pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Tuesday, November 2, 2010

UDANG GALAH DAUN KUNYIT


cerita masak pulak hari ni...penangan dari Sungai Kuala Selangor, (dekat dengan tempat tengok kelip-kelip tu...).pakweku pergi memancing udang Sabtu lepas dengan kawan dia. pakweku suka masak gulai daripada nak goreng aje.bila masak gulai ni baru rasa kenyal-kenyal udang tu..kalau goreng keras,tak dapat nak hisap-hisap. hihiii....

resepi ni lebih kurang sama jugak dengan resepi gulai udang masak lemak yang ada dalam label selera-lauk,cuma udangnya ditukar dengan udang galah sahaja.

sebabkan gulai ni tak berapa pedas,aku 'lawankan' dengan sambal ikan bilis petai.baru 'menangkap sikit'

SAMBAL BILIS PETAIikan bilis-dibasuh dan digoreng
cili kering-dikisar
bawang putih dan bawang merah
petai-dipotong kecil
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
minyak masak untuk menumis

1. panaskan minyak masak.
2. tumiskan bawang putih dan merah
3. masukkan cili kering dan goreng hingga sedikit garing
4. masukkan petai tadi dan air asam jawa
5. biarkan petai sedikit lembut,barulah dimasukkan ikan bilis
yang telah siap digoreng tadi.
6. akhir sekali,masukkan garam secukup rasa.dah pun siap!

(jika ingin kuah lebih-tambahkan sedikit air atau lebihkan air asam tadi)

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala