pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Thursday, June 30, 2011

ASAL ADA ATAU MEMANG PERLU ATAU SAJA NAK TUNJUK?

Assalammualaikum semua...

manusia ni macam-macam perangai.apatah lagi kalau kata perempuan.perangai dan nafsu kehendak memang macam-macam.(tapi lelaki pun tak kalah juga! hihi...).ni lah CITH nak celoteh sikit pasal orang.

ada orang yang CITH kenali,dia ni bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri.jadinya apa yang dibeli tu taklah menyusahkan sesiapa.TAPI dek kerana duit itu dia yang punya maka dia tidak kisah untuk berbenja terhadap sesuatu walaupun sebenarnya benda itu tak sangat penting untuk dia.

nilah yang dikatakan,ASAL ORANG ADA,AKU PUN ADA.tetapi benda tu tak berguna pun untuk dia.kadang tu,berlebih-lebihan semata nak lawan dengan orang lain.pantang aje nampak atau dengar orang lain ada,saja beli untuk "BAKAR" perasaan orang lain dengan tujuan,AKU PUN ADA.

entahlah,susah nak faham spesis orang macam ni.apa-apa pun dia tidak menyusahkan orang lain-biokan ajelah.TAPI kitalah yang kadang-kadang rasa macam tak syok kalau ada orang yang asyik mengikut kita kan...(macam artis la pulak! hihi...).

apa pun,CITH selalu pujuk diri CITH untuk "UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI"kalau dah saiz baju tu M pakai M.kalau pakai S nanti macam sarung nangka pulak.kalau pakai XL macam kelambu...jadinya pakai yang kena dekat badan.kalau nak ikut nafsu,semua orang ADA,CITH nak ADA SAMA,hihii...ada macam ni?tapi bak kata pakwe CITH; fikir dulu memang perlu atau nak tunjuk saja???...

ALAHAI...

Wednesday, June 29, 2011

KALAU DAH NAMANYA ANAK LELAKI MEMANG GITULAH

Assalammualaikum semua...

memanglah kalau dah namanya lelaki,tak sah kalau tak main dengan spanar,hammer,paku, dan seangkatan dengannya...

malam tadi pakwe CITH membetulkan katil Sakinah yang adalah sedikit 'terkucilnya'.wah tanpa diminta bantuan,si kecik CITH ni pun sama sibuk nak merepair macam yang baba dia buat.dia pun sibuk; "epair...ami nak epair...".

kita on cerita kartun pun dia tak layan.lagi best dia nak main dengan benda-benda "live" depan mata dia macam ni...tu yang sebelah tu pun sama jugak nak menolong repair...hihii...dari luar bilik CITH dengar suara dia nak minta itu ini kat baba dia...apa taknya,apa je baba dia buat,dia pun nak buat sama...dah anak lelaki...

ALAHAI...

Tuesday, June 28, 2011

MEMASTIKAN COKLAT TERPELIHARA KESEGARANNYA

Assalammualaikum semua...

suka makan coklat? emmm...dah ada yang mengangguk tu...atau pun ada yang menggeleng?yelah takut J.E.R.A.W.A.T... entah lah mitos mana yang kata coklat sebabkan jerawat sampaikan dulu CITH sendiri pun percaya! hihi...tapi bila dah cerdik sikit,memang dah tak percaya dengan mitos-mitos ni semua.pantang jumpa.sekarang ni ketagih makan coklat yang macam ni...(sejak pakwe CITH yang bawak balik)tapi bila dah masuk 3 series ni kenalah berhati-hati sikit.al maklumlahkan, mencegah lagi baik daripada mengubati.

ok,kepada yang macam CITH suka dengan coklat,jom tengok cara nak pelihara kesegarannya.sumber ni CITH perolehi daripada Nestle newsletter bulan lepas punya.

1.simpan coklat di tempat yang kering.kelembapan menyebabkan munculnya tompok-tompok putih di permukaan coklat.

2.jauhkan coklat daripada panas matahari kerana ia boleh menyebabkan tekstur coklat bertukar pucat dan melekit.

3.jangan biarkan coklat di tempat terbuka kerana coklat mudah menyerap rasa dan bau di sekelilingnya.(simpan dalam keadaan tertutup lagi bagus)

4.untuk memastikan kesegaran coklat,masukkan ia ke dalam bekas atau terus ke dalam mulut! (masuk dalam mulut lagi senang....hihii)

ALAHAI...

DEERLAND LANCHANG,PAHANG BACK TO NATURE

Assalammualaikum semua...

kali ni lastlah entri CITH untuk jalan hujung hujung minggu hari tu.satu lagi tempat lawatan kami ialah DEERLAND yang berdekatan lebih kurang 2km dari Santuari Gajah.maknanya sekali jalan boleh tengok 2 tempat.

tempat ni merupakan kawasan ternakan rusa yang diusahakan oleh orang perseorangan di kawsan yang luasnya 15 ekar!.kali ni bayaran masuk dikenakanlah ye.maklumlah nak kasi makan haiwan dan bayar gaji pekerja...bayaran masuk RM6 dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.apa yang menarik?bagi 2 beradik ni dah tentulah pengalaman kasi makan rusa secara "live" memang satu pengalaman baru dalam hidup mereka.setiap bayaran yang dikenakan ni dah termasuk dengan makanan untuk diberikan kepada rusa-rusa sekali.jadinya,untuk CITH dapatlah 3 bakul makanan untuk 2 baradik ni kasi makan rusa.memang suka budak-budak ni.apa taknya,rusa-rusa ni nampak je tangan kita ada makanan,memang berebut datang dekat dengan kita.selain rusa,ada juga haiwan yang lain yang diternak di sini.antaranya beruang,ular,pelbagai jenis burung,ayam yang memang dekat dengan pengunjung di sini.(Sakinah dengan ular albino)pendek kata bagi budak-budak memang seronok berada di sini.CITH pulak pastinya membeli cenderamata fridge magnet yang ada dijual di sini.

ALAHAI...

SANTUARI GAJAH DI KUALA GANDAH

Assalammualaikum semua...ni entri masa CITH on the way nak ke Bukit Tinggi hari tu.kami bertolak dari KL pukul 9 pagi.memandangkan hotel hanya boleh check in pukul 3 petang,maka kami terlebih dulu membuat 2 siri lawatan haiwan pada hari tersebut.
lokasi pertama; kami ke Santuari Gajah di Kuala Gandah,Lanchang Pahang.dah namanya tempat gajah jadinya memang tengok gajah lah di sini.untuk pengetahuan tiada bayaran dikenakan di sini.hanya untuk tabung donation sekiranya berminat.masa kami sampai tu,segala aktiviti berkenaan dengan gajah belum dimulakan lagi.kami sampai pukul 11 pagi.aktiviti bermula jam 2 petang.jadinya hanya tengok gajah sahajalah.nak tunggu-buang masa pulak rasanya.

apa aktivitinya?CITH difahamkan,ada acara mandi gajah,naik gajah,pertunjukkan gajah dan sebagainya.selain tu,di sini jugak kalau yang datang tu nak berpicnic ke,boleh juga di sini.ada banyak bangku dan pondok disediakan.(gajah tanpa ekor-kene gigit dengan harimau masa kecik dulu)
(take 5 makan paddle pop)(pas untuk tanda melawat sahaja)

Monday, June 27, 2011

ANIMAL PARK BERJAYA HILLIS BERMESRA DENGAN ARNAB

Assalammualaikum semua...

lagi entri di atas Bukit Tinggi,Berjaya Hills.satu lagi tempat yang kena pergi kalau ada anak kecik ni ialah di Animal Park.bayaran masuk RM 3. tempat ni memang sesuai untuk anak-anak untuk bermain dengan arnab yang sengaja dilepaskan secara bebas.

tapi untuk lebih seronok lagi kena beli makanan dialah.RM2 sepeket.CITH beli 4 peket.tak payah nak gaduh-gaduh.memang seronoklah 2 beradik ni nak kasi makan arnab-arnab ni.apa taknya,nampak je kat tangan kita ada makanan memang datang arnab-arnab ni nak makan.memang seronok 2 beradik ni berkejar dengan sang arnab.(skodeng arnab yang duduk menyorok...)(dah kenyang,hauslah pulak...)

selain arnab yang dilepas bebas,kita juga boleh melihat nursery arnab yang menempatkan arnab yang baru melahirkan,arnab yang baru seminggu dan yang berumur sebulan.semuanya dijaga baik di sini.(lepas kasi makan,jangan lupa cuci tangan...)

ALAHAI...

JAPANESE TEA HOUSE, PENATNYA NAK MENDAKI

Assalammualaikum semua...

antara tempat menarik yang pastinya di area Berjaya Hills ini ialah di Japanese Tea House.dari resort,ada shuttle bas yang disediakan untuk membawa pengunjung ke sana.tetapi kami,pergi sendiri on the nak balik KL.

memang susahlah nak jumpa orang Jepun ni! (bukan orang Jepun-orang Cina!)apa taknya,dari tempat parking kereta,kami terpaksa mendaki bukit selama lebih kurang 10 minit.bukitnya? menongek jugahlah nak mendaki tu!fuh...masa ni pulak si Hakimi buat tidur.apa lagi,sorong dia dalam stroller lah.tidak jenuh juga nak mendukung tu.

separuh jalan,stroller terpaksa ditinggalkan kerana laluan yang agak sempit dan berbatu besar.jadinya,CITHlah yang kena mendukungnya.pakwe CITH dan sibuk dengan camera,biasalah model dalam famili kami-Sakinah!dialah yang berposing sakan.

di sini,rumah yang berkonsepkan binaan di Jepun sedia menanti pengunjung untuk merasa pengalaman duduk bersimpuh,memakai kimono (sewa RM20.00) dan juga merasa minuman tehnya yang dihidangkan macam dalam cerita Jepun kat TV tu.adalah orang "JEPUN" yang melayan tetamu yang datang ke sini.selebihnya,bergambar dengan persekitarannya yang cantik!(duduk sajalah...nak jalan tak larat)(lihat ajelah pose-pose ini...)(Hakimi jugak yang pengsan-sampai ke "Jepun" tak menyedor)

ALAHAI...

COLMAR TROPICALE BUKIT TINGGI BERCUTI ALA DI OVERSEA

Assalammualaikum semua...

baru CITH berkesempatan memasukkan entri bercuti hari tu ke sini.maklumlah,banyak posenya pastu kenalah diedit terlebih dulu...hihii...

COLMAR TROPICALE,BERJAYA HILLS nilah nama lokasi yang CITH pergi bercuti.bukan di luar negara tapi nun di Bukit Tinggi,Pahang.nak ke oversea tak berkesempatan jadinya dapat bercuti kat tempat yang 'ala-ala" pun dah kira syukur jugak.

tempat ni memang menarik.sebaik saja masuk ke ke signbord laluannya,dah rasa WOW! hilang dan lupa tentang pening yang dirasai semasa mendaki naik tadi.bak kata Sakinah; "macam castle dalam cerita Rapunzel!" memang rasa teruja,kagum dan tak sabar nak pose!...rasanya CITH yang teruja nak berposing.budak 2 beradik ni tak sabar nak mingming@swimming (ni kata Hakimi)

memang CITH akui binaan hotel yang kami pergi kali ini memang lain daripada hotel yang biasa kami dah pergi.binaan lama yang menyerupai di Perancis memang menarik dan mengkagumkan!

deretan kedai nama bangunan ditulis dalam bahasa Perancis.jadinya tak pergi di Perancis pun rasa macam kat sana jugaklah.hihi...masa CITH sampai ni,memang ramai orang.kononnya nak upgrade bilik yang lebih besar pun tak dapat.dah penuh!jadinya sekadar bilik yang telah awal dibooking tempohari sajalah yang ada.(ni model atas katil macam biasa...)apa menarik sangat? emmm...tak tahu CITH nak cakapkan.apa yang pasti bagi CITH,suka dengan persekitarannya,binaan bangunannya,makanan,kemudahan...pastinya kedai-kedai cenderamata(rambang mata nak beli fridge magnet kesukaan CITH).anak-anak suka swimming pool tapi airnya mak datukkk...sojukknya! mandi sekejap dah menggigil nak keluar.(anak caterpillar...sojukkkk)selain tu ada tempat main untuk kanak-kanak.siap kan ajelah duit untuk ditukar tokennya.(sesekali,kasi chance menghabiskan duit!)
lepas tu siapkan duit untuk beli makanan ikan.1 bungkus RM1.untuk budak 2 orang ni,CITH beli RM4.memang besar-besar ikan cap Jepun di sini di samping 4 ekor itik yang sangat jinak!letak makan di atas tapak tangan,kejap je dicekupnya.memang Sakinah dan Hakimi suka sangat!

satu lagi, yang kena siapkan duitnya ialah bayaran untuk makan.dah namanya atas bukitkan,maka harganya pun sedikit mahal daripada biasa.malam tu CITH dinner dengan pizza,sup dan air berharga RM88.70.kalau di KL,puas makan nasi dan lauk pelbagai!(sekali lagi- TAKPELAH. SESEKALI berbelanja lebih...)

CITH tak tahu nak cerita apa.apa yang CITH pasti,memang rasa nak ulang lagi datang ke
sini.nak berehat-rehat,menikmati angin bukit yang nyaman,menikmati alunan muzik sedap halwa telinga.melihat bunga-bunga kembang menarik,semuanyalah...kata pakwe CITH; "insya Allah boleh datang lagi!"

untuk kalian pengunjung CITH,inilah pose-pose yang sempat dirakamkan.kalau nak masuk semua memang tak cukup nanti ...hihi...(pemandangan pada waktu malam hari)(dari sudut berbeza...)
(pose sajalah walaupun replika semata...)(terima kasih kepada pakwe CITH yang melayan plan CITH kali ini.)

ALAHAI...

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala