pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Thursday, December 30, 2010

HOTEL MAHKOTA -SESUAI UNTUK FAMILI (2)

percutian di Melaka kali ni kami menginap di Mahkota Hotel Melaka yang terletak no 16Jalan Syed Abdul Aziz.dulunya inilah bangunan yang terakhir di belakang laut,tapi baru ni yang aku pergi,rupanya ada lagi,ada lagi bangunan yang menghala ke laut!betapa berkembang pesatnya pembangunan di Melaka sekarang!sesuai sangatlah dengan gelaran yang baru dimiliki-Melaka maju 2010.

Hotel Mahkota merupakan hotel berkonsepkan apartment.jadi bila ke sini rasa macam masuk ke rumah sendiri!sesuai untuk yang famili macam aku ni.kemudahan dapur ada disediakan tapi tidak dibenarkan untuk memasak.bilik pulak,ada 2 bilik,3 bilik dan 1 bilik.untuk aku sefamili,cukuplah 1 bilik dah memadai.ada bilik yang mengadap ke laut,swimming pool dan juga ke tengah bandar.untuk aku,balkoni kami mengadap ke lautuntuk budak-budak pulak,apa lagi kalau tidak swimming pool kan! ada dua swimming pool di sini,pilih mana suka!aku je yang tak puas nak mandi,yelah time turun pool,pakwe aku tidur kat bilik(penat drive kan! hihi...)jadinya aku ni kenalah jaga-jaga Sakinah dan dalam masa bawak Hakimi berendam.sampai tidur-tidur dia-penat main air!parking? ni masalah sikit.kalau dah masuk,tak boleh keluar lagi sebab apa tau? sebab bila keluar je,alamat parking tu payah lah.mungkin masa aku datang tu,musim cuti sekolah jadinya parking kat sini semua penuh,bermakna bilik pun penuh.

kafe? untuk sarapan memang puashati.makanlah selagi terdaya dek perut.hari tu untu Sakinah aku bayar dia RM15 sebab bilik hanya provide 2 sarapan sahaja.tak pelah kira berbaloi jugak sebab dia makan! hihii..

oklah,kepada yang tercari-cari kat mana nak menginap kalau ke Melaka,aku cadangkan di sini.hotel ni betul-betul di center of the town!(Banda Hilir).kalau kaki larat,boleh jalan saja di sekitarnya.semuanya dekat area ni sahaja.

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala