zali iaitu Nuar telah mati sewaktu sedang memancing dipercayai dibunuh oleh hantu Kemboja tersebut.mereka menyalahkan Amar kerana masih 'berdamping' dengan Kemboja,lantaran itu banyak kejadian aneh berlaku ke atas orang kampung.

dalam pada itu,Amar masih tetap berjanji setianya untuk hidup semati dengan Kemboja.padanya,Kemboja masih hidup.ornag lain yang tak nampak.ornag lain yang sengaja menuduh bukan-bukan kepadanya...bersambung...

AKU?payahnya kalau hati tidak melepaskan...

ALAHAI...

PISANG TANDUK DENGAN SAMBAL KICAP

Assalammualaikum semua...

cuaca yang sejuk-sejuk ni memang mendorong kepada 2 aktiviti sama ada tidur atau makan atau kedua-duanya sekali.hihii...

petang ni,kunyah-kunyahku 2 beranak ialah PISANG TANDUK GORENG DENGAN SAMBAL KICAP.pisang ni betul-betul aku beli sebiji je dengan harga RM2.yelah,cukuplah makan untuk 2 beranak.ni pun goreng separuh je,separuh lagi nak goreng malam nanti.sebut pasal sambal kicap ni,selalunya orang sebelah Johor yang selalu makan macam ni.entahlah,aku dulu pun tak biasa,tapi bila dah berkahwin mertua selalu buat macam ni.pakweku pun suka.tiap kali kalau goreng pisang je,memang ada sambal kicap.(teringat pulak dekat pakweku...hihii)

sambal kicap ni senang je.ni kalau ikut aku sorang makan:
cili padi sikit(ikut suka),
seulas bawang putih
sedikit gula
- ditumbuk bersama tak pun kalau "rajin" guna belakang sudu,pecah-pecahkan je.
- lepas tu campur dengan sedikit kicap.kacau.dah siap.cicahlah pisang tadi atau apa je yang goreng-keledek,sukun...dengan sambal kicap ni.

*selamat minum petang untuk semua

ALAHAI...

KEMBOJA PUTIH EP11-DIA TETAP DATANG

Assalammualaikum semua...bagaimana cuaca di tempat anda? di tempatku ini,sejak subuh tadi hingga kini masih renyai-renyai...syoknya kalau bermalas-malas...hihii

(foto oleh GOOGLE.COM)sedikit ringkasan Kemboja Putih untuk semalam.rasa macam tak lama lagi habislah cerita ni...apa taknya,semua kawan Zali dah menerima gangguan hantu Kemboja.ada yang tiba-tiba meraung dalam tidur,meracau dek kerana rasukan yang masuk ke dalam diri mereka.

gangguan hantu Kemboja hanya merasuk kepada mereka yang pernah mengganggu hidupnya sahaja.penduduk kampung mula mengambil langkah berjaga malam yang kononnya untuk menjaga keselamatan penduduk.tapi menurut seorang ustaz di sini(lakonan Ejam Medicine),gangguan hantu Kemboja kerana mereka yang terlibat itu ada berbuat tak baik kepada kehidupan Kemboja.

hantu Kemboja tetap datang,seumpama hidup dalam dunia suaminya Amar,lantas menjadikan Amar seperti tidak seperti dirinya yang dulu...bersambung...

AKU?kenapa manusia sanggup susahkan hidup orang semata untuk kesenangan diri sendiri...

ALAHAI...

Wednesday, March 23, 2011

KU SANGKA SUAMINYA,RUPANYA DIA YANG BUAT...

Assalammualaikum semua...

aduh kalut betul aku hari ni.semalam paip air kat toilet aku ni menitisnya pelan-pelan je..tap..tap..tap..benda ni dah jadi lama dah tapi taklah aku ambik actionnya konon bolehlah tunggu lagi.kadang-kadang tu dia ok,kadang-kadang tu je yang jadi balik.

nak dijadikan cerita,malam tadi dia dah buat hal.bukan setitis dua yang keluar,dah banyak pulak.sekejap je baldi yang ada di bawahnya dah penuh.kata Sakinah;

"ma,rumah kita nak banjir ke ma?"
"taklah.pai ni memang dah tenat dah.nanti mama kunci paip dia dulu,
esok tengok macam mana."

tengahari tadi aku ketuk pintu jiran-nak mintak suami dia tolong tengokkan apa yang patut.kata dia;
"ala Su,abang mana tahu.kejap lagi akak datang tengokkan"
hah? dia yang nak buat...macam tak percaya je kan...

betul,kejap tu dia datang dengan spanar hidupnya.dia pun mulalah bukak kepala paip aku tu.aduh...memang keras betul.yelah dulu tangan lelaki yang buat.tahu-tahu jelah kan...pusing punya pusing huh,baru dapat.ni pulak satu kes lagi...mana pulak aku nak tutupkan air yang keluar ni.duduk di apartment,banyak pulak meter dan paipnya...aduh..nilah aku yang tak pernah nak ambik tahu mana sendiri punya paip.sudahnya basah kuyup kak Badar...kesian dia...

last-last,baru teringat bil air.tengok no meter.baru tahu sendiri punya.apa lagi.tutup kuat-kuat.lepas tu tutup pulak satu lagi meter yang masuk ke tangki...macam-macam.

bila berjaya bukak kepala paip tadi,kak Badar bawak benda tu ke kedai hardware.dia kata senang nak tunjuk dengan cina tu nanti,apa yang rosak.

sekejap tu dia balik.dia bawakkan satu benda ni...benda nilah yang rosak.kak Badar lah yang tolong baiki paip aku ...bukannya suami dia...

AKU?syukur pada MU Ya ALLAH hadirkan aku seorang yang boleh menyelesaikan masalahku hari ini.lepas ni sendiri kena ingat.kena ambik tahu serba sikit pasal benda repair-repair ni...huhu

ALAHAI...

Tuesday, March 22, 2011

KEMBOJA PUTIH EP10-DI MATAKU ADA KAMU

Assalammualaikum semua...

petang tadi punya sinopsis untuk Kemboja Putih.- bagi Amar,Kemboja isterinya sentiasa berada di sisinya.biar orang kata isterinya itu sudah meninggal dunia namun dia percaya bahawa isterinya masih hidup.baginya,Kemboja sentiasa di depan matanya.

Zali,masih tetap diganggu dengan jelmaan hantu Kemboja tak kira sama ada malam mahu pun siang.tapi dia tetap cuba mempengaruhi kawan-kawannya supaya tidak gentar dengan hantu Kemboja tersebut dan masih tidak mahu mengakui kesalahannya dengan Amar walaupun ada di antara kawannya sudah pun menyesal.

hantu Kemboja mengacau kepada sesiapa yang pernah bersalah dan menyusahkan hidupnya dahulu.jelmaannya untuk menuntut bela...bersambung...

AKU?siapa yang tak sayang bini kan?kalau isteri pulak,siapa yang tak sayang suami kan...biar hilang di mata,jangan di hati...

ALAHAI...

ANAK-ANAK,KITALAH CERMINNYA

Assalammualaikum semua...

sedikit perkongsian untuk ingatan diri ini yang sering terlepas pandang dan juga untuk kalian di luar sana•

Jika anak hidup dalam kekasaran, dia akan belajar melawan orang lain;

Jika anak hidup dalam kritikan, dia akan belajar menyalahkan orang lain;

Jika anak hidup dalam galakan, dia akan belajar menjadi yakin;

Jika anak hidup dalam pujian, dia akan belajar menghargai;

Jika anak hidup dalam kemesraan, dia akan belajar menyayangi diri &
orang lain...(SUZANA GHAZALI)

AKU?baik-buruknya anak di mata orang adalah kerana diri ini yang jadi mak ayahnya.moga Allah jadikan anak-anak kami insan yang berguna di dunia dan akhirat.amin.

KEMBOJA PUTIH EP9-BUAT SALAH MEMANG TAK TENANG

Assalammualaikum semua...

lambat 1 hari nak updata cerita Kemboja Putih.tak larat semalam.hujan pulak tu,memang best je rasanya nak bermalas-malasan.

oklah episod kali ini banyak berkisar mengenai Zali dan kunco-kunconya.biasalah kan,bila dah buat salah mestilah terima balasannya.sekarang,hantu Kemboja mengacau setiap daripada mereka semata-mata kerana perbuatan yang mereka telah lakukan dulu.

lepas sorang,sorang diganggu oleh Kemboja sehinggakan penduduk kampung mula merasa tidak selesa dengan keadaan tersebut.peliknya,hantu Kemboja hanya mengganggu mereka yang pernah buat salah dengannya sahaja,tidak mengganggu orang lain.

ikhtiar cuba dilakukan untuk memulihkan Amar kembali seperti sediakala dengan berjumpa bomoh.sayangnya bomoh ni adalah daripada spesis yang suka mengambil kesempatan.lagaknya sama seperti cerita bomoh memperdayakan mangsanya yang selalu keluar dalam akhbar tu.tapi nasib baik tak terjadi apa-apa kepada 2 orang makcik ni....bersambung...

AKU?kalau dah buat salah,memang sukar nak rasa tenang...

ALAHAI...

Monday, March 21, 2011

NASIB LIBYA HARI INI

Assalamualaikum semua...

keengganan Muammar Gaddafi mengundurkan jawatannya sebagai Presiden Libya yang sudah 42 tahun memerintah akhirnya mengundang kepada campurtangan kuasa asing.kedatangan kuasa asing yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis(tentera bersekutu) telah merubah sama sekali keadaan Libya hari ini.

semalam,pasukan tentera bersekutu ini telah pun melancarkan 112 peluru berpandu Tomahawk ke arah 20 sasaran di kawasan pantai Libya.turut mengalami kesannya ialah Benghazi yang merupakan bandar kedua terbesar Libya.bandar ini merupakan kubu kuat pemberontak yang ingin Gaddafi berundur.bagi pemberontak dalam negara tersebut,kedatangan tentera bersekutu ini dijangka mengubah momentum untuk memihak kepada mereka selepas tentera Gaddafi mampu menyingkir mereka daripada beberapa bandar di sini.

serangan daripada tentera bersekutu ini adalah campur tangan ketenteraan antarabangsa terbesar di rantau Arab sejak pencerobohan ke atas Iraq pada 2003.

AKU?jangan mudah percaya dan suka hati dengan kedatangan orang luar yang kononnya akan membatu kita,sebenarnya mereka itulah DALANG,MUSUH yang akan memakan kita akhirnya.kedatangan mereka bukanlah bertujuan untuk membantu SEMATA tetapi bak kata pepatah "serampang 2 mata". semuanya ada makna... bukan nak tolong saja...

lihat sahaja di Iraq-semasa zaman rejim Saddam-betapa pada mulanya,rakyat Iraq bergembira bila tentera AS masuk ke sana.kononnya mereka itu akan memberi dimensi baru kepada negara Iraq tapi akhirnya...bagaimana Iraq sekarang? habis madu,sepah dibuang...

ALAHAI...

BILA YB PUN MAKAN DI BAWAH KHEMAH YANG SAMA...

Assalammualaikum semua...

semalam aku pergi ke rumah orang kawin.ikut kakakku yang 2 orang nilah.kalau aku saja,tak pergilah aku.rasanya ni majlis kawin yang terakhirlah sempena cuti sekolah ni.apa taknya,kebanyakkan daripada kita selalu nak mengadakan majlis pada cuti sekolah.

apa yang menarik majlis semalam?nilah nak cerita.sedang makan,nampaklah kelibat YB Shaari Sungit bersama isteri datang ke sini.tanpa diiringi 'escot' atau sebarang pengumuman rasmi mahupun sambutan yang agak 'luar biasa',beliau hadir dengan begitu selamba.kalau kalian yang tak kenal YB ni,beliau ialah ADUN HULU KELANG(PAS).

mungkin dek kerana status kepartiannya itu,maka kedatangannya tidak begitu nampak istimewa sebalinya macam biasa-biasa sahaja.beliau makan di bawah khemah yang sama,duduk di kerusi kebanyakkan jua,makan lauk yang sama,beratur macam orang biasa nak ambil makanan cuma yang bezanya air beliau dihidangkan dalam jug tidak macam orang lain yang kena beratur ambik air.itu sahaja bezanya...

lepas makan,sempat sekejap aku bergambar dengan beliau sekadar untuk tatapan kalian.isteri beliau juga macam orang biasa.bila diminta untuk bergambar,isterinya terlebih dahulu berdiri di samping suaminya.(satu cara yang berhemah untuk mengelakkan fitnah orang...sekarang macam-macam boleh buatkan...)AKU?memang lain-jauh bezanya kalau yang datang itu dari parti BN.pastinya sudah lain rupanya.bukan gaya sahaja lain,sambutannya juga lain...macam-macam orang ada...

ALAHAI...

ISNIN YANG SIBUK

Assalammualaikum semua...

hari ni sekolah dibuka semula,bermakna kalian yang serupa aku akan 'masuk ofis' jugaklah ye...

pagi ni je,aku dah start kerja-hantar Sakinah ke sekolah agama dan sekejap lagi nak jemput dia pulak.rehat 1 jam setengah,hantar balik ke sekolah kebangsaan.
jam 6.40 petang nanti akan jemput dia balik.lepas tu hantar pulak ke KUMON.1 jam lepas tu jemput balik...aduh...

memang Isnin hari yang sibuk dan penat jugaklah.keluar-masuk rumah je.apa-apa pun demi anak,apa sahaja sanggup kan...

ALAHAI...

Saturday, March 19, 2011

PERGI RUMAH ORANG KAWIN

Assalammualaikum semua...selamat berhujung minggu.moga hujung minggu ini akan memberi seribu kebahagian buat kalian seisi keluarga.

ke mana hari ni?aku baru balik dari pasar tani.sejak pakweku tak ada,akulah yang kena pergi. ni aku dah siap nak tunggu 2 orang kakakku ambik kami ni ha untuk ke rumah orang kawin.kalau diikutkan aku,memang malas nak pergi.tapi diorang ni dah ajak lagi pun yang kawin ni kawan Kak Langku,jadi oklah.

petang nanati pulak,macam biasa nak hantar Sakinah ke Swatari.macam tulah rutin hujung minggu aku.

ok,nanti aku cerita ceriti lagi....

ALAHAI...

Friday, March 18, 2011

SENDIRI BUAT KERJA UNTUK PECAH LEMAK

Assalammualaikum semua...

sedar tak sedar dah sampai ke hujung cuti sekolah dah pun.tinggal lagi 2 hari untuk 'bermanja-manjakan diri' ...(ni untuk Sakinah lah!) sebelum sekolah dibuka semula.pastinya jadual kembali sibuk dan penat...biasalah kan..

untuk aku pulak hari ni? hari menyiapkan semua kerja yang dulu bukan rutinku,tapi kini menjadi rutin kerjaku pulak.apa kerja tu? agha...kerja mengosok baju sekolah! kerja ni dah lama aku tak buat waima gosok bajuku sendiri.sejak lepas kahwin,kerja-kerja mengosok ni sudah diambil alih oleh pakweku.yelah,kalau kita buat dia komplen,baik biarkan dia buat sendiri.hihi...

la ni bila dia tak ada,aku kenalah pegang balik iron untuk menggosok.bukan tu je,mula pegang vakum yang selama ni dia yang buat.biasanya ni lah kerja yang menjadi rutin dia.pakweku kata;

"kalau rasa tak larat nak buat,panggil je cleaner Indon kat area rumah ni
buatkan..."

AKU? emmm ...tak lah.biarlah aku buat semua kerja tu.pecah lemak aku jugak sekarang ni.tu lah dah selama ni orang lain buatkan,sekarang ni semua kena buat seorang.memang terasa ketiadaannya di sini.

ALAHAI...

Thursday, March 17, 2011

SUAMI DIA AJE YANG TERBAIK?

Assalammualaikum semua...

apa pasal pulak entri tajuk cam gini?hihi...aku baru pergi ke BeautifulNara tadi,pastu jumpa pulak artikel ni,terpanggil pulak aku nak share dengan kalian semua.mood? tak puas hati pulak rasanya...hihii
“Datin Tiara Jacquelina – Saya Bertuah Mempunyai Suami Seperti Datuk Effendi

Apabila keluar cerita-cerita yang Maya Karin bercinta dengan suami Datin Tiara Jacquelina, Datuk Effendi dunia hiburan agak kecoh sebentar. Maya Karin sudah pun menafikan kisah ini. Dan semalam Datin Tiara berkata yang dia langsung tidak mempercayai gosip sebegitu. Katanya:-
“Saya merasakan sayalah wanita paling bertuah mempunyai suami yang baik. Saya rasa tak ada suami dalam dunia yang mencintai isterinya sebaik suami saya “Tentu kembang semangkuk Datuk Effendi dipuji oleh isterinya. Kadang-kala sebagai seorang isteri memang perlu lontarkan pujian kepada sang suami. Baru terasa dihargai. Tak gitu? Semoga rumah tangga Datin Tiara dan Datuk Effendi berkekalan sehingga akhir hayat.

AKU?suamiku pun terbaik jugak,bahkan aku percaya suami kalian-kalian juga kan?bukan suami dia je.suami dia ada tak basuh pinggan makan sendiri?ada tak pegang penyapu ke mop ke?ada iron baju?dan bla..bla..lagi?rasanya TIDAK.sebab? ada bibik yang buatkan.jadinya SUAMI KITALAH YANG TERBAIK!

ALAHAI...

KEMBOJA PUTIH EP8-DIA TETAP DATANG

Assalammualaikum semua...

sedutan episod terakhir untuk minggu ini.(tak pastilah aku kalau ada yang ikuti siri ini atau tidak)roh Kemboja masih terus 'hidup' bersama Amar tak kira siang atau malam,tak kira di mana jua.Amar masih melihat Kemboja hidup dengannya walaupun orang melihat perbuatan Amar itu sudah sampai ke tahap nak menjadi gila.

keadaan Amar memang sudah jauh berbeza.keadaan tidak terurus,bercakap seorang diri seakan ada Kemboja di sisinya,makan makanan yang sudah lama kononnya Kemboja yang masak.segalanya dia merasa Kemboja tetap ada bersamanya.

Zali pulak,masih tetap didatangi oleh hantu Kemboja untuk membalas dendam terhadap perbuatannya.bahkan hari ini,bukan setakat Zali sahaja yang diganggu,sebaliknya rakan dan orang yang ada hubung kait dengan Zali juga diganggu....bersambung minggu hadapan...

AKU? sukarnya mahu menerima kehilangan orang tersayang dan setiap perbuatan jahat itu/dosa masa lampau memang sentiasa menghantui kita seandainya kita tidak kembali kepadaNYA.

KESAN BEG TANGAN BERAT BUKAN HARI INI TAPI...

Assalammualikum semua...

berkongsi daripada apa yang aku dengar dalam WHI tengahari tadi.sebagai seorang wanita,kita tak lari dengan membawa beg tangan.semua sukakan.beg tangan ni ibarat teman seiring kitalah.kalau tak bawak tu rasa macam ada yang kureng!bagi sebahagian orang,pilihan beg tangan dibuat dengan pelbagai aspek.ada yang mengutamakan jenama,warna,kesesuaian,saiz dan sebagainya.bagi aku sendiri bukanlah follower jenama yang menggila.sekadar mengikut kemampuan seperti pepatah kata ukur baju di badan sendiri! ha,itulah aku.tapi yang penting mesti beg tu mesti luas di dalamnya yang senang untuk masuk semua barang!kalian bagaimana?

sudah semestinya beg yang besar dan berat itu mempunyai kesan risikonya pada jangka masa panjang.menurut pakar tadi,beg tangan yang berat apabila disandang di bahu dalam jangka masa lama,memang boleh memberi risiko.

antaranya sakit bahu,lenguh-lenguh badan dan mengganggu kepada kesimbangan postur badan dan tidak mustahil membawa kepada sakit tulang belakang. adalah lebih baik,selang selikan bahu untuk membawanya selepas 10 minit, tak pun agak bila dah lenguh tu tukarlah bahu lain pulak.

AKU? memang penuh macam-macam dalam beg tangan ni.sampaikan kata pakweku;tikus masuk masuk pun boleh sesat nak cari jalan keluar...hahaha...tapi lepas ni memang kena buat clearence!

ALAHAI...

Wednesday, March 16, 2011

KEMBOJA PUTIH EP7 -KEHADIRANMU MENGGANGGUKU

Assalammualaikum semua...

macam biasa soroton slot legenda petang tadi Ep7.walau pun Kemboja sudah mati namun Amar masih merasa isterinya itu ada di sisinya.puas dipujuk oleh kedua orang ibu bapanya untuk kembali tinggal bersama,namun Amar menolak.semata-mata dek kerana dia merasakan Kemboja masih hidup dan ada selalu di sampingnya.

dia seorang sahaja yang nampak akan Kemboja sehinggakan dia sudah tidak menjadi dirinya lagi.sering bercakap seorang seakan bercakap bersama isterinya itu.terlalu hebat panahan mental dan emosinya akibat kematian Kemboja.

Zali pulak,sering kali didatangi dengan mimpi Kemboja.sampaikan dia membuat cerita kononnya hantu Kemboja telah menyusahkan hidup orang kampung.walhal Kemboja tu datang dekat dia saja.seterusnya...bersambung...

AKU?susah juga kalau kita tak kuat semangat untuk menerima ketiadaan orang tersayang.akibatnya,makan diri sendiri...

ALAHAI...

BUAT PASPORT,MANA SATU AKU NAK TENGOK NI...

Assalammualaikum semua...

hari ni punya projek,buat pasport untuk aku 3 beranak.pagi tadi pukul 10 dah keluar rumah.masa ni hujan renyai-renyai.dalam hati berdoa janganlah hujan lebat,nanti nak cari parking pun dah sure masalah sikit.

al hamdulillah,sampai di Imegresen Wangsa Maju tadi,hujan pun dah reda sikit.parking pulak dapat betul-betul depan pejabat ni.memang rezeki hari ni.baru nak park kereta,enjin pun belum matikan lagi,dah datang 'aso' tua ni tanya;

"mau ambik gambar pasport ka?"
"yelah."
"sini mari angkat.saya kasi lu 4 keping 8 ringgit." sambil nak memayungkan
aku dengan Hakimi.
"lagi diskaun tak ada? ni saya 3 orang nak ambik gambar ni, 6 ringgit
boleh?"(cuba nasiblah...)
" ok,oklah...6 ringgit.mari,mari.."

kalau nak tahu,kat sini rupanya macam-macam gaya orang nak suruh kita datang ambik gambar di kedai mereka.pokok pangkalnya,kita jangan mudah tergoda.boleh tawar menawar tentang harga tu...hihii...

untuk gambar aku dapat RM6 untuk 4 keping,jadinya untuk 3 orang = RM18.Hakimi ni pulak,bila time dia nak ambik gambar,dia pulak woaaaaaa...hasilnya gambar emm...monyok je.hish..hish..

disebabkan aku dah siapkan borang dari rumah lagi,maka aku dapatlah kaunter ekpress untuk kanak-kanak.walaupun ekspress,tapi lama jugaklah nak menunggu.orang? emm..tak boleh cakap.ramai sangat!nilah satunya,bila kita sorang nak handle budak-budak ni.sekejap je dia dalam zon bertenang,lepas tuu..dia buatlah macam-macam pandai dia! aduh penat nak melayan dia.nak tengok no giliran lagi,nak tengokkan dia lagi...kak long? emm..dah tak larat nak jaga adik...mama jelah.sementara nak tunggu pasport siap dalam 1 jam,aku bawaklah 2 beradik ni pergi makan.tak larat nak duduk lama-lama kat sini.elok-elok pakai sandal dah nak dibukaknya,elok-elok duduk diam,dah berlari sana sini...dukung dah tak nak.habis makan,datang balik-pasport pun siap.tak payah tunggu-tunggu lagi.AKU? pasport dah ada,tak tahu bila nak guna ni...hihii

ALAHAI...

Tuesday, March 15, 2011

AQUARIA KLCC,HIMPUNAN HIDUPAN LAUT 'LIVE'

Assalammualaikum semua...

tengahari tadi,aku ke Aquaria KLCC dengan bertemankan 2 beradik ni.mula rasa macam malas jugak.yelah penat berjaga malam jadi burung hantu...rasanya nak lepak je kat rumah.pagi tadi dah berbasikal dengan diorang ni kat taman.tapi bila Sakinah kata; 'ala ma,ari tu mama kata nak pergi Aquaria,jomlah hari ni pergi'.pergi jugaklah kan...

tu pun dah tengahari baru keluar.apa taknya dah penat main kat taman,nak tidurkan Hakimi dulu.kena kasi "cinta" dulu.nanti taklah dia meragam kat sana!

Aquaria KLCC,sapa yang rasa nak datang sini dinasihatkan janganlah berkasut tinggi.bukan apa,kalau parking kereta dalam KLCC tak apalah tapi kalau naik train,berjalan dalam KLCC tu ke Aquaria...aduhhhh...punya jauh.penat sungguh!aku memang dah tahu ni.duluuu (lama ni) dah pergi sekali.memang jauh nak berjalan.jadinya sebelum keluar rumah tadi dah pesan kat Sakinah pakai sport shoes.Hakimi pulak aku dudukkan dalam stroller.mamanya tak laratlah nak dukung...

di Aquaria ni,kita boleh melihat pelbagai spesies ikan atau pun hidupan laut yang pelbagai rupa dan saiz.pastinya ikan yang menjadi daya tarikan bagi kami ialah ikan arapaima-saiznya fuh memang besar apatah lagi kilauan sisiknya yang kemerah-merahan itu memang membuatkan dia glamour dalam lensa kamera para pengunjung.

menarik juga di sini ialah laluan dalam terowong sepanjang 90m.di sini bagai merasa diri seperti berada di dasar laut dengan sekeliling kita dihampiri oleh ikan seperti jerung,ikan pari 'giant',penyu,belut laut dan ratusan ekor ikan lain memang sangat teruja!bukanlah melihat ikan sahaja di sini.ada juga hidupan lain yang dipamerkan seperti kitaran hidup katak,hidupan coral laut,obor-obor,kuda laut,spesis ular dan sebagainya yang selama ini mampu tengok menerusi buku dan national geografi tapi di Aquaria,dapat tengok 'live'.ada tu boleh juga disentuh oleh para pengunjung.(Sakinah dan obor-obor)bergambar di sini memang tak ada masalah.poselah banyak mana yang suka.apa yang penting tidak boleh menggunakan flash.jadinya kalian tengok sendirilah foto-fotoku di sini.tapi ada jugak yang aku snap dengan flash.hihi...(salah aku kan?) yelah,tak ada flash,gambar jadi tak cantik.layan ajelah ye...(ni dah mula buat hal...dah letih)INFO:

AQUARIA KLCC
tiket: dewasa = RM 35
kanak-kanak = RM 25 (3-12thn)
-untuk cenderahati? sediakan duit sahaja.memang macam-macam ada dijual di Atlantis Souvenir Store.

AKU? cukup satu fridge magnet(ni kesukaan aku)dan sebatang pen untuk Sakinah.apa yang penting?berjaya tunaikan permintaan anak-anak.(dia pun nak pilih jugak...)ALAHAI...

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala