pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Sunday, March 27, 2011

SETENGAH HARI DI TASIK TITIWANGSA

Assalammualaikum semua...

ke mana agaknya kalian semua hari ini ye?pastinya bersama aktiviti famili,melayan karenah anak juga suami? hihii...atau pun happy hour bersama teman seperjuangan.apa yang penting bersama orang tersayang kan!

untuk aku anak beranak pulak,hari nilah baru BERJAYANYA program untuk membawa anak-anak bermain di Tasik Titiwangsa.pagi tadi pukul 7.30 dah keluar dari rumah.Kak Lang dan Kak Cikku memang dah 'check in' kat rumah aku sejak Jumaat malam lagi.program pagi ni nak ikut senamrobik yang start pukul 8 pagi! sambil tu boleh Sakinah dan Hakimi main basikal.dah banyak minggu plan tapi tak menjadi.baru minggu ni menjadi!

senamrobik ni memang diadakan setiap Ahad bermula jam 8 pagi hingga 9.30.tapi kalau yang dah tak larat tu bolehlah keluar barisan...hihii...macam aku memang tak masuk barisan.sajalah suka-suka sambil melayan kecik aku ni.dia bukan nak joint pun,leka nak buat benda lain...dek kerana kesungguhan bermain,sampai tercabut pulak tapak kasut..aduh...ni Kak Lang akulah...(kasut minta tukar baru...)tengah syok-syok bersenam robik,kasut lak buat hal.

sejak semalam rupanya di Tasik Titiwangsa ni telah berlangsungnya Karnival Belia Gemilang 1 Malaysia.jadinya,pelbagai program telah diadakan di sini.suasana pun memang happening dengan barisan gerai daripada kanan,minuman,pakaian,aksesori,kesihatan,insuran,pameran kucing,(kucing ni pun dasat tempat tidur dia...)kucing-kucing di sini ada yang hanya untuk dipamerkan sahaja,ada juga untuk dijual dan nak diberikan free saja pun ada.aku tak lah.dah cukup dah 2 ekor tu kat rumah.pameran kereta,permainan dan macam-macam lagi.(Sakinah mencuba KMX)ni kereta untuk melawa jelah.jadi tempat kami ni berposing aje lah.

apa taknya,kereta di sini telah mengalami suntikan modal yang berjumlah dalam pulahan ribu untuk membeli aksesori.aku ada bertanya dengan seorang pemilik kereta ni-katanya body dan aksesori -RM 30ribu... ni lom masuk enjin dan sebagainya...entahlah,rasa aku mereka ni bukan sebarangan poketnya.pastinya poketnya itu tebal supaya boleh buat penambahbaikan kereta.kalau poketbiasa,lupakan saja ye.jadi macam aku sefamili ni-posing aje dengan deretan kereta lawa di sini...hihiii

selain tu,hari ni juga ada pertandingan memancing sempena karnival ni lah.memang betul ramai orang.selalu taklah macam ni.pertandingan ni je yang aku tak update sebab tiada penyertaan di kalangan kami.

kiranya setengah harilah kami di sini.penat juga tapi budak-budak ni seronok,kira berbaloilah.

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala