pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Thursday, June 16, 2011

BILA MANABUR BUDI USAH DIHARAP BALASAN

Assalammualaikum semua...

pantun Melayu;
PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR,MASAK SEBIJI DI ATAS PETI
HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR,HUTANG BUDI DIBAWA MATI
.berkaitan dengan budi,selalu bila kita dah tolong orang,kita nak orang tu balas dekat kita balik atau kita tak kisah atau bagaimana?

bila orang dah tolong kita,kita tak tolong dia balik maka itu nanti dikatakan TAK KENANG BUDIjadi bagaimana sebenarnya kita nak berbudi dan kita tak jadi orang yang tak kenang budi?

ni bukan apa,kadang-kadang terkena kat atas batang hidung sendiri.bila kita sentiasa bantu orang tak kiralah bantuan apa bentuk sekali pun,bila tiba suatu hari kita memerlukan bantuan dia pulak,dia pulak tak nak tolong kita.maka akan terucaplah dek mulut ni; "la,dulu dia susah,aku nilah yang tolong dia...bla..bla...tapi sekarang bila time aku nak mintak tolong,dia cakap macam-macam alasan pulak..."pernah tak jadi macam ni?CITH akui,ia pernah berlaku dalam diri ini.selalunya pulak CITH akan membebel kat pakwe CITH kenapa dan kenapa orang tu buat kat CITH macam ni.kita pun akan jadi upset,stress,marah dan terus rasa kecil hati dan macam-macamlah yang tak baik tu kan...(semua penyakit hati)

satu yang biasa dijawap pakwe CITH; "awak buat jangan harap balasan.buat sebab awak mampu untuk buat.kalau harap balasan takut-takut awak kecewa bila tak dapat yang diharapkan"CITH akui kebenaran kata-kata ini.yelah kita nikan selalu harap yang kita tolong orang,maka orang tu pulak kena tolong kita nanti.tapi sebenarnya BUDI yang ditabur tak perlulah kita harapkan balasannya daripada orang itu.mungkin kita tak dapat daripada dia,kita dapat daripada orang lain pulak.bukan apa takut-takut pahala yang kita harapkan dah jadi lain dek kerana rasa tak ikhlas,rasa tak senang hati dan sebagainya.

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala