pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Tuesday, December 28, 2010

JEJAK SEJARAH DI BANDA HILIR MELAKA (1)

lokasi terakhir bercuti sempena cuti sekolah ni yelah-tempat lahir sendiri.rasanya masa sekolah dulu aje ikut rombongan pergi melawat Melaka.kini dah jadi mak,sekali lagi buat rombongan.kali ni pergi 4 beranak.banyak perubahan melanda Melaka.benda lama ada yang sudah tiada dan bertukar benda baru.

satu yang tidak berubah,jalan di Banda Hilir masih sempit seperti dulu.'one way' dan parking yang agak terhad.sedikit menyukarkan.apatah lagi macam aku yang ada budak kecik ni-nak dukung tu kenalah gilir-gilir.jauhnya parking!tulah yang aku katakan,masa berjalan lupa penat,bila dah balik baru rasa...ooo lenguh kaki,lenguh bahu...aduh!

lokasi Banda Hilir memang menyimpan banyak kesan sejarah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka kepada zaman penjajahan Portugis,Belanda dan British.maka tidak keterlaluan dikatakan-MELAWAT MELAKA SEUMPAMA MEMBACA SATU BUKU SEJARAH MALAYSIA.(GAMBAR: HADAPAN BANGUNAN MEMORIAL KEMERDEKAAN)segalanya tertulis dan dirakam di sini.apatah lagi binaan muzium yang melebihi 10 buah! membawa kita menjejaki sejarah dalam semua perkembangan.muzium apa yang kalian nak tengok? pasal sultan? ada.pasal setem? ada.pasal kemerdekaan? ada.pasal layang-layang? ada.pasal kelautan? ada.pasal tokoh? ada..kalau nak disenaraikan...memang jenuh.kalian datang sendiri dan lihat! betul tak apa yang aku tulis ni!

antara lokasi menarik:
1) kota A Famosa-tinggalan Portugis
2)bangunan Stadyust@bangunan merah-tinggalan Belanda-merupakan tinggalan bangunan oleh seorang Gabenor Belanda yang memerintah Melaka dahulu yang lengkap dengan gerejanya sekali.kini bangunan ini dijadikan muzium sejarah Melaka.semua ada terakam di sini!(jam besar yang akan berbunyi setiap 1 jam)-untuk mencari cenderamata pun senang.ada banyak dijual di sepanjang deretan kedai di bawah bangunan ini.

3)kapal FLOR DE LA MAR- replika kapal perang yang digunakan oleh Portugis untuk menyerang Melaka.juga merupakan muzium di dalamnya.paparan sejarah mereka lengkap di sini.
4)Menara Taming Sari-satu benda baru yang ada di Melaka yang terletak di Padang Pahlawan.berbekalkan tiket RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak,kita akan dibawa melihat panorama sekeliling bandar Melaka dari pandangan atas.
***akan bersambung lagi dalam siri ke-2

ALAHAI...

3 comments:

  1. salam ...
    mesti seronokkan gi sane....mase cuti hari tu ade gi sane jugakkk...tak masuk rumah hantu ker...

    ReplyDelete
  2. salam.
    seronok mmg sangat.taklah msuk rmh hantu tu...bwk bdk kcik la

    ReplyDelete
  3. Semoga datang kembali ke Melaka.. :)

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala