pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Tuesday, November 30, 2010

GALERIA PERDANA...sejarah TUN M

satu lagi tempat sejarah yang kami pergi hujung minggu lepas ialah di GALERIA PERDANA atau Sri Perdana.merupakan rumah kediaman mantan Perdana Menteri kita Tun Dr Mahathir Mohamad dan famili dari tahun 1983 sehingga 1999 sebelum berpindah ke Putrajaya.(PERSEKITARAN DARI LUAR)pembukaan galeri ini telah dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri kita,Tun Abdullah Ahmad Bidawi.terletak di Jalan Terengganu off Jalan Damansara.dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 10 pagi hingga 5.30 petang dan masuk adalah percuma.

(PEMANDANGAN LUAR RUMAH)apa yang menarik?melihat sendiri bagaimana keadaan rumah pemimpin negara,hiasan dalaman juga cerita cerita Tun M di samping tugas dan keluarga.

kita dapat menghayati jasa,melihat sejarah,sumbangan dan perjuangan beliau selaku Perdana Menteri selama 22 tahun.

ruang dalam bilik masih dikekalkan seperti dulu dengan perabot dan hiasan dalamannya di samping lanskap di luar masih dikekalkan seperti dahulu.

sayangnya di dalam galeri ini,rakaman foto tidak dibenarkan.jadi aku sekadar dapat merakamkan gambar di luar sahaja.

banyak yang dapat dilihat di sini-ruang utama yang menerima tetamu sama ada dari dalam dan luar negara,ruang pejabat dan bacaan Tun,ruang makan keluarga dan tetamu,bilik tidur Tun dan anak-anak beliau di samping rangkuman foto-foto Tun dan isteri semasa melakukan tugasan negara dan juga foto-foto personel.

(ANAK BUAHKU BERGAYA DENGAN SALAH SATU MOTORSIKAL BERKUASA BESAR YANG DIMILIKI OLEH TUN)pendek kata,banyak yang dapat dilihat di sini tambahan lokasi kedudukan galeri ini yang terletak agak privasi dengan persekitaran yang mendamaikan.kalian boleh datang sendiri untuk melihat apa yang aku ceritakan di sini.
ALAHAI...

MUZIUM NEGARA...lama nya dah tak pergi

salam ketemu kembali,semalam off sekejap dari membuka laptop ni-nak cover rehat...hihiii..ni baru bertenaga kembali.cerita pasal berjalan seharian pada Ahad yang lepas, ingat nak ke MAHA tetapi dari laporan yang diperolehi-jalan jem!parking jauh...nampaknya cansellah.risau dan penat jugak lah nak 'menapak; kalau parking jauh nanti apatah lagi sekarang tiap petang hujan...jadinya hari tersebut kami mengambil keputusan untuk melawat ke tampat bersejarah iaitu MUZIUM NEGARA dan GALERIA PERDANA.

MUZIUM NEGARA? arr..agak-agaknya bila kali terakhir kita semua ke sini? emmm....masa sekolah dulu? dah tentu tulah jawapannya.ye tak? samalah macam aku jugak, dah ingat bila last datang sini...alahai...

Muzium Negara dibawah kelolaan Jabatan Muzium Malaysia terletak di Jalan Damansara 50566 Kuala Lumpur.sebuah bangunan yang bercirikan seni bina Melayu tradisional.

ketika ini sedang berlangsungnya pameran tenun Pahang Diraja di samping pameran yang memang dah sedia ada di sini.dibuka bermula pada jam 9 pagi hingga 6 petang.mengenakan bayaran masuk sebanyak RM2 untuk seorang dewasadan percuma untuk kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.

sempena cuti sekolah ni,memang ramai keluarga yang datang membawa anak masing-masing.bukan sahaja untuk ditunjukkan kepada anak-anak bahkan untuk pengetahuan diri sendiri jugak!

hari tu aku pergi dengan membawa 2 orang anak buahku-Syamil dan Syukri sekali.diaorang ni pergi Sunway Lagoon tapi sekarang kan musim hujan tiap petang kat Kl,nanti tak puas pulak nak main...em...postpone dulu ye! jadinya hari ni kita tengok sejarah lah.bagusnya kalau pergi ke sini-jangan tergesa-gesa nak pergi ke tempat lain pulak.banyak benda yang boleh dibuat dan diambil tahu sejarahnya.

terdapat 3 bahagian besar untuk ruangan pameran di sini.dari zaman pra sejarah,kehidupan manusia di zaman batu, penjajahan sehinggalah era negara kita masa kini semuanya ditempatkan di bawah satu entiti.(HANG TUAH:TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA)(NASKAH AL QURAN TULISAN TANGAN YANG TERAWAL)untuk kanak-kanak, selain melihat pameran, boleh juga mencuba kuiz,bermain sendiri permainan tradisional yang disediakan seperti congkok,batu seremban,caper, dan lain-lain.(ADA YANG NAK JADI ANGKASAWAN)pendek kata,kunjungan ke sini memang tak merugikan.kemudahan sperti surau, cafe ada disediakan di sini.baiknya bawak bekal...biasalah harga di sini...kalau datang beramai afdalnya bawak bekal lagi bagus.ada pondok-pondak untuk keluarga berehat di sini.(MAKAN TIME-MEE GORENG)
rasanya memang berbaloi datang ke Muzium Negara.mereka yang belum tu,meh lah datang...

ALAHAI...

Sunday, November 28, 2010

SUKIDA RESORT...SEMUA HAPPY

salam pagi Ahad.nilah nak cerita ceriti pasal aktiviti seharian semalam.memenuhi permintaan Sakinah dan tiga orang anak buah ku yang nak pergi memancing.tengokkan Hakimi pun beransur sihat(NI FAVOURITE DIA MAIN AIR DAN UDANG...) tapi tetap kena makan ubat lagi,jadinya pagi semalam,kami sefamili pun pergilah ke Sukida Resort,Semenyih.

kali ni ahli majlis memancing bertambah 3 orang baru-iaitu 3 orang anak buahku dan kak langku sendiri.Dia ni kira baru first timelah ikut aku dalam aktiviti mancing dan piknik-piknik ni.(BARANG BEKALAN)datang kat sini bukan bertujuan semata nak mancing tapi lebih kepada happy hour bersama famili dan acara makan-makan.(STANBY KHEMAH UNTUK BERCINTA DENGAN HAKIMI')biasalah kalu keluar outing je, bekalan makanan harus dibawa....hihii...kali ni bekalku kira 'up' sikit ...apataknya ada asam pedas tetel,sambal kerang,ayam goreng dan kat sini aku buat kerang rebus dan goreng ikan. sorang anak buah aku yang tak pegang pancing.saja nak rilek-rilek je... cuaca semalam ok di sebelah pagi dan tengah hari tetapi menjelang petang dalam pukul 3 petang,hujan turun seketika.syukur tempat yang kami duduk ni berbumbung jadinya tugas memancing masih tetap berjalan.

paling setia ialah kak lang ku ni-dia tetap maintain dengan joran 'manual' dia walaupun hujan dah turun.seronok orang baru pegang pancing..hihii...(NI PULAK ANAK BUAHKU-SI ALONG NI YANG KEJAP-KEJAP DAPAT IKAN-ikan talapia je lah...tapi ok)keseluruhannya petang semalam, semua orang happy.ikan dapat taklah banyak sangat-ambik dalam sekilo saja.ikan dikira dengan sekilo RM5.00.paling happy Sakinah-dapat ikan besar punye...ikan pacu.tapi kena lepaskan semula.ikan ni memang tak dibenarkan tangkap tapi puas hatilah dapat rasa tarik ikan dan bergambar!nasib baik jugak pancing rod tak ilang dalam air...tarikan ikan pacu ni memang dasyat...(MASA NAK TARIK IKAN PACU)(SESI POSE...)aktiviti selesai pukul 7 malam.jangan risau-kemudahan surau ada disediakan.kepada yang nak bermalam kat sini pun ok sebab ada kemudahan chalet disediakan.lepas balik ni terus ke sate Kajang...entri ni akan dimasukkan kemudian.

apa pulak plan hari ni?emm....

ALAHAI...

Saturday, November 27, 2010

AIKIDO-seni pertahanan diri

salam hujung minggu.ke mana agaknya hujung minggu ni? ke MAHA Serdang? ke pertunjukkan kucing di PICC Putrajaya atau ke mana?aku pulak, pagi ni nak ke Sukida,Semenyih untuk melepskan hajat Sakinah nak memancing!melihatkan keadaan Hakimi dah beransur sihat barulah boleh merealisasikan janji dengan Sakinah.entri ini akan ku kongsikan kemudian.

entri hari ni berkaitan dengan seni mempertahankan diri.sebenarnya dah lama nak masukkan cerita ni tapi ada je cerita lain yang overtake.tapi hari ni kena cerita jugak lah...hihiii

kat rumah aku ni, 2 anak beranak ni (pakweku dan Sakinah)memang dah lama joint in dalam AIKIDO. pakweku sekarang dah black belt dan boleh jadi cikgulah sekarang dan Sakinah pulak baru warna hijau.aku? huh...dah berwarna warni tali pinggang aku...hahaha.....aku? taklah berminat, cuma jadi manager diaorang ni aje...bia aku duduk kat tepi sudah!tak larat rasanya dibanting-banting!

AIKIDO...pernah dengar? mungkin agak jarang dengar berbanding judo,taekwando dan yang lain-lain tu...maklumlah aikido ni agak kureng sikit glamournya! alahai....ia bukan berbentuk sukan yang dipertandingan dalam mana-mana acara sukan.

sebaliknya AIKIDO lebih berbentuk privasi kerana dia tidak bermotifkan pertandingan semata-mata.ia lebih kepada satu seni untuk diri sendiri mempertahankan diri apabila diserang musuh!


satu seni pertahanan diri sendiri yang dibawa dari Jepun.mempunyai falsafah bahawa: ;kita tak serang orang tapi akan mempertahankan diri apabila orang buat kita;(defence not attack).kelas ini diadakan di dua lokasi-1 di Kelab Darul Ehsan pada setiap hari Khamis jam 8.30-9.30 dan di Bangi pulak pada setiap hari kecuali Ahad. diadakan pada sesi malam untuk hari biasa dan pagi dan petang untuk hujung minggu.

ia terbuka kepada golongan kanak-kanak dan juga dewasa.biasanya ibu bapa hantar anak mereka,lepas tu mereka pulak yang joint in sekali.aku? tetap macam dulu-jadi tukang hantar dan pemerhati PBB...
(DAH HABIS KELAS -kemas tetami@mat)(UNTIE YANG SETIA DENGAN TEH CINA)

ALAHAI...

Friday, November 26, 2010

ANAK TAK SIHAT-MAMA MESTI KUAT DAN SIHAT!!!.

alahai mata...ngantuknya rasa. apa taknya malam tadi berjaga mendukung Hakimi yang merengek tak tidur.sebelum tu, dia dah tidur tapi bila tersedar dalam pukul 12.30 tengah malam dah start tak nak tidur balik.tak nak tidur tak pe, ni dia buat pulak drama menangis dia...adus...

uwaak...uwaak...nangis.kasi 'cinta' pun tak nak.nak kena dukung je.passing kat baba dia pun tak nak.nak dengan aku aje.lenguh bahu dukung dia.kenalah aku bertawaf dalam rumah sebab letak je dia, nangis balik.dukung pun ada nangis jugak tapi taklah sekuat kalau diletakkan...

nampak mata dah lelap,tapi ada lagi tersedu,sedan dia.aku letakkan balik kat atas katil, UWAAK....UWAAK ....dia buat lagi....

selalu kalau dia macam ni, kasi cinta jer-dia diam balik. ni tak.letak atas badan pun tak nak, semua tak nak.alamat dukung dan pusing dalam rumah dengan mata sikit-sikit terpejam...nasib tak rebah!

entah pukul berapa entah, dah tak larat lagi bahu ni-aku letakkan dia kat atas katil-barulah terlelap. aku pun samalah.sedar-sedar pakweku dah kejut subuh.

pagi ni sekali lagi bawak Hakimi ke klinik ambil suntikan kali kedua.Dr periksa dalam mulut dia, dah nampak tak bengkak lagi.tompok yang nanah tu pun dah mengecil.jadinya tak payah nak suntik lagi esok.al hamdulillah...

alahai...bila anak tak sihat ni-kitalah maknya yang jadi sakit juga.bak kata Sakinah;
"kenapa mama macam tak ceria jer?"
ala, macam mana nak ceria, pikir ada anak yang tak sihat.

anak yang tak sihat selalunya nak dengan mama,mama..mama...tu yang dia rasa selamat kan...jadinya MAMA MESTI KUAT, MAMA MESTI SIHAT baru boleh jaga famili!!!

ALAHAI...

Thursday, November 25, 2010

TONSILITIS...kena lagi...

pukul 7.30 pagi tadi aku dah ke klinik Famili.malam tadi si kecikku Hakimi tak boleh tidur.merengek nak kena dukung je.menyusu tak nak.selalunya bila nangis,kasi 'cinta' dia, dia akan diam tapi kali ni tak.air liur meleleh aje.bibir pun merah,badan pun panas.

apalagi, terus aku kasi ubat demam yang memang ada standby kat rumah ni.pakweku pula suluh ke dalam mulutnya, ada tompok-tompok putih pada hujung tekaknya.oooo patutlah dia tak nak menyusu...sah, ni memang TONSIL.pagi ni bila bawak jumpa dengan Dr Wan, memang Dr Wan kata tonsil.tanda tompok tu seakan nak jadi tonsil bernanah tapi nasib baik cepat sedar.Sakinah dulu pun selalu dapat macam ni sampaikan kena buat minor operation untuk buang tonsil tu.

kali ni, Hakimi kena injet antibiotik yang kena diambil selama 3 hari.bermakna esok dan lusa Hakimi akan kena injet lagi.kalau dah nama lelakikan...walaupun kecil tetap kuat! ceh...anak mama tak nangis! kuat lah tu...

doktor turut bekalkan sejenis ubat hisap berperisa coklat..yang ni memang manis,sekali kasi nak makan lagi...lepas balik dari klinik dan makan ubat ni, barulah Hakimi nak makan dan menyusu balik dengan aku.tidaknya...sakit jugak aku bila dia tak menyusu.ni baru dia boleh tidur...syukur...aku ni risau kalau dia tak nak minum dan makan...budak kecik kan, kita tak tahu macam mana sakitnya.yang kita nampak dia menangis,menangis,menangis,tak nak duduk, nak dukung je kerjanya...merengek...

sedikit info yang ingin ku kongsi bersama berkenaan TONSILITIS ini:

Pengenalan

Tonsil merupakan tisu limfoid yang berada pada kedua-dua bahagian tekak manusia. Inflamasi tonsil dinamakan tonsillitis. Tonsilitis boleh wujud dalam bentuk akut tonsillitis, kronik tonsillitis, tonsillitis berulang kali dan yang paling teruk dinamakan peritonsillar abscess ( tonsil bernanah ).

Penyakit ini selalunya berlaku pada kanak-kanak dan boleh berlaku sekiranya pesakit mempunyai ahli keluarga yang telah menjalani pembedahan pembuangan tonsil.

Sungguhpun ia kerap berlaku pada kanak-kanak, tetapi ia jarang sekali berlaku kepada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 2 tahun.

Tonsilitis yang disebabkan oleh Streptococcus selalunya berlaku pada kanak-kanak berusia 5-15 tahun manakala tonsillitis yang disebabkan oleh virus selalunya berlaku pada kanak-kanak yang lebih muda usianya.

Peritonsillar abscess ( PTA ) biasanya berlaku pada golongan remaja, tetapi ianya boleh juga berlaku kepada kanak-kanak.

Apakah simptom-simptom tonsillitis ?

Akut tonsillitis.

Simptom-simptom akut tonsillitis termasuk demam, sakit tekak, nafas berbau, susah untuk menelan, sakit untuk menelan, berdengkur, bernafas melalui mulut, letih dan lemah badan. Simptom selalunya hilang selepas 3-4 hari. Akan tetapi ia boleh bertahan selama 2 minggu sekalipun diberi rawatan yang cukup.2.

Kronik tonsillitis.

Simptom-simptom kronik tonsillitis termasuklah sakit tekak yang berpanjangan, mulut berbau, tonsillitis dan sakit kalenjar servikal berterusan.

Peritonsillar abscess (PTA) ( tonsil bernanah ).

Simptom-simptom tonsil bernanah termasuklah sakit tekak yang teramat sangat, demam, air liur meleleh, nafas berbau, susah untuk membuka mulut dan serak suara.

Bagaimanakah penyakit ini didiagnosakan?

Sebenarnya penyakit ini boleh sahaja didiagnosakan berdasarkan simptom-simptom yang ditunjukkan oleh pesakit. Akan tetapi pemeriksaan fizikal penting untuk memastikan penyakit tersebut adalah tonsillitis.

Bagaimana tonsillitis dirawat?

Rawatan akut tonsillitis bertumpu kepada pengekalan air di dalam badan dan juga pengambilan kalori yang cukup . Selain itu, ia juga bertumpu kepada pengawalan sakit dan demam.

Ketidakmampuan mengekalkan pengambilan air dan kalori yang cukup boleh menyebabkan pesakit terpaksa mengambil gentian air secara intravenous, antibiotik dan pengawalan sakit. Kortikosteroid secara intravenous mungkin diberi untuk mengurangkan pembengkakan pharynx.

Rawatan yang diberikan semasa terkena tonsillitis sebagaimana di bawah :

1.Paracetamol dapat mengurangkan sakit dan demam.

2.Elakkan makanan yang keras, rangup, berempah dan pedas dapat mempercepatkan proses penyembuhan.

3.Banyakkan berehat.

4.Banyakkan minum air.

5.Corticosteroid boleh memendekkan tempoh demam dan radang farinx di dalam kes infectious mononucleosis.

6.Antibiotik selalunya dipreskripsikan apabila berlakunya radang farinx yang disebabkan oleh bacteria. Ampicillin dan cephalexin selalunya dipreskripsikan akan tetapi ia patut dielakkan penggunaannya sekiranya disyaki infectious mononucleosis. Erythromycin patut digunakan di dalam kes infectious mononucleosis.

Preskripsi antibiotik patut diberikan di dalam kes:

1.Tonsil bernanah.
2.Demam.
3.Peningkatan sel darah putih di dalam darah.
4.Pesakit mendapat jangkitan daripada pesakit yang telah dijangkiti oleh Group A beta-hemolytic streptococcus.
Di dalam banyak kes, inflamasi farinx yang disebabkan oleh bakteria dan virus adalah mustahil untuk dibezakan secara klinikal.

Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan?
1.Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi.

2.Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan.

3.Elakkan pesakit yang mempunyai keimunan rendah seperti pesakit HIV atau pesakit yang sentiasa mengambil kortikosteroid amat berguna.

4.Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria,

namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak

yang ada selsema dan batuk.


Reference :
1. http://emedicine.medscape.com/article/871977-overview
2. http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/TONSILITIS.pdf

ALAHAI...

Wednesday, November 24, 2010

PANTAI JERAM-AROMA IKAN BAKAR

salam untuk semua, apa menu tadi?emm...ni pun nak cerita bab makan lagi-edisi JJCM...ALAHAI...kali ni nak promo makan ikan bakar di Pantai Jeram Kuala Selangor- AROMA IKAN BAKAR.di sini ada lagi kedai-kedai makan ikan bakar tapi yang ni memang dah diperkenalkan oleh kawanku -Nizam jadinya kami mencuba di sini dan bolah aku katakan SUPER! sekali makan memang terasa nak buat siaran ulangan...

malam yang aku datang tu,(ingat kamilah yang awal-pukul 7.30mlm dah sampai) tapi rupanya dah penuh orang.jangan risau-surau ada disediakan jadi tak ada alasan nak ponteng ok! hihii... patutlah ramai yang datang awal sebab ada kemudahan seperti ini.malam tu banyak dah meja yang diletakkan 'reserved' tapi syukur ada jugak tempat untuk kami yang juga agak 'special' atas jeti.tempat makan di sini terbahagi kepada 3kawasan. ada yang open air -betul-betul tepi pantai,ada yang berbumbung dan ada yang di atas jeti.pilihlah mana suka!
pilihan makanan laut memang banyak-biasalah ikan tapi tak adalah ikan cencaru dan kembung tu. ada kepah,mentarang,kerang dan macam-macam.

pilihan malam tu-aku pilih:

kepah masak halia - RM 10.00,
mentarang goreng cili - RM 13.00
4 ekor gerut-gerut bakar - RM 52.70
seekor jenahak masam manis - RM 34.60
seekor siakap bakar - RM 22.00
sotong goreng tepung -RM 32.70
2 tomyam campur -RM 18.00
10 nasi putih - RM 12.00
air

total:-------------RM 196.00

yang jadi banker malam tu ialah kakcikku yang biasa ada dalam cerita ku di sini. (makasih ye, nanti boleh open lagi...

(TUKANG TOLONG HABISKAN...)( SELESAI SUDAH...)(TINGGAL TULANG...)

INFO:

AROMA IKAN BAKAR
JALAN JETI, PANTAI JERAM
KUALA SELANGOR
0173163117

ALAHAI...

Tuesday, November 23, 2010

KAPAR-PANTAI INDAH SEAVIEW RESORT

penatnya...nilah dia, bila masa berjalan,tak ingat penat.bila dah balik rumah sendiri semula, barulah rasa...alahai...penatnya...tapi kalau fikir penat,nanti tak berjalan pulak kan! blog ni tak dapat aku masukkan entri baru sebabnya kat tempat yang aku duduk tu tak dapat line.bila dah balik rumah ni,baru boleh cerita.

Hari ni Sabtu lepas-kami bercuti untuk edisi hujung minggu yang pertama di Pantai Indah Seaview Resort Kapar.Klang. cuti kali ni ada matlamat serampang 2 mata.1 memang untuk bercuti dan 1 lagi untuk sama-sama ke majlis bertandang pengantin ke rumah lelaki di Meru Klang-jadinya kira satu jalan lah ni.

Kali ni rombongan kami disertai oleh ahli baru-iaitu keluarga abang sulungku yang dari kampung dan 2 orang anak kakakku yang tak pergi..sebelum-sebelum ni dia tak pernah pun nak joint program berjalan aku.mungkin lepas ni adalah lagi agaknya.

Bekalan untuk pergi ni seperti biasa akulah ajk makanan.tajaan makanan tengahari tu aku masak nasi putih dengan sambal kerang dan rendang ayam.malam pulak nanti makan ditaja oleh kakcik ku pulak!

Pantai Indah Seaview Resort terletak di Sg Sembilang Jln Kapar. Merupakan kediaman berbentuk apartment.ada 2 jenis apartment-yang 2 bilik dan 3 bilik.

Untuk aku sekeluarga,kami duduk di apartment 3 bilik=RM100 untuk semalam. 1 bilik berhawa dingin dan satu lagi dengan kipas saja dan satu lagi bilik yang kecil untuk dijadikan stor simpan beg atau juga boleh untuk tidur.kalau tak cukup tilam; jangan risau, boleh sewa tilam tambahan dan juga bantal sekiranya tak cukup.kadar sewa yang dikenakan pun taklah mahal .kira oklah.1 tilam dikira RM5 dan bantal sebiji RM2.
Mempunyai 2 bilik air, dilengkapi dengan dapur yang simple- aku bawak dapur gas yang portable tu -boleh masak dalam rumah!satu ruangan tengah rumah yang luas,ada balkoni,ada tv yang tak adanya ialah line internet!

malam tu aku menambah satu tilam tambahan dan 5 biji bantal lagi.semua yang lelaki tidur luar dan perempuan tidur dalam bilik kecuali anak kecikku Hakimi tetap bersama aku-hihi....cinta dia dekat aku! Kemudahan parking memang banyak-senang tak perlu risau nak parking jauh.ada dewan aktiviti,ada badminton court, tempat berbarbeque dan yang paling ditunggu Sakinah-swimming pool! Ni memang best tapi taklah grand sangat tapi ok!
(PERTANDINGAN MENIUP PELAMPUNG-sampai tegang-tegang urat leher)untuk swimming pool tak perlulah risau nak pakai swimming sut-ni boleh pakai apa je..asalkan ada pakai.kalau tak ...alamat lah...semua orang cabut nanti...hihiii....

laut? depan apartment sahaja tapi tak digalakkan untuk mandi di sini-pantainya yang jauh ke tengah dan agak bahaya untuk mandi tambahan pula pasirnya banyak kulit-kulit kerang dan kaca-kaca halus.mandi di swimming pool pun dah kira best.

untuk yang kaki pancing-di sebelah apartment ni ada kolam pancing berbayar.pakweku hari tu pun ada 'test market' kat sini tapi tak ada hasil daa...baik pergi makan kat medan ikan bakar saja. (akan aku ceritakan nanti...)



INFO:
PANTAI INDAH SEAVIEW RESORT
LOT 5182 BT 17
JALAN KAPAR SG SEMBILANG
SELANGOR
TEL: 03-32649617

Friday, November 19, 2010

MAJLIS ANUGERAH SAKINAH

(SEKOLAH KEBANGSAAN SETIAWANGSA)
lega sungguh rasa di hati.bermula cuti sekolah untuk sesi 2010 bermakna dapatlah aku dan mak-mak di luar sana merehatkan kepala otak buat sementara.bukan saja anak-anak nak rehat, ni mama-mama pun nak rehat samakan...rehat seketika daripada nak fikir sarapan,bekal sekolah,nak hantar dan ambil anak ke sekolah,nak periksa buku sekolah dan macam-macam.tapi cuti ni bukanlah 100% cuti,aku masih memberi homework pada Sakinah-yelah kalau tak pegang buku sepanjang cuti pun tak bagus juga! nanti lupa semua, itu pada akulah hihiii...

entri ini aku dedikasikan untuk Sakinah.bukan bertujuan untuk 'MENAYANG ATAU MEMPROMOT' anak sendiri tapi untuk Sakinah.bila dia baca,aku harap dia tahu betapa aku sayang dan berbangga dengan dia.dia selalu cakap aku suka marah dan tak sayang dia sebab aku lebihkan adik.yelah dah 7 tahun hidup sorang alih-alih dapat adik-tulah yang dia macam saja cari sebab kata aku tak sayang kan dia!

syukur ke hadrat Allah s.w.t yang telah memberikan kejayaan terhadap usaha kami mengajar Sakinah dan usaha Sakinah juga dalam musim peperiksaan hari tu.dalam peperiksaan akhir tahun sekolah kebangsaan dan sekolah agama,dia berjaya memperbaiki keputusan peperiksaan pertengahan tahun.daripada nombor 21 di sekolah kebangsaan hari tu,dia dapat no 2 kali ni dan no 10 dalam aliran.al hamdulillah. sekolah agama pulak,dia dapat no 1 dan segala puji-pujian untuk DIA juga.

Sakinah,
tiada apa yang mama harapkan daripada anak mama selain anak mama jadi anak yang solehah,beroleh kejayaan dalam pelajaran dan dapat berbakti kepada masyarakat.kejayaan Sakinah adalah hadiah terbesar mama.mama gembira sangat-sangat.

mama rasa,segala penat mama,segala marah mama,segala sakit mama hilang bila melihat keputusan Sakinah.

Sakinah selalu cakap; 'mama ni suka marah-marah Sakinah.sikit-sikit nak marah...adik tu tak marah pulak..'

Sakinah tahu tak? marah tu tanda mama sayangkan Sakinah.mama marah sebab apa yang Sakinah buat tu tak betul.mama marah sebab Sakinah tak buat kerja dengan baik.sebab tu semualah mama akan marah dan bising.semuanya ada sebab.kalaulah mama jadi diam sahaja,tak marah,tak bising dekat Sakinah,mama tak nak ajar Sakinah,mama tak pedulikan Sakinah sama ada Sakinah ada homework tak, boleh buat atau tidak,dah baca buku ke belum,dah siapkan kerja mama ke belum...Sakinah rasa, apa jadi pada Sakinah? Sakinah suka? tak suka kan...sebab tulah mama buat macam tu.

mama dah kata,masa main,main betul-betul.masa bercuti,bercuti sehabisnya dan bila masa belajar atau masa buat peperiksaan,kita kena buat betul-betul.baru fair.Sakinah tahu tu kan...mama dah banyak kali cakap macam tu kan...

Sakinah,
apa yang mama buat pada Sakinah adalah tanda mama sayangkan Sakinah.apa kehendak Sakinah terutamanya bab sekolah,mama akan usahakan dan begitu juga mama nak Sakinah berusaha bersungguh-sungguh dalam apa yang Sakinah buat.itu dah cukup buat hati mama dan baba gembira.

berikut ini adalah sebahagian gambar Sakinah dalm kedua majlis tersebut.di sekolah kebangsaan-pada hari penyampaian hadiah tersebut,Sakinah turut membuat persembahan teater-berlakon sebagai kura-kura...sampaikan adik tak kenal dia sebab make upnya...
(SEMPAT LELAP SEKEJAP ADIK)
(BERSAMA BEKAS CIKGU TADIKANYA-CIKGU TISYA)(BERSAMA ACIK-sudi datang tengok Sakinah)(SEKITAR MAJLIS BERLANGSUNG)
(PERSEMBAHAN YANG DIJAYAKAN OLEH PELAJAR)
(PERASMI MAJLIS-DATUK ZULHASNAN RAFIQUE)

(MAJLIS DI SEKOLAH AGAMA-BERLANGSUNG MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DAN KHATAM AL QURAN UNTUK PELAJAR TAHUN ENAM) (BERBARIS TERLEBIH DAHULU UNTUK MENUNGGU GILIRAN NAMA DIPANGGIL)


(TAHNIAH SAKINAH-TERUSKAN USAHA DAN KEKALKAN APA YANG ADA.JANGAN LUPA BERSYUKUR PADA ALLAH.SEGALA MILIK KITA HARI INI ADALAH MILIKNYA KEKAL ABADI.)


ALAHAI...
There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala