pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Wednesday, March 16, 2011

BUAT PASPORT,MANA SATU AKU NAK TENGOK NI...

Assalammualaikum semua...

hari ni punya projek,buat pasport untuk aku 3 beranak.pagi tadi pukul 10 dah keluar rumah.masa ni hujan renyai-renyai.dalam hati berdoa janganlah hujan lebat,nanti nak cari parking pun dah sure masalah sikit.

al hamdulillah,sampai di Imegresen Wangsa Maju tadi,hujan pun dah reda sikit.parking pulak dapat betul-betul depan pejabat ni.memang rezeki hari ni.baru nak park kereta,enjin pun belum matikan lagi,dah datang 'aso' tua ni tanya;

"mau ambik gambar pasport ka?"
"yelah."
"sini mari angkat.saya kasi lu 4 keping 8 ringgit." sambil nak memayungkan
aku dengan Hakimi.
"lagi diskaun tak ada? ni saya 3 orang nak ambik gambar ni, 6 ringgit
boleh?"(cuba nasiblah...)
" ok,oklah...6 ringgit.mari,mari.."

kalau nak tahu,kat sini rupanya macam-macam gaya orang nak suruh kita datang ambik gambar di kedai mereka.pokok pangkalnya,kita jangan mudah tergoda.boleh tawar menawar tentang harga tu...hihii...

untuk gambar aku dapat RM6 untuk 4 keping,jadinya untuk 3 orang = RM18.Hakimi ni pulak,bila time dia nak ambik gambar,dia pulak woaaaaaa...hasilnya gambar emm...monyok je.hish..hish..

disebabkan aku dah siapkan borang dari rumah lagi,maka aku dapatlah kaunter ekpress untuk kanak-kanak.walaupun ekspress,tapi lama jugaklah nak menunggu.orang? emm..tak boleh cakap.ramai sangat!nilah satunya,bila kita sorang nak handle budak-budak ni.sekejap je dia dalam zon bertenang,lepas tuu..dia buatlah macam-macam pandai dia! aduh penat nak melayan dia.nak tengok no giliran lagi,nak tengokkan dia lagi...kak long? emm..dah tak larat nak jaga adik...mama jelah.sementara nak tunggu pasport siap dalam 1 jam,aku bawaklah 2 beradik ni pergi makan.tak larat nak duduk lama-lama kat sini.elok-elok pakai sandal dah nak dibukaknya,elok-elok duduk diam,dah berlari sana sini...dukung dah tak nak.habis makan,datang balik-pasport pun siap.tak payah tunggu-tunggu lagi.AKU? pasport dah ada,tak tahu bila nak guna ni...hihii

ALAHAI...

5 comments:

  1. wah
    ramainya orang nak buat passport

    ReplyDelete
  2. last 2 week hubby p renew passport hari ahad, orang tak ramai langsung..maybe ramai yang tak tau lagi imigresen buka utk buat passport hari sabtu dan ahad :)

    ReplyDelete
  3. hans: mmg pun.rasanya tmpt ni mmg ramai jelah org tiap hari.semua nk jalan....hihii

    chik na: o ye ke? alamak saya ketinggalan k/api ni..tak pun k/pi dh gosak.tak tahu langsung info ni.penat lah td dok ramai2 kt sna.tq chik na ur info

    ReplyDelete
  4. RM 6 utk 4 keping... murah tu. Kat tmpt saya dah RM 10.hu,hu..

    ReplyDelete
  5. nieda: hihi..ha tu lah,kira rezeki saya smlm tu al hamdulillah..

    ReplyDelete

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala