pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Friday, December 31, 2010

FAMILI GATHERING

penutup tirai siri bercuti 2010 ialah famili gathering bersama ipar duai,adik beradik dan anak-anak buah.lokasinya di Sukida Resort Semenyih pada 25-26/12 yang lepas.kenapa tempat ni lagi? sebab pakejnya.ada chalet,boleh masak sendiri,ada air terjun,dan yang paling penting....KOLAM MANCING!

kali ni kami menyewa 2 chalet bertingkat-(RM 100 untuk satu chalet) satu untuk famili sebelah pakweku dan satu lagi untuk sebelah aku pulak.(dalam chalet)meriah memang meriah.best sangat.tapi sedikit hilang seronok bila hujan.al maklum sahajalah kan ke sekarang musim hujan...jadi nak buek cam no? plan tetap on!

memancing bukan sekadar suka-suka tapi ada pertandingan.setiap famili @individu kena bawak satu hadiah paling minimum RM20 lebih lagi bagus...kategori yang dipertandingkan-ikan TERPANCANG! haha bukan ikan terberat macam selalu tu...sebab apa tau? sebab pihak penaja(pakweku) lupa pulak nak bawak dacing timbang.jadi,terpaksa ukur panjang ikan sahajalah!kategori ikan hanya ada 3-ikan pacu,ikan patin dan satu lagi ikan specis campur(talapia,betutu,baung...).setiap kategori hanya ada 3 pemenang sahaja...macam real tau!(syarat pertandingan yang ditetapkan oleh pihak penaja dan perlantikan juri yang diiktiraf-Kakcik)(hadiah memang banyak)pertandingan bermula pada petang tu pukul 5 dan akan berakhir pada esok hari jam 11 pagi.(cara ukur panjang ikan)malam tu pulak,walaupun hujan tapi program bbq tetap berjalan.bakar apa? ikan,ayam,daging kambing...makan sesuka hati yang mampu.kebetulan sambut pulak birthday anak buah sebelah pakweku yang 5 tahun. apa lagi,makanan memang tak larat nak makan...sampai simpan untuk sarapan pagi esoknya.esoknya pulak,selain acara makan lagi...aduhai..ada pulak acara sukaneka untuk kanak-kanak.memancing masih dibuka lagi sehingga pukul 11 pagi baru ditutup. acara budak-budak pagi tu-tiup belon sampai pecah,makan jeli sampai habis,cari gula-gula dalam tepung dan untuk baby-baby macam Hakimi dan 2 orang sepupu dia lagi tu,acara berlari cari mama masing-masing! memang lawak dan kelakar habis!acara berpasangan pulak-passing belon berair.siapa belon yang tak pecah dikira menang.acara ni aku dan Sakinah menang! hihii... ikan pertama yang berjaya dinaikkan oleh adik iparku-Mamat.Patin sepanjang 16 knot simpulan tali9cara kita orang ukur!).semua ikan tidak diambil sekadar suka-suka pancing lepas tu dilepaskan semula.masa yang ditunggu-tunggu pun dah tiba dengan pengumuman pemenang setiap kategori.nilah wajah-wajah yang menang.(remaja)(no 3)(no 2)(juara)

ANTARA MENARIK: acara masak dan makan...ni tak bertanding!keseluruhannya,semua balik dapat hadiah.tak kira besar kecik yang penting happy dan dapat kumpul ramai-ramai.tu lah motif sebenarnya.

Insya Allah,akan dibuat lagi acara seumpama ini di lokasi berlainan,hadiah mungkin lagi besar! hihii...

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala