pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Thursday, November 18, 2010

CERITA RAYA KORBAN

terlebih dulu salam Aidl Adha untuk semua rakan blogger sekalian.masih ada di kampung atau sudah balik ke rumah sendiri?aku baru balik malam tadi dari kampung.asalnya memang berniat tak nak balik kampung memandangkan pakweku cuti hanya sehari dan sama juga dengan Sakinah tapi Mak mertuaku dah berkali-kali menelefon untuk mengajak kami balik-jadinya malam raya hari tu baliklah kami ke kampung untuk beraya.
untuk makan pagi raya tu, mak mertuaku dah siap masakkan nasi impit dengan kuah kacang dan kari ayam pencen. tak lupa jugak pagi tu masak kuah lodeh-favourite abah mertua!lepas sembahyang raya,upacara korban diadakan.tahun ni sebanyak 16 ekor lembu dan seekor kambing dikorbankan.aku bawaklah Sakinah dan Hakimi untuk melihat macam mana korban dilakukan.

berikut ini adalah gambar-gambar yang sempat dipetik pada hari tersebut.
Sakinahlah yang banyak tanya kenapa dan kenapa,adik pulak sibuk nak main dengan kambing yang agak macam boleh buat kawan dia je...

kerja-kerja penyembelihan dibahagian kepada beberapa bahagian-penyembelihan,melapah,memotong dan menimbangseterusnya bahagian agihan.semua berjalan dengan lancar dengan kerjasama warga tua dan muda.proses membersihkan kepala lembu yang dilakukan oleh 2 orang iparku.tengoklah dari ada kulit dah jadi licin semuanya.barulah jumpa sampai ke otaknya sekali


ni pulak ekor lembu:
korban Sakinah pulak ialah pada giginya-betul-betul pagi raya,gigi tercabut.tu kira korban dialah...hihii

bagi aku pulak-raya korban ni biarlah kita ambil pengajarannya untuk belajar mengorban sedikit rasa yang tidak baik kita kepada nilai yang baik.mudah-mudahan apa jua yang kita buat ada balasannya kelak.amin.

ALAHAI...

4 comments:

  1. sakinah korban gigi yer...aliya anak bee korban kening/

    ReplyDelete
  2. hahaha...elok la tu, diaorg pun nk buat korban gak...bukan kita orang tua je..

    ReplyDelete
  3. orang melaka mmg amik otak lembu ni kan..mak mertua aku suka buat masak lomak cili padi.. aku pernah gak la rasa..lemak2 .. tp kolesterol berjuta2...

    ReplyDelete
  4. ni bru 1st time ambik kepala tu.aku tk pnh mkn la otak2 ni tp mmg mertua aku plan nak mask lomak cili padi dgn daun kunyit. kolestrol tu mmg berjuta2...entah aku pun tk tahulah napa suka sgt depa ni nk mkn otak...

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala