pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Thursday, June 16, 2011

INGIN MENIKMATI KESENANGAN DENGAN CARA YANG SENANG

Assalammualaikum semua...

dalam wall FB CITH adalah seorang insan yang mengirimkan artikel ini kepada CITH:

(ARKIB Utusan Malaysia: 15/06/2011)
Punca gadis sanggup bermadu

KUALA LUMPUR 14 Jun - Sikap lelaki berstatus suami orang yang penyayang dan matang adalah punca utama wanita muda jatuh hati sehingga sanggup bermadu dan mengetepikan perasaan berkongsi kasih pada masa kini.

Ini seolah-olah sudah menjadi trend wanita muda untuk mendapatkan lelaki matang berbanding lelaki muda yang masih lagi mencari kehidupan yang stabil.

Presiden Yayasan Suara Wanita, Tan Sri Zaleha Ismail berkata, wanita perlu bijak membuat keputusan kerana kesan jangka panjang iaitu berasa cemburu kerana terpaksa berkongsi kasih dengan wanita lain.

"Kita sedia maklum wanita punyai perasaan cemburu, kita khuatir ini akan menimbulkan kesan negatif pada masa akan datang.

"Wanita yang ingin berkahwin mahu rasa selamat dari segi kasih sayang, kebahagiaan dan kehidupan yang sejahtera.

"Oleh itu, mereka percaya lelaki sudah berkahwin ada ciri-ciri tersebut namun mereka lupa ada juga sesetengah lelaki gagal melaksanakan tanggungjawab mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas isu wanita muda tidak kisah hidup bermadu yang dipaparkan Utusan Malaysia, semalam.

Zaleha berkata, wanita kini dinasihatkan supaya melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran agar tidak terlalu bergantung kepada golongan lelaki.

"Wanita yang mendapatkan suami orang ini juga dilihat sebagai mencari jalan pintas untuk memperoleh kesenangan.

"Kita perlu meletakkan diri mereka dalam satu tahap yang tinggi dan tidak perlu mengharapkan sesuatu daripada kaum lelaki," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Prof. Dr. Fatimah Daud berkata, lelaki yang berstatus suami orang juga bersifat agresif dan bijak menakluk hati wanita.

"Mereka ini cenderung mempamerkan perasaan berbanding lelaki muda yang malu untuk menyatakan perasaan.

"Lelaki yang merupakan suami orang ini juga sanggup berhabis wang ringgit untuk memiliki hati gadis sehingga mereka rasa terharu dengan kesungguhan lelaki tersebut dan menjerat diri sendiri untuk berkongsi kasih," katanya.

AKU? entahlah nak komen apa pun tak tahu.apa yang penting memang saham lelaki berkahwin semakin tinggi sejak kes Abang Jem nilah.lagi satu,kita sendirilah yang kena ingat,hidup ibarat roda-What goes around will comes around.

2 comments:

  1. yups
    sanggup bermadu sebab nak hidup senang
    kalau kahwin sama umur sama2 susah
    haihhh
    bagi saya baik susah tapi senang bersama2 lagi baik
    entah lah
    bergantung pada niat setiap individu

    Review Filem Green Lantern

    ReplyDelete
  2. sapa tak nak senangkan? semua nk senang.tapi lebih baik susah dan senang bersama diharungi.bukan nak menempel time senang je kan..

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala