pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Friday, June 3, 2011

SIAPA NAK PUJUK HATI?PUJUK SENDIRI-SENDIRI

Assalammualaikum semua...salam Jumaat moga yang baik-baik jua untuk kita semua.doa CITH hari ini tidak lain tidak bukan agar perhubungan kami berdua kembali seperti sediakala.CITH rindukan dia...huhu...

seharian CITH memendam rasa,menjerut hati,tapi tiada kesudahannya.CITH masih ternampak-nampak di ruang mata ini apa yang dia buat pada CITH semalam.entahlah...sakitnya terlalu dalam.bisanya mencucuk ke hati.biar pun dia banyak kali menelefon CITH tapi belum tergamak untuk berkata-kata.entahlah...CITH yang degil agaknya.

malam tadi,kebetulan dalam Semanis Kurma ada pulak tajuk yang hampir-hampir terkena batang hidung sendiri.tajuknya hatiku baran.aduh! macam betul-betul Allah tujukan pada CITH.memanglah konteks perbincangan lebih kepada pasangan suami isteri dalam rumahtangga tetapi boleh juga diaplikasikan dalam kes macam CITH ni.

kalau dah tiada siapa nak memujuk hati,hati yang sakit harus dirawat sendiri.diri sendiri yang tahu apa punca sakit itu.ini tips yang CITH sempat catit tadi untuk diri CITH sendiri dan kepada kalian jika menghadapi situasi yang serupa.

1.ucapkanlah LAILAHAILALLAH dalam hati kerana semua yang datang dalam hati itu adalah kuasa DIA.maka DIA yang mampu menghilangkannya.

2.ubat hati dengan kasih dan sayangkan ALLAH dan Rasul

3.zikir dan selawat

4.banyak berwuduk

5.lafaz AUZUBILLAHHIMINASSYAITANNIRAJIM

6.doa- surah AT TAUBAH 129
- surah AL BAQARAH 88

7.sembahyang hajat 40 hari dan berdoa

AKU?syukur sangat-sangat Allah gerakkan hati ini untuk menonton siaran SK malam tadi sebab nak pujuk hati ini.al hamdulillah.sakinah,mama sayang.ina saja yang tahu sayang mama ni nak...

ALAHAI...

3 comments:

  1. Ibu dan anak , lama-lama nanti sejuklah hati ibu tu.insyaallah.

    ReplyDelete
  2. yups
    sokong komen Nieda
    insyaallah
    sama2 kita berubah ke arah lebih baik dan banyak2 berdoa

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala