pukul 7.30 pagi tadi aku dah ke klinik Famili.malam tadi si kecikku Hakimi tak boleh tidur.merengek nak kena dukung je.menyusu tak nak.selalunya bila nangis,kasi 'cinta' dia, dia akan diam tapi kali ni tak.air liur meleleh aje.bibir pun merah,badan pun panas.
apalagi, terus aku kasi ubat demam yang memang ada standby kat rumah ni.pakweku pula suluh ke dalam mulutnya, ada tompok-tompok putih pada hujung tekaknya.oooo patutlah dia tak nak menyusu...sah, ni memang TONSIL.pagi ni bila bawak jumpa dengan Dr Wan, memang Dr Wan kata tonsil.tanda tompok tu seakan nak jadi tonsil bernanah tapi nasib baik cepat sedar.Sakinah dulu pun selalu dapat macam ni sampaikan kena buat minor operation untuk buang tonsil tu.
kali ni, Hakimi kena injet antibiotik yang kena diambil selama 3 hari.bermakna esok dan lusa Hakimi akan kena injet lagi.kalau dah nama lelakikan...walaupun kecil tetap kuat! ceh...anak mama tak nangis! kuat lah tu...
doktor turut bekalkan sejenis ubat hisap berperisa coklat..yang ni memang manis,sekali kasi nak makan lagi...lepas balik dari klinik dan makan ubat ni, barulah Hakimi nak makan dan menyusu balik dengan aku.tidaknya...sakit jugak aku bila dia tak menyusu.ni baru dia boleh tidur...syukur...aku ni risau kalau dia tak nak minum dan makan...budak kecik kan, kita tak tahu macam mana sakitnya.yang kita nampak dia menangis,menangis,menangis,tak nak duduk, nak dukung je kerjanya...merengek...
sedikit info yang ingin ku kongsi bersama berkenaan TONSILITIS ini:
Pengenalan
Tonsil merupakan tisu limfoid yang berada pada kedua-dua bahagian tekak manusia. Inflamasi tonsil dinamakan tonsillitis. Tonsilitis boleh wujud dalam bentuk akut tonsillitis, kronik tonsillitis, tonsillitis berulang kali dan yang paling teruk dinamakan peritonsillar abscess ( tonsil bernanah ).
Penyakit ini selalunya berlaku pada kanak-kanak dan boleh berlaku sekiranya pesakit mempunyai ahli keluarga yang telah menjalani pembedahan pembuangan tonsil.
Sungguhpun ia kerap berlaku pada kanak-kanak, tetapi ia jarang sekali berlaku kepada kanak-kanak yang berusia kurang daripada 2 tahun.
Tonsilitis yang disebabkan oleh Streptococcus selalunya berlaku pada kanak-kanak berusia 5-15 tahun manakala tonsillitis yang disebabkan oleh virus selalunya berlaku pada kanak-kanak yang lebih muda usianya.
Peritonsillar abscess ( PTA ) biasanya berlaku pada golongan remaja, tetapi ianya boleh juga berlaku kepada kanak-kanak.
Apakah simptom-simptom tonsillitis ?
Akut tonsillitis.
Simptom-simptom akut tonsillitis termasuk demam, sakit tekak, nafas berbau, susah untuk menelan, sakit untuk menelan, berdengkur, bernafas melalui mulut, letih dan lemah badan. Simptom selalunya hilang selepas 3-4 hari. Akan tetapi ia boleh bertahan selama 2 minggu sekalipun diberi rawatan yang cukup.2.
Kronik tonsillitis.
Simptom-simptom kronik tonsillitis termasuklah sakit tekak yang berpanjangan, mulut berbau, tonsillitis dan sakit kalenjar servikal berterusan.
Peritonsillar abscess (PTA) ( tonsil bernanah ).
Simptom-simptom tonsil bernanah termasuklah sakit tekak yang teramat sangat, demam, air liur meleleh, nafas berbau, susah untuk membuka mulut dan serak suara.
Bagaimanakah penyakit ini didiagnosakan?
Sebenarnya penyakit ini boleh sahaja didiagnosakan berdasarkan simptom-simptom yang ditunjukkan oleh pesakit. Akan tetapi pemeriksaan fizikal penting untuk memastikan penyakit tersebut adalah tonsillitis.
Bagaimana tonsillitis dirawat?
Rawatan akut tonsillitis bertumpu kepada pengekalan air di dalam badan dan juga pengambilan kalori yang cukup . Selain itu, ia juga bertumpu kepada pengawalan sakit dan demam.
Ketidakmampuan mengekalkan pengambilan air dan kalori yang cukup boleh menyebabkan pesakit terpaksa mengambil gentian air secara intravenous, antibiotik dan pengawalan sakit. Kortikosteroid secara intravenous mungkin diberi untuk mengurangkan pembengkakan pharynx.
Rawatan yang diberikan semasa terkena tonsillitis sebagaimana di bawah :
1.Paracetamol dapat mengurangkan sakit dan demam.
2.Elakkan makanan yang keras, rangup, berempah dan pedas dapat mempercepatkan proses penyembuhan.
3.Banyakkan berehat.
4.Banyakkan minum air.
5.Corticosteroid boleh memendekkan tempoh demam dan radang farinx di dalam kes infectious mononucleosis.
6.Antibiotik selalunya dipreskripsikan apabila berlakunya radang farinx yang disebabkan oleh bacteria. Ampicillin dan cephalexin selalunya dipreskripsikan akan tetapi ia patut dielakkan penggunaannya sekiranya disyaki infectious mononucleosis. Erythromycin patut digunakan di dalam kes infectious mononucleosis.
Preskripsi antibiotik patut diberikan di dalam kes:
1.Tonsil bernanah.
2.Demam.
3.Peningkatan sel darah putih di dalam darah.
4.Pesakit mendapat jangkitan daripada pesakit yang telah dijangkiti oleh Group A beta-hemolytic streptococcus.
Di dalam banyak kes, inflamasi farinx yang disebabkan oleh bakteria dan virus adalah mustahil untuk dibezakan secara klinikal.
Bolehkah jangkitan pada kelenjar tonsil dielakkan?
1.Radang tonsil yang disebabkan sakit kerongkong (diphtheria) boleh dielakkan dengan pengambilan immunisasi.
2.Kalau tidak dibuang pencegahan tidak dapat dilakukan.
3.Elakkan pesakit yang mempunyai keimunan rendah seperti pesakit HIV atau pesakit yang sentiasa mengambil kortikosteroid amat berguna.
4.Pemberian immunisasi dapat mencegah radang tonsil yang disebabkan diphtheria,
namun begitu ianya sukar dicegah. Elakkan daripada bergaul dengan kanak kanak
yang ada selsema dan batuk.
Reference :
1. http://emedicine.medscape.com/article/871977-overview
2. http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Kanak-kanak/TONSILITIS.pdf
ALAHAI...
pihak penaja
DI SINI KITA BICARA
SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.
FOLLOWERS SAYA
LOVE
LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Thursday, November 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(238)
-
▼
November
(22)
- GALERIA PERDANA...sejarah TUN M
- MUZIUM NEGARA...lama nya dah tak pergi
- SUKIDA RESORT...SEMUA HAPPY
- AIKIDO-seni pertahanan diri
- ANAK TAK SIHAT-MAMA MESTI KUAT DAN SIHAT!!!.
- TONSILITIS...kena lagi...
- PANTAI JERAM-AROMA IKAN BAKAR
- KAPAR-PANTAI INDAH SEAVIEW RESORT
- MAJLIS ANUGERAH SAKINAH
- CERITA RAYA KORBAN
- MAJLIS TERIMA MENANTU
- SELESAI MAJLIS
- BERCUTI SEKETIKA
- SETIAWANGSA STEAKHOUSE- best in town!
- PASAL KUKU?
- KENALI KUIH GANDUS
- ARIANI SALE..!
- CERITA KAMPUNG
- KORBAN AIDIL ADHA
- DEMAM BATU SEREMBAN
- UDANG GALAH DAUN KUNYIT
- AMPANG RESTORAN ISTANA BAMBU...ada rupa,ada harga
-
▼
November
(22)
CINTA
LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
No comments:
Post a Comment