pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Thursday, December 9, 2010

RESTORAN PUTERI...truely kampung style

Cerita JJCM lagi...tengahari semalam 2 orang kakakku tak kerja rupanya....kak lang dan kak cik.apa lagi kalau dah diorang ni tak kerja,datang kat rumah aku lah untuk melepak.saja tak ada kerja...pikir mana nak pergi ni...ha, apa kata pergi JJCM...
Diorang tak nak makan kat rumah,saja mengada nak makan kat luar...ni lah lokasi JJCM hari ni-RESTORAN PUTERI.Restoran ini yang dimiliki oleh Pn Rubiah Suparman(pelakon lama dulu) bersama dengan Pn Habsah Hassan (penulis lirik) yang asalnya restoran ini terletak di Brickfield dan kini sudah mempunyai 2 cawangannya iaitu di Taman Tun Dr Ismail dan juga di Sg.Penchala.

Kali ini aku pergi ke cawangannya di Sg. Penchala.restoran ini menghidangkan sajian tradisional berasaskan resepi turun temurun daripada hasil air tangan pemilik sendiri.(ini kata pelayan restoran dan juga tertera pada pamplet yang disediakan...)

Pertama kali ni memang dah tertawan dengan rekabentuk restoran ini.terletak betul-
betul di atas bukit (sedikit tak perasan kalau tak diperhatikan betul-betul) menjadikan ia nampak privasi jauh dari hiruk pikuk kenderaan.

Kebetulan baru keluar dari kereta,lalulah si pemiliknya-Kak Rubi.seorang yang simple,manis mulut-menegur kami dan mempersilakan kedatang kami,bertanya kami ni dari mana....kira sejuk jugaklah hati kita kan....hihiii...

Beliau ni pun nak keluar mengambil stok bahan mentah katanya.tapi sempat jugaklah aku mengajaknya bergambar sekejap.pose...dan kebetulan pulak....ada shooting ...terserempak sekali dengan Fasha Sandha...dia senyum kat kita orang ...so aku pun ‘hei’ lah dengan dia. Jadinya sempat jugak pose ramai-ramai dengan dia...Memang lah kalau wartawan kata lelaki kalau tengok dia ni boleh cair...apa taknya...tinggi,cantik,kulit cerah,suara lembut manja...memang ori manja macam kat TV tu...aku bukanlah fanatik fans dia sangat.sekadar tahu gitu-gitu saja.kata aku selalu dengan Sakinah....”tak yah ambik tahu sangat,tak masuk exam pun!”
Hish...hish...apa cerita ni..orang nak cerita makan kan...makan kat sini, ada 2.satu secara bufet dan satu lagi ala carte.Bufet bermula pada jam 11pg sehingga 3.30 petang dan selepas itu menu ala carte disediakan pulak.untuk hujung minggu, semuanya bufet.harga? untuk dewasa ialah RM 30.00 seorang dan separuh harga untuk kanak-kanak 6 -12 tahun.

Menu? Fuh...banyak .dari main coursenya nasi ,mee segala mee, bihun...sampailah ke pencuci mulut,semunya sedap.bila dah kata bufet,maknya semua boleh makan kecuali pinggan mangkuk lah..alahai...Bak kata orang....macam-macam ada...dan berbaloi dengan harga.tapi kalau nak datang sini,pastikan perut betul-betul dalam keadaan lapar.baru sedap makan! Hihiii...

Kalau dah kata sajian tradisional tu, mestilah ada lauk kampung.antaranya,siput masak lemak,kurma ayam,pajeri,kari, asam pedas,sambal cencaluk,belacan,kerabu mangga,kerabu pucuk paku,kerabu perut,sota,laksa,..aduh banyak nak cakap ni...pencuci mulut;kuih bakar,seri muka,kuih lapis,sagu biji....macam-macam...Memang makan dengan puasnya,tambahan pulak masa yang kita orang datang tu,orang office baru keluar,so bak P Ramlee...”dunia ana yang empunya...” makan tak peduli orang lah.nasib baik Hakimi sporting...boleh aku enjoy makan.Rupanya selain dari tempat makan,restoran ni uga menjadi lokasi penggambaran drama atau filem dan menjadi tempat diskusi krew produksi.masa kita orang makan ni ada satu group daripada produksi Othman Hafsham sedang melakukan skrip reading di sini.(antara hiasan dalaman) untuk aku pulak? memang kena datang untuk second time.makan kat sini rasa macam mak-mak kita yang masak dulu.pakwe aku belum datang lagi ni...rindu kat air tangan arwah mak...huk..huk...


INFO:

RESTORAN PUTERi
Lot 3074,Jalan Datuk Sulaiman
Sg.Penchala,60000 Kuala Lumpur
Tel:03 77284886.

Kemudahan:
1. surau berhawa dingin
2. parking lot yang luas

4 comments:

  1. sini gak la tempat erra kahwin. Aku suka lauk daging bakar masak cili api..aku p yang kat TTDI punya

    ReplyDelete
  2. Zarina- tu namanya daging salai masak lomak cili padi..kan Pet kan.. tu masakan org nogori tu...sedap....

    tp paling jeles bila ko amik gambo ngan Fasha Sandha tu...sib baik laki aku tak terserempak ngan Fasha tu lagi..kalo idak,mau tak tido malam dia...kahkahkah....

    ReplyDelete
  3. seronok nya..,mcm2 program akk ni..

    ReplyDelete
  4. na: betullah kata noorma tu-tu lauk gulai daging salai namanya.
    mah: hahaha...nasib ler ye c jebat tk jmpa.mmg cair mah oi...
    bee: la Bee,sesekali klu poket tebal tu ok lah..hahaha...

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala