pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Wednesday, December 29, 2010

YURAN ANAK TANGGUH,ROKOK DAN ASTRO DIDAHULUKAN

sebelum siri(2) ke Melaka aku masukkan di sini,ini dahulu yang aku rasa sedikit 'panas dan marah'. ni gara-gara berita yang aku dengar malam tadi dalam siaran radio berkaitan usul oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Mohamad Ali Hassan mengusulkan supaya yuran sekolah yang akan dibuka minggu depan ditangguhkan bagi mereka yang berpendapatan rendah.

apa yang aku marah,tak puas hati ni yelah; apakah kayu pengukur untuk meletakkan mereka pada kadar berpendapatan rendah,kedua;apakah mereka benar-benara tak mampu?ketiga;lihat pada mereka apakah mereka merokok? ada astro? kenapa aku berkata begini?

sebabnya: kalau rokok mampu dibeli yang harga paling minimum katakan :
RM5 sekotak untuk 1 hari X 7 hari= RM35 (paling minimum 1 minggu)
1 bulan (4 minggu) X RM35 =RM 150.
1 tahun (12 bulan)= RM1800.00 banyak tak banyak,boleh selesaikan yuran dan juga belanja sekolah!

Astro? kadar minimum sebulan RM60.
setahun X RM60 =RM720,pun mampu untuk membayar yuran sekolah!

semalam aku ke sekolah agama,menjelaskan yuran dan duit buku yang hanya bernilai RM189.20! maka mana kewajaran untuk menangguh yuran sekolah anak tapi bila hal lain boleh pulak tu!

kalau tak percaya,kalian tengok sendiri mereka yang tinggal di PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR), berapa ramai yang ada ASTRO? berapa ramai yang berkereta? berapa ramai yang merokok? jawapannya, 90% adalah mereka yang memiliki semuanya! bermakna mereka MAMPU keluar duit untuk kepentingan keseronokkan sendiri tapi bila hal sekolah ni,mulalah banyak alasan! aku memang marah dan pelik dengan sikap mereka macam ni! memang marah sangat!

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala