Assalammualaikum semua...selamat berhujung minggu.
bila sebut selamat ni,suka CITH pun nak ucap SELAMAT HARI BAPA kepada semua lelaki yang di luar sana yang bergelar bapa,ayah,abah,baba,daddy,papa dan seangkatan dengannya.kali ni entri CITH agak panjang daripada biasa.entahlah terasa begitu emosi sedikit bila sebut orang yang CITH sayang.
sesungguhnya peranan dan tanggungjawab seorang bapa tetap penting dalam pembentukan sahsiah anak dan juga perkembangan famili.ketiadaannya seakan pincang sebelah kaki!
meski banyak juga berita di luar sana yang memberi gambaran tidak baik kepada seorang bapa,bagi CITH masih ada lagi bapa-bapa yang bertanggungjawab terhadap famili masing-masing.arwah abah CITH misalnya,mintalah apa sahaja khususnya hal persekolahan.pasti akan dicubanya untuk memenuhi permintaan itu.mesyuarat PIBG atau pun hari tanda buku rekod,arwah abah akan cuba menghadirkan dirinya meski pun kadang-kadang asmanya membuatkan dia tidak larat untuk bangun.
sayangnya arwah abah CITH dulu tak macam bapa-bapa moden sekarang yang memberikan pelukan dan ciuman,hadiah,membawa jalan anak atau apa saja.arwah abah CITH terlalu tradisional.tidak pandai menunjukkan yang dia sayangkan anak-anak,tak pandai nak cium,peluk anak.kalau anak berjaya diam saja.kalau tak berjaya tu baru dok bising marah.seingat CITH pun,CITH hanya mencium arwah abah sebanyak 2 kali.itu pun masa dia nak pergi haji.ketika itu umur CITH 12 tahun dan kali terakhir ialah pada hari dia nak dikafankan.terukkan? tak tahulah didikan dahulu yang menebalkan rasa malu+hormat membuatkan jurang kemesraan itu sangat berbeza.
mungkin pada zaman pembesaran CITH ketika itu,kata-kata "tidak manis" anak dara dah besar nak cium peluk abah membuatkan kami adik beradik memang tidak pernah peluk cium.sekadar salam cium tangan tu biasalah.sampaikan kalau naik motor dengan arwah abah pun,CITH atau adik beradik perempuan yang lain pun tak pernah nak peluk pinggang abah.kami sekadar memegang tepi besi motosikal sahaja.sampai begitu sekali perasaan malu+segan nak mesra dengan abah.
tapi semua adalah nostalgia CITH dulu-dulu.zaman berubah,maka orang pun berubah.kini CITH lihat perhubungan anak dan seorang bapa itu lebih bersifat terbuka dan mesra.mungkin juga dek lantaran "kemesraan" itu menjadikan KEMESRAAN MELAMPAU yang mana perhubungan yang suci menjadi sebaliknya.nauzubillah...ini memang sama sekali tidak wajar.tolonglah bapa-bapa di luar sana,hormatilah kemesraan dan sifat keterbukaan itu.
hari ini,sifat terbuka antara seorang anak dan bapa,mereka boleh duduk sama berbincang,berkongsi cerita,berbalah pendapat apa tah lagi anak-anak masa kini penuh dengan pendapat dan alasan tersendiri!sesuatu yang sangat sihat untuk tumbesaran anak-anak dalam memupuk kemesraan dalam famili.anak-anak pun tidak segan silu untuk memberi pelukan,ciuman kepada bapa mereka dan kadang kala kutukan juga jika ada yang tidak kena!begitu terbuka sifatnya.
dalam kes CITH sendiri-sejak kecil Sakinah telah diajar untuk terlibat sama dalam keputusan perbincangan kami sefamili.ada kadang kala pendapatnya kami terima dan ada juga dia terpaksa mendengar pendapat kami pula.dia boleh memberi pendapat,idea,hatta berkongsi cerita apa jua.kadang tu kritikan juga!(emmmm...)
dan sebagai isteri dan mama,CITH sendiri selalu berpesan kepada pakwe CITH supaya jangan menjarakkan kemesraan itu dek kerana Sakinah dah besar.kalau dulu boleh bergumpal sama,cium dan peluk kenapa tidak kini.TETAPI dalam kadar batasan yang sesuai dengan usianya.CITH tak mahu dia kehilangan kemesraan itu seperti apa yang CITH rasai dulu dengan arwah abah.
sesungguhnya pelukan seorang mama itu memang dah biasa tetapi pelukan seorang bapa itu yang jarang-jarang diperolehi akan membawa lebih maknanya.bagi CITH ia satu lonjatan motivasi yang sangat tinggi nilainya.
AKU?AL Fatihah kepada arwah abah- Hj Abd Aziz.moga abah di tempatkan di kalangan para solih dan solihin.amin. SELAMAT HARI BAPA buat pakwe CITH-semoga dia tetap menjadi baba yang bertanggungjawab seperti mana hari ini.kami semua berbangga dengannya.
ALAHAI...
pihak penaja
DI SINI KITA BICARA
SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.
FOLLOWERS SAYA
LOVE
LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(462)
-
▼
June
(42)
- ASAL ADA ATAU MEMANG PERLU ATAU SAJA NAK TUNJUK?
- KALAU DAH NAMANYA ANAK LELAKI MEMANG GITULAH
- MEMASTIKAN COKLAT TERPELIHARA KESEGARANNYA
- DEERLAND LANCHANG,PAHANG BACK TO NATURE
- SANTUARI GAJAH DI KUALA GANDAH
- ANIMAL PARK BERJAYA HILLIS BERMESRA DENGAN ARNAB
- JAPANESE TEA HOUSE, PENATNYA NAK MENDAKI
- COLMAR TROPICALE BUKIT TINGGI BERCUTI ALA DI OVERSEA
- BERCUTI SUDAH,DI RUMAH SEMULA
- BERCUTI 2D 1N DI BUKIT TINGGI
- AKHIRNYA HUBUNGAN ITU DAPAT DIJERNIHKAN KEMBALI
- SIMPAN HARI INI UNTUK GUNA MASA DEPAN
- ANTARA YANG ORIGINAL DAN IMITATION MANA SATU NAK P...
- AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS NAMUN HATI?
- TARIAN SK SETIAWANGSA DALAM PERTANDINGAN PERINGKAT...
- JOM PERGI SPA,SENANGKAN HATI LUPAKAN SEKETIKA MASALAH
- DIAM ITU AKU RASA LEBIH BAIK DARIPADA MEMANJANGKAN...
- AKU TIDAK BERMAKSUD UNTUK TIDAK BERSETUJU DENGANMU
- ORANG JAKARTA DAH BALIK MALAYSIA
- SELAMAT HARI BAPA.NOSTALGIA BERSAMAMU ABAH TETAP D...
- RINDU PABILA TIADA SUARA TIADA PESAN
- MYVI BARU LEBIH BEST LEBIH BERGAYA ELEGANT
- INGIN MENIKMATI KESENANGAN DENGAN CARA YANG SENANG
- BILA MANABUR BUDI USAH DIHARAP BALASAN
- ADIRA-KU ADA KAMU (+LIRIK)
- PERGI JAKARTA BAWA DIRI DAN NAMA SEKOLAH SETIAWANGSA
- ASAM PEDAS CLAYPOT LAKSAMANA,ULANG 2 KALI!
- COCONUT SHAKE AT KLEBANG MELAKA..HAPPENING!!!
- PULUT PANGGANG POWER SIMPANG EMPAT
- 2 HARI 1 MALAM DI MELAKA
- CUTI DI MAHKOTA HOTEL
- LELAKI KUAT MAKAN ATAU PEREMPUAN JAGA BADAN?
- REVIEW NORA ELENA DALAM KASIH YANG SUCI
- BETULKAN PERSEPSI KARAOKE DULU DAN HARI INI
- MONYET BERCINTA MACAM MANA AGAKNYA?
- KALAU ORANG NAK HUTANG MACAM MANA?
- BAKTERIA E COLI ANCAM SAYUR PULAK
- RAJUK MAMA TAK KE MANA AKHIRNYA HILANG DIBAWA PERGI
- SIAPA NAK PUJUK HATI?PUJUK SENDIRI-SENDIRI
- BILA MERAJUK DAN HATI TERJERUT SAMA
- SALIH YAACOB LELAKI LUAR BIASA DI MALAYSIA
- JUN DAH MASUK ,SEPARUH PERJALANAN BERLALU
-
▼
June
(42)
CINTA
LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
al-fatihah kepada bapa sis
ReplyDeleteapa2pun kasih sayang bapa tidak ada gantinya didunia ini kan
:-)
Maharaja Lawak Minggu 12